Salam,
Lagi dua hari masuk tahun
2020, penulis ambil masa untuk menulis berkaitan perjuangan. Baru habis program
Tanweer , kehadirannya baik walaupun sekarang musim ambil padi.
Kehadiran yang ramai
menambah semangat kepada penulis kerana yang hadir selalunya yang aktif,. Bila
ramai ahli yang aktif, bermakna parti akan semakin kuat. Dulu penulis yang
anjur program Liqa’ parti lama, kehadirannya kurang sedangkan cawangan dah
banyak.
Penulis tertarik ucapan SU
Kawasan semasa sesi soal jawab yang penulis akan kongsi di sini. Katanya, parti
lama hanya bermegah dengan slogan Islam tapi tidak melaksanakannya. Yang ada
hanya fitnah yang ditabur ahli parti lama terhadap kerajaan baru. Sedangkan
parti baru tidak bermegah dengan slogan
Islam tetapi melaksanakan Islam dalam pemerintahan.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allâh melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan (dalam masalah hutang), maka Allâh Azza wa Jalla memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat........(HR. Muslim)
Minggu ini juga baru
selesai program back to school. Dulu semasa parti lama dan semasa parti baru
belum menjadi kerajaan, jumlah pelajar menerima kelengkapan sekolah paling
tinggi 200 orang sahaja. Bila dah memerintah, lebih 2000 pelajar terima
manfaat. Bukankah dengan kuasa kita ada telah melapangkan kesusahan 2000 ibu bapa kurang mampu .
Pelajar bukan sahaja terima
kelengkapan sekolah sumbangan agensi kerajaan tetapi ketiga-tiga wakil rakyat
ini telah berusaha mencari dana melalui ahli korporat dan dermawan bagi
menambah jumlah pelajar kurang mampu menerima kelengkapan sekolah. Dok tengok
juga parti lama, tak ada pun program back to school yang dianjur. Tak tahu la ,
mungkin penulis tak jumpa berita.
Jumlah manfaat yang rakyat
terima sejak PH menjadi kerajaan sangat banyak. Namun, parti lama tidak dapat
terima hakikat ini. Sebab tu parti lama tuduh parti baru macam-macam, tamak
kuasa la, kejar Putrajaya la. Sedangkan parti lama tahu, dengan kuasa yang ada
inilah rakyat terima pelbagai manfaat.
Jika kerajaan Ubn masih
memerintah, sejarah telah membuktikan setiap kali hujung tahun hanya beberapa
orang pelajar terima sumbangan kelengkapan sekolah. Itu pun diberi kepada kroni
mereka sahaja.
Setahun 2019, penulis
berkhidmat sepenuh masa menyelia peruntukan parlimen. Alhamdulillah, kad
laporan peruntukan parlimen pun dah dibentangkan. Ahli Parlimen kawasan penulis
adalah Ahli Parlimen kedua yang membentangkan kad laporan ini selain Ahli
Parlimen Bakri. .
Walaupun peruntukan
parlimen tidak sebanyak jumlah yang diterima semasa zaman Ubn , peruntukan ini
digunakan sepenuhnya untuk manfaat penduduk di parlimen. Hampir 70 % daripada
peruntukan Projek Mesra Rakyat digunakan untuk menurap dan membaikpulih
jalan-jalan kampung. Semasa Ubn memerintah, jalan-jalan kampung ini
berlubang-lubang dan berlopak-lopak sehingga menyukarkan pergerakan penduduk.
Penduduk di tebuk-tebuk sendiri dapat merasa perbezaan ini.
Sekolah-sekolah melalui
PIBG tidak pernah dikecewakan untuk terima peruntukan yang dipohon. Setiap
permohonan pasti ada peruntukan diberi walaupun tidak terima peruntukan penuh
seperti dipohon. Guru-guru sendiri memberitahu semasa zaman Ubn, PIBG tidak mendapat peruntukan seperti yang
diterima sekarang.
Tidak ketinggalan masjid dan
surau, semua akan terima peruntukan jika membuat permohonan. Hanya sebuah dua
surau dan masjid tidak terima peruntukan tahun ini, akan diusahakan terima
tahun hadapan. Banyak lagi manfaat yang diterima penduduk sejak PH memerintah ,
yang jika ditulis terlalu panjang.
Walaupun sibuk dengan
tugasan rutin, kerja-kerja membangunkan parti tetap jadi keutamaan terutama
kerja-kerja menambah ahli dan cawangan baru. Tahun ini sahaja 12 cawangan baru
berjaya ditubuhkan dan kemasukan ahli baru berlaku setiap bulan.
Penubuhan Maufakat
Nasional memang memberi kesan kepada penambahan ahli baru. Ahli dan penyokong
parti lama peringkat akar umbi tidak dapat menerima kerjasama dengan Ubn.
Penulis jumpa ramai ahli parti lama yang menyatakan rasa kecewa mereka kepada
parti lama. Sebab itulah setiap kali program Sembang Santai bersama Ahli
Parlimen dianjurkan , ramai ahli dan penyokong parti lama hadir untuk mendengar
penerangan isu-isu semasa yang biasa mereka dengar sebelum ini.
Parti lama dan Ubn pun ada
buat ceramah bersama, tapi jika diperhatikan yang ramai hadir adalah ahli-ahli
Ubn dan sangat kurang ahli parti lama yang hadir. Penulis tahu la sebab,
penulis kenal muka-muka ahli parti lama.
Penulis ada bersama dalam
mesyuarat pimpinan parti baru peringkat negeri. Penulis ada memberi pandangan
bahawa kerjasama parti lama dan Ubn perlu dihadapi secara positif dan
berstrategi. Hanya dengan penambahan undi Melayu kepada PH akan mengagalkan
kerjasama ini dalam Pru 15.
Bagaimana hendak menambah
undi Melayu? Salah satu caranya ialah menambah ahli dan cawangan baru. Peranan
ini perlu dilaksanakan semua parti dalam PH. Jangan mendabik dada kononnya
partinya kuat sedangkan hanya ada dua cawangan didaftarkan.
Tahun 2020, penulis akan
teruskan usaha mengembeling semua organisasi parti menambah ahli dan cawangan baru. Masih ada lima cawangan
dalam proses penubuhan , penulis yakin kelima-lima cawangan dapat didaftarkan
pada tahun 2020.
Semoga parti baru di
kawasan penulis terus berkembang walaupun menerima pelbagai tohmahan dari parti
lama. Teruskan perjuangan…..
Wassalam
1 comment:
Tahniah admin, teruskan perjuangan membela rakyat. Biarkan parti lama tu mereput sendiri, nak tegakkan Islam konon tetapi siang-malam tabur fitnah dan maki hamun PH. Islam tak ajar pun mcm tu.
Post a Comment