
Di
 hari Pembukaan Kota Mekah, Rasulullah menghalalkan darah sembilan orang kepala 
penjenayah Makkah, malah Rasulullah memerintahkan supaya dibunuh 
kesembilan-kesembilan mereka walau pun didapati mereka berpaut ditirai 
Kaabah. 
Mereka ialah: Abd al-Uzza bin Khatal, Abdullah Ibni Abi Surah, 
Ikrimah bin Abi Jahal, al-Harith bin Nufail bin Wahab, Muqis bin 
Sababah, Habbar bin Aswad, dua orang penyanyi wanita milik Ibn Khatal, 
kedua mereka ini sering mencaci Rasulullah melalui nyanyian mereka dan 
Sarah hamba perempuan milik seorang Banu Abdul Muttalib, beliau inilah 
yang membawa risalah dari Hatib bin Abi Baltaah.
Ada
 pun Ibni Abi Surah, telah dibawa oleh Saidina Uthman kehadapan 
Rasulullah, beliau menjadi orang tengah kepada Rasulullah, maka dengan 
itu terhindarlah nyawa beliau dari ancaman pembunuhan, malah Rasul telah
 menerima pengakuan Islamnya, di mana sebelum ini Baginda menangguh 
untuk menerimanya, dengan harapan akan terdapat di kalangan sahabat yang
 bertindak membunuhnya, kerana beliau sebelum ini sudah memeluk Islam 
dan turut berhijrah kemudian beliau murtad dan lari balik ke Makkah.
Ikrimah
 bin Abi Jahal telah melarikan diri ke negeri Yaman, namun isterinya 
telah berusaha mendapatkan perlindungan, maka Rasulullah pun memberi 
jaminannya, dengan itu beliau telah berusaha untuk mendapat kembali 
suaminya yang lari itu, setelah bertemu beliau turut pulang ke Makkah 
dan memeluk Islam akhirnya beliau menjadi seorang Islam yang baik.
Manakala
 Ibni Khatal didapati sedang bergantung di tirai Kaabah, hal beliau 
telah dilaporkan kepada Rasulullah, maka kata Baginda: “Bunuh sahaja”. 
Maka beliau pun terus dibunuh di situ. 
Adapun Muqais bin Sababah telah 
dibunuh oleh Namilah bin Abdullah, Muqais sebelum ini telah pun ‘ 
memeluk Islam, tiba-tiba berlaku peristiwa di mana Muqais telah 
menyerang seorang lelaki Ansar menyebabkan beliau membunuh lelaki Ansar,
 kemudian beliau murtad dan lari menyertai kaum musyrikin di 
Makkah.
Al-Harith merupakan orang yang paling, menyakiti Rasulullah 
semasa di Makkah. Beliau telah dibunuh oleh Ali bin Abi Talib.
Habbar
 bin al-Aswad adalah orang yang menganggu Zainab binti Rasulullah di 
hari beliau hendak berhijrah menyebabkan beliau terjatuh ke atas ketulan
 batu hingga berlaku keguguran, namun di hari pembukaan beliau telah 
lari dari Makkah, kemudian beliau memeluk Islam dan menjadi orang baik.
Kata
 ibnu Hajar: Abu Ma’syar telah menyebut tentang mereka yang telah 
diisytiharkan halal darah, mereka ialah al-Harith bin Talatil 
al-Khuzai’e beliau telah dibunuh oleh Ali. 
Al-Hakim menyebut bahawa di 
antara mereka yang dihalalkan darahnya ialah Kaab Zuhair, cerita 
mengenai beliau adalah cerita yang terkenal, akhirnya beliau memeluk 
Islam dan bermadah memuji Rasulullah.
Malah seorang dari dua orang penyanyi telah dibunuh, yang kedua telah diberi jaminan keselamatan, justeru itu beliau memeluk Islam, sebagaimana berlaku kepada Sarah yang juga turut memeluk Islam.
Berkemungkinan Arnab dan Ummu Saad itu adalah dua orang penyanyi, berlaku ikhtilaf pendapat mengenai kedua-dua nama mereka atau nama keduanya itu sebenarnya nama timangan atau gelaran.manaratulhuda
 
No comments:
Post a Comment