Salam,
siapa admin facebook ini?
Semasa PRK Sungai Limau, penulis balik
untuk pergi ke Sungai Limau. Bila sampai , ada sahabat bagi tahu , malam tu ada
Liqa’ Fikri anjuran Lujnah Tarbiyah Negeri. Penulis tanya dia, bukankah kita
sedang berperang, kenapa tak tangguh aje program tu.
Sahabat bagi tahu, dia pun tak tahu tapi
yang pasti Ajk harian wajib hadir. Penulis cakap kepadanya , membantu kempen di
Sungai Limau itu patutnya lebih diutamakan. Petang tu, penulis pergi ke Sungai
Limau sehingga malam. Ada yang diarah pergi ke Liqa’ Fikri, kerana program
tarbiyah tu wajib.
Dua hari selepas itu, penulis bersama YDP,
TYDP dan wakil rakyat sebelum ke Sungai Limau pergi dulu ke jemputan kenduri
kahwin dalam kawasan. Sebelum keluar dari kenduri kahwin salah satu jemputan,
bertembung dengan seorang AJK Kawasan yang baru sampai.
Setelah bersalam dengan semua, AJK kawasan
ni terus ke belakang kereta nak bagi tahu sesuatu kepada penulis. Penulis
ingatkan dia nak sembang mengenai cawangan atau keahlian tapi dia nak sebut tak
puas hati kerana dalam Liqa’ Fikri , salah seorang pembentang hentam ahli
parlimen kawasan penulis.
Penulis tanya dia tahu mana, dia bagi tahu
dengar dari seorang AJK kawasan baru dilantik yang pergi ke pergi ke Liqa’
Fikri. Dia pun AJK Kawasan yang baru dilantik. Penulis bagi tahu dia, sabar
nanti PAS Kawasan akan ambil tindakan sewajarnya.
Penulis juga bagi tahu, bukan salah
Pesuruhjaya kerana yang anjur program Liqa’ Fikri adalah Lujnah Tarbiyah
Negeri. Penulis tak mahu dia pandang serong kepada Pesuruhjaya yang baru jadi
wakil rakyat di kawasan.
Penulis sebelum ini dah beberapa kali
dengar rungutan AJK Kawasan ke Liqa’ Fikri yang setiap bulan pembentang yang
dijemput menghentam beberapa AJK PAS Pusat. Yang terbaru ini lebih keras, siap
sebut nama ahli parlimen kawasan penulis.
Bayangkan betapa terkejut dan terkelirunya
AJK Kawasan penulis yang baru dilantik pergi ke Liqa ‘ Fikri nak dapat input
tarbiyah, tapi didedahkan dengan tuduhan terhadap ahli parlimen kawasannya.
Jika benar salah ahli parlimen kawasan
penulis kenapa tak diadu kepada lembaga tatertib PAS Pusat, mengapa tidak diadu
kepada Majlis Syura supaya Majlis Syura panggil ahli parlimen kawasan penulis.
Ini tidak, dituduh dan dihukum dalam program lujnah tarbiyah tanpa diberi ruang
beliau membela diri.
Habis keliru ahli PAS yang hadir terutama
yang masih baru hadir ke Liqa’ Fikri. Selepas itu , tersebarlah kekeliruan yang
dibangkitkan pembentang.






