Tuesday, August 24, 2010

Tulahan : Antara kesusahan rakyat dan sokongan pengikut

Salam,


Baru2 ini penulis bersama pimpinan jamaah kawasan ziarah sebuah rumah penduduk yang baru diperbaiki melalui sumbangan Lujnah Kebajikan dan jamaah cawangan.

Sebelum itu, penulis dan Pengerusi Lujnah Kebajikan telah datang melawat rumah berkenaan setelah mendapat maklumat dari jamaah cawangan.

Rumahnya memang hampir roboh dimakan anai2, zink bocor dan terlompang. Sedih bila tuan rumah ini cerita beliau akan basah apabila hujan lebat turun. Penulis naik ke atas rumah , lantainya reput dan berlubang, nak pijak pun kena hati2.

Penulis bincang dengan Pengerusi Lujnah Kebajikan dan wakil jamaah cawangan untuk bantu tuan rumah baiki rumah bawah dengan menukar zink dan simen lantai supaya tuan rumah ini dapat duduk selesa dan dapat berlindung dari hujan dan panas.

Lujnah Kebajikan mempunyai dana yang terhad, dah banyak aduan rakyat kepada jamaah diselesaikan melalui dana Lujnah Kebajikan. Apabila banyak dana kebajikan keluar, Bendahari Lujnah pun mungkin ada kerisauan dana banyak sangat keluar sedangkan derma kepada lujnah tak dapat tampung dana yang keluar.

Ada asasnya dia risau kerana rakyat mencari jamaah jika ada masalah. Rakyat pula mungkin sudah ada dalam fikiran mereka , wakil rakyat jamaah tak dapat peruntukan jadi tak perlu minta kepada YB.

Mungkin juga sudah menjadi buah mulut rakyat bahawa pergi ke pejabat wakil rakyat, jawapan yang akan diterima adalah tiada peruntukan. Apabila anak pergi ke universiti , rakyat datang cari lujnah untuk dapatkan sikit bantuan.

Apabila berlaku kebakaran , ribut dan musibah, rakyat akan cari jamaah dan lujnah kebajikan akan beri sumbangan. Apabila rakyat sakit perlukan bantuan untuk pembedahan atau perlu kerusi roda, lujnah kebajikan akan beri bantuan.

Penulis tidak salahkan wakil rakyat jamaah kerana mereka memang tiada peruntukan dan menjadi tanggung jawab jamaah membantu wakil rakyat.

Walaupun dana kurang, lujnah tetap bantu baiki rumah dengan bantuan dari jamaah cawangan yang juga kumpul dana bantu tuan rumah. Akhirnya , dalam bulan Ramadhan ini rumah itu dapat dipasang zink baru dan lantai disimen. Syukurlah , tuan rumah dapat sambut hari raya dengan rumah yang lebih selesa.

Sebenarnya , banyak lagi rumah sebegitu dalam kawasan. Lujnah kebajikan tidak mampu untuk bantu semua rumah kerana jamaah bukan kerajaan memerintah. Masih banyak rumah rakyat yang bocor bumbungnya, reput lantainya, berlantaikan tanah, dinding hanya guni plastik. Semua mereka patut dibantu.

Minggu lepas, ada ketua cawangan jamaah telefon kepada penulis maklum tentang seorang ibu tunggal yang kematian suami mempunyai lima anak , yang sulung darjah enam. Ketua Cawangan harap jamaah dapat bantu beli baju raya kepada anak-anak ini.

Bukan ini sahaja aduan rakyat, banyak lagi yang lujnah kena bantu dalam keadaan sumber dana yang terhad. Penulis selalu pesan selagi ada dana bantulah rakyat yang memerlukan kerana Allah akan buka hati orang untuk menderma kepada lujnah.

Penulis tahu wakil rakyat turut sama mencari dana dari orang ramai bagi menyelesaikan masalah rakyat. Apabila wakil rakyat yang mohon derma, ramai yang akan membantu kerana orang ramai tahu wakil rakyat jamaah disekat peruntukan oleh kerajaan.

Cumanya , bila ada banyak dana gunakanlah untuk membantu rakyat. Jangan jadi seperti wakil rakyat Ubn yang menggunakan peruntukan dan dana yang mereka dapat untuk kepentingan diri sendiri.

