Monday, June 21, 2010

Tulahan : Katak lompat , nasihat yahudi APCO dan jamaah

Salam,

Minggu lepas heboh tentang cerita lompat Adun Malim Nawar jadi katak bebas sokong Ubn. Ramai yang bagi pandangan dan hujah sebab apa Adun ni lompat. Penulis rasa nak ulas juga tapi masa tu balik Pb tak sempat nak ulas banyak kerja lain lebih penting.

Ada yang salahkan DAP sebab tak bantu selesaikan masalah kewangan Adun ini. Macam juga mereka salahkan PKR tak selesaikan masalah Adun dan AP PKR yang lompat. Ada yang bagi hujah syarat jadi wakil rakyat mesti kaya supaya tak timbul masalah kewangan bila jadi wakil rakyat.

Tak payah nafilah bahawa lompat yang berlaku sekarang adalah kerana umpan wang dari Ubn. Katak lompat suruh buktikan mereka terima wang. Memanglah payah nak dibuktikan sebab berlaku cara tersembunyi. Katak lompat pun tak akan mengaku.

Kalaupun ada bukti, SPRM nak siasatka. Tengok apa SPRM buat kepada bukti Adun Kulim, siap dengan video tapi SPRM hilang bersama video tu.

Dulu pun berlaku lompat di Terengganu, di Sabah sebab nak tukar kerajaan dari PBS kepada Ubn dan dari PAS kepada Ubn. Sekarang pun benda yang sama juga berlaku tapi sekarang katak yang lompat tak isytihar jadi Ubn sebaliknya jadi katak bebas.

Dulu mungkin belum terima nasihat yahudi APCO. Sekarang dah ada penasihat yahudi yang dok rancang strategi. Sejak kes lompat di Sabah, lama juga tak berlaku lompat. Tapi sejak yahudi APCO ada , lompat ni dah mula jadi habit pula.

Dulu Ubn nak tekan pemimpin pembangkang mereka guna kekerasan ISA. Ramai yang dah merasa duduk dalam kamar besi ni. Tapi pemimpin pembangkang tak berganjak memegang prinsip bila keluar ISA. Ada la yang tak tahan bila keluar masuk Ubn, tapi tak ramai dan bukan pemimpin hairaki tinggi.

Sejak yahudi APCO bertapak Ubn dah tak guna kekerasan ISA , ISA hanya untuk kumpulan yang dituduh pengganas dan militan. Sebaliknya, Ubn guna cara lembut dan tawaran lumayan sehingga ramai yang tergoda dan tertawan.

Penulis beri contoh, katak Ezam. Ezam dah kena ISA, dah kena penjara 2 tahun tetapi Ezam tak berganjak dari perjuangan menuntut keadilan. Bila ezam berubah jadi katak, bila yahudi APCO menjadi penasihat Ubn. Maksudnya, semua kes lompat ini berlaku setelah Ubn mendapat nasihat yahudi APCO.

Ubn akan cari kelemahan pemimpin PR terutamanya wakil rakyat PR. Semuanya akan disiasat melalui maklumat bank, mahkamah, pinjaman dan semua berkaitan termasuk yang melibatkan keluarga pemimpin PR.

Jika dijumpai satu kelemahan atau masalah pemimpin PR, maka mereka akan guna sesungguhnya memerangkap dan memberi penyelesaian masalah dengan syarat kena lompat jadi katak bebas. Inilah yang berlaku sekarang.

Pemimpin PR dan wakil rakyat PR memang mempunyai masalah dan kadang2 masalah itu mereka yang cari sendiri. Ada wakil rakyat PR bila jadi naik jadi YB buat perangai macam wakil rakyat Ubn. Mula tukar kereta mewah , pakai Camry, CRV, mata belalang yang semuanya kena bayar ansuran bulanan yang tinggi.

Ada yang mula beli rumah baru, ada yang mula ambil pembantu rumah, ada yang tukar perabot rumah baru. Semuanya kena bayar ansuran bulanan. Sedangkan sebelum jadi YB, mereka boleh hidup dengan kereta dok ada, rumah dah sedia ada, isteri tak perlu pun pembantu rumah.

Bila dah tambah ansuran bulanan nak kena bayar, elaun wakil rakyat jadi tak cukup. Mula nak buat pinjaman peribadi jadi bertambah ansuran bulanan. Ini semua menjadi peluang kepada Ubn untuk masuk jarum.

Jadi YB negeri diperintah PR bolehlah bertahan sebab ada peruntukan kerajaan negeri kepada rakyat dalam kawasan diwakili. Yang dok banyak masalah YB di negeri Ubn, mana ada peruntukan. Kena guna elaun YB untuk rakyat, mana cukup.

YB Ubn pun ada masalah kewangan macam kat Kedah ?. Memang depa ada masalah tapi Ubn selesaikan dengan bagi projek tu, projek ni. Ubn bagi jadi Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat kerajaan pusat yang elaun puluh ribu. Sebab tu anak syarikat kerajaan pusat dan negeri di bawah Ubn rugi semacam.

YB Ubn di negeri Ubn, selain dapat projek, selain jadi Ahli Lembaga Pengarah, dapat pula komisyen balak untuk peribadi. Kalau macam tu bolehlah YB PR ambil komisyen balak. Bolehlah kalau nak ikut perangai Ubn yang tak kira halal haram.

Kalau macam tu , macam mana nak selesaikan masalah lompat?. Inilah kepentingan jamaah. Inilah sebab YB jamaah tak lompat walaupun ada masalah kewangan. Sebab tu penting berjamaah, ramai yang boleh tolong.

Jika YB jamaah hadapi masalah, jamaah akan cuba selesaikan. Program dibuat bersama, dana dicari bersama bukan letak di atas bahu YB sahaja. Jamaah kawasan, pemuda, muslimat, Unit Amal, Nisa’ semuanya boleh bantu YB jamaah.

YB jamaah tak akan lompat selagi beliau dapat bersama jamaah. Tapi kalau beliau tidak bersama jamaah, potensinya untuk lompat akan tinggi. Pada masa itu, jika dia lompat jangan salahkan jamaah sebaliknya salahkan diri sendiri kerana tak bersama jamaah.

Parti lain dalam PR pun boleh guna konsep tolong menolong dalam parti. Semua sayap parti kena bantu YB mereka. Jangan biarkan YB mereka hadapi masalah dan selesai sendiri2. Sebab, Ubn sentiasa mencari peluang dengan nasihat yahudi APCO.

Wassalam.

