Apabila roh keluar dari jasad, ia akan
berkata-kata dan seluruh isi alam yang ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata
: “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk
melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirehat daripada seretan malaikat maut”.
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil
merayu: “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu
dalam keadaan panas.
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang sejuk kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
“Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku
dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.
Setelah dimandi dan dikafankan,
telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan
lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana
ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri
atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sehingga
Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah,
wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka
janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah
keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya”.
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung,
sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan
mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak
saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga
langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku
dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia
memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku”.
“Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku
kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mau menanggung
kesalahanku”.
“Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa
senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.
Ada
satu riwayat dari Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur
masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya
kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.
Maka
mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur
adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya
aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan
aku”.
Setelah mendengar jawaban mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada
malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang
dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar
keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah
akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas
itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun
kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang
daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila
telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke
lutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik
roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu.”
Sambung
Rasullullah S.A.W. lagi: “Kalau orang yang nazak itu orang yang
beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di
sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya
di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan
lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap
Jibril A.S.”
Kalau
orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan
sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat
orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila
melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis
bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila
malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka
keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan
ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah
S.W.T.”
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada AllahS.W.T .dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah
orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim
dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan
tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh kerana malaikat maut gagal
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu.”
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang
mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini sebab mata ini senantiasa melihat beberapa mushaf
dan kitab-kitab dan mata ini senantiasa menangis kerana takutkan Allah.”
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian
AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.”
Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja
melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh
tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A.telah ditanya
tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu
Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sehingga hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya hingga sehingga hari Kiamat.”
Telah
bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan disambut
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Wallohua’lam
Tranungkite
1 comment:
mohon copy utk share d blog sy.. :)
Post a Comment