Mereka tidak guna dana yang mereka ada untuk membantu rakyat sebaliknya digunakan untuk membawa penyokong melancung. Ada yang guna dana berkenaan untuk membeli ketua2 cawangan Ubn supaya ketua2 cawangan ini menyokongnya.

Sekiranya wakil rakyat Ubn ini merasa sudah mula dibenci pengikut. Ada yang sanggup membelanjakan ribuan RM mengadakan majlis meraikan pengikut demi mendapatkan sokongan kembali dari pengikut . Sedangkan ribuan RM yang digunakan itu boleh membantu ramai rakyat yang susah perlukan bantuan.

Wakil2 rakyat Ubn menganggap wang adalah segala-galanya, wang boleh membeli jiwa manusia. Mereka tidak sedar bahawa wang itu sebenarnya akan memusnahkan mereka dan parti yang mereka dokong.

Wassalam.

Wednesday, August 18, 2010

Tulahan : Imam tua dan rostrum serong ( 5 )

Salam,
Tiba malam itu, penulis pergi ke surau dan dengar Imam tua mengajar fardhu ain. Bila dia habis mengajar dia nak tutup terus tapi penulis tahan kerana nak bertanya soalan.
Soalan penulis, “apakah rukun khutbah dan bilangannya?”. Imam tua jawab, rukun khutbah mesti pegang tongkat. Penulis kata “ ohh begitu”. Penulis tanya lagi, “apa lagi rukun khutbah?”. Imam tua jawab “ ada la lagi “. Bila dia jawab begitu , penulis tahu dia tak tahu rukun khutbah walaupun dia bertahun baca khutbah.
Penulis terus tanya Imam tua, kenapa dia fitnah khutbah Raya tidak sah. Dia jawab sebab rostrum serong. Penulis kata rostrum serong bukan rukun khutbah dan penulis kata dekat dia kalau tak tahu rukun khutbah jangan buat fitnah kata tak sah. 

Thursday, August 12, 2010

Tulahan : Imam tua dan rostrum serong ( 4 )

Salam,
Sebaik Tok Ketua umum sahaja begitu, orang jamaah mula bising dan berlakulah pertengkaran antara Tok Ketua dengan orang jamaah. Orang jamaah berkeras nak penulis jadi imam Raya dan baca Khutbah. Tok Ketua kata tak boleh sebab penulis orang luar kampung.
Sebut sahaja orang luar, orang jamaah marah kepada Tok Ketua dan beri tahu Tok Ketua bahawa datuk penulislah yang usaha tubuh surau itu. Sejarah lama pun diungkit kembali. 
Orang Ubn lain tak kata apa2, hanya Tok Ketua bersuara. Imam tua pun tak kata apa2 kerana memang perangainya begitu , cucuk2 orang supaya bergaduh sedang dia sendiri tak berani bersuara.
Bila penulis tengok orang jamaah tak berhenti, penulis tarik Tok Ketua tanya kenapa dia buat begitu dan bagi tahu dia sebagai ketua sepatutnya berlaku adil tak kira parti. 

Tuesday, August 10, 2010

Tulahan : Imam tua dan rostrum serong ( 3 )

Salam,

Apabila penulis masuk ‘U’ dan terlibat aktif dengan jamaah kampus, penulis jarang balik kampung. Tapi penulis tak tinggal terus surau, bila balik penulis akan ke surau berjemaah. Surau seperti biasa, kadang2 ada jemaah kadang2 tak ada.

Imam tua seperti biasa masih jadi ikutan dan harapan orang2 Ubn kampung kerana mereka tidak ada orang lain yang mampu. Imam tua pun tahu tidak ada siapa yang berkemampuan seperti dia, jadi apa sahaja yang dibuat walau tidak betul , tiada siapa berani tegur.

Surau hanya ramai pada malam Jumaat apabila budak2, orang perempuan dan beberapa orang Ubn datang untuk baca Yaasin. Malam lain sunyi, Imam tua bukan hari2 datang surau , tapi malam Jumaat pasti datang sebab masa inilah nak tunjuk kehebatannya ketuai bacaan Yaasin dan tahlil.

Apabila habis ‘U’ , penulis rasa masanya sudah tiba untuk betulkan keadaan di kampung. Sebelum ni bukan tak mahu terlibat tapi tumpuan banyak kepada jamaah kampus. Lagi pun rasa diri masih muda untuk betulkan keadaan di kampung.

