Tuesday, November 1, 2011

64 tahun terpisah akibat kekejaman Israel

Diusir secara paksa dan dengan kekerasan, dua bersaudara ini berpindah dari satu tempat ke tempat lainya menjadi pendatang. Kerinduan untuk kembali bertemu dengan ibu tercinta adalah harapan dan cita-cita seluruh Palestin dimanapun mereka berada.

Hjh Rosmiyah Abdul Hamid puteri keluarga Shufuriyah yang terusir dari tanah keluarganya dalam penderitaan, sudah lama tidak melihat negaranya, tanahnya dan tidak mencium wangi tumbuhannya.

Hjh Rosmiyah (64 tahun) meninggalkan kampungnya di Shufuriyah dan negaranya Palestin sejak tahun 1948, semasa terjadinya pencerobohan Palestin (penjajahan). Semasa itu dirinya masih kecil baru berumur 2 tahun. Sementara saudarinya, Raimah berusia 11 tahun.

Rosmiyah tidak boleh menceritakan bagaimana perasaannya semasa bertemu dengan saudaranya yang sudah lama tidak bertemu. “Saya tidak boleh mempercayai peristiwa ini. Malah saya tidak percaya akan dapat kembali bertemu dengan saudaraku dan mencium tanahnya yang sudah ditinggalkanya sejak kecil."

Monday, October 31, 2011

Khabar gembira akan lahir Nabi Ismail, khabar duka akan dimusnahkan negeri Sodom


 http://hbis.files.wordpress.com/2008/10/laut-mati.jpg
Syahdan, Nabi Ibrahim kedatangan tetamu yang belum dikenalinya. Mereka belum pernah bertemu sebelumnya. Demi menghormati tetamu, Nabi Ibrahim menjamunya dengan hidangan lazat. 
 
Namun didapati tetamu tidak berselera terhadap jamuannya, Nabi Ibrahim gementar. Ia sedar, tetamunya ini bukan tetamu biasa.

Dadanya bergetar hebat, segera ingin tahu ada apa gerangan. Ia menanyakan maksud kedatangan tetamu dengan perasaan takut yang tak tersembunyikan. “Tidak usah takut, kami memberi khabar gembira, Allah swt akan mengurniakanmu seorang putera”, jelas tetamu.

Sebagai seorang yang sangat menginginkan seorang putera, tentu khabar itu sangat menggembirakan. Tapi ia menahan rasa gembira itu, perasaanya mengatakan, pasti ada khabar lain yang tidak kurang hebat. 
 
Hati-hati ia bertanya, “Apakah masih ada urusan lain?” Tetamu menjawab tegas: “Kami diperintahkan menghancurkan negeri dimana Luth tinggal”.

Alkisah, mendengar jawaban tetamu, Nabi Ibrahim tertegun. Ia, yang dadanya penuh cinta, pengasih, dan taat kepada Allah, memberanikan diri bertanya. 

Sunday, October 30, 2011

Kisah Syifa' binti Abdullah al-Adawiyyah r.a. pakar dalam istirqa'


Namanya Syifa' binti Abdullah ibn Abd Syams al-Quraisyiyyah al-Adawiyyah. Ada pendapat mengatakan nama sebenarnya Laila binti Abdullah. 

Beliau adalah isteri kepada Abu Hathmah ibn Huzaifah ibn Ghanim al-Quraisy al-Adawi. 

Beliau dikurniakan seorang anak bernama Sulaiman bin Abu Hathmah, seorang lelaki yang dihormati sebagai orang yang kuat beragama di kalangan ummat Islam.

Kemuliaan

Nama adalah identiti dan pengenalan awal diri. Ia juga adalah sebuah doa dan harapan yang terawal dilakarkan oleh ibu bapa buat seorang anak. 

Sesuai dengan namanya Syifa' memiliki kepakaran dalam istirqa' iaitu suatu kaedah pengubatan dengan cara memberikan dorongan jiwa agar pesakit bermotivasi dan optimis untuk sembuh. 

Beliau adalah seorang sahabiah yang terkenal dengan kebaikan hatinya dan kepintarannya dan merupakan salah seorang daripada segelintir kau hawa Quraisy yang mahir menulis dan membaca. 

Beliau tergolong di kalangan sahabat dan sahabiah yang terawal memeluk Islam, ikut serta membaiah Rasulullah s.a.w. bersama sahabiah yang lain dan turut berhijrah ke Madinah.

Saturday, October 29, 2011

Kisah Thabit bin Qais yang bersuara lantang


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepada baginda dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap yang lain, nanti (pahala) segala amalmu boleh terhapus sedangkan kamu tidak menyedari." (Surah al-Hujurat:2)

Sahabat-sahabat sekalian, Thabit bin Qais R.A amat terkesan dengan firman Allah S.W.T ini. Beliau terkenal sebagai seorang yang bersuara lantang. Kerana itu, setiap kali beliau solat secara berjemaah di Masjid Nabawi, beliau akan mengelak daripada bertemu dengan Rasulullah S.A.W.

Beliau khuatir, suaranya yang lantang dan tinggi daripada suara Rasulullah S.A.W akan menyebabkan amalannya terhapus dan menjadi ahli Neraka. Masya-Allah, sungguh hebat keimanan Thabit bin Qais R.A.

