Wednesday, May 19, 2010

Tulahan : Pemimpin PR rasuah - Tutup kes atau ambil tindakan


Salam,

Go to fullsize image

Apabila diperhatikan kesungguhan Ahli Parlimen Kapar Manikavasagam, ternyata pemimpin PKR itu benar2 menentang rasuah dalam kerajaan PR.

Walaupun caranya pada peringkat awal kurang kena, namun pendedahan beliau mendapat perhatian serius kerajaan PR Selangor. MB Selangor dan barisan Exconya memutuskan menyerahkan siasatan kes rasuah pasir ini kepada SELCAT.

Manikavasagam pada awalnya kurang bersetuju diserah kepada SELCAT, namun mungkin beliau berfikir semula. Jika tidak percaya SELCAT yang sudah telus, nak pecaya kepada badan mana lagi. Nak suruh SPRM yang double standard itu siasat, buang masa sahaja.

Penulis kagum dengan keberanian Manikavasagam memdedahkan kes rasuah pasir di Selangor. Sungguhpun beliau dan keluarga mendapat ancaman, beliau tidak gentar. Malah berikrar setia bersama PKR walaupun ditawar untuk bersama barisan katak.

Mengapa beliau buat pendedahan terbuka, jatuhlah imej kerajaan PR ? Mungkin beliau sudah buat aduan dalaman tetapi bila tiada apa2 tindakan, pendedahan terbuka adalah cara yang terbaik bagi beliau. Bila ada pendedahan terbuka, barulah ada respon terhadap aduan.

Lagipun apa yang hendak dimalukan kerajaan PR. Bukankah PR menentang rasuah, tidak kira rasuah yang dilakukan dalam kerajaan BN atau kerajaan PR. Tindakan kerajaan PR Selangor menyerah kes ini kepada SELCAT sudah membuktikan ketelusan kerajaan PR. Jika rasuah pasir ini berlaku semasa BN perintah, sah tidak ada apa2 siasatan dijalankan.

Kerajaan PR Selangor sudah membuktikan bahawa rasuah patut dibenteras. Sesiapa yang terbukti bersalah termasuk pemimpin PR, pegawai kerajaan Selangor  akan dihukum. Inilah yang rakyat mahu selama ini, iaitu ketelusan dalam pentadbiran.

Jika berlaku di zaman BN, semua ini akan ditutup sehingga rakyat menjadi tidak percaya dan menolak BN dalam PRU 12. Kerajaan PR perlu telus dan terbuka menentang rasuah jika mahu keyakinan rakyat kerhadap PR berterusan.

Rakyat sedang memerhati sejauh mana ketelusan dan keterbukaan pimpinan dan kerajaan PR. Oleh itu, tindakan tegas terhadap pemimpin PR yang rasuah perlu dilakukan tidak kira pemimpin itu dari PKR, DAP atau PAS.

Penulis bimbang usaha menutup kes rasuah yang terhadap pimpinan yang dilakukan oleh BN berlaku juga kepada PR. Paling sedih lagi, jika berlaku dalam jamaah Islam yang kita dokong.

Jika ada pemimpin jamaah yang rasuah, sudah ada bukti, sudah ada yang sanggup jadi saksi, sudah berada dalam pengetahuan pimpinan jamaah tertinggi. Janganlah ditutup kes berkenaan dengan alasan tidak mahu mencemarkan imej jamaah.

Adakah menjaga imej jamaah dengan cara menutup kes rasuah pemimpin jamaah? Ambillah tindakan terhadap pemimpin yang rasuah. Janganlah ditutup kerana lama kelamaan akan terdedah juga kes rasuah pemimpin jamaah.

Amat malang lagi kes pemimpin jamaah yang rasuah sudah tersebar kepada umum dan sudah berada dalam pengetahuan musuh yang menunggu masa membongkarkannya. Jangan sampai kedengaran suara rakyat yang menyatakan tidak ada bezanya jamaah dengan BN. Sama-sama rasuah dan menutup rasuah pemimpin.

Perlu diingat bahawa jika tiada tindakan tegas kepada pemimpin jamaah yang rasuah, kesannya sangat besar kepada ahli dan prinsip jamaah. Siapakah akan menanggung dosa jika pemimpin jamaah yang rasuah dilantik memimpin jamaah?.

Akan wujud pandangan bahawa rasuah untuk peribadi tidak salah kerana bersifat individu. Akan wujud lebih ramai pemimpin jamaah yang mengambil rasuah kerana pandangan di atas. Akan lahir ahli jamaah yang membela pemimpin jamaah yang rasuah. Sia-sialah proses tarbiyyah yang dilaksanakan jamaah sejak 56 tahun yang lalu.

Akhirnya, rasuah yang ditentang oleh jamaah sejak 56 tahun penubuhannya menjadi wabak dalam jamaah. Apa yang berlaku kepada Ubn akan melanda jamaah.  Inggatlah jamaah kekal selama 56 tahun kerana pimpinan dan ahli jamaah memegang prinsip perjuangannya. Janganlah dibuang prinsip ini hanya kerana mempertahankan pemimpin yang rasuah.

Ya Allah lindungilah jamaah daripada dipimpin oleh pemimpin rasuah.

Wassalam.

1 comment:

anakwatan said...

tak kra parti mana sekalipun yang melakukan rasuah maka wajib dihukum mereka.....
jangan dipandang serban dikepala....
jangan dipandang jubah berjela....
jangan dipandang ilmu didada..
tapi pandanglah kejujuran dan keikhlasan mereka adalah wajib untuk semua tak kira melayu india dan cina
patut yang berhak saja yang menerima.........
sebab kita adalah manusia yang diciptakan Allah mempunyai nafsu samada baik @ jahat hanya akal dan taqwa yang dapat menyelamatkan kita dari azab neraka dan mainan dunia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...