Pada suatu senja yang
lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya
yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang
menekan.
Tudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa
hiasan muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan
yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan
kesedihan yang tengah menekan hidupnya. Dia melangkah terseret-seret
mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.
Diketuknya pintu perlahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.
Perempuan
cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air
matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya.
Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.
“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya.”jawab wanita cantik itu.
“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun mula bercerita, “Saya… telah berzina. “Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.
Perempuan
itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun… terus hamil. Setelah
anak itu lahir, terus saya… cekik lehernya sampai… mati,” ucap
wanita itu lalu menangis teresak-esak.
Nabi Musa berapi-api
matanya. Dengan muka marah ia mengherdik, “Perempuan jahat, pergi kamu
dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana
perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana
jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca dihempas batu, hancur luluh segera bangun dan melangkah perlahan. Dia terhoyong
hayang keluar dari dalam rumah Nabi Musa.
Ratap tangisnya amat
memilukan. Ia tak tahu ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak
tahu mahu dibawa ke mana lagi kaki-kakinya.
Apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?
Terbayang
olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu
bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun menemui Nabi Musa.
Sang
Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita
yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang
lebih besar daripadanya.
Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?”
Maka
Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
“Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”
”
Ada !” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa kian
mahu tahu.” Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa
menyesal.
Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali
berzina” . Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita
tadi untuk menghadap kembali kepadanya.
Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi
Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan
tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang
itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.
Berarti ia
seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah
menganggap Tuhan tidak ada hak untuk mengatur dan memerintah
hamba-Nya.
Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya
dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin
bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya
Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. (Dirujuk daripada buku 30 kisah
teladan – KH Abdurrahman Arroisy
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang
yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang
membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan
ibunya di dalam Ka’bah.
Dalam hadis yang lain
disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu,
kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu
huqub.
Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri
dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah
seribu tahun di dunia.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita
penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita
dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.
Wallahualam…
Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui.
Wassalamu’alaikum wbt..
Dan
hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar;
merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)
4 comments:
tuan tulahan, kenapa saya tak dapt klik untuk read more kat n3 ni???!!....arkkkk bengangnya....apa masalah kat internet aku ni..,.eeee geramnya
saya ponnnn...
thanks for your information.
Something wrong in the setting
saya nak tanya...adakah pada zaman nabi musa, disuruh solat..setahu saya,solat diajar pada zaman nabi Muhammad sahaja..minta penjelasan..
Post a Comment