Thursday, October 27, 2011

Tulahan : Ketua Penerangan Negeri dah OK, Ketua Penerangan kawasan jangan KO

Salam,

Penulis bersyukur  bila baca jamaah di Perak buat kursus kewartawanan dan pemberitaan untuk Ketua Penerangan jamaah kawasan. Ramai juga yang hadir untuk ambil ilmu dari Ahmad Lutfi dan Tarmizi Mohd Jam . 

Satu perkembangan yang baik ditunjukkan oleh Ketua Penerangan negeri yang baru. Web jamaah negeri pun dah diberi wajah baru dan aktif, sudah ada YOP TV, dan sudah rancang keluarkan buletin berkala untuk sebarkan maklumat aktiviti jamaah kepada rakyat Perak.

Penulis nampak Ketua Penerangan Negeri sudah laksana tugasnya mempopularkan jamaah bukan mempopularkan diri sendiri. Penulis yakin dengan kemampuan Ketua Penerangan Negeri  sejak beliau berada dalam sebagai pemimpin no 2 Dewan Pemuda negeri.

Cumanya , bagaimana Ketua Penerangan di kawasan ? bolehkah mengerakkan jentera penerangan kawasan. Kehadiran yang agak ramai ke kursus ini mungkin boleh jadi tanda jentera penerangan kawasan akan bergerak.

4 tahun dulu pernah ada kursus yang sama diberi oleh Ahmad Lutfi tapi tak ramai yang hadir. Penulis masa tu SU Jamaah kawasan hadir ganti Ketua Penerangan. 

Melalui kursus inilah ,penulis dapat ilmu tulis berita dan sejak hari itu sehingga sekarang rasanya dah beratus berita penulis buat untuk masuk akhbar, blog dan web.

Mula-mula hanya masuk berita dalam web dan buletin berkala, hantar kepada harakah dan sekarang dah masuk akhbar harian, blog dan facebook.


Penulis tolong Ketua Penerangan kawasan untuk sebarkan maklumat jamaah kawasan. Ketua Penerangan kawasan tak mampu nak buat kerja penulisan berita ini. Dia buat kerja penerangan lain, rancang ceramah kelompok dan ceramah besar.

Penulisan berita juga kena ada seninya, ada caranya. Ramai yang buat kenyataan akhbar beri kepada pemberita akhbar, lepas tu tak siar. Kenapa? Kerana pemberita kena ambil masa nak ubah kenyataan akhbar jadi berita. Lebih baik hantar berita terus untuk senangkan pemberita, hanya edit sikit-sikit sahaja.

Penulis sebenarnya dah perturunkan ilmu tulis berita ini kepada Ketua Penerangan Pemuda jamaah kawasan. Tapi mungkin dia sibuk maka ilmu tu tak dapat digunakan lagi. Blog pemuda pun dah lama tak update.

Bila fikir hal ini, timbul persoalan mampukah Ketua Penerangan kawasan tulis berita? Mampu jika Ketua Penerangan masih muda, yang dah berumur boleh juga jika mahir guna komputer. 

Tapi bagi penulis tak perlu pegang jawatan Ketua Penerangan , yang berkebolehan, yang tahu tulis berita boleh jadi wartawan jamaah untuk bantu Ketua Penerangan. Yang paling penting rajin dan bertanggungjawab baru kerja tu jalan.

Media jamaah bukan sekadar ceramah. Perlu guna semua peluang yang ada web, blog, facebook, youtube, akhbar harian di samping buletin.  

Seperkara penting  yang selalu jamaah kawasan tak ambil berat adalah gambar. Berita yang baik perlu ada gambar sebagai bukti. Gambar juga sangat mempengaruhi pemikiran pembaca dan orang ramai. 

Tapi , sedih bila banyak aktiviti jamaah tidak dirakam dalam bentuk gambar . Ada jamaah kawasan yang kamera pun tak boleh nak beli kerana tak nampak kepentingannya.

Penulis juga hadapi masalah dengan gambar, dulu penulis ada di Malaysia penulis akan pastikan ada yang ambil gambar aktiviti. Sekarang bila dok di luar negara , penulis hadapi masalah untuk dapatkan gambar aktiviti kerana tidak ada yang memperingatkan petugas jamaah. 

