Gambar hiasan
Nama
 sebenar beliau ialah Ummu Sulaim binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin 
Haram bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin ‘Ady bin Najjar. 
Beliau 
merupakan seorang wanita yang cantik dan memiliki sifat keibuan. Dirinya
 dihiasi dengan kebijaksanaan, ketabahan, kefasihan berkata-kata dan 
berakhlak mulia.
Pada
 mulanya, ummu sulaim berkahwin dengan Malik bin Nadlar dan mendapat 
seorang cahayamata yang diberi nama Anas. Apabila agama Islam datang ke 
Madinah, Ummu sulaim telah memeluk agama Islam bersama kaumnya. 
Beliau 
telah mengajak suaminya untuk sama-sama memeluk agama Islam namun 
suaminya enggan. 
Bukan sahaja menolak marah memarahi ummu sulaim. 
“Apakah engkau sudah membelakangkan agama datuk nenek selama ini?”
Kemudian
 Ummu sulaim menjawab dengan penuh keyakinan, “Sesungguhnya aku telah 
menyerahkan wajahku kepada Allah, Tuhan semesta alam ini.” Kemudian 
beliau mengajarkan anaknya, Anas untuk mengucap syahadah. 
Malik menjadi 
bertambah marah dan berkata, “kau sudah rosakkan kepercayaan anakku!”
Ummu
 sulaim segera menjawab dengan tegas, “ saya tidak merosakkan 
kepercayaannya tetapi saya memimpinnya ke jalan yang lurus agar dia 
membesar dengan mendapat hidayah.” 
Akibat terlalu marah, Malik bin 
Nadlar telah meninggalkan negerinya dan berhijrah ke Syam.
PERKAHWINAN KEDUA UMMU SULAIM :
Tidak
 lama selepas itu, beliau mendapat khabar yang suaminya Malik telah 
meninggal dunia di Syam. Abu talhah al-Ansari telah datang membawa 
rombongan meminang tetapi Ummu sulaim segera menolak lamaran tersebut. 
“wahai Abu Talhah, bagaimana aku boleh menjadi isterimu sedangkan kau 
masih menyembah batu dan tunduk kepada pokok yang tidak memberi manfaat 
kepadamu. Kau sanggup menyembah kayu yang boleh membakar sehingga 
menjadi abu dan kemudian boleh ditiup angin. Dimana akalmu?” ujar Ummu 
sulaim.
Setelah
 pulang, Abu Talhah memikirkan semula kata-kata Ummu sulaim dan 
menyedari perkara yang dikatakan Ummu sulaim adalah benar. Abu Talhah 
datang semula kepada Ummu sulaim dan menyatakan keislamannya. 
Ummu 
sulaim berasa gembira dan menerima pinangan Abu Talhah tanpa sebarang 
mas kahwin.
Ummu
 sulaim telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Abdullah, hasil 
perkahwinan beliau bersama Abu Talhah. Rasulullah saw telah 
memberkatinya dan baginda sering berkunjung menziarahi Ummu sulaim di 
rumahnya. 
Baginda pernah berkata, “aku kasihankan Ummu sulaim, ayah dan 
saudaranya telah terbunuh di hadapan mataku dalam medan perang.”
KEBERANIAN UMMU SULAIM :
Ummu sulaim seorang yang sangat berani, beliau pernah keluar ke medan perang bersama-sama Rasulullah dan pernah menyaksikan pertempuran di Badar dan Uhud.
Ummu sulaim ditugaskan untuk memberi minum dan membalut luka 
kaum muslimin. Pada perang Hunain, beliau telah keluar membawa pisau 
sabit. Maka berkata Abu Talhah, “wahai Rasulullah, ini Ummu sulaim telah
 membawa pisau sabit.”
KETAQWAAN KEPADA ALLAH :
Anak ummu sulaim bersama Abu Talhah telah sakit tenat sehingga menyebabkan anaknya meninggal dunia namun ketika itu, suaminya Abu Talhah tiada disisinya. Ummu sulaim telah memandikan dan menguruskan jenazah anaknya kemudian jenazah anaknya diletakkan di atas katil seperti orang sedang tidur.
Walaupun 
dalam keadaan berduka, beliau sempat berpesan kepada ahli keluarganya 
agar tidak memberitahu kepada Abu Talhah sehinggalah Ummu sulaim sendiri
 yang akan memberitahunya.
Pada
 malam itu sekembalinya Abu Talhah ke rumah, Ummu sulaim menyambutnya 
dengan senyuman mesra seperti biasa. Abu Talhah bertanya khabar anaknya,
 Ummu sulaim memberitahu anaknya kini telah lebih tenteram dan tenang. 
Abu Talhah berasa gembira dengan berita yang disampaikan 
isterinya. Ketika mereka berdua duduk berehat, tiba-tiba Ummu sulaim 
bertanya kepada suaminya. “Apa pendapatmu jika kita meminjam sesuatu 
daripada jiran tetangga, patutkah kita memulangkannya?”
“Tentu
 sekali, tiap pinjaman mestilah dikembalikan kepada tuannya,” jawab 
suaminya, Abu Talhah. Ummu sulaim berkata lagi, “begitu juga dengan anak
 kita, wahai Abu Talhah. Dia adalah pinjaman kepada kita, maka tuannya 
telah mengambil kembali milikNya, iaitu Allah swt.”
Mendengar
 itu, Abu Talhah mendapat tahu yang anaknya telah meninggal dunia. Maka,
 beliau telah menyerahkan segalanya kepada Allah. Abu Talhah telah 
berjumpa dengan Rasulullah lalu menceritakan peristiwa itu kepada 
baginda. Maka baginda Rasulullah s.a.w mendoakan kesejahteraan suami 
isteri tersebut.
Baginda bersabda : “aku masuk 
syurga lalu aku mendengar suara, maka aku bertanya “siapa itu?” mereka 
menjawab, dialah Ummu Sulaim binti Marham, ibu kepada Anas bin Malik.”masyitah88

 
No comments:
Post a Comment