Rasulullah S.A.W merupakan manusia yang paling baik akhlaknya. Baginda mengambil berat, kasih dan sayang akan sahabat-sahabatnya. Baginda hairan kerana sudah lama baginda tidak bertemu dengan Thabit bin Qais R.A.

Lalu Baginda Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabat yang lain, "Ke manakah Thabit ibn Qais? Sudah lama aku tidak bertemu dengannya."

Satu doa Rasulullah yang tidak dimakbulkan

Terdapat banyak riwayat tentang beberapa permintaan Rosulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- kepada Allah -Ta'ala-. 3 permintaan untuk umat beliau -sholallahu 'alaihi wasallam-. diantara riwayat-riwayat yang shahih adalah hadist pada shahih Muslim yang diriwayatkan dari Sa'ad berkata :


"Bahawa suatu ketika Rasulullah -sholallahu 'alaihi wasallam - datang dari 'Aliyah, dan ketika melalui masjid milik Bani Mu'awiyah beliau masuk dan solat 2 rakaat, dan kamipun turut solat bersama beliau. beliau berdoa sangat lama. setelah selesai, beliau berpaling kepada kami dan bersabda : aku meminta kepada Tuhanku 3 permintaan, 2 dikabulkan dan 1 tidak. aku meminta kepada Tuhanku agar tidak membinasakan umatku dalam (adzab) satu tahun dan itu dikabulkan. dan aku meminta agar umatku tidak dibinasakan dengan ditenggelamkan (dan sepertinya) dan itu dikabulkan. kemudian aku meminta agar umatku tidak saling bermusuhan dan itu tidak diberikan kepadaku."

Dalam hadist tersebut terdapat mukjizat kenabian, bahawa beliau -sholallahu 'alaihi wasallam- telah mengkhabarkan akan hal yang akan terjadi. 2 hal yang diminta agar tidak terjadi atas umatnya kelak dan itu dikabulkan iaitu agar umat ini tidak dibinasakan sebagaimana umat-umat terdahulu dibinasakan hanya kerana mengurangi timbangan misalnya, dan semua kaum dibinasakan dan digantikan dengan manusia yang baru. tapi itu tidak akan terjadi pada umat ini.

Friday, October 28, 2011

Video : Kekejaman Gaddafi melebihi jasanya



Gaddafi telah dibunuh dengan cara yang dahsyat dan tidak disangka. Seorang yang sebelum ini digeruni dan ditakuti, telah diheret dan dihina bagaikan binatang yang hendak disembelih. 

Bahkan lebih buruk daripada itu. Siapa sangka? Seorang manusia yang sebelum ini tiada siapa dapat membantahnya dibunuh demikian rupa.

Gaddafi bukan tiada langsung jasa. Banyak juga pihak yang ditolongnya. Namun, kekejamannya melebihi jasanya. Saya masih terkenang ramai kawan-kawan dari Libya yang amat ketakutan terhadap regim Gaddafi sekalipun berada di luar Libya. 

Mereka kelihatan risau jika kita bertanya atau mengkritik Presiden mereka. Apa tidak, banyak siri pembunuhan rakyat Libya yang berada di luar negara yang dituduh membangkang kerajaan.

Sejak memerintah dari tahun 1969, ribuan rakyat telah dibunuh atas tuduhan ‘tidak setia’. Pada tahun 1973, Gaddafi mengisytiharkan hukuman mati kepada sesiapa yang menubuhkan parti politik. Sejak itu ramai tokoh-tokoh pemikir Libya yang dibunuh dalam dan luar negaranya. Ramai yang diseksa sehingga mati, termasuk aktivis-aktivis pelajar.

Pada tahun 1983, Gaddafi menggantung mati pelajar di hadapan khalayak ramai dalam College of Engineering, Tripoli. Dalam 1984, Gaddafi menggantung mati pelajar Sadiq Shwehdi dalam bulan Ramadan dan keluarga dipaksa menonton hukuman itu. 

Demikian Mustafa al-Nuwairy dihukum mati di hadapan pelajar dan pensyarah di Benghazi University. Hafed al-Madani menerima nasib yang sama di hadapan pensyarah dan rakan di College of Agriculture, Tripoli. Demikian juga nasib pelajar di College of Pharmacy, Tripoli.

Begitu ramai aktivis pelajar dan pemikir yang dihukum mati di khalayak ramai. Keluarga dan taulan dipaksa menonton kekejaman itu. Bahkan ada yang disiarkan melalui siaran TV Libya, kononnya sebagai pengajaran kepada rakyat yang tidak setia. Kesemuanya atas ‘jenayah’ dituduh tidak setia kepada Muammar Gaddafi.

Puluhan ribu nyawa rakyatnya yang dibunuh dan diseksa sepanjang lebih 42 tahun menjadi rejim negaranya. Hilang tanpa berita, sudah menjadi perkara biasa bagi rakyat Libya. 

Dibunuh, dirogol dan pelbagai lagi hanya kerana bercakap tentang hak bersuara. Anak-anaknya begitu bermaharaja lela dengan hasil minyak Libya, dan kejam dengan kuasa yang ada.

