Friday, January 29, 2010

Tulahan : Baling batu sembunyi tangan


Salam,
Berita TV9 tadi ada bagi tahu polis dah dapat kenalpasti suspek yang baling kepala babi di satu masjid di Petaling Jaya. Kebetulan MPPJ ada CCTV berhampiran masjid tu, jadi MPPJ serah rakaman CCTV tu kepada polis.

Penulis harap kali ni suspek ni tak dapat lepas lari. MPPJ pun kena simpan salinan rakaman tu takut nanti hilang dari simpanan polis. Sebab dah ada kes, bahan bukti hilang dalam simpanan polis. Bukan apa2, kalau polis terhilang, MPPJ ada salinan.

Sebut pasal kes ini, penulis rasa pelik kenapa orang yang baling kepala babi tu guna plastik. Siapa mereka ni? Kalau orang bukan Islam tentu tak guna plastik sebab babi bukan benda haram bagi mereka.

Semasa ada isu kandang babi dekat Melaka dulu pun, ada orang pi gantung kepala babi dekat pagar masjid. Dengar kata, kepala babi tu di balut dengan guni. Sampai sekarang orang yang baling tak dapat ditangkap, sebab tak da CCTV.

Kali ini orang yang baling tak akan terlepas, biar mereka sedar bahawa tindakan mereka ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama. Boleh mudaratkan keamanan negara.

Orang yang bakar gereja dah kena tangkap, Azmin Ali kata ahli Ubn. Hisamuddin tak berani sanggah kerana bukti dah ada dekat Azmin. Lepas ni kita akan tahu siapa yang baling kepala babi tu, orang Islam atau bukan Islam.

Kalau orang bukan Islam yang buat tentu kerana tindak balas orang bakar gereja depa. Tapi kalau orang Islam yang buat kerja ni, tentu tujuannya nak timbulkan tak puas hati orang Islam supaya marahkan orang bukan Islam . Harapan mereka akan ada tindak balas orang Islam terhadap orang bukan Islam.

Kerja ni setengah orang kata saraf, setengah orang kata provokasi, setengah orang kata baling batu sembunyi tangan. Tak kira apa la, yang pasti kerja ini tak patut dibuat untuk lagakan orang.

Bila sebut pasal cerita kerja nak lagakan orang ini. Penulis nak cerita yang berlaku beberapa bulan lepas. Semasa penulis balik dari dengar ceramah, dah nak tidur sampai satu sms yang didalamnya tertulis kutukan terhadap beberapa orang ahli jamaah.

Penulis rasa nak marah kepada orang buat sms tu, dalam hati penulis terdetik kata “ apa la b**** kutuk orang macam tu”. Lepas tu penulis balas sms tu kata orang buat dan sebar sms tu tak cerdik. Sms tu dihantar oleh salah seorang yang kena kutuk dalam sms tu.

Dalam hati penulis, tidak nampak orang lain tentu yang buat ni musuh kepada yang dikutuk iaitu orang yang dok tolong bagi pinjam kereta kepada penulis bila balik PB. Esoknya, pagi2 penulis panggil dia dan tunjuk sms tu.

Penulis kata kenapa dia buat kerja tak cerdik buat sms kutuk musuh dia. Penulis kata sms tu akan menyusahkan jamaah kawasan kerana bagi peluru dekat musuh. Tapi dia menafikan dia buat malah dia sanggup junjung al-Quran bersumpah tidak buat sms tu.

Bila dia tak mengaku, timbul dalam hati penulis persoalan siapa buat sms tu. Tak lama lepas tu ada beberapa Ajk jamaah yang telefon penulis kata depa juga dapat sms tu dari orang yang kena kutuk. 

Semua yang baca sms tu marah kepada orang yang buat sms tu. Mula timbul persoalan kenapa orang yang kena kutuk sebarkan sms tu kepada Ajk jamaah kawasan.

Malam tu, sebelum naik bas datang sms yang sama dari seorang lagi yang kena kutuk. Penulis jawab sms tu dengan jawapan yang sama iaitu orang buat dan sebar sms tu tak cerdik. Dia jawab, yang cerdik ialah orang berselindung di sebalik sms tu. Penulis tak faham apa maksud dia, siapa yang berselindung?.

Bila penulis sampai ke rumah, penulis pi semak nombor orang yang hantar sms tu. Penulis dah biasa buat macam tu bila dapat sms pelik. Bila semak nama pemilik hp tu ialah orang Cina. Penulis buat kesimpulan, bahawa ada orang guna nama orang Cina supaya dapat elakkan dari diketahui orang.

