ALEXANDER PERTZ   dilahirkan dari kedua orang tua Kristian pada tahun 1990. Sejak awal   ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari   pengaruh keluarga atau masyarakat. 
Apabila  dia boleh membaca dan menulis,  maka ibunya memberi untuknya buku-buku  agama dari seluruh agama,  baik agama langit atau agama bumi. 
Setelah  membaca buku-buku secara  mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi  seorang muslim. Padahal ia  tak pernah bertemu muslim seorangpun.
Dia  sangat cinta dengan agama ini sampai  pada tahap dia mempelajari solat,  dan mengerti banyak hukum-hukum  syar’i, membaca sejarah Islam,  mempelajari banyak kalimat bahasa Arab,  menghafal sebahagian surah dan  belajar azan.
Semua  itu tanpa bertemu dengan seorang  muslim pun. Berdasarkan bacaan-bacaan  tersebut dia memutuskan untuk  mengganti namanya menjadi Muhammad  Abdullah, dengan tujuan agar  mendapatkan keberkahan Rasulullah SAW yang  dia cintai sejak masih kecil.
Salah  seorang wartawan muslim menemuinya  dan bertanya pada anak tersebut.  Namun, sebelum wartawan tersebut  bertanya kepadanya, anak tersebut  balik bertanya kepada wartawan itu,  ”Apakah engkau seorang yang hafal  Al Quran?”
Wartawan itu berkata: ”Tidak.” Namun wartawan tersebut dapat merasakan kekecewaan anak itu atas jawapannya.
....Setelah membaca buku-buku secara mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu muslim seorangpun....
Anak  itu kembali berkata, ”Akan tetapi  engkau adalah seorang muslim, dan  mengerti bahasa Arab, bukankah  demikian?” dia menghujani wartawan itu  dengan banyak pertanyaan. 
”Apakah   engkau telah menunaikan ibadah haji? Apakah engkau telah menunaikan   ’umrah? Bagaimana engkau boleh mendapatkan pakaian ihram? Apakah pakaian   ihram tersebut mahal? Apakah mungkin aku membelinya di sini, ataukah   mereka hanya menjualnya di Arab Saudi saja? Kesulitan apa  yang  engkau  alami tinggal sebagai seorang muslim di komuniti  yang bukan Islami?”
Setelah  wartawan itu menjawab berdasarkan pengetahuannya,  anak itu kembali  berbicara dan menceritakan tentang beberapa hal  berkenaan dengan  kawan-kawannya, atau gurunya, sesuatu yang berkenaan  dengan makan atau  minumnya, peci putih yang dikenakannya, ghutrah  (serban) yang  dia lingkarkan di kepalanya dengan model Yaman, atau  berdirinya di  taman umum untuk mengumandangkan azan sebelum dia shalat.
   Kemudian ia berkata dengan penuh penyesalan, ”Terkadang aku kehilangan   sebahagian solat kerana tidak tahu tentang waktu-waktu solat.”
Kemudian  wartawan itu bertanya pada beliau ”Apa yang membuatmu tertarik pada  Islam? Mengapa engkau memilih  Islam, tidak yang lain sahaja?” dia diam  sesaat kemudian menjawab.
”Aku  tidak tahu, segala yang aku ketahui adalah dari yang aku  baca tentang  Islam, dan setiap kali aku menambah bacaanku, maka semakin  banyak  kecintaanku pada Islam.”
....Segala yang aku ketahui adalah dari yang aku baca tentang Islam, dan setiap kali aku menambah bacaanku, maka semakin banyak kecintaanku pada Islam....
Wartawan bertanya kembali, ”Apakah engkau telah puasa Ramadhan?”
Muhammad  tersenyum sambil menjawab, ”Ya,  aku telah puasa Ramadhan yang lalu  secara sempurna. Alhamdulillah, dan  itu adalah pertama kalinya aku  berpuasa di dalamnya. Dulunya sukar,  terutama pada hari-hari pertama”. 
Kemudian  dia meneruskan : ”Ayahku  telah menakutkan aku bahawa aku tidak akan  mampu berpuasa, akan tetapi aku  berpuasa dan tidak mempercayai hal  tersebut”.
”Apa cita-citamu?” tanya wartawan
Dengan cepat Muhammad menjawab, ”Aku memiliki banyak cita-cita. Aku ingin menunaikan haji ke Mekah dan mencium Hajar Aswad”.
”Sungguh  aku perhatikan bahawa  keinginanmu untuk menunaikan ibadah haji adalah  sangat besar. Adakah  penyebab hal tersebut?” tanya wartawan lagi.