Thursday, October 27, 2011

Tulahan : Ketua Penerangan Negeri dah OK, Ketua Penerangan kawasan jangan KO

Salam,

Penulis bersyukur  bila baca jamaah di Perak buat kursus kewartawanan dan pemberitaan untuk Ketua Penerangan jamaah kawasan. Ramai juga yang hadir untuk ambil ilmu dari Ahmad Lutfi dan Tarmizi Mohd Jam . 

Satu perkembangan yang baik ditunjukkan oleh Ketua Penerangan negeri yang baru. Web jamaah negeri pun dah diberi wajah baru dan aktif, sudah ada YOP TV, dan sudah rancang keluarkan buletin berkala untuk sebarkan maklumat aktiviti jamaah kepada rakyat Perak.

Penulis nampak Ketua Penerangan Negeri sudah laksana tugasnya mempopularkan jamaah bukan mempopularkan diri sendiri. Penulis yakin dengan kemampuan Ketua Penerangan Negeri  sejak beliau berada dalam sebagai pemimpin no 2 Dewan Pemuda negeri.

Cumanya , bagaimana Ketua Penerangan di kawasan ? bolehkah mengerakkan jentera penerangan kawasan. Kehadiran yang agak ramai ke kursus ini mungkin boleh jadi tanda jentera penerangan kawasan akan bergerak.

4 tahun dulu pernah ada kursus yang sama diberi oleh Ahmad Lutfi tapi tak ramai yang hadir. Penulis masa tu SU Jamaah kawasan hadir ganti Ketua Penerangan. 

Melalui kursus inilah ,penulis dapat ilmu tulis berita dan sejak hari itu sehingga sekarang rasanya dah beratus berita penulis buat untuk masuk akhbar, blog dan web.

Mula-mula hanya masuk berita dalam web dan buletin berkala, hantar kepada harakah dan sekarang dah masuk akhbar harian, blog dan facebook.

Kisah dua orang raja yang sakit


Rasulullah pada suatu waktu pernah menceritakan satu kisah. Pada zaman sebelum anda, pernah ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang sangat berat.

Maka seluruh tabib yang ada dalam kerajaan itu dikumpulkan. Dibawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada seorang tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang Rahib yang mengatakan bahawa penyakit raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya semasa ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. 
 
Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa pada masa ini bukanlah musim ikan itu muncul kepermukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. 
 
Aneh bin ajaib walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemui. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Wednesday, October 26, 2011

10 tahun atheis, akhirnya Dr Jeffrey Lang memilih Islam

 http://www.usislam.org/converts/drlang.gif
Sejak kecil Dr Jeffrey Lang mempunyai sifat ingin tahu. Ia kerap bertanya logik sesuatu dan mengkaji apa pun berdasarkan perspektif rasional. 
 
“Ayah, syurga itu ada?” tanya Jeffrey kecil pertama kali kepada ayahnya tentang wujudnya syurga, keduanya berjalan bersama anjing peliharaan mereka di pantai. Bukan suatu kejutan jika suatu masa Jeffrey Lang menjadi profesor matematik, sebuah wilayah dimana tidak ada tempat selain logik.

Semasa menjadi siswa tahun terakhir di Notre Dam Boys High, sebuah Sekolah Katholik, Jeffrey Lang mempunyai kemusykilan rasional terhadap keyakinan akan wujudnya Tuhan. 
 
Diskusi dengan pendeta sekolah, orang tuanya, dan rakan sekelasnya tak juga boleh memuaskannya tentang wujudnya Tuhan. 
 
“Tuhan akan membuatmu tertunduk, Jeffrey!” kata ayahnya ketika ia membantah wujudnya Tuhan di usia 18 tahun.

Ia akhirnya memutuskan menjadi atheis pada usia 18 tahun, yang berlaku selama 10 tahun ke depan sepanjang menjalani kuliah S1, S2, dan S3, hingga akhirnya memeluk Islam.

Adalah beberapa masa sebelum atau sesudah memutuskan menjadi atheis, Jeffrey Lang mengalami sebuah mimpi. Berikut penuturan Jeffrey Lang tentang mimpinya itu:

Kami berada dalam sebuah ruangan tanpa perabot. Tidak ada apa pun di tembok ruangan itu yang berwarna putih agak kelabu.

Satu-satunya ‘hiasan’ adalah karpet bertompok merah-putih yang menutupi lantai. Ada sebuah jendela kecil, seperti jendela ruang bawah tanah, yang terletak di atas dan menghadap ke kami. Cahaya terang mengisi ruangan melalui jendela itu.
 
Kami membentuk deretan. Saya berada di deretan ketiga. Semuanya lelaki, tidak ada wanita, dan kami semua duduk di lantai di atas tumit kami, menghadap arah jendela.

Mengingati perjuangan Al-Syahid Umar al-Mukhtar - inspirasi rakyat Libya


TOKOH kali ini ialah Umar al-Mukhtar iaitu seorang tokoh pro-Kemerdekaan abad ke-20 yang muncul memperjuangkan pembebasan negara Libya dari diduduki penjajahan kuku besi Itali. 

Pada awalnya nama Umar al-Mukhtar agak asing dan kurang mendapat perhatian ramai berbanding beberapa tokoh-tokoh pro-Kemerdekaan Islam yang lain.

Ketokohan dalam perjuangan beliau mula dikenali sekitar tahun 80-an apabila ketika itu muncul sebuah filem Omar al-Mukhtar: Lion Of The Dessert yang mana wataknya dilakonkan oleh pelakon Hollywood iaitu Anthony Quin. 