Tuesday, June 15, 2010

Tulahan : Sejenak berharga bersama Ust. Hasan Shukri

Salam,


DSCF6958.jpg picture by paspb












Balik dari stesen bas untuk beli tiket balik PB, penulis dapat satu mesej sedih Ust. Hasan Shukri telah pergi buat selama-lamanya. Penulis terus buka laptop untuk baca berita berkenaan. Penulis sms kepada semua cawangan di PB memaklumkan berita sedih ini.
Dua bulan lepas penulis ada telefon Ust. Hasan bertanya tentang satu kemusykilan berkaitan perlembagaan yang ditimbulkan dalam mesyuarat jamaah kawasan. Jawapan dari Ust. Hasan diperlukan kerana Ust. Hasan adalah pakar rujuk perlembagaan jamaah.
Penulis ambil kesempatan untuk jemput Ust. Hasan memberi taklimat pindaan perlembagaan kepada pimpinan jamaah di PB.Ust. Hasan setuju dan beliau cadang buat juga di kawasan Bagan Serai sebab dah dekat dengan PB. Beliau juga minta libatkan pimpinan cawangan, muslimat dan pemuda.
Apabila , SU jamaan Bagan Serai maklumkan setuju untuk buat program sama, penulis sekali lagi hubungi Ust. Hasan maklumkan tarikh dan masanya. Penulis tanya Ust. Hasan , beliau hendak bermalam di mana semasa datang ke PB untuk penulis buat persiapan.
Ust. Hasan jawab, tak payah susah2 tidur kata mana pun tak pa. Itulah Ust. Hasan seorang pimpinan yang mesra dan mudah berurusan dengannya.

Penulis tahu Ust. Hasan tak kisah bila datang ke Perak banyak tempat beliau boleh tumpang tidur. Banyak sedara maranya di Perak.
Penulis juga tahu Ust. Hasan dah biasa tidur di markas dan pejabat jamaah, malah beliau tahu di mana markas jamaah kebanyakan kawasan di Malaysia.
Bila sampai tarikhnya Ust. Hasan sampai ke PB bersama temannya Haji Abdul Rahman seorang pesara yang selalu diajaknya bila pergi ke destinasi yang jauh. Penulis tanya kepadanya nak bermalam di mana? Jawapannya, nak tidur kat markas Titi Serong.
Ust. Hasan ingat markas Titi Serong sebab tujuh tahun lepas, Ust.Hasan meletakkan batu asas markas berkenaan.Walaupun hanya program meletakkan batu asas, tapi FRU datang satu trak untuk halang program berkenaan.
Penulis minta beliau tidur di pejabat sebab dah disiapkan tempat tidur di pejabat jamaah. Lagipun penulis pun tidur di pejabat, boleh sembang2 bila habis program.
Ust. Hasan hadir awal semasa kedua2 program di PB dan Bagan Serai. Penulis tanya beliau, kenapa nak pergi awal sebab tak berapa ramai orang lagi. Ust. Hasan bagi tahu, beliau nak berjumpa kawan2 lama jika masih ada dan nak tengok markas.
Penulis berkesempatan berbual panjang dan mendapat nasihat berguna dari Ust. Hasan di pejabat jamaah. Enam tahun lepas, penulis pernah pergi ke rumah Ust. Hasan temankan Ketua Pemuda jamaah kawasan temu bual Ust. Hasan untuk kajian tentang sejarah jamaah Parit Buntar.
Ust. Hasan ada sejarah di PB kerana pernah dilantik oleh jamaah pusat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tadbir PAS Parit Buntar semasa krisis tahun 1989.
Seperti biasa, nasihat yang Ust. Hasan selalu bagi tahu kepada pimpinan jamaah kawasan supaya menambah dan memperkemas cawangan. Itu juga nasihat kepada penulis, Ust. Hasan bagi tahu jamaah akan kuat jika banyak cawangan. Beliau beri contoh kawasan Pendang dan Pasir Puteh.
Satu soalan yang Ust. Hasan selalu tanya ialah berapa banyak cawangan di kawasan. Penulis pernah diberitahu petugas di Pejabat Agung, semasa Ust. Hasan menjadi Setiausaha Agung jamaah pertanyaan yang sama akan ditanya kepada Setiausaha jamaah di kawasan.
Setiausaha jamaah kawasan tak boleh nak temberang kepada Ust. Hasan kerana beliau tahu berapa cawangan kawasan2 di Malaysia. Berapa cawangan yang tak hantar laporan ke pejabat pendaftar pertubuhan dalam satu2 kawasan.
Itulah hebatnya Ust. Hasan semasa menjadi Setiausaha Agung jamaah. Beliau tidak serah bulat2 pengurusan cawangan dan keahlian kepada petugas di Pejabat Agung.

Malah, beliau kerap kali turun ke kawasan2 di Malaysia memberi taklimat pengurusan keahlian, organisasi dan cawangan.
Sukar di cari penganti sehebat Ust. Hasan, beliau arif dalam banyak perkara tentang jamaah. Perlembagaan jamaah, sejarah panjang jamaah, pengurusan cawangan dan keahlian jamaah, pengurusan organisasi jamaah, pengurusan markas jamaah. Benarlah, Ust. Hasan Syukri adalah kutubkhanah organisasi dan perlembagaan jamaah.
Semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, Insya Allah. Al-Fatihah
Wassalam.

Saturday, June 5, 2010

Tulahan : Unit Amal bukan hanya untuk diarah tapi dibimbing

Salam,


Balik Parit Buntar minggu lepas dapat mesyuarat dengan Unit Amal. Dah lama tak buat mesyuarat dengan Unit Amal. Bukan tak mahu buat tapi tak sempat kerana bila balik ada program lain yang lebih penting.

Penulis dok harap Unit Amal boleh bergerak sendiri sebab dah ada organisasi. Tapi, bila penulis rasa ada tak kena dengan Unit Amal. Bila tengok ramai yang tak turun bertugas, bila dengaq bunyi suara yang penulis tak suka dengaq. Penulis terpaksa ambil berat balik dengan Unit Amal ni.

Nak kata pasai tak dak kelengkapan bertugas semua cukup, baju pun dah kemas. Nak kata pemuda jamaah tak rai, dah buat makan malam rai depa. Sebab tu penulis nak tahu apa sebabnya?.

Jadi mesyuarat dengan Unit Amal malam tu, penulis dapat la tahu apa sebabnya. Penulis tanya kenapa depa tak ramai bertugas program Karnival, tanya mereka ada masalah dengan pemuda jamaah ka.

Jadi mereka pun cerita la sebab apa jadi macam tu. Bukan seorang Ajk Unit Amal cerita, ramai yang cerita. Depa kata terasa hati dengan pemuda jamaah yang suka mengarah , pemuda jamaah yang tak buat kerja sekali bila habis ceramah pakai tinggal dekat Unit Amal saja.

