Salam,
Masa dua minggu penulis di Malaysia
sememangnya tidak cukup. Hanya sempat siapkan dokumen 20 cawangan untuk hantar
ke pertubuhan . Hanya boleh tolong uruskan permohonan keahlian untuk hantar ke
pusat .
Pun begitu penulis bersyukur kerana dapat
juga bantu jamaah kawasan . Masa untuk penulis di negara orang putih sepatutnya
dah tamat awal Oktober, tapi penulis minta sambung 6 bulan lagi kerana
keperluan penulis membantu jamaah di negara orang putih ini.
Memang hati nak balik bantu jamaah kawasan
tapi awlawiyatnya penulis kena berada di sini. Jamaah di kawasan boleh
digerakkan ramai pengerak lain walaupun penulis tiada. Jamaah di sini terlalu
baru perlukan penulis untuk membimbing adik-adik yang baru belajar menjadi
pengerak.
Bagi yang tak faham jamaah, penulis bagi
tahu penulis sambung 6 bulan lagi kerana nak kerja cari duit . Penulis tak
bohong kerana memang penulis kerja di sini cari duit. Bagi yang faham , penulis
jelaskan keperluan penulis di sini bukan tak mahu bantu jamaah kawasan terutama
dekat dengan pilihanraya.
Tak semua faham bahawa perjuangan penulis dalam
jamaah di sini berbeza dengan perjuangan dalam jamaah di kawasan walaupun
jamaahnya sama. Jamaah di kawasan ramai yang boleh mengerakkan tapi di sini
penulis hanya berdua dengan bekas aktivis jamaah kampus di U tempatan.
Hanya kami berdua merancang dan mengerakkan
jamaah yang baru ditubuh. Melatih dan membimbing adik-adik baru yang baru
memahami gerakan jamaah. Pulak tu kena berhadapan dengan saingan yang juga menggelarkan
mereka sebagai jamaah di kampus.
Kebetulan semasa pulang ke Malaysia baru
ini, penulis dipanggil untuk beri
taklimat penubuhan penaja cawangan sebuah taman baru di kawasan. Penulis bagi
tahu sepatutnya dekat-dekat dengan pilihanraya inilah jamaah di mana-mana
kawasan ambil peluang untuk menarik seramai mungkin ahli baru dan menubuhkan
sebanyak mungkin cawangan penaja baru.
Kerana apa? Kerana pada masa inilah ramai
yang bersemangat untuk berkerja membantu jamaah dalam pilihanraya.
Kadang-kadang mereka belum pun menjadi ahli, tempat mereka sendiri tiada cawangan.
Namun, adakah peluang ini diambil? atau dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Penulis berkata begitu kerana penulis
merasai betapa sukarnya hendak menubuhkan jamaah di sini. Betapa payahnya nak
memahamkan madu’ yang daya inteleknya tinggi tapi kosong kefahaman berjamaah.
Berbanding dengan ahli jamaah di cawangan
yang dah faham . Tugas jamaah kawasan cuma perlu cari beberapa orang pengerak.
Kumpulkan ahli di cawangan dan tubuhkan cawangan.
Rugilah jika peluang ini tidak diambil
sebaik mungkin. Nak tunggu suasana sebegini bukan senang kerana selepas
pilihanraya semuanya sengap kembali, lesu dan kurang ada motivasi.
Bila balik ke Malaysia, timbul keinginan nak
bantu jamaah kawasan memperbaiki ruang-ruang yang boleh diperbaiki. Namun, bila
teringatkan jamaah yang di negara orang putih yang baru nak merangkak. Penulis
padamkan keinginan itu untuk membantu jamaah di sini.
Boleh saja penulis, tidak sambung cuti dan
tinggalkan adik-adik yang baru mengerakkan jamaah di sini. Namun , adilkah
penulis terhadap mereka ? sedangkan mereka masih perlukan bimbingan penulis.
Penulis korbankan keinginan kerana awlawiyat
perlu berada di sini. Penulis yakin dengan kemampuan pengerak jamaah kawasan
berbanding adik-adik yang masih baru di sini.
Inilah hakikat perjuangan yang penulis kena
terima. Kena sanggup berkorban , kena buang keinginan hati, kena ikhlas dalam
perjuangan.
Dalam kita cuba sedaya upaya membantu
jamaah. Bila balik ke Malaysia, penulis masih mendengar ada yang sengaja
menjadi penghalang kepada gerakan jamaah. Kita boleh tidak bersetuju dengan
keputusan jamaah tapi kita tidak boleh menjadi beban yang menghalang gerakan
jamaah.
Mereka kena faham perjuangan ini bukan
untuk kepentingan diri. Sentiasa membantu jamaah bukan membebankan jamaah.
Ingatlah berdosa jika kita sengaja menjadi
penghalang kepada gerakan jamaah. Berdosa jika kita ada jawatan dalam jamaah,
tapi dengan jawatan itu kita gunakan untuk menghalang jamaah bergerak. Selamat
berjuang…
Wassalam
1 comment:
this is very grat site of tulahan.this site is very helpuful.i also glad to visit this place.people are attractive to join this site.
Moving Container to Panama
Shipments to Panama
Post a Comment