Promosi percuma Barat tersebut telah mengangkat lagi senarai tokoh-tokoh Islam yang sepatutnya menjadi sumber inspirasi buat umat Islam hari ini. Al-Syahid Umar atau Omar al-Mukhtar bin Umar al-Minifi telah dilahirkan pada tahun 1858 di Barqah, Libya. 

Beliau dikatakan keturunan daripada keluarga farhat iaitu salah satu daripada puak al-Minifiyah yang mengamalkan aliran sufi al-Sanusiyah yang berpusat di Cyrenaica, iaitu di bahagian timur Libya. 

Sejak kecil lagi Umar al-Mukhtar sudah menunjukkan kebijaksanaannya. Beliau terdidik dalam suasana keluarga yang mengutamakan nilai kerohanian. 

Tambahan pula keluarganya sangat kuat berpegang kepada amalan sufi al-Sanusiyah sehingga berjaya mempengaruhi sikap dan keperibadian beliau menjadi seorang yang warak dan terpuji akhlaknya. 

Pendidikan awal Umar al-Mukhtar hanyalah di sebuah sekolah pondok di Zanzur. Pada tahun 1887, setelah mendapat galakan daripada keluarganya, minat Umar al-Mukhtar untuk mendalami ilmunya mula bertambah. 

Beliau kemudiannya menyambung pelajarannya di Universiti Jaghbub iaitu ibu kota Libya ketika itu dan memilih bidang agama yang bersesuaian dengan nalurinya. Kemudian beliau berhijrah bersama gurunya ke kawasan padang pasir Kufra pada tahun 1895.

Tuesday, October 25, 2011

Buat pemuja Gaddafi , bacalah tulisan ulama mujahid Libya mengenai manusia kejam ini

 
Ketika kita mengatakan Moammar Qaddafi adalah taghut, diktator, , murtad, sekuleris, sosialis, penyambung Musthafa Kemal Ataturk, Fir’aun, dan Musailamah al-Kadzab dari Libya, banyak kalangan terkejut, bimbang, dan kebingungan. 

Tidak sedikit pihak yang marah, benci, mengumpat, dan balas melemparkan tuduhan . Misalnya tuduhan anjing NATO, pro USA, pro-Barat, teroris, fundamentalis, radikalis, Wahhabi, antek Saudi, dan seterusnya. 

Namun, tahukah anda siapa sebenarnya Moammar Qaddafi itu? Berikut  menyingkap rahsia hitam Qaddafi, bahagian pertama.
Mereka hanya mengenali Qaddafi dari kegarangannya mengkritik regim-regim negara Arab yang memang boneka AS dan Barat. Mereka mengerti jati diri Qaddafi dari kebongkakannya untuk membebaskan Palestin, melawan AS dan Barat, atau menjatuhkan regim-regim diktator di  negara-negara Arab. 

Mereka memahami  Qaddafi dari permusuhannya kepada AS, Barat, dan zionis Israel. Mereka mengenalinya dari gelaran Barat kepadanya sebagai teroris, , pelopor revolusi di dunia ketiga, musuh Barat, anti Barat, dan julukan  lainnya yang kerap menghiasi media massa. 

Qaddafi yang meledak-ledak melalui pidato berapi-api di pertemuan Negara Liga Arab, atau Majlis Umum PBB, itulah standard mereka memberikan pandangan SANGAT POSITIF kepada Qaddafi. Bagi mereka, Qaddafi adalah pahlawan dunia Islam.

Mereka tentu sahaja tidak banyak mengetahui kejahatan dan kekafiran Qaddafi yang dilakukannya secara terang-terangan, dan berulang kali, dengan penuh kebanggaan diri, tanpa rasa malu dan kekok sedikit pun. 

Mereka tentu sahaja tidak meneliti kejahatan dan penghinaan Qaddafi terhadap Allah SWT, Rasulullah SAW, Al-Qur’an, as-Sunnah, syariat Islam, dan ibadah-ibadah mahdhah dalam Islam. 

Mereka tentu tidak mengerti betapa jabatan-jabatan dakwah dan keilmuan Islam berskala internasional telah mengeluarkan fatwa dan rayuan serta dakwah kepada Qaddafi untuk bertaubat dari seluruh kekafiran yang ia telah lakukan. Mereka tidak mengerti, puluhan ulama dari berbagai negara telah memfatwakan kekafirannya.

Mungkin mereka juga tidak mengetahui, selama puluhan tahun masa kekuasaannya, ribuan muslim dan muslimah Libya telah mengalami penindasan luar biasa kejam dari Qaddafi. 

Mulai dari penangkapan, penyiksaan, pembunuhan, pemenjaraan, pemerkosaan, dan seterusnya. Aktivis dakwah dan jihad yang memperjuangkan syariat Islam diburu dan ditindas. 

Banyak tokoh dan aktivis terpaksa melarikan diri ke luar negeri untuk menghindari kekejamannya. Selama 42 tahun masa kekuasannya, dakwah Islam mengalami masa-masa kelam.

