Salam,
 
 
Semalam penulis ada baca tulisan Polis Pencen    mengenai kewajaran Web Rasmi Pakatan Rakyat menghadapi serangan   bertali  arus media massa pro BN terhadap PR. Penulis setuju dengan   pandangan  Polis Pencen bahawa maksimumkan peranan Harakahdaily kerana   pengaruhnya  besar di media maya.
Polis    Pencen juga kritik laman rasmi PAS seperti Dewan Ulama dan Dewan    Muslimat yang tidak dikemaskini. Malah , Polis Pencen seperti kecewa    apabila mengungkapkan, 
Tulisan sebegini hanya menyemak sahaja, mereka yang dipertanggungjawabkan tidak akan mengambil peduli. 
Mungkin    juga kerana Polis Pencen dah banyak menulis dan memberi pandangan    membina tetapi tidak diambil perhatian mereka yang    dipertanggungjawabkan.
Sebenarnya,    banyak laman rasmi PAS yang dibangunkan di Malaysia namun hanya    beberapa sahaja yang aktif dan dikenali oleh pengunjung blog. Kenapa tak    dikenali ? Sebab tak kemaskini, kalau kemaskini pun seminggu atau    sebulan sekali.
Penulis    senaraikan antara yang popular, Tranungkite di bawah Dewan Pemuda PAS    Dungun , Buletin Online yang rasanya bawah PAS Terengganu dan   Intanhijau  di bawah PAS Teluk Intan. 
Tranungkite    memang laman popular no 1 dalam Top Ranking, Buletin Online juga ada    dalam Top Ranking ,  Intanhijau ada dalam senarai Cenangau.
Mungkin    ada yang penulis tak tahu, tapi tak mungkin pengendali Top Ranking  tak   tahu sebab blog-blog popular mereka masukkan dalam Top Ranking.
Nak    tahu laman atau blog tu aktif atau tidak selain tengok Top Ranking,    tengok komen pencacai Umno . Jika banyak komen pencacai Umno, bagus la    blog tu sebab pencacai Umno ni masuk blog yang popular je, yang tak    popular tak mahunye dikomen sebab tugas mereka memang begitu.
Pencacai    Umno ni akan buka blog kosong untuk mudah komen dalam blog orang  lain.   Antaranya, yang selalu keluar joecharlie, goodlistener dan ada   beberapa  lagi.
Penulis nak maklumkan bahawa PAS Pusat sebenarnya mempunyai laman rasmi yang aktif tetapi dalam Top Ranking namanya Berita Tempatan ()yang merujuk kepada laman PAS Parit Buntar. Sebenarnya , laman PAS Parit Buntar menggunakan domain laman PAS Pusat
    Mungkin pengendali Top Ranking tak tahu, harap dapat tukar Berita    Tempatan () jadi Laman PAS Pusat lepas ini. Ada sebab laman PAS Parit    Buntar linknya dalam blog lain namanya Berita Tempatan (), WebMaster    laman PAS Parit Buntar ada jawapannya.
Penulis    bukan nak bercakap pasal Top Ranking, ucap terima kasih kepada mereka    kerana bersusah payah memeriahkan keaktifan blogger. 
Penulis    nak sentuh pasal isu yang ditimbulkan Polis Pencen mengenai kegagalan    laman rasmi PAS berfungsi membantu menyebarkan maklumat kepada  rakyat. 
Penulis    ada terbaca dan terdengar Lujnah Penerangan PAS Pusat ada buat    pertandingan laman rasmi PAS Kawasan. Tapi sampai hari , tak tahu apa    ceritanya. Mungkin dah ada pemenang tapi penulis tak tahu.
Penulis    juga dapat tahu baru-baru ini , Dewan Pemuda PAS Pusat ada buat    pertemuan dengan bloggers di Temerloh. Tak tahu apa resolusi hasil    pertemuan itu, mungkin dah ada yang dibuat.
Bagi    penulis, satu perkara yang menyebabkan laman-laman rasmi PAS tidak    aktif adalah kerana tiada yang sanggup memikul tugas mengaktifkan laman    ini. Jika ada yang ambil peranan pun , tugas tidak dijalankan dengan    sebaik-baiknya kerana menggangap mengaktifkan laman bukanlah keutamaan.
Lebih    malang lagi, banyak PAS Kawasan yang tidak menganggap penting media    maya ini. Maka , banyak kawasan bukan sahaja tidak aktif blog atau  laman   webnya, malah ada yang tidak ada langsung laman web atau blog.
Penulis    pernah menulis mencadangkan diwujudkan Lujnah Blogger atau Media Maya    supaya nampak kepentingan blog, facebook dan twitter di semua  peringkat   parti. Penulis tak mahu ulang, baca di sini 
Ada    yang tanya bolehkah laman atau blog PAS Kawasan aktif dan dikunjungi    ramai pelawat sedangkan tidak ramai yang boleh mengendalikan blog di    kawasan. 
Penulis    kata boleh melalui hubungan baik PAS kawasan itu dengan blogger pro   PAS  dalam kawasannya. PAS Kawasan berkenaan boleh lantik blogger   berkenaan  mengendalikan blog PAS Kawasan disamping mengaktifkan blognya   sendiri.
 Bukan sahaja PAS Kawasan, PAS Negeri, Dewan Pemuda Negeri dan Kawasan pun boleh buat. Penulis bagi buktinya blog PASPB    yang baru diaktifkan pada bulan November 2010. Blog ini wujud pada    tahun 2007 bagi mengantikan sementara laman PAS Parit Buntar yang    diserang. 
Selepas laman dibaikpulih, blog ini tak digunakan sehinggalah diaktifkan secara serius pada November 2010.
Penulis    tahu blog ini dikendalikan oleh dua orang WebMaster  dan dua-danya    blogger. Seorang tugasnya bahagian teknikal, seorang tugasnya update    blog. Mengapa blog ini boleh menarik ramai pelawat? kerana pengendalinya    blogger. 
Sebab    itulah penulis cadang wujudkan Lujnah Media Maya dalam PAS. Nampak    memang tak ada apa-apa media maya ini, namun anak muda kebanyakannya    menggunakan media maya ini untuk mencari berita. 
Mesir    dan Tunisia adalah dua contoh bagaimana media maya menggerakkan  rakyat   terutama anak muda berhimpun dalam keadaan media utama  dikongkong   kerajaan.
    Akhirnya , penulis ambil balik apa yang Polis Pencen tulis di akhir    tulisannya sebab penulis pun dah banyak menulis tapi tak da respon pun.    Mungkin ada tapi tak nampak je.
Tulisan sebegini hanya menyemak sahaja, mereka yang dipertanggungjawabkan tidak akan mengambil peduli.
 
1 comment:
Komen terdahulu :
Mohd Shubhi said...
setuju !
February 12, 2011 8:02 AM
ALahaI sI LunCAi said...
TAK ULAS KE BLOG LUCAH PAS YANG SENGAJA DIWUJUDKAN UNTUK MENARIK PERHATIAN ANAK MUDA?
TAK DAPAT NAK BAGI CONTOH, BANYAK SANGAT.
February 12, 2011 8:47 AM
Post a Comment