Seorang
Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang
kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh
badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.
Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat,
sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam
proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas
negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu
setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap
normal.
Berkaitan
dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa
Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang
didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil
kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita
bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat
berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati
sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain
yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas
yang diperlukan oleh tubuh.
Ia berlaku apabila cas yang berlebihan –
sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut
beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa
segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.
Oleh itu,
kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar
keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat.
Seterusnya,
setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali
tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh
itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.
Solat jemaah yang
disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas
berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang
yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi
yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan
ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita
kehilangan cas yang banyak.
Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat
Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas
dengan lebih lama.
Lazimnya,
selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan
aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan
tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul
persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi
4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang
banyak.
Setelah
kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah
mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud
di sepertiga malam.
Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan
menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun
malam (qiamullail).
Dalam
kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang
lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu
mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam
ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. wallahu
a’lam
sumber
2 comments:
Allahuakbar..
Mohon izin pinjam N3.
mntak share tq
Post a Comment