Kita akan mengambil rujukan penulisan dari buku karya Syaikh Abdurrahman bin Hasan Al-Libi, seorang ulama dan mujahid Libya yang berjihad fi sabilillah bersama mujahidin Libya (Jama’ah Islamiyah Muqatilah, Libya) melawan regim taghut Qaddafi. 

Gagak wariskan 'dendam' pada keturunannya

http://halimlading21.files.wordpress.com/2010/11/gagak.jpgSatu penyelidikan yang dilakukan selama 5 tahun terhadap gagak-gagak yang tinggal di kawasan Seattle, Washington, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa burung gagak boleh mengingat mana ‘manusia yang berbahaya’ bagi keselamatannya.

Hebatnya, burung ini boleh memberitahukan informasi ini pada anak-anaknya serta gagak-gagak lain.

Menurut John Marzluff, profesor dari University of Washington, kemampuan ini telah membantu spesies itu beradaptasi dengan berjaya serta berkembang biak bersama dengan manusia.

“Perilaku setiap individu manusia terhadap haiwan sangat berbeza dan berubah-ubah,” kata Marzluff, seperti dipetik dari ABC, 30 Jun 2011. 
 
“Berhubung manusia sering hadirkan ancaman bagi haiwan, kemampuan mempelajari perilaku sosial ini sangat berguna bagi haiwan,” katanya.

Pada percubaan, penyelidik menggunakan topeng lalu menangkap, mengikat kemudian melepas 7 sehingga 15 ekor burung di 5 kawasan yang berbeza di Seattle. 
 
Untuk mengetahui kesan penangkapan tersebut, selama 5 tahun kemudian, dilakukan pengkajian terhadap perilaku burung itu terhadap orang-orang yang melintas di kawasan lokasi penangkapan.

Monday, October 24, 2011

Sukan yang disyariatkan Rasulullah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi32yumDTJB1U6kIK5sPDxsRDrj8rcciiAU7xzY6_un4UZEHU80FSYM5q_Jpi1yrfYYJgGvDeWABBNBFS0HR7YmA8piwQsdpVWN_-b3qIb95ESthpwhbBwp0-A00ahqpFHSvVyHK1k_8LAb/s1600/226261_131807786893932_128071920600852_215630_417230_n.jpg

Sukan sesuatu yang mengembirakan. Ia boleh dikategorikan sebagai jenis-jenis permainan dan hiburan yang halal. Bersukan bermatlamat seperti yang dinukilkan dalam hadis di bawah ini amat dituntut.

JENIS-JENIS SUKAN YANG HALAL
Ada beberapa macam sukan yang disyariatkan Rasulullah SAW, untuk kaum Muslimin, guna memberikan kegembiraan dan hiburan mereka. 

Di mana sukan itu sendiri dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi ibadah dan melaksanakan kewajiban dan lebih banyak mendatangkan ketangkasan dan keinginan. 

Sukan tersebut kebanyakannya bentuk suatu latihan yang dapat mendidik mereka kepada manusia berjiwa kuat, dan mempersiapkan mereka untuk maju ke medan jihad fi sabilillah.

Di antara sukan itu ialah:

1.Pertandingan.
Sahabat-sahabat Nabi SAW dulu pernah mengadakan pertandingan lumba lari cepat, kerana Nabi sendiri membolehkan. Ali adalah salah seorang yang paling cepat. 

Nabi sendiri mengadakan pertandingan dengan isterinya, bertujuan memberi pendidikan kesederhanaan dan kesegaran serta mengajar kepada sahabat-sahabatnya.

Kata Aisyah, “Rasulullah bertanding dengan saya dan saya menang. Kemudian saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah bertanding lagi dengan saya dan ia menang, kemudian ia bersabda: Kemenangan ini untuk kemenangan itu.” Iaitu seri atau sama-sama menang. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

2.Lumba lari dan bergusti
Rasulullah SAW pernah gulat/bergusti dengan seorang lelaki yang terkenal kuatnya, namanya Rukanah. Permainan ini dilakukan beberapa kali. (Riwayat Abu Daud). Dalam satu riwayat dikatakan:

"Sesungguhnya Rasulullah SAW gulat/bergusti dengan Rukanah yang terkenal kuatnya itu, kemudian ia berkata: kambing lawan kambing. Kemudian Nabi bergusti, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya. untuk lain kali lagi, lantas Nabi bergusti, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya, lantas Nabi bergusti untuk ketiga kalinya. 

Lantas seorang lelaki itu bertanya: Apa yang harus saya katakan kepada keluargaku? Nabi menjawab: Katakan "kambing telah dimakan oleh serigala, dan larilah kambing." Kemudian apa pula yang aku katakan untuk yang ketiga? 

Nabi menjawab: Kami tidak dapat mengalahkan kamu untuk bergusti dengan kamu dan untuk mengalahkan kamu, kerana itu ambillah hadiahmu."

Dari hadis ini ahli-ahli fiqih beristimbat hukum tentang dibenarkannya pertandingan lari cepat, baik dia itu dilakukan antara lelaki dengan lelaki atau antara lelaki dengan perempuan mahramnya atau dengan isteri-isterinya. 

Dari hadis-hadis itu pula ulama fiqih berpendapat bahawa pertandingan lari cepat, gusti dan sebagainya tidak menghilangkan kekhusyukan, kehormatan, pengetahuan, keutamaan dan lanjutnya umur. Sebab Rasulullah SAW. sendiri waktu bergulat dengan Aisyah sudah berumur di atas 50 tahun.

