Seorang lagi anak kurang ajar mengugut untuk mengebom ibunya jika dihantar ke pusat pemulihan berikutan terjebak dengan satu kumpulan samseng yang cenderung kepada kegiatan hiburan dan dadah.
Manakala seorang penuntut universiti yang menghadapi masalah halusinasi akibat pembabitan dengan satu kumpulan muzik bawah tanah yang tidak mempercayai Tuhan dan dadah, terlupa bahawa ibu bapanya masih hidup sehingga tidak menziarahi mereka untuk tempoh lama.
Ini  bukan filem, sebaliknya  kisah benar yang diceritakan tiga penghuni  Rumah Sahabat Insan dan Iman  Malaysia (Sidim) di Kuala Kubu Bharu,  Selangor kepada wartawan Metro  Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINATA  YAACOB mengenai perlakuan derhaka  mereka terhadap ibu bapa sendiri.   
Kes 1
(Azman, 16, Kedah)
SYURGA di bawah tapak kaki ibu. Ayah pula ketua keluarga yang kita perlu hormati dan jaga perasaannya. Namun saya bukan saja derhaka, tetapi bersikap kurang ajar dengan insan yang melahir dan menjaga saya sejak lahir.
(Azman, 16, Kedah)
SYURGA di bawah tapak kaki ibu. Ayah pula ketua keluarga yang kita perlu hormati dan jaga perasaannya. Namun saya bukan saja derhaka, tetapi bersikap kurang ajar dengan insan yang melahir dan menjaga saya sejak lahir.
Akibat  terpengaruh dengan sebuah kumpulan muzik bawah  tanah dan kegiatan hidu  gam, saya menjadi liar dan hilang akal. Setiap  kemahuan saya perlu  dituruti, manakala bangkangan pula menyebabkan saya  mengamuk dan  bertindak ganas.
Biasanya saya terbabit dengan pergaduhan berkumpulan di luar rumah, bukan bertindak ganas ke atas ibu bapa. Bagaimanapun, pada hari itu saya lalok (khayal) akibat hidu gam berlebihan, menyebabkan saya bertindak di luar kawalan.
Apabila   pulang ke rumah dalam keadaan lapar, saya terus menjadi berang apabila   mendapati tiada makanan di bawah tudung saji lalu naik ke tingkat atas   dan mendapati ibu bapa menunaikan solat Isyak berjemaah.   
Melihat keadaan mereka menyebabkan marah saya membuak-buak lalu saya menjerit anjing ke arah ibu dan b*b*kepada bapa.  Namun mereka tidak membalas, sekali gus menjadikan saya lebih marah lalu terus menendang kepala bapa yang ketika itu sujud.   
Akibat tendangan kuat, bapa tergolek daripada tikar sembahyang.  Ini   menjadi titik tolak kepada kesabaran keluarga saya yang akhirnya   mengambil keputusan menghubungi Ustaz Hanafi Abdul Malek (Pengerusi   Yayasan Sidim) untuk bantuan.   
Akhirnya saya diangkut (dibawa pergi) dan ditempatkan di Rumah Sahabat Sidim untuk pemulihan.  Alhamdulillah,   semua yang berlaku ada hikmahnya. Walaupun dosa saya terlalu besar   kepada ibu bapa, mungkin berkat doa dan kasih sayang mereka, Allah SWT   membuka hati saya untuk kembali ke jalan-Nya.   
Saya berjanji akan menjadi anak yang lebih baik pada masa depan.  Semua yang berlaku akan menjadi kenangan paling pahit dalam hidup saya.  Mungkin   ibu bapa saya dapat memaafkan, tetapi menendang kepala bapa sendiri,  ia  akan menjadi mimpi paling buruk dalam hidup saya. Saya sungguh  kesal.�   
Kes 2
(Tahir, 18, Kuala Lumpur)
IBU adalah bank bergerak saya. Setiap kali perlukan wang, saya mendesak dan kadangkala mengugut ibu apabila dia sukar memberi apa yang saya hendak. Saya juga banyak mencuri dan menjual barangan kemas ibu.
(Tahir, 18, Kuala Lumpur)
IBU adalah bank bergerak saya. Setiap kali perlukan wang, saya mendesak dan kadangkala mengugut ibu apabila dia sukar memberi apa yang saya hendak. Saya juga banyak mencuri dan menjual barangan kemas ibu.
Sekalipun   tidak bekerja, akibat hidup mewah daripada aktiviti memeras ibu, saya   ada banyak masa untuk melepak dan mula bergaul dengan kumpulan samseng.   Malah, saya menjadi anak emas pemimpin kanan kumpulan kerana sering   menaja mereka berhibur dan aktiviti dadah.   