Pada masa itu, sudah ada banyak kedengaran tak puas hati orang2 jamaah dan atas pagar di kampung terhadap Imam tua yang menguruskan surau. Masalah pingan mangkuk, bil air dan letrik dan macam2 lagi.

Penulis ajak orang jamaah dan atas pagar pergi surau, ada di kalangan orang atas pagar yang boleh jadi imam dan ketuai bacaan tahlil tapi tak berani dengan Imam tua.

Wednesday, August 4, 2010

Tulahan : Kebenaran berpolitik bukan bermakna pegang jawatan politik

Salam,


Rasanya belum terlambat untuk penulis bagi pandangan berkaitan isu kerajaan benarkan guru DG 41 dan 44 berpolitik. Bukan tak mahu ulas awal, tapi nak tengok respons kawan2 cikgu. Bukan nak minta pandangan mereka tapi nak tengok aksi mereka selepas kebenaran ini.

Penulis ingin ulas dahulu pandangan beberapa pimpinan tertinggi jamaah bahawa kebenaran ini bertujuan menzahirkan guru2 yang memegang jawatan politik dalam Ubn. Begitu juga pandangan mereka bahawa kebenaran ini satu usaha memerangkap guru2 yang memohon memegang jawatan politik dalam Pakatan.

Siapa guru2 DG 41 dan 44?. Sapa2 sahaja yang ada ijazah berkhidmat sebagai guru, gajinya gred DG 41. Bila dah lama mengajar sehingga lebih 10 tahun, gaji naik gred DG 44.

Guru2 DG 41 dan 44 tak sama pemikirannya dengan guru2 DG yang lebih bawah. Kebanyakan mereka mengajar di sekolah menengah dan hampir 70 peratus adalah penyokong Pakatan. Tak percaya pilah mana2 sekolah menengah, dalam sebulan bergaul dengan mereka kita akan tahu sokongan politik mereka.

Namun begitu, guru2 ini tidak menzahirkan sokongan mereka secara jelas kerana pelbagai ugutan daipada kerajaan Ubn. Akujanji la, tak naik pangkat la, tak dapat cemerlang la, blacklist la, kena tukar la. Memang ada guru hadapi tekanan itu, tapi tak ramai pun yang kena.

Walau tak ramai yang kena tetap menakutkan guru2 penyokong Pakatan. Tekanan ini menyebabkan mereka takut nak bercakap politik di sekolah bersama rakan2 guru, tak berani nak pergi ceramah Pakatan, tak berani nak sentuh politik dalam kelas, nak pegang jawatan dalam parti lagi la tak beraninya.

Bukan guru2 akademik biasa sahaja, yang ustaz dan ustazah lebih banyak takutnya dari guru biasa. Tak percaya, tengoklah dalam jamaah kawasan kira berapa ramai ustaz dan ustazah terlibat dalam jamaah dibanding guru2 biasa.

Yang hendak diperangkap oleh Ubn ialah guru2 yang masih berani pegang jawatan dalam Pakatan walau ada larangannya. Bila ada kebenaran ini mereka harap guru2 ini akan memohon daripada kementerian. Dapatlah kenalpasti dan ambil tindakan kepada guru2 ini.

Ubn dok rasa jerat mereka akan mengena tapi guru2 bukan bodoh nak hulur tengkok untuk disembelih. Tunggulah, tak dak sapa nak mohon pegang jawatan dalam Pakatan. Tapi bila tak dak yang mohon, Ubn akan isytihar la pula guru2 tak mohon sebab tak sokong Pakatan.

Guru mana yang akan mohon? tentulah guru2 yang sokong Ubn. Dulu bukan mereka tak pegang jawatan , pegang tapi bila nak naik sikit musuh politik mereka dok cantas guna isu larangan guru berpolitik untuk perjatuh mereka.

Guru2 ini bukan takut dekat pengetua, pengetua yang takut kat mereka. Yang ditakutkan ialah musuh politik dalam Ubn sendiri. Bila ada kebenaran ini , barulah mereka boleh naik tinggi dalam politik bahagian.

Ubn pun nampak masalah ni, mana tidaknya calon2 Ubn dalam PRU 12 ramai yang tak dak ijazah. Ada yang SPM pun tak lepas tapi jadi calon, ada yang kerja kerani sekolah sahaja tapi dapat jadi wakil rakyat. Lawan mereka pula calon2 Pakatan terutama DAP dan jamaah berkelulusan universiti dalam dan luar negara.

