Ata’
bin Abi Rabah masuk kepada Abdul Malik bin Marwan (26-86H) yang sedang
duduk di atas singgahsananya. Di sekelilingnya pembesar dari pelbagai
puak.
Waktu itu di Mekah ketika Abdul Malik menunaikan haji di zaman
pemerintahannya.
Apabila Abdul Malik melihat Ata’, Abdul Malik bangun
menghormatinya dan mendudukkannya bersama-samanya di atas singgahsana.
Abdul Malik berkata: “Wahai Abu Muhammad! Apa hajatmu?”
Ata’ menjawab: “Wahai Amirul Mukminin! Bertaqwalah kepada Allah di
tanah haram Allah dan rasulNya ini. Berjanjilah untuk memakmurkannya.
Bertaqwalah kepada Allah terhadap anak-anak Muhajirin dan Ansar kerana
dengan sebab merekalah kamu dapat duduk di singgahsana ini. Bertaqwalah
kepada Allah terhadap mereka yang menjaga kubu kerana mereka yang
menjadi pertahanan orang Islam. Siasat dan semaklah urusan orang Islam
kerana engkau sahaja yang bertanggungjawab terhadap mereka. Bertaqwalah
kepada Allah terhadap orang yang berdiri di pintumu dan jangan lalaikan
mereka. Jangan kunci pintumu tanpa mempedulikan mereka.”
Jawab Abdul Malik: “Baik, aku akan lakukan.”
Ata’ bingkas bangun. Abdul Malik memegang tangan Ata’ sambil berkata:
“Wahai Abu Muhammad! Perkara yang engkau pohonkan itu adalah hajat
orang lain. Kami sudah tunaikannnya. Apa pula hajatmu?”
Jawab Ata’: “Aku tidak berhajat kepada makhluk” lalu terus pergi dari situ.
Abdul Malik berkata: “Demi sesungguhnya inilah kemuliaan.”
(ringkasan Muhazzab min Ihya Ulumiddin ms 482)
Antara komentar yang boleh dibuat:
1. Pemerintah paling mudah kalau mahu melakukan kerosakan. Kerosakan
pula akan menimpa seluruh rakyatnya. Justeru, nasihat paling baik diberi
ialah kepada pemerintah terutamanya yang terus lalai dan alpa tentang
amanah pemerintahan.
2. Ulama mesti berani menyampaikan nasihat dan peringatan. Jadilah
ulama akhirat bukannya ulama dunia, ulama jahat atau ulama ussu yang
mementingkan pangkat, jawatan, dunia, harta mengatasi hukum.
3. Ulama menjadi mulia apabila menegakkan kebenaran, bukannya menjadi
syaitan bisu terhadap kemungkaran (rasuah, salahguna kuasa, pembaziran
wang rakyat dan pemborosan, mendahulukan kroni dari rakyat, meletakkan
di belakang hukum Allah dan lain-lain)
4. Kalau tidak kerana rakyat, tentulah pemerintah tidak akan menjadi
pemerintah. Oleh itu, pemerintah mesti berlaku adil terhadap rakyat.
Bukannya ditunjukkan keadilan dan sifat murah itu hanya apabila hampir
dengan pilihan raya atau keadilan itu kepada sebahagian rakyat dan
sebahagian rakyat lain di’haramjadah’kan.
5. Pemerintah mesti bersedia mendengar keluhan dan rasa hati rakyat,
termasuk mahukan pilihan raya yang adil dan bersih. -niknasri
1 comment:
Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10
~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~
Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196
5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'
Post a Comment