Ibu  Muhammad untuk pertama kalinya turut menyampuk dia berkata:  ”Sesungguhnya gambar Ka’bah telah memenuhi biliknya, sebahagian manusia  menyangka bahawa apa yang dia lewati pada masa  sekarang hanyalah  semacam khayalan, semacam angan-angan yang akan berhenti  pada suatu  hari. Akan tetapi mereka tidak mengetahui bahwa dia tidak  hanya sekadar  serius, melainkan mengimaninya dengan sangat dalam sampai  pada tahap  yang tidak boleh dirasakan oleh orang lain”.
Kelihatan  senyuman di wajah Muhammad  ’Abdullah, dia melihat ibunya yang  membelanya. Kemudian dia memberikan  keterangan kepada ibunya tentang  tawaf di sekitar Ka’bah, dan  bagaimanakah haji sebagai sebuah lambang  persamaan antara sesama manusia  sebagaimana Tuhan telah menciptakan  mereka tanpa memandang perbezaan  warna kulit, bangsa, kaya, atau  miskin.
Kemudian  Muhammad meneruskan, ”Aku sudah  menabung dengan mengumpulkan baki wang  sakuku agar aku boleh pergi  ke Mekah Al-Mukarramah. Aku mendengar  bahawa perjalanan ke sana  memerlukan perbelanjaan 4 ribu dollar, dan  sekarang aku mempunyai 300 dollar.”
....Aku sudah menabungkan baki wang sakuku agar aku boleh pergi ke Mekah Al-Mukarramah. Perjalanan ke sana memerlukan perbelanjaan 4 ribu dollar, dan sekarang aku mempunyai 300 dollar....
Ibunya  menghampirinya lalu berkata untuk  berusaha menghilangkan kesan  kebimbangannya, ”Aku sama sekali tidak  keberatan dan menghalanginya  pergi ke Mekah, akan tetapi kami tidak  memiliki cukup wang untuk  menghantarnya dalam waktu terdekat ini.”
”Apakah cita-citamu yang lain?” tanya wartawan kepada anak ini.
“Aku  bercita-cita agar Palestin kembali  ke tangan kaum muslimin. Ini adalah  bumi mereka yang dicuri oleh  orang-orang Israel (Yahudi) dari mereka,”  jawab Muhammad.
Ibunya  melihat kepadanya dengan penuh  kehairanan. Maka dia pun memberikan  isyarat bahawa sebelumnya telah  terjadi perdebatan antara dia dengan  ibunya kerana isu ini.
Muhammad  berkata, ”Ibu, engkau belum  membaca sejarah, bacalah sejarah, sungguh  benar-benar telah terjadi  perampasan terhadap Palestin.”
....Cita-citaku adalah aku ingin belajar bahasa Arab, menghafal Al-Quran, dan belajar di negeri Islam....
”Apakah engkau mempunyai cita-cita lain?” tanya wartawan lagi.
Muhammad menjawab, “Cita-citaku adalah aku ingin belajar bahasa Arab, dan menghafal Al-Quran.”
“Apakah engkau berkeinginan belajar di negeri Islam?” tanya wartawan
“Tentu!” tegasnya.
”Apakah engkau memiliki kesusahan dalam hal makanan? Bagaimana engkau menghindari daging babi?”
Muhammad menjawab, ”Babi adalah haiwan yang sangat kotor dan menjijikkan. Aku  sangat   hairan, bagaimanakah mereka memakan dagingnya. Keluargaku mengetahui   bahwa aku tidak memakan daging babi, oleh kerana itu mereka tidak   menghidangkannya untukku. Dan jika kami pergi ke restoran, maka aku   beritahu kepada mereka bahawa aku tidak memakan daging babi.”
sangat   hairan, bagaimanakah mereka memakan dagingnya. Keluargaku mengetahui   bahwa aku tidak memakan daging babi, oleh kerana itu mereka tidak   menghidangkannya untukku. Dan jika kami pergi ke restoran, maka aku   beritahu kepada mereka bahawa aku tidak memakan daging babi.”
”Apakah engkau solat di sekolah?”
”Ya, aku telah membuat sebuah tempat rahsia di perpustakaan. Aku solat di sana setiap hari,” jawab Muhammad.
Kemudian  datanglah waktu solat maghrib  di tengah wawancara. Anak itu langsung  berkata kepada wartawan, “Apakah  engkau mengizinkanku untuk  mengumandangkan azan?”
Kemudian  dia berdiri dan mengumandangkan  azan. Dan tanpa terasa, air mata  mengalir di kedua mata wartawan  ketika melihat dan mendengarkan anak  itu menyuarakan azan.  Subhanallah!! 
# Anak ini sudah berumur 21 tahun pada hari ini. [riafariana/voa-islam.com]
 
1 comment:
Allahuakbar
Post a Comment