Rakyat semakin hari semakin ramai yang cerdik.Bila dah cerdik , rakyat akan lebih tengok calon dari parti. Kalau calon pun bermasalah, calon pun tak da kelulusan macam mana nak menang. Sekiranya, kebenaran ini tak diberi alamatnya ramai la calon Ubn yang tak dak ijazah untuk PRU 13.

Itulah kehendak Ubn sebenarnya di sebalik kebenaran guru2 DG 41 dan 44 berpolitik. Namun, apa yang berlaku di sekolah selepas kebenaran ?. Betul2, guru Ubn dah mula memohon daripada kementerian untuk pegang jawatan dalam politik sebab sebelum ni pegang jawatan tanpa kebenaran.

Bagaimana pula guru2 penyokong Pakatan?. Sudah ada yang berani bawa harakah ke sekolah, dulu tak berani. Dah ada yang buka blog pro Pakatan, dulu sembunyi2.

Bercakap hal politik dah terang2, dulu cakap sambil tengok2 orang. Dah berani pergi ceramah Pakatan, dulu takut atau dengar kot jauh dalam gelap.

Bila ditanya dah tak takutkah, guru2 ini akan bagi jawapan dah dapat kebenaran. Rupanya kebenaran berpolitik ini bagi guru2 bukan semata2 pegang jawatan dalam parti tetapi segala2 yang berkaitan dengan politik.

Dulu tidak dapat kebebasan ini, sekarang sudah ada kebebasan.Pengetua pun tak boleh nak ambil tindakan semborono kerana peraturan membenarkan. Dulu ya boleh ambil tindakan atas alasan ada larangan, sekarang larangan itu sudah tiada.

Apabila melihat suasana ini, penulis amat bersetuju dengan kebenaran ini kerana kesannya amat baik untuk Pakatan walaupun di situ ada perangkap dari Ubn.

Walaupun guru2 berpandangan berpolitik bukan bermakna pegang jawatan dalam politik, penulis harap ramai di kalangan mereka akan semakin berani memegang jawatan dalam jamaah.

Wassalam.

Monday, August 2, 2010

Tulahan : Pemimpin rasuah - DAP pecat, Ubn simpan

Salam,


Seorang Ahli Majlis dari DAP telah dipecat oleh partinya kerana dituduh menyalahguna kepala surat seorang Exo Selangor dari DAP bagi mendapatkan kontrak untuk keluarga dan kroninya.

Seperti biasa media Ubn akan mengambil kesempatan dari kes ini dengan menemuramah Ahli Majlis ini. Jawapannya tentulah DAP mengambil tindakan terburu2 dan tidak matang kerana siasatan masih belum selesai.

Ubn pasti akan mensensasikan kes ini untuk menghentam DAP dan ada kemungkinan Ahli Majlis ini akan dipujuk menyertai mereka. Semua tahu Ubn akan mengutip semua buah2 buruk dari Pakatan Rakyat bagi menunjukkan Pakatan sudah tidak dipercayai sehingga pemimpin ini keluar dari Pakatan.

Zahirnya nampak macam DAP ni terburu2 tapi penulis yakin kesalahan Ahli Majlis ini sudah diketahui pemimpin DAP pusat. Macam mana mereka tahu? kerana kesalahan ini berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor dan Exco dari DAP itu juga adalah pemimpin DAP pusat.

Mengapa DAP pecat? bukankah penyelewengan ini boleh ditutup dan Ahli Majlis ini boleh diselamatkan. DAP tidak takutkah maruah parti itu akan jatuh kerana ada pemimpinnya yang rasuah.

Inilah prinsip namanya. Mana lebih bermaruah menutup kesalahan pemimpin yang terbukti rasuah atau memecatnya. DAP memilih untuk memecat Ahli Majlis ini kerana parti ini tegas menentang penyelewengan dan rasuah.

Lihatlah di Pulau Pinang negeri yang DAP berkuasa. Mengapa dua katak melompat? kerana projek untuk keluarga dan kroni tidak dilulus oleh Guan Eng.

DAP ternyata benar2 bertindak di atas prinsip CAT iaitu Competency (Keupayaan), Accountability (Akauntabiliti) dan Transparency (Ketelusan). DAP tahu prinsip inilah yang akan mengukuh sokongan rakyat terhadap DAP dan menjamin masa depan DAP dalam politik Malaysia.