Kadang-kadang gambar ada, tak pandai guna email la pula. Bukan tak ada yang pandai guna email tapi tak ambil berat perkara ini. Mungkin ada lepas ini yang tawar diri tolong email gambar kepada penulis.
Apa pun tahniah penulis kepada Ketua Penerangan Negeri , harap beliau teruskan usaha bantu Ketua Penerangan Kawasan. Jangan lemah semangat jika kehadiran tak tinggi, yang penting yang hadir tu balik boleh buat kerja tulis berita popularkan jamaah di kawasan masing-masing.

Kepada Ketua Penerangan kawasan dan petugas parti , bacalah tulisan penulis mengenai perkara ini yang ditulis dua tahun yang lalu. Bacalah semula....

ADA PELUANG TAPI TAK GUNA DAH TAK ADA NAK MARAH PULA

Cerita pasal peluang, penulis hairan dengan pemimpin jamaah di kawasan yang tak mahu guna peluang hebahkan aktiviti jamaah terutama aktiviti kebajikan dalam akhbar harian RM 1.

Nak kata tidak ada yang pandai tulis berita, tidak juga sebab ramai pemimpin jamaah yang keluar U, yang kerja kerajaan, yang jadi cikgu.

Penulis pernah beri cadangan dalam muktamar pemuda negeri kepada pemimpin pemuda jamaah yang bagi tahu tak boleh nak ke depan kerana akujanji . 

Penulis saran kepada mereka tak perlulah ke depan, tak perlu tonjol diri sebaliknya bantu jamaah dengan kerja-kerja yang tak nampak tapi beri kesan kepada masyarakat.

Penulis minta mereka bantu lujnah penerangan buat berita aktiviti jamaah untuk sebaran umum atau melalui akhbar harian RM 1. Bukan payah pun, nak tolong atau tidak sahaja.

Banyak berita terutama tentang program kebajikan kepada masyarakat yang boleh dihebah kepada umum. Berita ini akan menaikkan imej jamaah dan Ubn tak boleh tuduh jamaah tak bantu rakyat kerana rakyat tahu melalui berita yang tersebar.

Dulu tak da ruang langsung berita aktiviti jamaah dalam akhbar harian. Berita kebajikan jamaah kepada rakyat tak ramai yang tahu. Ubn guna peluang tuduh jamaah hanya pandai ceramah tapi tak buat aktiviti untuk bantu rakyat.

Masa tu pemimpin jamaah bagi alasan rakyat tak sokong jamaah kerana tak tahu kerja kebajikan jamaah sebab tak masuk berita dalam akhbar harian. Semua akhbar harian hanya keluar berita Ubn tolong rakyat.

Sekarang dah ada peluang, gunalah peluang berbaik2 dengan pemberita . Mereka mencari berita, berilah berita kepada mereka.

Lujnah penerangan tak perlu keluar kos nak cetak risalah berita, tak perlu rumah ke rumah untuk hebahkan berita kebajikan jamaah. Hanya ambil gambar dan tulis berita. Hari ini tulis, esok keluar berita.

Pernah perwakilan jamaah kawasan marah kepada harakah kerana tidak keluar berita aktiviti kawasan mereka. Bila ada peluang masuk akhbar harian RM1 tak da pun berita aktiviti kawasan keluar.

Harakah hanya dibaca ahli dan penyokong jamaah. Tapi akhbar harian RM 1, masuk ke semua rumah termasuk rumah penyokong kuat Ubn seluruh negeri.

Peluang ini masih tak digunakan oeh pemimpin jamaah kawasan. Di Perak, hanya pemuda negeri dan beberapa jamaah kawasan yang ambil peluang ini. Ada kawasan yang langsung tak da berita, sedangkan banyak aktiviti. Di negeri2 lain , lebih kurang begitulah juga.

Bukan tidak ada yang boleh bantu lujnah penerangan buat berita, tapi ada satu sifat yang menyebabkan mereka tak mahu tolong iaitu sifat tak mahu orang lain dapat nama , popular, dapat perhatian kerana keluar berita dalam akhbar harian.

Ada terdetik di hati mereka “ aku yang susah2, depa yang dapat nama. Mana boleh”

Kepada mereka penulis nak pesan. Walaupun orang tak tahu siapa yang buat berita , biarkanlah tapi inggatlah ganjaran pahala yang diperoleh kerana berita yang ditulis menaikkan imej jamaah Islam, mengubah manusia daripada tidak menyokong kepada menyokong perjuangan Islam.

Wasalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...