Pemuda jamaah yang main panggil hoi saja kat depa. Lepas tu tak mahu ikut arahan mai lambat ceramah kena parking jauh.

Depa nak pemuda jamaah jadi Unit Amal macam pemuda jamaah kawasan lain. Depa nak pemuda jamaah jadi macam penulis masa di Pbuntar. Pakai baju Unit Amal sekali, bertugas sekali, kutip sampah sekali, angkat barang sekali.

Depa juga tak puas hati dengan tugas pakai arah segera, malam ada program petang baru bagi tahu. Paling depa marah , bila dengaq ada yang kata “ Unit Amal ni makan ramai la”

Penulis cakap kat depa tak boleh harap pemuda jamaah jadi macam penulis, tapi masalah depa tu penulis minta penyelaras depa bagi tahu dalam mesyuarat pemuda jamaah.

Cuma penulis dapat rasakan bahawa Unit Amal ni perlukan pembimbing yang baik di kalangan pemuda jamaah. Tak boleh harap kan mereka bergerak sendiri tanpa bimbingan, tak boleh serah bulat2 kepada penyelaras yang dilantik.

Kena ada sorang dua pemuda jamaah yang boleh memimpin duduk dalam Unit Amal macam kawasan lain. Jika tidak mereka akan lemah, lama kelamaan akan hilang satu persatu anggotanya. 

Kena ada yang mempunyai pemikiran ‘ level tinggi’ memimpin mereka dan sanggup turunkan ‘level’ bersama anggota Unit Amal walaupun ada ijazah.

Penulis tak mahu bila penulis tinggal dua tahun nanti, balik2 Unit Amal jadi macam zaman sebelum penulis bentuk Unit Amal.

Penulis masih ingat bila penulis aktif di Pbuntar, Unit Amal ni organisasi ada macam tak da, pengarah tah berapa orang selalu bertukar tapi Unit Amal hanya ada nama.

Bila penulis dipilih jadi Timbalan Ketua pemuda jamaah, penulis sendiri minta jadi penyelaras jaga Unit Amal sebab nak bentuk Unit Amal macam yang ada sekarang.

Senang ka kerja tu, senang jika ada kemahuan dan niat yang ikhlas kerana Allah. Tak kan senang jika niat tak ikhlas dan senang putus asa. Tak ramai yang sanggup, kalau nak cerita panjang ceritanya, tanya anggota Unit Amal depa banyak tahu.

Penulis harap akan ada sorang dua pemuda jamaah boleh buat seperti yang penulis buat kepada Unit Amal atau sekurang-kurangnya boleh bertugas sebagai Unit Amal.

Depa juga bagi tahu sebab apa mereka tak mahu bertugas masa program karnival. Depa bagi tahu ada yang dok bunyi program tu bagi untung kat parti kawan. Penulis tanya tahu dak siapa pengarah ‘sebenar ‘karnival tu, depa tak tahu.

Penulis cerita bagaimana boleh jadi program karnival yang bertujuan nak selamatkan malu jamaah kepada parti kawan . Depa bagi tahu memang depa tak tahu, yang depa dengar dok bunyi karnival tu tolong parti kawan, sebab tu depa tak ramai turun.

Penulis bagi tahu orang yang dok bunyi pasai untung parti kawan , ada di antara mereka dulu hebat cakap pasai wala’ kena serah kerusi kepada parti kawan. Bila dah serah dan parti kawan menang , depa la sekarang dok bunyi jangan kerjasama dengan parti kawan.

Bila ada tempat yang dinamakan dataran parti kawan depa marah, depa paling tak puas hati kata tempat tu jamaah punya. Tapi apa yang depa buat nak tukar balik nama tempat tu sehingga sekarang dah nama dataran PR.

Cuma penulis tak cerita kat Ajk Unit Amal, ada di antara mereka dulu memang tak setuju serah kerusi pada parti kawan. Nampak macam bantah keras la.

Tapi penghabisnya sanggup tikam belakang kawan, panggil orang luar gagalkan usaha jatuhkan parti kawan pada waktu dah hampir klimaks. Masa tu depa dok rasa depa lah hero selamatkan suasana.

Sekarang depa la yang dok marah bila ada kerjasama dengan parti kawan. Penulis tak sangka sungguh depa sanggup berubah hanya kerana nak tunjukkan bahawa depalah hero selesaikan masalah dalam jamaah.

Jika depa betul2 marahkan parti kawan usahalah dapatkan balik kerusi tu, bukan hanya cakap tak mahu kerjasama. Penulis tabik kat depa kalau boleh usaha dapatkan balik kerusi tu. Itu barulah hero.

Tapi penulis tahu depa tak berusaha ke arah itu, sebab depa tahu payah. Benda payah tak untung kat depa bukan jenis depa untuk buat.

Yang mereka berusaha dok fikir macam mana nak jadi hero kes lain pulak. Kerja senang  perguna orang itu dan orang ini yang tak boleh fikir mereka sedang diperguna.

Manusia jenis ni orang penang kata, kalau depa bercakap bagi idea kita kena tepuk paha dua kali angkat tangan tunjuk kat depa kemudian cakap 'Piiiii..............irah'

Macam-macam jenis manusia ada, tak tahulah.

Wassalam.

Thursday, May 20, 2010

Pemimpin jamaah : Ambillah pengajaran

Salam,
Penulis paparkan kisah pemerintahan khalifah Islam ini bila mendengar kenyataan yang cukup menyedihkan dikeluarkan oleh ahli jamaah. Hanya kerana mempertahankan pemimpin yang mereka sukai,  contoh terbaik yang ditunjukkan Nabi Muhammad S.A.W. dan khalifah Islam tidak lagi dijadikan panduan.
Kita kerap kali menyebut berkenaan kehebatan Khalifah Umar bin Abd Aziz dalam pentadbirannya sebagai pemerintah, sehinggakan masarakat bukan Islam turut mengetahui berkenaannya serba sedikit lalu menjadikannya role model dalam ucapan-ucapannya, saya berharap agar ia bukan hanya terhenti setakat di dalam ucapan sahaja dalam tindakannya. Tidak dinafikan usaha ke arah itu dapat dilihat sedikit demi sedikit, tahniah. 
Selain Umar Abd Aziz, kita juga adakalanya dapat membaca kehebatan pentadbiran Islam di bawah khalifah kedua Islam iaitu Umar Al-Khattab r.a. Dalam tulisan ringkas ini saya ingin berkongsi beberapa petikan kisah ketegasan Umar Al-Khattab semasa pemerintahannya termasuk semasa menerima laporan dari rakyat terhadap perilaku gabenor-gabenor yang dilantiknya; ia amat baik dijadikan panduan dan ingatan bagi para pimpinan pentadbiran korporat, kerajaan negeri dan pusat dan bagi mereka yang ingin mengambil pengajaran.
 