Prinsip inilah yang meresahkan Ubn kerana setiap serangan mereka terhadap kerajaan Pulau Pinang, pelurunya akan kembali kepada Ubn.

DAP boleh sahaja menutup kes rasuah Ahli Majlis ini kerana kuasa untuk menutup di tangan mereka. Malah sekiranya kes ini berlaku semasa zaman Ubn memerintah, Ahli Majlis Ubn pasti tidak akan didakwa kerana mudah sangat nak tutup kes yang dibawah kuasa kerajaan Ubn.

Jika berlaku di zaman Ubn memerintah, bagaimana pemimpin Ubn menutup kes rasuah pemimpin Ubn jika ada aduan.

Pertama suruh orang yang buat aduan sediakan bukti2, sedangkan bukti2 sebenarnya sudah ada kerana rasuah itu berlaku dalam pengetahuan pemimpin Ubn. Tangan mereka yang meluluskan.

Pemimpin Ubn juga boleh beri jawapan tidak tahu menahu tentang kes itu. Pada halnya, mereka yang bertanggungjawab dalam meluluskan projek berkenaan dan mereka pun tahu ada di antara mereka yang rasuah.

Satu lagi jawapan yang akan diberi jika sudah ada bukti diberi ialah pengadu kena pi tanya sendiri pemimpin Ubn yang rasuah. Sapa yang buat salah nak mengaku. Sepatutnya, jika ada aduan pemimpin tertingilah yang bertanya kepada pemimpin yang dituduh rasuah bukan pengadu.

Jawapan paling biadap dari pemimpin Ubn jika ada aduan rasuah pemimpin mereka ialah abaikan sahaja, jangan layan.

Inilah jawapan yang diberi kepada aduan terhadap pemimpin Ubn yang rasuah. Semuanya bertujuan menutup kes berkenaan supaya tidak diketahui umum dan menyelamat pemimpin berkenaan daripada diambil tindakan.

Penulis berharap tindakan menyelamatkan pemimpin yang rasuah tidak berlaku dalam jamaah. Jawapan yang diberi oleh pemimpin Ubn di atas, harapnya tidak digunakan untuk menyelamatkan pemimpin jamaah yang rasuah.

Jika ada berlaku demikian, penulis ingatkan pemimpin jamaah yang melindungi pemimpin rasuah. Mereka mungkin boleh melindungi perbuatan keji ini di dunia, tetapi adakah mereka dapat lari dari pertanyaan Allah di akhirat kelak. Lebih berat lagi mereka memimpin jamaah yang menentang rasuah.

Ingatlah perbuatan melindungi pemimpin rasuah tidak akan menguntungkan jamaah malah jika diketahui umum merosakkan nama baik jamaah.

Inggat juga jika sudah ada pemimpin jamaah yang melindungi pemimpin rasuah, akan ada pula ahli jamaah yang akan mengikut jejak mempertahankan pemimpin rasuah.

Justeru pemimpin rasuah perlu diambil tindakan jika ada aduan, sekurang2nya buatlah penyiasatan seperti yang dilakukan oleh DAP terhadap pemimpinnya yang rasuah.Sekiranya sudah dalam pengetahuan tentang rasuah berkenaan ambillah tindakan, bukan simpan seperti Ubn.

Wassalam.

Thursday, July 29, 2010

Tulahan : Imam tua dan rostrum serong ( 2 )


Salam,
 
Kampung penulis yang kuat birunya hanya ada rumah tak capai 50 buah. Surau di kampung dikuasai oleh orang2 Ubn tanpa ada jawatankuasa. Orang2 Ubn letak surau tu bawah biro agama JKKK.
Tahu sajalah kalau orang Ubn yang jaga surau, kadang2 tak da jemaah untuk solat Maghrib dan Isyak. Solat Zohor dan Asar sahihlah tak da jemaah.
Orang2 Ubn pada masa tu bergantung kepada seorang Imam Tua kerana hanya dia yang boleh imamkan solat, boleh ketuai tahlil , boleh sembelih lembu dan boleh baca talkin.
Imam Tua ini bila dia tahu orang kampung bergantung  pada dia , banyaklah perangai buruk yang dibuatnya dan tak sapa berani tegur.
Bila sembelih lembu dia minta macam2 payung, daging , kain seolah2 dah jadi syarat sebelum sembelih binatang. Bila orang suruh ngajar budak2 ngaji , dia minta upah mengajar.
Bila dia mengajar budak2 pelajaran fardhu ain, dia rakam kemudian pasang semasa kenduri rumahnya seolah2 dia hebat macam ustaz2 forum perdana.