Bila balik PB cuti sekolah baru ni, penulis inggatkan isu sms tu dah selesai. Rupanya tidak, malah orang yang kena kutuk mula buat tuduhan rambang bila orang yang sepatutnya dituduh sanggup bersumpah tak buat sms tu.

Salah seorang yang kena kutuk ini telah buat fitnah kata penulis yang buat sms tu, pulak dah. Bukan itu saja, dia fitnah penulis yang tulis macam2 kutuk dua orang Ajk jamaah kawasan dalam c/box seorang sahabat bloggers. Alasannya, kerana penulis tahu pasal internet.

Bila dengar fitnah tu, penulis memang kecewa dan terkilan kerana penulis tak pernah ada kesalahan dengan dia. Kenapa dia sanggup tuduh penulis. Bila fikir2 baru penulis dapat jawapan. Kenapa? Kerana penulis baik dengan musuh dia.

Pernah seorang sahabat blogers bagi tahu penulis, penulis terpalit sama sebab baik dengan musuh orang fitnah penulis. Penulis bagi tau kepada sahabat blogers, kalau penulis tak baik siapa nak tolong penulis bagi pinjam kereta bila penulis nak turun cawangan dan bila nak balik rumah di kampung?. Siapa yang sanggup hantar penulis ke stesen bas?

Bila fikir2 balik memang betul, sejak dulu lagi orang yang fitnah penulis ini akan buat musuh dengan orang yang baik dengan musuh dia. Jika ada wakil rakyat yang baik dengan musuh dia maka wakil rakyat tu akan jadi musuh kepada orang yang fitnah penulis.

Jika wakil rakyat tu bermusuh dengan musuh dia, maka orang yang fitnah ini akan berbaik dengan wakil rakyat tadi. Malah, oleh kerana musuh dia duduk dalam jamaah kawasan, maka jamaah kawasan akan menjadi musuh orang yang fitnah penulis.

Kadang2 terfikir ada juga orang macam ini. Tak perlulah bermusuhan sehingga sanggup tuduh dan fitnah orang yang tak buat kerja dosa buat sms kutuk orang. Penulis hanya mampu berdoa kepada Allah, hindarkan diri dari fitnah orang yang suka buat fitnah. Hanya Allah penentu segalanya.

Penulis di PB seboleh2nya tak mahu cari musuh tak ada faedahnya. Musuh penulis adalah pemimpin yang menyeleweng amanah rakyat, pemimpin yang terpalit dengan rasuah, pemimpin yang lupa diri dan dihidup bermewah-mewahan.

Rasanya tidak salah bermusuh dengan pemimpin sebegini sebab jamaah yang bagi tarbiyyah supaya tolak pemimpin sebegini. Kalau salah, syllabus jamaah dalam tamrin, usrah kena ubah.

Penulis di PB seboleh2nya akan cuba tolong sahabat yang minta tolong. Penulis akan jaga persahabatan kerana akan menguntungkan jamaah. Ramai yang berhutang dengan penulis, penulis tidak cerita kepada orang lain walaupun mereka lambat bayar hutang penulis. Hanya dia dengan penulis sahaja tahu.

Setengah orang yang bagi hutang tak begitu, mereka akan cerita si polan dah lama tak bayar hutang. Penulis tak begitu kerana penulis tahu dia tak mampu bayar.

Penulis buat semua itu kerana tak mahu aib sahabat terbuka, tak mahu maruahnya jatuh. Yang penting bagi penulis, sahabat ini dapat bantu kuatkan jamaah. Tapi bila orang tuduh dan fitnah penulis buat kerja b**** cipta sms tak elok, adakah antara sahabat ini yang menafikan bagi pihak penulis atau turut sama sebarkan fitnah.

Seorang blogers di PB buka cerita sms tu minggu lepas bila ada orang jumpa tunjuk kat dia sms tu masa heboh isu ‘cah keting’ di Kelantan. Bloggers ni mungkin nak kaitkan ‘cah keting’ di Parit Buntar dengan sms tu. Penulis baca sebelah pagi, tapi bila buka tengah malam dah dibuang tak tau kenapa.

Persoalan yang bermain difikiran, kenapa sms ini disebarkan oleh orang yang kena kutuk. Siapa yang mula2 terima sms tu, adakah sms tu dihantar kepada semua yang dikutuk oleh orang yang buat sms tu. Jawapannya, tidak tahu. Penulis tidak mahu tuduh dan fitnah sesiapa.

Cuma siapa yang buat sms tu tanggunglah dosanya. Siapa yang sebarkannya, bagi tahulah tujuannya. Siapa yang fitnah penulis, tanggunglah dosa fitnah itu.

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...