KISAH 1 : KHALIFAH UMAR r.a DAN SA'AD ABI WAQQAS r.a [1]
Umar al-Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a seorang sahabat besar Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat beberapa kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa'ad, lalu membuat aduan palsu kononnya Sa'ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika peperangan. 

Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu kelancaran perancngan kerajaan Islam.
 
Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a tetapi beliau masih meraikannya secara SERTA MERTA dengan menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang amat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya. 

Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua yang berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakladilan Sa'ad lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa'ad. 
 
Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa'ad tidak  adil dan tidak memimpin perang. Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. 

Hasil doa individu soleh seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati . Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa. 
 
Walaupun Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan perpecahan dan menjaga status Sa'ad bin Abi Qaqqas, Umar al-Khattab meminta Sa'ad untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah Bin ‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini. 

Manakala Sa'ad di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah. [2]
 
KISAH 2 : UMAR R.A DAN HARTA GABENOR DAN PEGAWAINYA
 
Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap. 

Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk baitul Mal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya. [3] Selain itu, Umar r.a turt melakukan lawatan mengejut ke ruamh pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah. [4]
 
Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a r.a :-
 
a-  Gabenor kerajaan Islam di Mesir pada ketika itu adalah seorang sahabat bernama ‘Amr bin Al-‘As. Beliau dilaporkan membuat satu mimbar khas untuk dirinya di Mesir. Ini menyebabkan Umar al-Khattab menjadi marah lalu menghantar surat kepada ‘Amru yang menyebut  
 
"Aku mendengar kamu telah membina satu mimbar agar boleh meninggikan dirimu dari umat Islam, adakah tidak cukup kamu berdiri dan mereka berada di kakimu, aku ingin kamu segera meruntuhkan mimbarmu" [5]
 
b-  Dalam satu keadaan lain, Sa'ad juga dilaporkan membina pagar di sekitar rumahnya ( di ketika itu amat jangkal rumah mempunyai pagar kecuali terlalu kaya), sehingga orang ramai menggelarkannya "ISTANA SA'AD". Dinyatakan bahawa Sa'ad membina agar itu kerana rumahnya berhampiran degan pasar dan amat bising, lalu dibinanya agar dapat menghalang sedikit kebisingan. 

     Apabila berita sampai kepada Umar al-Khattab, beliau melihat mudarat pagar itu lebih besar dari manfaatnya, lalu  dengan segera menghantar Muhammad bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut.[6]
 
c-  Umar r.a telah melantik Mujasha' bin Mas'od untuk beberapa tugasan, dan kemudiannya mendapat laporan isteri Mujasha' bernama al-Khudayra kerap membeli perabot baru dan hiasan dinding. 

     Lalu Umar r.a menghantar surat kepada Mujasha' agar mengoyakkan semua hiasan dinding. Mujasha' menerima surat itu ketika bersama orang ramai, lalu dengan segera beliau mengarahkan isteri keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumah dan membantu mengoyak dan menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli isterinya[7].
    
     Sebenarnya, Umar r.a tahu ia dibeli dengan harta syubhah akibat jawatan Mujasha', kerana itu diarahkan sedemikian. Anda juga boleh melihat betapa kuatnya taat dan yakinnya para pegawai dengan keikhlasan dan kejujuran Umar r.a.
 
d- Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata 
 
"barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas" [8]
 
e- Umar r.a juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik beradik gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikannya mendapati keraguan. Contohnya seperti beliau mengambil sebahgian dari harta Abu Bakrah. Namun Abu Bakrah cuba membantah dengan mengatakan 
 
"aku tidak pernah berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan)"
Umar r.a menjawab
"Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia Baitul Mal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman kepadamu agar kamu boleh berniaga dengannya" [9]
 
Kesimpulannya, semua tindakan Umar r.a ini tidaklah diambil secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja, dan tindakan beliau semua bagi mengelakkan jawatan di jadikan PELUANG UNTUK MERAUT KEKAYAAN. 
 
Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar r.a tadi bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata disebabkan oleh jawatannya.[10]

 
KISAH 3 : KHALIFAH UMAR r.a DAN DENDA ANAKNYA
Abd Rahman bin Umar Al-Khattab, salah seorang anak Umar al-Khattab berada di Mesir dan dilaporkan telah melakukan kesalahan dengan meminum arak. Beliau kemudiannya meminta Amru bin Al-‘As untuk melaksanakan hukuman ke atasnya. 
 
Namun Amru al-‘as r.a merasa serba salah kerana ia adalah anak khlaifah lalu menjatuhkan hukuman secara sedikit berbeza iaitu mencukur kepalanya dan ia disebat secara tertutup di dalam rumahnya. Sepatutnya prosedur di ketika itu adalah hukuman minum arak mestilah dicukur dan disebat pada waktu yang sama di hadapan khalayak ramai. 
 
Peristiwa ini bocor kepada Umar r.a lalu beliau menghantar surat yang antara lainnya menyebut :-
 
"engkau telah menyebat dan mencukur Abd Rahman di dalam rumahmu dan KAMU TAHU IA BERTENTANGAN DENGAN APA YANG AKU HARAPKAN (hukuman seperti orang lain), ...Abd Rahman adalah salah seorang warga di bawah tanggungjawabku (DI AKHIRAT), dan kamu beralasan dengan mengatakannya adalah anak Khalifah sedangkan kamu tahu aku TIDAK SESEKALI BERKOMPROMI dengan sesiapapun dalam melaksanakan amanah terhadap Allah swt" [11]
 
KISAH 4 : KHALIFAH UMAR r.a DAN KHALID IBN WALID r.a
 
Khalid Ibn Waled, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.[12] 

Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut [13] :-
 
a-  Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt. 
 
b-   Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.
 
c-   Pentadbiran : Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.
 
Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, belia berkata :-
 
"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancer, beliau melucutkan jawatanku"
 
Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah"
Kahlid membalas : 
 
"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku" [14]
 
Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.
 
Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a, 
 
"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku"
 
Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:
 
"Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya"[15]
 
Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menrima surat wasiat itu, beliau turut menangis.
 
Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya?. 

Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah pentadbirannya makan terlebih dahulu. 
 
Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a.. Sesungguhnya wahai Umar al-faruq kami merinduimu pemerintahanmu.
http://www.zaharuddin.net/

Wassalam.

Wednesday, May 19, 2010

Tulahan : Pemimpin PR rasuah - Tutup kes atau ambil tindakan


Salam,

Go to fullsize image

Apabila diperhatikan kesungguhan Ahli Parlimen Kapar Manikavasagam, ternyata pemimpin PKR itu benar2 menentang rasuah dalam kerajaan PR.

Walaupun caranya pada peringkat awal kurang kena, namun pendedahan beliau mendapat perhatian serius kerajaan PR Selangor. MB Selangor dan barisan Exconya memutuskan menyerahkan siasatan kes rasuah pasir ini kepada SELCAT.

Manikavasagam pada awalnya kurang bersetuju diserah kepada SELCAT, namun mungkin beliau berfikir semula. Jika tidak percaya SELCAT yang sudah telus, nak pecaya kepada badan mana lagi. Nak suruh SPRM yang double standard itu siasat, buang masa sahaja.

Penulis kagum dengan keberanian Manikavasagam memdedahkan kes rasuah pasir di Selangor. Sungguhpun beliau dan keluarga mendapat ancaman, beliau tidak gentar. Malah berikrar setia bersama PKR walaupun ditawar untuk bersama barisan katak.

Mengapa beliau buat pendedahan terbuka, jatuhlah imej kerajaan PR ? Mungkin beliau sudah buat aduan dalaman tetapi bila tiada apa2 tindakan, pendedahan terbuka adalah cara yang terbaik bagi beliau. Bila ada pendedahan terbuka, barulah ada respon terhadap aduan.

Lagipun apa yang hendak dimalukan kerajaan PR. Bukankah PR menentang rasuah, tidak kira rasuah yang dilakukan dalam kerajaan BN atau kerajaan PR. Tindakan kerajaan PR Selangor menyerah kes ini kepada SELCAT sudah membuktikan ketelusan kerajaan PR. Jika rasuah pasir ini berlaku semasa BN perintah, sah tidak ada apa2 siasatan dijalankan.

Kerajaan PR Selangor sudah membuktikan bahawa rasuah patut dibenteras. Sesiapa yang terbukti bersalah termasuk pemimpin PR, pegawai kerajaan Selangor  akan dihukum. Inilah yang rakyat mahu selama ini, iaitu ketelusan dalam pentadbiran.

Jika berlaku di zaman BN, semua ini akan ditutup sehingga rakyat menjadi tidak percaya dan menolak BN dalam PRU 12. Kerajaan PR perlu telus dan terbuka menentang rasuah jika mahu keyakinan rakyat kerhadap PR berterusan.

Rakyat sedang memerhati sejauh mana ketelusan dan keterbukaan pimpinan dan kerajaan PR. Oleh itu, tindakan tegas terhadap pemimpin PR yang rasuah perlu dilakukan tidak kira pemimpin itu dari PKR, DAP atau PAS.

Penulis bimbang usaha menutup kes rasuah yang terhadap pimpinan yang dilakukan oleh BN berlaku juga kepada PR. Paling sedih lagi, jika berlaku dalam jamaah Islam yang kita dokong.

Jika ada pemimpin jamaah yang rasuah, sudah ada bukti, sudah ada yang sanggup jadi saksi, sudah berada dalam pengetahuan pimpinan jamaah tertinggi. Janganlah ditutup kes berkenaan dengan alasan tidak mahu mencemarkan imej jamaah.

Adakah menjaga imej jamaah dengan cara menutup kes rasuah pemimpin jamaah? Ambillah tindakan terhadap pemimpin yang rasuah. Janganlah ditutup kerana lama kelamaan akan terdedah juga kes rasuah pemimpin jamaah.

Amat malang lagi kes pemimpin jamaah yang rasuah sudah tersebar kepada umum dan sudah berada dalam pengetahuan musuh yang menunggu masa membongkarkannya. Jangan sampai kedengaran suara rakyat yang menyatakan tidak ada bezanya jamaah dengan BN. Sama-sama rasuah dan menutup rasuah pemimpin.

Perlu diingat bahawa jika tiada tindakan tegas kepada pemimpin jamaah yang rasuah, kesannya sangat besar kepada ahli dan prinsip jamaah. Siapakah akan menanggung dosa jika pemimpin jamaah yang rasuah dilantik memimpin jamaah?.

Akan wujud pandangan bahawa rasuah untuk peribadi tidak salah kerana bersifat individu. Akan wujud lebih ramai pemimpin jamaah yang mengambil rasuah kerana pandangan di atas. Akan lahir ahli jamaah yang membela pemimpin jamaah yang rasuah. Sia-sialah proses tarbiyyah yang dilaksanakan jamaah sejak 56 tahun yang lalu.

Akhirnya, rasuah yang ditentang oleh jamaah sejak 56 tahun penubuhannya menjadi wabak dalam jamaah. Apa yang berlaku kepada Ubn akan melanda jamaah.  Inggatlah jamaah kekal selama 56 tahun kerana pimpinan dan ahli jamaah memegang prinsip perjuangannya. Janganlah dibuang prinsip ini hanya kerana mempertahankan pemimpin yang rasuah.

Ya Allah lindungilah jamaah daripada dipimpin oleh pemimpin rasuah.

Wassalam.

Saturday, May 8, 2010

Tulahan : Cakap nak rampas kerusi Ubn, tapi........

Salam,



Hari ini, penulis ada masa nak menulis. Ada masa nak ulas data jumlah pemilih yang didaftar parti politik untuk tahun 2009 sehingga Februari 2010. Sebenarnya, tak ramai yang nak ulas termasuk pimpinan jamaah yang masih anggap mendaftar pemilih baru ini tak penting. Jika pimpinan jamaah pun tak ambil berat, janganlah harap ahli dan penyokong nak ambil hirau.

Berdasarkan data ini, jumlah pemilih baru didaftar parti2 dalam PR melebihi BN. PR daftar 38 143 berbanding BN 26 962. Memang la lebih, tapi kena fikir bahawa banyak lagi pemilih baru yang ditolong daftar untuk BN oleh komponen tak rasmi Ubn. Bukan sikit berkali ganda, tak percaya pergilah ke pejabat komponen tak rasmi Ubn untuk semak.

Tak perlu sentuh lah yang didaftar komponen tak rasmi Ubn. Penulis nak sentuh yang didaftar oleh parti2 politik. Patut pun Ubn tunjuk hero kepada komponen BN yang lain, sebab Ubn paling ramai daftar pemilih baru sebanyak 24 818 daripada 26 292. Mana Ubn tak marah, semua kerja Ubn yang buat. Tak boleh harap MCA, MIC dan Gerakan yang segalanya lemah.

