Monday, February 15, 2010

Tulahan : Nak menang PRU 13, perkasakan jamaah


Salam,
Keputusan mahkamah sudah diketahui. TGNA minta kita bencikan keputusan yang restui rampasan kuasa Ubn di Perak. Pengerak jamaah perlu teruskan perjuangan tapi bukan perjuangan bubarkan DUN Perak. Sebaliknya, memperkasakan jamaah.

Tak perlu berharap Zombie akan bubar DUN Perak, dulu boleh la berharap sebab mahkamah belum buat keputusan. La mahkamah dah buat keputusan.
Bagaimana nak perkasakan jamaah? Pimpinan jamaah laksanakan tugas yang diamanah pasti jamaah akan perkasa.

TGNA minta kita banyak menerang dari menyerang. Bukan sahaja menyerang musuh tetapi menyerang sesama jamaah atau dalam Pakatan.

Konsep menerang ini luas. Penulis sentuh beberapa tindakan yang perlu diambil oleh pengerak jamaah terutama di kawasan. Paling penting konsep menerang ini berkait rapat dengan aktiviti dakwah dan kebajikan. Siapa sasaran dakwah?. Paling dekat ialah ahli jamaah yang sudah hampir satu juta orang.

Ahli jamaah dan penyokonglah sasaran utama jamaah, kemudian baru perluaskan kepada orang Islam yang lain. Anak-anak ahli dan penyokong tentu lebih sejuta orang,buatlah program untuk mereka.


Berapa ramai anak ahli yang tak sembahyang, berapa ramai yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral. Jadi buatlah program untuk mereka.

Pelbagai aktiviti boleh diatur, aktiviti yang berkait dengan akademik seperti motivasi belajar dan seminar peperiksaan.Aktiviti yang berkait dengan pembentukan peribadi Islam seperti khemah ibadah dan kursus fardhu ain.

Tak payah cari tempat hebat2, buat je kat markas. Program sebegini bukan sahaja beri manfaat ilmu kepada anak ahli dan penyokong, malah mereka juga akan kenal rapat dengan jamaah.

Apabila mereka sudah kenal dan faham dengan jamaah, sudah rapat dengan jamaah. Tercapailah konsep menerang kepada anak ahli dan penyokong.

Nak tunggu ibu bapa bawa mereka ke program jamaah seperti ceramah dan kuliah, jangan berharap la. Program untuk anak ahli dan penyokong ini menjadi tanggungjawab Lujnah Tarbiyah dan Perkaderan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Nisa’.

Ada yang yang akan berkata, tertutup sangat jamaah sebab buat program hanya untuk anak ahli dan penyokong. Beritahu mereka, buat dulu kalau berjaya baru perluaskan kepada anak yang bukan ahli.

Bagaimana pula nak laksanakan program kebajikan, jamaah bukan kerajaan dana tak da. Inilah masalahnya, berapa lama dah jamaah buat kebajikan tanpa kerajaan. Aktifkanlah Lujnah Kebajikan, carilah dana, buatlah program.
Jangan tunggu ada wakil rakyat baru program kebajikan dapat bergerak. 

Walau bukan jadi kerajaan, jamaah boleh laksanakan program kebajikan. Cuma dulu, rakyat tak tahu kerana kita tak bagi tahu dan tak ada media yang berani bagi tahu.

Sekarang ini, bagi tahu rakyat program kebajikan yang jamaah buat. Ambil lah gambar, buat buletin, sebarkan kepada rakyat terutama di kawasan yang kuat birunya.

Buatlah berita, hantar kepada media yang berani siar. Barulah rakyat dapat tahu, dan timbullah persepsi positif kepada jamaah. Tercapailah konsep menerang kepada rakyat. Inilah kerja Lujnah Penerangan , bukan hanya buat ceramah.

Melalui aktiviti kepada anak ahli dan penyokong serta program kebajikan yang diketahui rakyat. Barulah ahli jamaah akan bertambah. Ini tidak suruh anak jadi ahli sedangkan anak tidak dikenalkan dengan jamaah. Bukan anak ahli sahaja, anak pimpinan pun ramai yang tak kenal jamaah sebab tak didedahkan. Salah siapa?

Penulis masih ingat semasa di kampus, selalu dengar berita dari sahabat jamaah kampus lain tentang anak –anak pimpinan jamaah yang bukan sahaja tak mahu ikut jamaah kampus. Malah ada yang menjadi penentang jamaah kampus. Tak tahulah sekarang, fenomena ini masih berlaku atau tidak.

Bila ramai yang nak jadi ahli jamaah, timbullah peranan Lujnah Pengurusan Organisasi untuk daftarkan ahli baru setiap bulan. Barulah setiap bulan jamaah kawasan di Malaysia dapat hantar borang ahli baru ke Pejabat Agung. Tak tahulah sekarang ini, berapa ahli baru yang diterima oleh Pejabat Agung setiap bulan.

Anak ahli dan penyokong juga perlu didaftarkan sebagai pemilih. Jabatan Pilihanraya jamaah di kawasan kena aktif buat daftar pemilih. Jamaah perlu mencari 15 peratus sokongan pengundi Melayu jika mahu mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecuali Kelantan, Terengganu, Kedah dan beberapa kawasan lubuk jamaah yang mempunyai sokongan lebih 50 peratus pengundi Melayu.

Kenapa hanya 15 peratus ? kerana kebanyakan kawasan sudah mempunyai sokongan 35 peratus pengundi Melayu. 15 peratus nampak kecil tapi bukan senang nak capai. Jika ada 10 ribu pengundi Melayu, jamaah kena cari 1500 pengundi lagi.

Sekretariat Pakatan Rakyat Perak yang dulunya tumpu kepada aktiviti bubar DUN kena tukar kepada program daftar pengundi.

Bagaimana nak tarik 15 peratus pengundi Melayu ini? Melalui aktiviti dakwah dan kebajikan inilah. Sebab tu, penulis tekankan perkara ini.

Perkasa jamaah bukan hanya di kawasan, semua peringkat kena diperkasa. Penulis nak luah rasa tidak puas hati kerana sampai hari ini lebih 200 Cawangan Penaja yang belum dilulus oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan.

Ada Cawangan yang lebih setahun permohonan dibuat, tapi masih belum diluluskan. Penulis dah luah dalam tulisan lepas di sini pada bulan November. Sekarang dah masuk bulan Februari, penulis buka lagi.

Jamaah dah ubah perlembagaan, dah lantik PSU tetapi kenapa masalah ini tak selesai lagi. 200 cawangan bukan sedikit, masalah ini sepatutnya menjadi isu besar jamaah di Pusat dan dibincang dalam Mesyuarat Jawatakuasa Kerja Pusat. Sampai bila , Cawangan Penaja yang kebanyakannya bekas ahli Ubn nak tunggu.

Harap-harapnya, semua pengerak jamaah dapat terus aktif dan perkasakan jamaah. Hentikan isu UG dan isu2 yang tidak menguntungkan jamaah. Perkasakan jamaah jika nak menang PRU 13.

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...