Keluarga campuran Palestin-Israel sekarang menjadi sasaran tembak baru Israel. Akhir-akhir ini, kumpulan Yahudi nasionalis yang fanatik, mengadakan aksi demonstrasi di jalanan menentang pernikahan campuran ini.
Jumlah gadis Yahudi yang memilih  suami dari kalangan Palestin makin bertambah jumlahnya di wilayah mereka.
Dalam tunjuk perasaan di Bat Yam,  mereka membawa pelbagai sepanduk berupa penentangan terhadap perkahwinan campuran ini.
"Gadis Yahudi Hanyalah untuk orang Yahudi", demikian antara lain bunyi sepanduk itu.
Pasangan   Yahudi-Palestin memang  tidak umum di Israel. Namun jumlah mereka kini   terus bertambah, kebanyakannya  dari mereka yang berasal dari latar   belakang liberal.
Rona,   seorang wanita dari  kalangan profesional Yahudi yang berusia awal  tiga  puluhan, mengaku tidak  ada yang salah berhubungan dengan pemuda   Palestin.
Wanita yang  minta namanya disamarkan ini telah menjalin hubungannya dengan seorang  pemuda Palestina selama hampir empat tahun.
Kedua   orang tuanya tahu dan  telah bertemu kekasih Rona, Rona mengatakan   bahawa dia berada pada penghujung di  mana dia adalah "aktif berbohong"   ke pada seluruh keluarganya.
"Saya   tidak tahu bagaimana  reaksi mereka," kata Rona. "Saya berpikir bahawa   Mak Cik  dan Pak Cik saya tahu bahawa ada seseorang ... dan mereka  pasti  tahu bahawa  dia Arab. Mengenalkan mereka pada keluarga bagi  mereka  sama dengan  membawa pulang pembunuh."
Menurutnya, bagi keluarga Yahudi, lebih baik membawa pulang si cacat Yahudi berbanding pemuda Arab.
Sebaliknya,   Rona mengatakan  bahawa beliau tidak merasa ada unsur perkauman pada   asal usul keluarga kekasihnya. Tapi,  kerana situasi politik, ada ketika   ia merasa kesukaran di antara  mereka.
Meskipun   nasionalis agama  Israel mulai berteriak-teriak menentang pada masa   ini, perkahwinan campur  Arab-Yahudi sudah berlangsung lama.
Iris Agmon, seorang profesor di Jabatan Timur Tengah di Ben Gurion University mengatakan dalam  catatan pengadilan syariah Khalifah Uthmaniah, wanita Yahudi boleh menikah dengan  pemuda Muslim setelah sebelumnya dia menjadi mualaf.
"Dan  kecenderungannya, wanita Yahudi yang menikah dengan Arab dia akan  bertukar agama menjadi Muslim," katanya.
Setelah pemerintahan Khalifah Uthmaniah  berakhir, pemerintah Inggeris juga membenarkan pernikahan pasangan berbeza ras  ini.
Deborah   Bernstein, seorang profesor di Jabatan sosiologi dan  antropologi   Universitas Haifa mengatakan bahawa meskipun tidak ada  dokumentasi   sistematis atau bahkan perbincangan  tentang subjek ini,
"Tapi  jelas bahawa fenomena seperti ini memang ada".
Dia menemui kisah keluarga  kahwin campur ini semasa meneliti buku bahasa Ibrani tentang perempuan di  Tel Aviv.
Menurutnya,   banyak dokumen-dokumen lain yang menunjukkan  hubungan tersebut.   "Bahkan, ada seorang wanita Yahudi yang memilih  bercerai dengan   suaminya untuk menikah dengan pemuda Arab," ujarnya.
Dalam kebanyakan kes,  Bernstein mengatakan, wanita Yahudi memeluk Islam sebelum menikah  pasangan Arab mereka.
Dia percaya bahawa majoriti dari pasangan itu  meninggalkan Israel ketika Israel mendirikan negara pada tahun 1948.
Bernstein   menambahkan bahawa  masyarakat Yahudi sejak dulu sangat kuat menentang   perkawinan campuran.  Tapi, kadang-kadang, protes terhadap hubungan   semacam berlari ke arah  lain - meninggalkan kesan abadi pada generasi   yang akan datang.
Cucu   yang lahir dari setengah  darah Palestin, misalnya, menurut hukum  agama  Yahudi ia bukan orang  Yahudi. Itu sebabnya, banyak wanita Yahudi  yang  memilih merahasiakan  identiti suaminya atau malah keluar dari   keluarganya.
Memandangkan   ia tetap menjadi isu yang  sangat sensitif bagi kedua komuniti,   sejumlah pasangan Yahudi-Palestin  menolak permintaan wartawan Al   Jazeera untuk diwawancara.
Beberapa  begitu khuatir tentang reaksi keluarga, mereka tidak memberitahu orang  tua mereka tentang pasangan mereka.suaramedia
 
No comments:
Post a Comment