Bagaimanapun,  satu  hari ketika kami ingin berhibur ke Genting Highlands dan saya  meminta  wang daripada ibu, dia enggan memberinya. Puas saya menggertak  dan  mengganas, termasuk memecahkan barangan dalam rumah, tetapi ibu  tetap  berdegil. 
Klimaks  kepada perasaan marah saya, saya mengugut akan  mengebom ibu jika tidak  memberi wang. Malah, selepas jasad ibu berkecai  dan saya menemui  tengkorak kepalanya sekalipun, saya akan bom sekali  lagi supaya hancur  dan lumat.  Akhirnya  ibu mengalah, tetapi pada  masa sama dia menghubungi Rumah Sahabat  Sidim tanpa pengetahuan saya. 
Mungkin ibu dapat melihat yang saya tidak  dapat diinsafkan walaupun  melalui kasih sayang yang cuba  ditunjukkannya.  Sekembali  saya,  saya melihat Ustaz Hanafi menunggu. Saya menjadi berang terhadap  ibu dan  pada masa sama mengugut ustaz supaya tidak masuk campur.   
Malah,   saya mengugutnya dengan mengatakan dengan hanya satu panggilan, 200  geng  saya akan datang ke rumah saya untuk membelasahnya.  Ustaz   mempersilakan saya berbuat demikian (menghubungi geng). 
Beberapa minit   kemudian beberapa sahabat saya turun untuk membantu menghalang saya   daripada dibawa pergi ke Rumah Sahabat Sidim.  Bagaimanapun, saya hairan kerana selepas bercakap sesuatu dengan ustaz, rakan saya berlalu pergi.   
Rupa-rupanya dia bukan calang-calang orang dan terkenal dalam dunia persilatan dan kebajikan sosial.  Namun, tempoh tiga bulan menjalani pemulihan di Rumah Sahabat Sidim nyata memberi kehidupan baru kepada saya. 
Saya mula mengenal agama dengan lebih mendalam dan menghargai hubungan kekeluargaan dan orang tua saya. 
Kes 3
(Fauzi, 22, Kelantan)
(Fauzi, 22, Kelantan)
SAYA tidak ingat berapa lama saya tidak mencium tangan ibu bapa berikutan ada di dalam dunia sendiri akibat pembabitan dalam kumpulan muzik bawah tanah yang tidak percaya wujudnya Tuhan, selain bergelumang dengan dadah.
Saya bukan  saja tidak pulang ke kampung, tetapi ibu bapa  juga tidak dapat mencari  saya berikutan saya tidak lagi pergi ke kuliah  akibat terlalu sibuk  dengan dunia ciptaan syaitan.   
Bagaimanapun,   menurut ibu, dia terbaca mengenai kisah Rumah Sahabat Sidim di akhbar   dan meminta pertolongan Ustaz Hanafi yang kemudian bersama beberapa   rakannya berjaya menjejaki saya dan membawa ke sini (Rumah Sahabat   Sidim).   
Keadaan  saya mula-mula memang kritikal. Saya membuang air  besar dan kecil tanpa  sedar. Malah, saya beberapa kali membuang air  besar di atas sejadah  ketika orang lain bersembahyang. 
Semuanya berlaku  di luar kawalan.  Masalah  halusinasi saya juga kritikal. Berikutan  pernah terjebak dengan  aktiviti memijak al-Quran, jari kaki saya  menjadi sedikit terdengket.   
Ramai  pelik melihat cara saya  berjalan, tetapi saya berdengket kerana  melihat ada manusia kecil di  bawah dan cuba mengelak memijaknya.  Mungkin  ini balasan Allah SWT  terhadap saya kerana menjauhi-Nya, agama dan ibu  bapa saya. 
Kini saya  menyesal. Perkara pertama yang saya akan lakukan  selepas menjalani  pemulihan adalah pulang ke kampung untuk memohon maaf  daripada ibu bapa  saya. 
Ini  kerana mereka berusaha keras, membanting tulang untuk  menghantar saya  belajar, tetapi saya hampakan mereka dengan menceburi  kegiatan yang  bukan saja tidak senonoh serta membahayakan diri, tetapi  juga  merosakkan akidah saya sebagai seorang Islam. 
Saya pada mulanya tidak mahu terbabit dengan aktiviti underground (bawah tanah) ini.  Namun, bermula sebagai suka-suka daripada mengikut konsert gig, saya terjebak dengan aktiviti yang merosakkan masa depan saya.   
Bagaimanapun,   Allah SWT masih sayangkan saya kerana saya berjaya diselamatkan agak   awal kerana saya tahu, masih ramai anak muda, terutama orang Islam, yang   masih sesat di dalam dunia kumpulan bawah tanah dan dadah sekarang.   
Yang menyedihkan, sebahagian besar daripada mereka masih terlalu muda, daripada di bangku sekolah menengah sehingga universiti.Sioloon
 
No comments:
Post a Comment