Sunday, October 23, 2011

Bakteria pembunuh dan penyembuh pada sayap lalat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaH7UB1SFzbZA5OL8uvs3eDSpcMfFlnlpZr0eJQP_dcAU9FPBZtqFiedVZ1NmhVzEzxoRBe2_gbi9dWh2Qkddkt2cVxsufM6TN_Jlgk_fYrm5vwpv6dYd557v86e8mWbfqhSqtvbKke7M/s1600/lalat.jpg
Dalam riwayat lain: "Sungguh pada salah satu sayap lalat ada racun dan pada sayap lainnya ubat, maka apabila ia mengenai makananmu maka perhatikanlah lalat itu ketika hinggap di makananmu, sebab ia mendahulukan racunnya dan mengakhirkan ubatnya" (HR. Ahmad, Ibn Majah)

Nabi Bersabda, "Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kalian, maka celupkanlah ia, kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya (HR. Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad)

Diantara mu'jizat kenabian Rasulullah dari aspek kedoktoran yang harus ditulis dengan tinta emas oleh sejarah kedoktoran adalah alat pembuat sakit dan alat pembuat ubat pada kedua sayap lalat yang sudah beliau ungkapkan 14 abad sebelum dunia kedoktoran berbicara.

Dan penyebutan lalat pada hadits itu adalah bahawa air tetap suci dan bersih jika dihinggapi lalat yang membawa bakteria penyebab sakit, kemudian kita celupkan lalat tersebut agar sayap pembawa ubat (penawarnya) pun tercelup ke air.

Dan kajian  ilmiah terkini pun sudah dilakukan untuk mengungkapkan rahasia di balik hadits ini. Bahawasanya ada kekhususan pada salah salah satu sayapnya yang sekaligus menjadi penawar atau ubat terhadap bakteria yang berada pada sayap lainnya.
 

Saturday, October 22, 2011

Bayi bersujud dalam janin bila mendengar bacaan al-Quran


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgECWvgXGXTsWcRqdwCmp2-p1SspxocIHYPlk5rCDMM4JtbuNFyysibLlchU85yJg8A5D4yEkpLRkDUD4kXswasfWN6KwsP7Zq5BXVWcDQQ4kB0JeCbXwj4q6ggwglawhrAYG1hyphenhyphen-CMiVKM/s1600/bayisujud.jpg
Penelitian yang mengejutkan akhir-akhir ini bahawa muzik classic seperti Mozart dapat mempengaruhi pembesaran janin. Malah di sebuah laman dinyatakan Surabaya Ehealth klo ingin mempunyai anak yang cerdas hendaknya ibu bapa mengoptimalisasi anak sejak awal. Dan oleh doktor di web tersebut disarankan menggunakan muzik Mozart.

Tetapi bagaimanakan Islam memandang perkara ini. Tiap bayi lahir dalam keadaan fitrah, tentu suara-suara firman Allah lebih baik daripada suara-suara orang yang tidak pernah bersujud pada pencipta janin. Berikut ini kutipan pendapat Habib Munzir mengenai kehamilan seorang ibu.
“saya sarankan agar anda dan isteri anda banyak membaca al-qur’an untuk menuntun kemuliaan dalam rahim isteri anda.

Friday, October 21, 2011

Kisah Ummu Ma'bad menyaksikan mukjizat Rasulullah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgX7DtVvFFYTgZ-d8hN_H26rUG5mxeEVt6SQW07cfN8JxyvzLa3fECEWBJRyaxde5cDrgKJdM7mqRp2SqKbkMLTx4fBhO-fmGf3CJjg6QI6rqE6kH-mGRQtEgqdLFkceEm8jTGVUAiqXUY/s1600/gurun-sahara-afrika.jpg
Secara diam-diam, Rasulullah SAW bersama Abu Bakar RA, Amir bin Fahira dan seorang penunjuk jalan bernama Abdullah bin Uraiqith bergegas meninggalkan Makkah menuju Madinah. Dua belas tahun sesudah Rasulullah menyebarkan agama Allah di kota Makkah, namun tekanan dari kafir Quraisy kian bertambah.

Malah, kaum kafir Quraisy berniat untuk membunuh Rasulullah beserta sahabatnya yang telah masuk Islam. Bagi menghindari kekejaman kafir Quraisy, Rasulullah pun kemudian melakukan hijrah ke kota Madinah.

Tanpa perbekalan yang memadai, Rasulullah berangkat menuju Madinah. Sebuah perjalanan yang tidak mudah dan tidak juga ringan.

Di tengah perjalanan menuju kota Madinah, rombongan Rasulullah melalui sebuah khemah milik seorang wanita tua bernama UMMU MA'BAD di wilayah Qudaid -antara Makkah dan Madinah. 
Pada masa itu, Ummu Ma'bad sedang duduk berhampiran khemahnya. Lantaran bekalan yang kurang, rombongan Rasulullah pun singgah ke khemah Ummu Ma'bad.

Rasulullah dan sahabatnya ingin membeli daging dan kurma dari Ummu Ma'bad. Namun, mereka tidak mendapatkan apa-apa. Pada masa itu, wilayah Qudaid sedang dilanda musim kekurangan makanan. Lalu Rasulullah melihat seekor kambing yang ada berdekatan khemah Ummu Ma'bad.