Itu BN, PR pula bagaimana? Paling hebat DAP yang daftar 17 790 pemilih baru, PAS 17 022 banyak juga dan PKR hanya 3321 paling lemah. Kenapa DAP paling banyak? sebab mereka nak menang lagi PRU 13.
DAP guna peluang sungguh2 dengan sokongan orang cina untuk daftar seramai mungkin. Malah pimpinan tertinggi mereka pun sanggup duduk di kaunter daftar pemilih untuk daftar pemilih baru.

PKR pula semua pun tahu, tak da akar umbi nak buat kerja tu. Pimpinan yang tinggi2 tak pandang la kerja daftar pemilih ni. Jadi sapa nak buat kerja untuk PKR, mungkin ada dilantik jadi penolong pendaftar tapi sekadar ada nama sahaja. Pelik daftar jadi ahli PKR ramai sampai puluh ribu sebulan, tapi daftar pemilih tak boleh nak buat. Mungkin mereka berharap pada gelombang Anwar sahaja.

Penulis tak mahu komen banyak pada DAP dan PKR, cukup sikit2. Penulis nak tumpu kepada jamaah di seluruh negara. Memang patut penulis komen kerana penulis selalu sangat dengar pimpinan jamaah cakap, PRU 13 nak tawan negeri tu, negeri ni, kawasan tu, kawasan ni tapi daftar pemilih tak buat cakap ja lebih.

Pertama , penulis nak ucap tahniah kepada JPN Perak bos dia Hj. Asmuni sebab di kedudukan no. 2 paling banyak daftar selepas Kelantan dan lebih tinggi dari DAP dan Ubn di Perak. Kena berterusan begini supaya dapat rampas banyak kerusi Ubn disamping kekalkan yang duk ada. Namun, penulis dapat tahu tak semua kerusi yang jamaah bertanding banyak daftar. Ada satu dua yang masih tak buat, mungkin jentera jamaah di sana juga berharap pada gelombang Anwar.

Tak hairan juga jika Kelantan terus kekal diperintah jamaah selepas PRU 13. JPN Kelantan buat kerja ni berterusan tak berhenti, tak tunggu dekat pilihanraya umum baru sibuk nak daftar. Begitu juga Kedah, walaupun bersaing sengit dengan Ubn. Penulis yakin jamaah akan dapat banyak kerusi dan rampas kerusi dari Ubn. Sebab itulah, Ust. Azizan tak takut bubar DUN jika ada tiga katak PKR lagi lompat.

Penulis musykil dengan pemilih baru didaftar jamaah di Terengganu, betul ka banyak tu. Jauh dari Ubn yang daftar 7688 sedangkan jamaah hanya 1349. Kalau ikut rekod masa lepas, JPN Terengganu banyak daftar pemilih baru, pasal apa kali ni rendah atau belum panas lagi. Abang Ariffin tuan Pengarah JPN tentu ada jawapannya.

Pimpinan jamaah Terengganu selalu keluar media optimis akan rampas pada PRU 13. Tenggok pada data ni, rasa payah nak rampas, nak tambah kerusi berat , nak kekal yang ada pun payah. Tak tahulah mungkin ini strategi JPN Terengganu daftar lambat2, jangan jadi mangsa gelak kumpulan anti 'kerajaan perpaduang' sudah la.

Selangor serupa tu juga, DAP dan Ubn lebih dari jamaah. Pimpinan jamaah Selangor dok canang akan rampas banyak kerusi Ubn untuk jadi tonggak kerajaan Selangor tapi jika daftar pemilih pun lemah, tok sah dok harap sangat la. Kumpulan anti 'kerajaan perpaduang' dok tunggu masa ja nak belasah. Jadi JPN Selangor kena ambil berat usaha daftar pemilih baru ni, DAP boleh jamaah pun kena boleh.

Boleh bagi pujian kepada JPN Pahang, paling tinggi berbanding parti2 lain. Walaupun begitu masih kecil untuk menang dan penulis tahu hanya kawasan kerusi tertentu yang aktif buat daftar pemilih. Banyak lagi kerusi yang perlu diketuk supaya buat kerja daftar pemilih baru.

Negeri2 lain sangatlah teruk, macam tak mahu menang. Kalau dengar pimpinan jamaah di Pulau Pinang bercakap, hebat nak tawan habis semua kerusi yang bertanding. Tengok daftar pemilih hanya 32 orang ja didaftar satu tahun. Ada pimpinan jamaah di sana tanya penulis, macamana dengan daftar pemilih Parit Buntar? tanya macam la hebat gerak kerja daftar pemilih negeri dia. Rupanya teruk, sepatutnya soalan itu bukan kepada kawasan Parit Buntar, tapi tanya la kawasan kerusi yang jamaah nak bertanding di Pulau Pinang.

Semasa PR baru perintah Pulau Pinang, penulis sakit hati dengar cakap pimpinan jamaah di sana. Menang satu kerusi tapi nak minta macam2. Kemudian dok tuduh DAP anti Islam la, DAP tolak PAS la. Yang paling keras mantan Ketua Pemuda yang sekarang dah tak pegang jawatan jamaah. Dia ni sekarang cakap pun dah lain, masa Zaid dipilih jadi calon PRK Hulu Selangor keluar kenyataan media dia bantah Zaid. Ubn dok jaja kenyataan dia merata kampung. Tak lama dia mungkin ni jadi Ibrahim Ali Pulau Pinang.

Negeri2 Selatan Melaka, N. Sembilan dan Johor tak tahu apa sebab JPN di sana tak pentingkan daftar pemilih baru. Nak kata lemah, dak juga Johor boleh menang dua kerusi, N. Sembilan satu kerusi. Sepatutnya masa ni la kerja sungguh2 untuk menang. Lemah sungguh tengok data tu, macam tak dak jamaah di negeri ni.

Baca dalam Mutaligat semasa isu pemuda Ubn halang daftar pemilih di pasar malam. Macam bersungguh jamaah di sana buat daftar pemilih, rupanya tidak 32 orang ja satu tahun.DAP yang banyak daftar, mustahil tak dak anak orang jamaah yang cukup 21 tahun untuk didaftarkan.

Ramai yang anggap daftar pemilih bukan faktor penting untuk menang. ada faktor lain yang boleh bawa kemenangan contohnya faktor gelombang Anwar. Bagi penulis betul ada faktor lain, tapi gerak kerja daftar pemilih ini adalah cerminan gerak kerja jamaah untuk menang di sesuatu kerusi. Jika daftar pemilih ceroi, gerak kerja lain pun ceroi juga la tu.

