Tuesday, August 13, 2013

Tulahan : Cula Ayam

Salam,


Sebelum PRU 13, sahabat bagi tahu JPN dok minta cula kawasan penulis . JPR Kawasan penulis masih tak dapat beri cula kepada JPN tidak seperti JPR dan MTD beberapa kawasan lain yang berjaya menyediakan cula lengkap sebagaimana yang dikehendaki JPN negeri.  

Kata sahabat, JPR Kawasan penulis tidak dapat buat cula yang baik kerana banyak UPU mempunyai jumlah pengundi yang ramai , sukar nak dicula terutama UPU yang ada pengundi bercampur. 

Penulis bagi tahu sahabat, PRU yang lepas pun sama juga cula lengkap memang tak dapat dibuat. UPU yang jumlah pengundi kecil sahaja mampu buat cula 70-80% lengkap, UPU lain sukar dibuat kerana tidak semua pengundi dikenali orang tempatan. 

Cula bukan boleh dibuat secara rambang, sebab tu JPR Kawasan penulis setiap kali pilihanraya hadapi masalah di bahagian penculaan. Pemegang jawatan Bahagian Cula selalu sahaja bertukar tangan kerana gagal laksana tugas.

Pernah dalam PRU 1999, ada seorang yang dilantik bahagian Cula diberi imbuhan jika berjaya dapatkan cula setiap UPU. Pengakhirnya memang cula dapat lengkap, boleh menang lagi. Tapi bila dibuat siasatan, ternyata dia buat cula tanpa dapat semua cula dari UPU. UPU yang dia tak dapat, dia isi borang cula sendiri ikut kepala sendiri.

Sebelum terbang ke luar negara, penulis pernah ajar sahabat bagaimana nak menyediakan cula sebagaimana yang penulis sediakan semasa PRU 12. Namun, mereka tak mampu buat cula macam cara penulis kerana perlu teliti membuat pengiraan.

Penulis tanya sahabat macam mana MTD dan JPR Kawasan yang boleh dapat cula lengkap, bagaimana mereka buat cula? Sahabat bagi tahu, dia pun tak tahu . Sahabat bagi tahu ada MTD yang yakin sekali dengan cula mereka.

Bila PRU 13 selesai, MTD yang beri cula lengkap ini kalah juga. Penulis tanya sahabat sekali lagi, macam mana MTD ini boleh kalah sedangkan jika ikut cula MTD ini yakin sekali. Sahabat pun sebut “ Mereka buat Cula Ayam” . Penulis tanya lagi macam mana buat ‘Cula Ayam’. Sahabat bagi tahu , mereka bagi anak-anak ayam kepada pengundi, pengundi yang terima anak ayam dikira undi bulan.



Penulis rasa kelakar dengar cerita sahabat, kenapa la mudah sangat percaya pengundi akan undi bulan hanya kerana mereka terima anak ayam. Tak sedarkah , jika kita beri 10 ekor anak ayam musuh boleh datang bagi 100 ekor anak ayam kepada pengundi.

Penulis tak setuju dengan cara berkempen beri benda kepada pengundi kerana nak bersaing dengan musuh. Kita tak akan mampu menyaingi musuh yang ada dana jutaan RM berbanding kita yang hanya harap derma penyokong. 

Tak perlu lah nak berkempen seperti musuh. Musuh bagi pengundi beras 10 kilo kepada setiap pengundi, kita pun bagi beras 10 kilo kepada pengundi. Musuh pasang 100 billboard, kita pun nak pasang 100 billboard.

Akhirnya, dana yang ada tak mampu menampung kos pilihanraya. Berhutang sana sini, bila habis pilihanraya mula cari siapa mahu bertanggungjawab terhadap hutang yang dibuat.

Penulis juga tak setuju bagi benda tak kiralah wang ke, beras ke, minyak percuma ke semasa tempoh berkempen kerana itu semua dikira rasuah kepada pengundi. Kita dok kata musuh rasuah bagi benda kepada pengundi. Jika kita pun bagi benda, apa beza kita dan musuh?

Sebenarnya bukan kita tak boleh bagi benda kepada pengundi, tapi bukan dalam tempoh berkempen . Jika nak bagi bagi masa sekarang, dah lepas pilihanraya. Cari pengundi yang susah, cari pengundi yang miskin beri sumbangan kepada mereka. Jika nak bagi anak ayam pun, pada masa sekarang bukan dalam tempoh berkempen.

Masalah kita ialah, nak bagi bantuan hanya masa dekat dengan pilihanraya. Kita dok kata kepada musuh hanya bagi bantuan semasa pilihanraya. Jika kita pun bagi bantuan bila dekat pilihanraya, apa beza kita dan musuh?

Sepatutnya , kita tidak tunggu pilihanraya kerana parti kita bukan sekadar parti politik tapi parti dakwah. Kebajikan kepada pengundi perlu diberi mulai sekarang tak kira kita menang atau kalah pilihanraya. Semasa Ramadan baru berlalu, berapa banyak yang kita dapat cari untuk bantu mereka memerlukan? 

Jika sedikit, kena gandakan usaha cari lebih banyak dana bantu orang miskin, anak yatim, ibu tunggal. Kenapa kita boleh usaha bersungguh-sungguh cari banyak dana untuk pilihanraya, tapi tak mampu cari banyak dana untuk program kebajikan.

Berhentilah buat ‘Cula Ayam’, pengundi jika nak ditambah kena daftarkan anak-anak ahli dan penyokong jadi pengundi. Bila dapat daftar ramai pengundi baru, kita akan yakin tambah undi bulan dalam cula.

Mulai sekarang jangan tunggu pilihanraya baru nak turun cari pengerak di cawangan. Turun cawangan sekarang, pastikan cawangan adakan mesyuarat agung. Cawangan yang lemah , bantu jangan biarkan mati begitu sahaja. Jika dibiarkan banyak cawangan mati, bila mari pilihanraya mula payah nak tubuh UPU. 

Akhirnya , terpaksa gabung 2,3 UPU jadi satu UPU. Malah ada yang gabung 3,4 UPU jadi satu UPU kerana tiada pengerak di UPU sebab cawangan mati atau tiada cawangan di UPU.

Kena usaha tubuh cawangan baru di UPU yang tiada cawangan, atau di UPU yang ramai pengundi tapi hanya ada 1,2 cawangan. Jangan tunggu lagi, inilah masanya nak tambah ahli dan perkemas cawangan.

Jika banyak cawangan ditubuhkan, cawangan mati dihidupkan, cawangan lemah diaktifkan. Percayalah, bila mari pilihanraya, tak susah dah nak tubuh UPU. Tak susah dah nak berkempen di setiap pelusuk DUN dan Parlimen. 

Justeru jika nak menang kena tinggalkan ‘ Cula Ayam’, kena mulakan  ‘Cula Cawangan’ supaya akar umbi kuat.


Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...