Wednesday, July 28, 2010

Tulahan : Imam tua dan rostrum serong ( 1 )

Salam,



Program TV Imam Muda mendapat perhatian penonton di Malaysia, malah negara Eropah juga menunjukkan minat terhadap program ini. Program Imam Muda yang sudah hampir kemuncaknya ini sememangnya program yang berfaedah untuk ditonton.

Melalui program ini peserta Imam Muda bukan sahaja diuji kemampuan menjadi imam solat , malah kemampuan mereka menguruskan jenazah, menjadi penguatkuasa maksiat, melakukan sembelihan dan pelbagai lagi.

Bagi penulis, peserta yang terpilih ini semuanya sudah menepati ciri-ciri Imam Muda kerana mereka adalah lulusan sekolah agama, lulusan agama dalam dan luar negeri. Program Imam Muda ini hanya akan memilih Imam Muda terbaik antara mereka.

Tuesday, July 13, 2010

Mahmoud Ahmedinejad contoh sederhana seorang pemimpin

Salam,

 

Penulis bersyukur kerana masih ada pemimpin dunia yang boleh dijadikan contoh kepada pemimpin jamaah. Mahmoud Ahmedinejad bukan pemimpin biasa, bukan ahli parlimen , bukan ADUN tetapi seorang Presiden sebuah negara tetapi cukup sederhana dalam kehidupan.

Mahmoud Ahmedinejad, suatu nama yang cukup dibenci Amerika Syarikat dan sekutunya Israel.Pemimpin utama Iran ini adalah antara pemimpin Islam yang dikagumi kawan dan digeruni lawan.

Bukan kerana beliau seorang yang garang atau tegas, sebaliknya beliau cukup sederhana dalam kehidupan.

Antara bukti gaya hidup sederhana presiden Iran yang paling digerunii oleh kuasa Barat ini ialah:

1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden, Ahmadineejad menyumbangkan seluruh karpet pejabat presiden yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran, manakala karpet pejabat Presiden yang didudukinya digantikan dengan karpet biasa yang sangat sederhana.

2. Di banyak kesempatan beliau kelihatan begitu ramah dan mesra dengan semua petugas pejabat, termasuk pekerja kebersihan pejabat.

3. Langkah pertamanya sebagai presiden ialah mengisytiharkan hartanya yang terdiri dari sebuah kereta tua Peugeot 504 tahun 1977 dan sebuah rumah sederhana warisan ayahnya berusia 40 tahun yang lalu yang terletak di sebuah desa terpencil di Teheran. Baki akaun bank dalam simpanannya pula sangat kecil dan satu-satunya wang masuk adalah wang gaji bulanannya .

4. Gajinya sebagai tenaga akademik di sebuah universii tempatan hanya sekitair US$ 250.
 
5. Sehingga kini Ahmadineejad masih tinggal di rumahnya yang amat sederhana itu dan bukan di kediaman presiden.

6. Ahmadineejad tidak pernah mengambil wang gajinya sebagai presiden, alasannya ialah semua wang gajinya adalah milik negara dan dia bertugas untuk menjaga negaranya.

7. Satu hal yang membangkitkan rasa kagum kakitangan pejabat presiden adalah sebuah beg kecil yang sentiasa dibawa setiap hari Ahmadineejad ke pejabat yang berisikan sarapan pagi terdiri dari kepingan roti atau roti keju yang disiapkan sendiri oleh isterinya di rumah. Beliau dikatakan memakan makanan yang disediakan isterinya itu setiap hari dengan gembira dan mengenepikan kebiasaan menyediakan makanan khusus untuk presiden seperti sebelumnya.

8. Sebaik berkuasa, pesawat peribadi untuk presiden diubahnya menjadi pesawat kargo untuk berkhidmat kepada masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang hanya dengan pesawat biasa dengan kelas ekonomi.

9. Beliau boleh ditemui di pejabatnya tanpa temu janji dan protokol yang menyusahkan tetamunya.

10.Jika perlu menginap di hotel, Ahmadineejad hanya meminta disediakan bilik kecil kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.