Sehingga Februari 2010 PR daftar 6824, BN 5490. Ada peningkatan pada PR dan penulis yakin akan terus meningkat. Jangan tunggu dekat PRU 13 , masa masih belum terlambat sebelum sampai PRU 13. JPN negeri2 kena ambil perhatian data ini. Pimpinan jamaah semua peringkat kena buat kerja daftar pemilih baru terutama anak2 ahli dan penyokong jamaah yang masih ramai belum mendaftar.

Wassalam.

Tuesday, April 27, 2010

PKR kalah, PAS terima bahangnya

Salam,



Keputusan PRK Hulu Selangor dah diketahui, PKR tewas dan Ubn menang. Ubn sepatutnya memenangi lebih daripada 6000 undi kerana majoriti untuk ketiga2 DUN Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru semasa PRU 12 lebih 6000. Tak padan kerana Ubn dah belanja jutaan ringgit tapi majoriti kecil.

Namun, kalah tetap kalah walaupun satu undi. Ramai yang berkata populariti PKR sudah habis dengan kekalahan ini. Tapi bagi penulis, bukan PKR yang akan habis kerana DUN Batang Kali hampir ditawan dan Kuala Kubu Baru ditawan PKR. DUN Hulu Bernam di menangi Ubn dengan majoriti besar. Parti PR mana yang bertanding di Hulu Bernam? parti itulah yang patut ambil iktibar.Pimpinan jamaahlah yang sepatutnya ambil iktibar.

Bukan kerana jamaah tak bersungguh bantu PKR dalam PRK ini. Jentera jamaahlah yang banyak membantu dan bersungguh2. Tapi kerana DUN Hulu Bernam ditandingi jamaah malah 70 peratus kerusi majoriti Malayu di seluruh negara ditandingi jamaah.

Jika pilihanraya umum ke 13 diadakan hari ini, mungkin PKR dan DAP akan dapat satu kerusi di Hulu Selangor. Namun, jamaah tetap akan kehilangan kerusi Hulu Bernam kerana pengundi Melayu yang masih belum berubah.

Pimpinan jamaah semua peringkat perlu ambil tindakan segera untuk menarik sokongan orang Melayu. Andainya, trend ini tidak berubah kerusi yang akan dimenangi jamaah juga tidak berubah malah akan berkurangan sekiranya orang India beralih sokongan kepada Ubn.

Nak ambil kerusi campuran tentu dah tak boleh sebab persefahaman dengan PR perlu dijaga. Kerusi katak yang lompat juga pasti masih dimiliki oleh PKR. Buatlah berapa usul dalam mesyuarat agung jamaah minta kerusi katak yang lompat, tak kan dapat sebab kena jaga persefahaman ini.

Sebelum PRU 12, banyak kerusi jamaah yang berpotensi menang diberi kepada PKR walaupun PKR tak minta. Hari ini , sudah berputih mata dan tak perlu dikesalkan lagi. Hari ini tugas pimpinan jamaah semua peringkat jaga kerusi yang pasti ditandingi walaupun majoriti Melayu.

Tak perlu banyak berpolitik, buat kerja tambah pengundi seramai mungkin. Tak perlu canang nak calon ini nak calon nu kerja habuk pun tarak. Yang kena canang sapa tak daftar mengundi kena daftar mengundi, yang ni kena canang betul2.

Jika masih tak berubah tak tambah pengundi baru, tunggulah masa PRU ke 13. Masa tak menunggu kita, yang jadi pimpinan jamaah, yang berangan nak jadi calon, yang muka tak malu minta jawatan. Tanya mereka berapa banyak pemilih baru didaftarkan dalam kawasan mereka?

Yang pastinya, kekalahan Zaid memberi peringatan kepada PKR tetapi tamparan kepada jamaah. PKR kalah tapi jamaah yang terima bahangnya.

Wassalam.

Wednesday, April 21, 2010

Tarik undi Melayu 40 peratus, PR menang di Hulu Selangor

Salam,


Sudah beberapa hari kempen PRK Hulu Selangor berjalan. Jangkaan telah dibuat oleh kedua2 parti PR dan BN, malah PERKOSA pun buat ramalan. PERKOSA ramal BN menang majoriti 3000 undi.

Pada awalnya , penulis tak mahu nak buat jangkaan parti mana yang menang. Tak mahu jadi macam PRK Bagan Pinang. Tapi ramai sangat yang minta jangkaan penulis, jumpa ja tanya macam mana Hulu Selangor sapa menang?

Jawapan penulis kepada yang bertanya, jika PKR dapat tarik undi Melayu lebih 40 % boleh menang. Namun, jika di bawah 40% BN yang akan menang.

Adakah Melayu undi penentu? bukan begitu. Semua pengundi Melayu, Cina , India , Orang Asli dan Undi pos boleh jadi penentu. Bagi penulis, PKR mampu menarik undi orang Cina sehingga 80 %. Semasa PRK Bukit Gantang, undi orang Cina kepada Nizar capai 85 %.

Itu calon PAS, sekarang calon PKR yang lebih terbuka bagi orang Cina dan partinya juga mempunyai pemimpin di kalangan orang Cina. Sentimen perkauman yang ditiup oleh Ubn semasa PRK ini lebih menjauhkan pengundi Cina dari BN. Malah MCA pun dah tak dapat tempat dihati orang Cina.

Orang India pula walaupun calon BN India tak semestinya akan undi calon BN. Tak boleh samakan macam di Bagan Pinang kerana semasa PRK Bagan Pinang, kedua2 kerajaan milik BN. PRK Hulu Selangor lain, kerajaan negeri milik PR.

Orang India di Selangor sudah merasai nikmat duduk di bawah kerajaan PR. Pemimpin India dari PKR dan DAP di Selangor pula adalah pemimpin yang selalu turun membantu orang India. Banyak masalah orang India yang ditinggal kerajaan Khir Toyo telah diselesaikan oleh kerajaan PR.

Orang - orang MIC di Hulu Selangor sebenarnya masih sayang kepada Palanivel, yang tak suka Palanivel hanya orang Umno. Semasa PRU 12, undi orang India kepada Palanivel masih tinggi dan undi ini tidak akan pergi kepada Kamalanathan yang dianggap calon pilihan Umno bukan pilihan orang India. Penulis jangka 55 - 60 % orang India akan diberi kepada Zaid.

Penulis juga masih anggap PKR sekarang mendapat sokongan yang tinggi dari golongan muda walaupun ramai pemimpinnya bertukar jadi katak. PRK Hulu Selangor akan membuktikan kenyataan Saifuddin bahawa setiap bulan keahlian baru PKR mencecah 40 ribu seperti yang pernah penulis sentuh.