Rasulullah pun bertanya, "Kambing betina siapa ini wahai Ummu Ma'bad?", Ummu Ma'bad menjawab, "kambing betina tua yang sudah ditinggalkan oleh kambing jantan." 

Kisah Ashabul Kahfi



 http://tokomuflih.com/268-310-large/kisah-ashabul-kahfi-.jpg
Siapa yang tidak tahu kisah Ashabul Kahfi? Kisah ini sangat terkenal baik bagi penganut agama Islam atau Kristian. Ashabul Kahfi dalam Islam iaitu kisah yang menceritakan 7 pemuda yang mendapat petunjuk dan beriman kepada Allah tertidur dalam gua selama 309 tahun. Mereka melarikan diri dari kekejaman raja Dikyanus.

Lokasi Gua :
Banyak terjadi perselisihan faham tentang lokasi gua. Ada yang mengatakan berada di Syria, ada pula yang mengatakan di Turki, akan tetapi banyak yang berpendapat lokasi gua terdapat di Jordan di perkampungan Al-Rajib atau dalam Al-Quran di sebut Al-Raqim, yang berjarak 1.5 km dari kota Abu A’landa dekat kota Amman- Jordan.

Info terakhir yang diperolehi bahawa Raja Abdullah ke 2 (Raja Jordan) telah secara rasmi untuk mendirikan di muka gua Ashhabul Kahfi masjid dan ma’had yang diberi nama “Masjid Gua Ahlul Kahfi” dan Ma’had Da’wah dan Dai’.

Nama nama Ashhabul Kahfi: Maksalmina, Martinus, Kastunus, Bairunu, Danimus, Yathbunus dan Thamlika manakala anjingnya bernama Kithmir.

Sebab turun kisah ini dalam Al-Quran: 
Kisah dimulai dari seorang kafir datang kepada seorang Yahudi di Madinah. Dia memceritakan kepadanya bahawa Muhammad mengaku dirinya sebagai Nabi dan dia meminta nasihat kepadanya bagaimana caranya untuk menentangya. 
Yahudi tadi berkata “Tanya kepada Muhammad tentang kisah Ashhabul Kahfi, jika dia mengetahuinya maka ia benar sebagai Nabi”. 
Lalu orang kafir tadi bertanya kapada Rasulallah saw tantang kisah tersebut.
Mereka menyangka beliau tidak mengetahuinya sehingga mereka boleh mengalahkan dan menentang beliau. Tapi apa yang terjadi. Allah perintahkan Jibril as agar segera turun dari langit menceritakan kepada Rasulullah saw kisah tersebut sebagaimana tertera dalam Al-Qur’an dalam surat Al-Kahfi.

18:9. Atau kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan?

18:10. (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.

18:11. Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu,

Thursday, October 20, 2011

Mimpi Rasulullah sebelum Baginda di Isra'kan

http://haluanpalestin.haluan.org.my/wp-content/uploads/2011/07/israk-mikraj.jpg
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan... ... .."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, tetapi dia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, tetapi dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada ALLah.

Wednesday, October 19, 2011

Faustino lempar surau dengan batu sebelum memeluk Islam

 
Tidak ada mimpi bukan pula ajakan dari seseorang. Namun dalam lubuk hati terdalam, Faustino begitu tertarik dengan Islam. Perkenalan Muhammad Ilyas, nama baru Faustino, dengan Islam berlaku dalam keadaan biasa sahaja. 
 
Malah, dia pernah bertengkar dengan seorang Muslim yang pada masa itu sedang membina sebuah surau.

Ia tersinggung, apabila Muslim menganggap remeh peringatannya soal kemungkinan banjir. Apalagi, perbincangan berubah menjadi saling memburukkan ajaran agama masing-masing. Ia mengambil batu, melempar surau itu. 
 
Namun, setelah amarah reda, ia membenarkan orang Muslim berbincang itu tentang bahan perdebatan itu. Dia pun mulai banyak membaca buku dan berbincang. Dia pun tahu, fakta yang dikatakan orang Muslim itu dalam perdebatan panas itu ternyata benar.

Ringkas cerita, Ilyas pun berinisiatif mendatangi surau untuk bertemu abangnya yang telah menjadi penganut Islam. Pada masa itu, selesai undian pendapat, suasana Timor Leste sangat panas. Muslim dimusuhi. 
 
Pada masa itu, selepas tengah malam. "Mengapa kau ke sini," tanya abangnya, seperti dikatakan Faustino. Ia berwaspada, di belakang adiknya ada orang lain yang akan menyeretnya keluar, malah membunuhnya.

Tuesday, October 18, 2011

Menakjubkan : Rahsia perkaitan solat dengan tubuh manusia

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. 
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. 


Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (serentak ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. 
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.


Monday, October 17, 2011

Gambar senyum syuhada Gaza , bukti kebenaran al-Quran dan Sunnah

Renungan kita kali ini ialah tentang detik-detik kehidupan pertama syahid dan detik-detik terakhir terakhir kehidupan mujahid.. 
Itulah detik-detik yang dihindari banyak orang dan dicemaskan para pahlawan dunia. Itulah detik-detik di mana seseorang meninggalkan kehidupannya dan mimpi-mimpinya. 
Kehidupan itu tiba-tiba terputus dan ia pun berada di dunia lain yang belum pernah disaksikannya dan belum pernah diketahuinya kecuali melalui berita saja.

