Gambar hiasan
Abdul Wahid bin Zaid berkata, “Ketika
kami sedang duduk-duduk di majlis kami, aku pun sudah siap dengan
pakaian perangku, kerana ada komando untuk bersiap-siap sejak Isnin
pagi. Kemudian ada seorang laki-laki membaca ayat, (ertinya)
‘Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin jiwa dan harta
mereka dengan memberi Syurga.’ (At-Taubah: 111). Aku menyambut, “Ya,
kekasihku.”
Lelaki
itu berkata, “Aku bersaksi kepadamu wahai Abdul Wahid, sesungguhnya aku
telah menjual jiwa dan hartaku dengan harapan aku memperoleh Syurga.”
Aku
menjawab, “Sesungguhnya ketajaman pedang itu melebihi segala-galanya.
Dan engkau sajalah orang yang aku sukai, aku khuatir sekiranya engkau
tidak mampu bersabar dan tidak mendapatkan keuntungan dari perniagaan
ini.”
Laki-laki
itu berkata, “Wahai Abdul Wahid, aku telah berjual beli kepada Allah
dengan harapan mendapat Syurga, mana mungkin jual beli yang aku
persaksikan kepadamu itu akan melemahkan.”
Dia
berkata, “Nampaknya aku prihatin kemampuan kami semua, …kalau
orang kesayanganku sahaja mampu melakukan, apakah kami tidak?”
Kemudian
lelaki itu menginfakkan seluruh hartanya di jalan Allah kecuali seekor
kuda, senjata dan sekadar bekal untuk perang. Ketika kami telah berada
di medan perang dialah lelaki pertama kali yang tiba di tempat
tersebut.
Dia berkata, “Assalamu ’alaika wahai Abdul Wahid,”
Aku menjawab, “Wa’alaikumussalam warahmatullah wa barakatuh, alangkah beruntungnya perniagaan ini.”
Kemudian
kami berangkat menuju medan perang, lelaki tersebut sentiasa berpuasa
di siang hari dan qiyamullail pada malam harinya melayani kami dan
menggembala haiwan ternak kami serta menjaga kami ketika kami tidur,
sehingga kami tiba di wilayah Rom.
Ketika
kami sedang duduk-duduk pada suatu hari, tiba-tiba dia datang sambil
berkata, “Betapa rindunya aku kepada bidadari bermata jeli.”
Kawan-kawanku berkata, “Sepertinya lelaki itu sudah mulai hilang ingatan.”