25 April ini akan menentukan kebenarannya. Tunggulah.

Wassalam.

Tuesday, April 20, 2010

Pindahkan pengundi, Ubn tak perlu tunggu persempadanan semula kawasan pilihanraya

Salam,
Apabila penulis membaca kenyataan komponen tak rasmi Ubn seperti di sini. penulis mula terfikir bahawa bukan pengundi Parlimen Hulu Selangor sahaja yang dipindahkan lokaliti tempat mengundi ke Parlimen Selayang malah mungkin sudah berlaku di seluruh negara.

13,000 bukan jumlah yang kecil, malah jika sebahagian besar daripada 13,000 adalah pengundi itu adalah pengundi PR. Maka, Ubn tak perlu susah berkempen serahkan sahaja kepada komponen tak rasmi dah dapat keluarkan beribu pengundi PR.

Komponen tak rasmi Ubn bagi alasan pemetaan dibuat dan lokaliti berkenaan berada dalam Parlimen Selayang, jadi boleh tukar lokaliti berkenaan ke Parlimen Selayang. Inilah kenyataan mudah untuk lepaskan diri, hakikatnya bukan begitu.

Sebelum PRU 12, penulis dan kawan2 di Parit Buntar pernah buat bantahan kepada SPR terhadap satu lokaliti yang terletak dalam Parlimen Bagan Serai. Bukti diberi memang jelas mereka sendiri mengakuinya, tapi diberi pelbagai alasan untuk keluarkan lokaliti berkenaan.


Sehingga PRU 12 berjalan, lokaliti berkenaan masih berada dalam Parlimen Parit Buntar. Selepas PRU ke 12, barulah lokaliti berkenan ditukar ke Parlimen Bagan Serai. Penulis yakin lokaliti tidak ditukar sehingga selesai PRU ke 12 kerana menguntungkan Ubn.


Sekiranya, alasan pemetaan ini memberi peluang Ubn mencapai kemenangan melalui pemindahan pengundi. Penulis berharap, semua jentera pilihanraya jamaah dan PR wajib membuat semakan dan bantahan setiap kali daftar pemilih dibuka untuk bantahan.


Syukurlah, PRK Hulu Selangor membuka mata kita tentang taktik kotor ini. Penulis tahu, Ubn menghadapi masalah untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya kerana kekurangan undi dua pertiga ahli Parlimen. Katak2 pun masih belum cukup, jadi inilah cara terbaik mereka untuk pindahkan pengundi.


Jentera pilihanraya jamaah dan PR kena perhati semua lokaliti yang menjadi sempadan antara dua kawasan parlimen. Hanya dengan menukar lokaliti sahaja Ubn boleh mengaut beribu undi dan mengurangkan beribu undi, tak perlu tunggu buat sempadan pilihanraya.


Kesilapan jentera PKR di Hulu Selangor adalah tak buat semakan dan bantahan semasa di buka untuk beberapa kali. Hanya bila berlaku PRK ini baru disedari. Tapi bukan jentera PKR sahaja tak buat semakan dan bantahan, jentera jamaah pun sama ja lah.


Namun, walaupun dibuat semakan dan bantahan. Mampukah jentera jamaah dan PR nak buat bantahan kalau melibatkan beribu pengundi. Kalau 13 000 pengundi dibantah, seorang pengundi RM 10.00 kiralah berapa ratus ribu RM kena sediakan untuk buat bantahan.


Semuanya menyusahkan PR untuk buat bantahan dan penulis pasti taktik kotor ini akan digunakan dengan kuasa komponen tak rasmi Ubn ini. Bila dibuat bantahan, mereka akan jawab pemindahan lokaliti dibuat mengikut undang2 pilihanraya.


Biasanya, bila PR buat cadangan untuk kebaikan dan ketelusan pilihanraya. Komponen tak rasmi Ubn akan beri alasan diluar bidang kuasa mereka. Mereka jawab begitu sebab cadangan PR tidak menguntungkan Ubn.


Habis kuasa mereka guna untuk apa ? Untuk menangkan Ubnlah. Jika ia menguntungkan Ubn, komponen tak rasmi akan gunakan kuasa mereka yang ada walaupun mendapat bantahan PR.


Penulis harap gerakan untuk pilihanraya adil dan telus perlu dihidupkan semula. BERSIH perlu diaktifkan kembali untuk memperjuangkan pilihanraya yang adil dan telus.
 

Wassalam.  

Thursday, April 15, 2010

Sombong bukan milik kita

Salam,


Penulis jumpa blog seorang aktivis yang dah lama berjuang dan berpengalaman dalam organisasi jamaah. Izinkan penulis paparkan pandangannya berkaitan manusia sombong untuk tatapan kita bersama.
Elok juge kalinya teman nak bercakap mengenai sombongnya manusia kepada penciptanya.
Teman ni tak sombong.Lagi pun apa le yang teman nak sombongkan kerana yang ada hanya gigi dan lidah sahaja.Mungkin Allah SWT uji dengan kekayaan mungkin teman juge dalam kategori sombong.Itu yang teman takutkan.
Sombong bermaksud dirinya hebat dan terasa kelebihan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.
Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: “Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.
Teman nak beritahu semua bahawa penyakit sombong ini sebenornya boleh menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.
Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah dan mempertikaikan hukum – hukum yang terkandung dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud dan sekarang ini diikuti oleh pembesar – pembesar kuffar seluruh dunia.
Ada juge yang bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.
Teman ni bukan apa ada juge dikalangan pimpinan jamaah Islam yang teman perhatikan ego dan lagaknya melebihi pimpinan yang berfaham sekular.Mereka ni sebenarnya bangga dengan jawatan dan kadang – kadang berpura – pura dalam tindakan.Kepada yang berkenaan berikanlah kasih sayang kepada jamaah yang mereka ini hanya miliki Allah dan Rasul sahaja.
Malah ada dikalangan pimpinan tersebut yang bijak menyusun bicara kertas kerja bahawa pimpinan boleh menegur dan ditegur.Realiti sebenarnya masih ada yang cakap tak serba bikin mula melenting apabila ahli atau pengikut menegur dalam majlis - majlis tertentu.
Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah) Khalil Samad
Penulis harap sesetengah pemimpin jamaah yang terkenal dengan sifat sombong dan bongkak, buangkanlah sifat buruk itu. Pemimpin sebegini bukan sahaja ahli jamaah tak suka, masyarakat pun akan meluat tengok perangai buruknya.
Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...