Saturday, December 11, 2010

Tulahan : Kalau dah penting bloggers, buat la cara penting

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEirhej531H1qTsH_uiqwu0aSQjYASBObvgoJtZJqxv8nTiwyg1_K-r3Iy7VxHDfxkUW7xiSwpeT1wCjMN9lbNIB2qzG7hSvN0C2YA3GMAsoiOzKIQ0S93UCrtE5QwBGQEwQodqYtp0A-K4/s1600/blogger-rakyat.gif

Bila ada tulisan dalam utusan meloya puji blogger pro Umno yang telah menguasai ranking alexa, maka ramai yang beri komen macam2. Blogger pro Umno naik megah depa dah hebat, tapi bagi penulis tak hebat mana pun.

Kalau hebat tentu anak muda rakyat Selangor tak keluar sehingga lebih 10 ribu hantar memorandum kat Yang Dipertua Agong. Kalau hebat tentu juga himpunan anjuran GAPS dapat sambutan, ni tak sampai pun berapa orang .

Anak muda yang baca blog2 pro Umno ni tak kan keluar berhimpun sokong kerajaan Selangor kalau depa percaya . Depa baca, tapi tak semestinya percaya. Macam la orang tengok berita TV3 dan TV1 , tengok la tapi tak semestinya percaya.

Sekarang orang dah cerdik, maklumat senang dicari. Tak mudah untuk blogger pro Umno ni menipu, walaupun hari2 mereka keluarkan berita tipu. Bukan blog pro Umno sahaja, blog pro Pakatan pun sama jika keluar berita tanpa fakta tak semua orang yang percaya.

Blogger pro Pakatan ada yang bising sebab Pakatan tak ambil berat blogger ni. Bukan tak ambil berat, tapi bagi penulis rasa tak penting bloggers ni. Macam yang Cenangau bagi tau la, ada tubuh Sekreteriat blogger PAS tapi tak bergerak.

Sebab apa tak bergerak? Sebab Lujnah Penerangan tak mengerakkan Sekreteriat ini. Kalau pun Sekretriat ni bergerak, penulis yakin blogger dalam sekretriat ni rasa terkongkong kena ikut apa yang Ketua Penerangan hendak bukan apa yang blogger hendak. Jadi tak berjalan juga.

Bila blogger pro Pakatan bising, maka ada la saranan supaya nak gembeling bloggers pro Pakatan jadi media alternatif. Boleh bercakap la, dah selama ni kenapa tak gembleng?. Ada ke kepentingan blogger dibincang dalam mesyuarat pusat, negeri atau kawasan? Ada, tapi bincang sipi2 ja, tak penting la tu.

Sebenarnya, bloggers ni tak boleh letak bawah lujnah penerangan tapi kena ada lujnah sendiri barulah dibincang serius dalam setiap mesyuarat semua peringkat. Ketua lujnah pun kena ambil dikalangan bloggers juga, barulah citarasa bloggers ni tercapai.

Dah ada lujnah IT, kenapa tak tukar ja jadi lujnah bloggers. Boleh juga, tapi kena luaskan bidang tugas lujnah IT dan ketuanya kalau bukan blogger kena tukar ambil blogger. Penulis yakin, jika ini dilakukan bloggers akan rasa diberi peranan dan dihargai.

Tranungkite bertahan sampai sekarang kerana kerjasama blogger berkumpulan dalam Lujnah IT satu kawasan di Terengganu. Hairan juga kenapa selama ni Lujnah Penerangan tak pi belajar dengan Tranungkite. Walaupun ada blogger yang tak suka dengan gaya Tranungkite, tapi gerak kerja berkumpulan mereka yang patut dicontohi.

Janganlah jadikan kritikan bloggers kepada parti sebagai satu punca untuk parti pinggirkan peranan bloggers. Jangan jadikan bloggers yang mengkritik sebagai musuh. Kalau tak dikritik parti suka syok sendiri, mari pilihanraya kalah.

Jika ada lujnah , bloggers ada saluran untuk beri pandangan mereka. Mungkin bukan semua kritikan bloggers boleh diterima, tapi walaupun tak diterima ada la mereka rasa kritikan atau pandangan mereka dihargai.

Bila dah jadi macam bloggers menghentam PKR , boleh pening dibuatnya. Dah la media Umno dok fitnah hari2, ada pula nasi tambah dari bloggers pro pakatan sendiri. Akhirnya, tengoklah kajian UM, merudum sokongan.

Ada yang kata kat penulis, tak pa dalam PAS pun ramai bloggers. Penulis tanya balik blog mana, dia bagi tau la blog-blog tertentu. Penulis tanya dia, masuk blog tu baca kemudian bayangkan orang muda suka baca ka dak.

Kalau setakat ada blog tapi tak aktif, tak menarik, tak ada idea sendiri, dok copy paste je, dok angkat bakul sendiri tak payah la.

Kepada bloggers pro Pakatan , penulis harap tak perlu lah susah hati sangat dengan ranking Alexa. Nak bagi tahu, kalau anak muda tak percaya bloggers pro Pakatan tentu tak ramai yang turun ke jalan raya.

Selagi ramai yang turun ke jalan raya, percayalah itulah kesan blog anda. Buat apa kalau ranking tinggi dalam Alexa, tapi bila ajak orang ikut orang tak mau ikut macam blog2 pro Umno.

Ingat juga bahawa, sumbangan anda walaupun dipandang sebelah mata tapi besar ganjaran pahalanya. Bukan senang mengubah hati manusia jika tidak kena caranya dan anda telah melakukannya.

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...