Ia berkata
 kepada kanak-kanak itu, ”Ayuh, siapa yang lebih dulu mencapaiku, aku 
beri hadiah.” Kanak-kanak itu dengan gembira berlarian, berlumba 
mendapatkan lelaki yang mereka cintai itu.
Ada yang kemudian jatuh di
 dadanya, ada yang di punggungnya. Lelaki yang tidak lain adalah 
pemimpin agung Nabi Muhammad SAW itu pun memeluk dan menciumi mereka.
Ketika
 waktu solat tiba, Rasulullah SAW seperti biasa datang untuk mengimami 
jamaah. Namun, kali ini, beliau datang dan solat dengan mendukung 
cucunya, Umamah binti Abil ’Ash, di bahunya. Pada masa rukuk, Umamah 
diletakkan dan semasa bangkit dari rukuk cucunya itu diangkat lagi. 
Kisah Lain
Zahir
 sedang berada di pasar Madinah ketika tiba-tiba seseorang memeluknya 
kuat-kuat dari belakang. Tentu saja Zahir terkejut dan berusaha 
melepaskan diri, katanya, ”Lepaskan aku! Siapa ini?”
Orang
 yang memeluknya tidak melepaskannya, lalu berteriak, ”Siapa mahu 
membeli budak saya ini?” Begitu mendengar suaranya, Zahir sedar siapa 
orang yang mengejutkannya itu.
Bahkan, ia merapatkan punggungnya ke dada
 orang yang memeluknya, sebelum kemudian mencium tangannya. Lalu, 
katanya riang, ”Lihatlah, ya, Rasulullah, ternyata saya tidak laku dijual.”
”Tidak, Zahir, 
di sisi Allah hargamu sangat tinggi,” sahut lelaki yang memeluk dan 
”menawarkan” dirinya seolah budak itu yang ternyata tidak lain adalah 
Rasulullah, Muhammad SAW.
Zahir
 Ibn Haram dari suku Asyja’ adalah seorang di antara sekian banyak orang pedalaman yang sering datang berkunjung ke Madinah, berkunjung bertemu Nabi 
Muhammad SAW.
Di
 perjalanan, rombongan berhenti untuk beristirehat. Ketika mereka 
menyiapkan makanan, seseorang mengangkat tangan dan berkata, ”Aku yang 
menyembelih kambingnya.”
”Aku
 yang membuang kulitnya!” kata yang lain. ”Aku yang memasak!” sahut yang lain
 lagi. ”Kalau begitu, aku yang mencari kayu bakar!” kata pemimpin 
mereka, Nabi Muhammad SAW. 
Orang- orang pun serentak berkata, ”Tak usah,
 ya, Rasulullah, biar kami saja yang bekerja.”
”Aku
 tahu anda semua boleh menyelesaikan pekerjaan ini tanpa aku,” kata Nabi, ”tetapi aku tidak ingin berbeza dari istimewa melebihi anda semua. 
Allah tidak suka melihat hambanya berbeza dari sahabat-sahabatnya.”
Pengajaran
 utama berbagai nukilan kisah diatas adalah Nabi Muhammad SAW yang bagi
 Michael H Hart, namanya ditempatkan dalam urutan pertama 100 manusia 
paling berpengaruh di dunia. 
Pengajaran utama nukilan kisah itu 
adalah utusan Allah, Muhammad SAW, yang agamanya diikuti oleh najoriti 
bangsa ini. Pemimpin yang berjaya membina masyarakat madani di 
Madinah. 
Pemimpin yang mencintai dan dicintai umatnya. Pemimpin yang 
ditaati kerana dicintai dan bukan kerana ditakuti.
Di
 dada dan punggung Pemimpin Agung itulah kanak-kanak, anak-anak saudaranya, bergayutan dengan riang. Di bahu Pemimpin Agung itulah 
Umamah binti Abil ’Ash, cucunya, didukung dibawa mengimami solat. 
Pemimpin Agung itulah yang bergurau dan mengusik salah seorang rakyatnya
 di pasar. Pemimpin Agung itulah yang tidak mahu diistimewakan oleh 
kawan- kawan rombongannya dan meminta bahagian pekerjaan juga seperti 
anggota rombongan yang lain.
Dari
 adegan-adegan sederhana itu, anda pasti dapat membaca, antara lain, 
kasih sayang dan kerendah hati Nabi Muhammad SAW. Kasih sayang dan 
kerendah hati inilah yang menjadi faktor utama mengapa beliau amat 
dicintai dan disayangi umatnya. Kasih sayang sudah menjadi sifat Nabi 
SAW.
Pernah
 Nabi SAW mencium cucunya, Hasan Ibn Ali, di hadapan tokoh suku Tamim, 
Aqra’ Ibn Habis. Aqra’ berkata, ”Aku punya sepuluh anak dan tak 
seorang pun pernah aku cium.” 
Nabi memandang Aqra” dan bersabda, ”Man 
laa yarhamu laa yurhamu.” ”Orang yang tidak menyayangi, tidak akan 
disayangi.”
Kasih
 sayang bukan saja sifat Rasulullah SAW dan merupakan sikap hidup 
beliau, melainkan juga merupakan misi beliau; sesuai dengan yang 
difirmankan Tuhannya dalam Al Quran (Q. 21: 107). 
Seperti nabi-nabi 
sebelumnya, Nabi Muhammad SAW adalah pembawa kasih sayang Tuhan. Maka, 
mereka yang mengaku pemimpin penerus risalah Nabi, tetapi tidak memiliki
 kasih sayang, akan mengalami kesukaran malah juga menyukarkan orang lain.
Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada NabiMuhammad SAW.

 
No comments:
Post a Comment