Detik-detik tersebut adalah detik-detik pertama orang yang mati syahid. Itulah detik-detik permulaan dan di hadapan pintu Barzakh. Permulaan ia meninggalkan dunia menuju akhirat. 
Akhir kehidupannya sebagai seorang muslim yang hidup menuju permulaan kehidupan syahadah yang abadi..

Detik-detik mengagumkan dalam kamus seseorang. Detik-detik yang tidak difahami oleh sebarang manusia. 
Itulah detik-detik yang tidak ingin dicapai kecuali oleh orang-orang beriman. Detik-detik yang tidak boleh dijelaskan dengan kata-kata..

Detik-detik kedatangan dan kepergian yang menyatu. Detik-detik akal seorang Mukmin memberi reaksi kebingungan: apakah patut didoakan dapat keberkahan atau disedihkan. 
Apakah diberi ucapan selamat atau belasungkawa. Apakah harus menangisinya atau berbahagia.. Kesedihan atau kebahagiaan dan pelukan.

Hidayah datang melalui kanak-kanak pencuci kasut

 
 
Sebelumnya, Idris Tawfiq (gambar yang kiri) adalah seorang paderi gereja Katholik Rom di England. Mulanya, ia mempunyai pandangan negatif terhadap Islam. Baginya semasa itu, Islam hanya sama dengan terorisme, potong tangan, diskriminasi terhadap perempuan, dan lain sebagainya.

Namun, pandangan itu mulai berubah, ketika ia melakukan kunjungan ke Mesir. Di negeri Piramid itu, Idris Tawfiq menyaksikan ketulusan dan kesederhanaan kaum Muslimin dalam melaksanakan ibadah dan serta keramahan sikap mereka. Berikut pengakuan Idris tentang keputusannya memilih Islam:

Apa yang membuatkan anda tertarik pada Islam?
 
Perkenalan saya dengan Islam datang dari seorang kanak-kanak di jalanan di Kaherah, mencuci kasut dengan selipar di kakinya. Dia melihat kulit putih saya dan menyapa saya dengan assalamu alaikum. 
 
Sepanjang 40 tahun di England, saya pernah melihat Muslim; saya melihat mereka di jalan-jalan, dan saya percaya apa yang televisyen katakan pada saya tentang Muslim yang akan memotong tangan saya atau memukul para wanita; tapi anak kecil itu sungguh membuka jendela yang lain tentang Islam.

Setelah saya menjadi Muslim beberapa tahun kemudian, saya katakan pada audiens saya di Manchester Metropolitan University tentang anak itu. Saya memberitahu mereka bahawa pada Hari Penghakiman ia akan mendapatkan kejutan dalam hidupnya.
 
Apa yang anda tahu tentang Islam setelah itu?
 
Dia sangat membekas di hati saya. Apa yang saya sukai tentang Islam adalah kesederhanaannya. Sayangnya, umat Islam memperumitkan agama mereka, baik untuk diri mereka sendiri dan ketika menjelaskan kepada non-Muslim. 
 

Sunday, October 16, 2011

Kisah Amar bin Jamuh , manusia cacat syahid di medan Uhud

 http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/37296_404181314332_167892744332_4117831_647874_n.jpg
Kebelakangan ini, Amar bin Jamuh merasa orang-orang di sekitarnya tidak lagi menghormatinya. Malah, keempat anak lelakinya pun seakan menjauhinya. Mereka lebih senang tinggal bersama sahabatnya. “Kenapa orang-orang sepertinya memusuhiku?” bisik hati Amar sedih.

Padahal sebagai seorang bangsawan kaya di Madinah, ia selalu membantu orang-orang miskin. “Lebih baik aku mengadukan kesedihanku kepada Manat,” kata Amar. Amar bangkit dan menekankan tongkatnya kuat-kuat. Tongkat itu yang selalu membantunya berjalan ke mana-mana. Amar bin Jamuh seorang yang cacat kakinya. Namun, kekurangan itu tidak membuatnya patah semangat.

Semasa mudanya, Amar giat bekerja walaupun orang tuanya kaya raya. Ia tidak mahu menjadi beban keluarganya. Seperti saudaranya yang lain, Amar bekerja dengan penuh tanggung jawab.

“Wahai, Manat,” ucap Amar di depan patung kecilnya. ”Kini semua orang membenciku. Aku mohon, tenangkanlah hatiku.” Diam-diam, dari luar seseorang sedang memerhatikanya. Dan, perlahan-lahan masuk bilik pemujaan Amar. “Ayah, kenapa masih menyembah berhala itu?” tanya Muadz anak lelaki Amar. “Diamlah! Jangan menghina Tuhan nenek moyang kita!” bentak Amar.

Hati Muadz sangat hiba melihat ayahnya masih menyembah berhala. Ia mengharapkan ayahnya segera memeluk Islam. Orang Islam dilarang menyembah berhala. Amar berfikir dan mulai mendapat jawapan tentang sikap anak-anak serta kaumnya yang memusuhi dirinya. “Rupanya, agama Muhammad itulah penyebabnya...,” marah Amar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...