11. Ketika waktu solat berjemaah, jika tiba lewat beliau tidak mahu diberi layanan istimewa, sebaliknya hanya berada di saf tengah atau belakang seperti jemaah lainnya.

12. Sebaik sahaja masuk waktu solat, Ahmadineejad terus menghentikan aktivitinya serta merta untuk mengerjakan solat biar di manapun beliau berada. Jika waktu solat tiba ketika beliau berada di atas jalan, beliau akan bersolat di atas jalan, asalkan ianya bersih.

13. Ahmadineejad juga tidak berkompromi dengan hukum dan larangan Allah. Beliau tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup hanya sekadar menundukan kepalanya kepada wanita sebagai rasa hormat.

Apakah suatu hari nanti Allah akan menurunkan kita seorang Perdana Menteri dan Ketua Negara yang segagah, sesederhana dan sentiasa berpegang teguh kepada perintah Allah seperti Ahmadineejad? Semoga PRU ke-13, ke-14 atau ke-15 nanti rakyat Malaysia dapat menyaksikan seorang PM yang seberani dan sesederhana Ahmadineejad.

Diambil daripada blog politiksukusakat

Wassalam.

Monday, July 12, 2010

Pemimpin jamaah selayaknya sederhana bukan serupa pemimpin Ubn

Salam,


Penulis paparkan tulisan Ketua Pemuda jamaah berkenaan gaya hidup pemimpin jamaah. Tak kira pemimpin itu tiada kelulusan akademik, lulusan akademik biasa , lulusan agama, profesional kena ambil perhatian persoalan ini.

1. Sebaik - baik perkara ialah pertengahannya [ sederhana ]
خير الأمور أوسطها.
Tidak melampau [ ifrat ] dan tidak terlalu bermudah - mudah . [ tafrit ] .

2. Sederhana adalah lambang keutuhan dan kemuliaan peribadi . Pemimpin yang hidup dalam kesederhanaan adalah pemimpin yang berjiwa besar justeru ia tidak dipengaruhi oleh nafsu tamak dan gelojoh .

3. Pemimpin yang mengambil gaya dan cara hidup secara sederhana juga merupakan pemimpin yang hebat justeru ia tidak terpedaya dengan bujukan nafsu dan syaithan untuk bermudah - mudah atau meringan - ringankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang hamba terhadap tuhannya .

4. Kini rata - rata pemimpin PAS menang pilihanraya menjadi wakil rakyat samaada diperingkat DUN atau parlimen malah ada yang bergelar Menteri Besar dan exco kerajaan negeri . Alhamdulillah , ianya satu penghormatan dan kepercayaan rakyat kepada PAS . Namun berwaspadalah , agar lifestyle kalian masih kekal utuh dalam frame seorang pemimpin yang beriman , bertaqwa , berakhlak dan sederhana .

5. Usah terpedaya dan terpengaruh dengan cara hidup orang lain apatah lagi musuh . Sekalipun kalian memang layak dan memiliki kekayaan melalui cara yang benar dan halal , namun ambil lah hukum wara' atau zuhud dalam kepimpinan dan penampilan kalian . Usah bermewah dengan harta yang dimiliki tetapi tidaklah sampai kelihatan selekeh , lusuh dan tidak ceria . Sederhanalah dalam segalanya .

6. Wara' bukan bermaksud berjalan tunduk tanpa mendongak wajah dan zuhud pula bukan bermakna selekeh tanpa set pakaian yang baru dan kemas . Tetapi wara' dengan maksud tidak berlebih - lebih menggunakan nikmat kekayaan halal yang kita miliki sementara zuhud pula ialah menggunakan nikmat kekayaan yang dimiliki tanpa hati terpengaruh dan terpaut padanya.

7. Gerakan Islam seperti PAS selayaknya mendokong feqh wasatiah [ kesederhanaan ] ini dalam usaha mendapatkan tempat di sisi Allah swt dan menarik sokongan rakyat kepada perjuangan suci yang didokong . Rata -rata manusia tidak senang dan muak dengan manusia yang berlebih - lebihan dalam penampilan gaya hidup serta menunjuk kaya dan mewah mereka.

8. Feqh wasatiah bukan hanya dipakai dalam aliran pemikiran dan prinsip hidup tetapi juga dalam penampilan , cara dan gaya hidup [ lifestyle ] . Janganlah setahun dua jadi wakil rakyat , perubahan ketara dan mendadak berlaku dalam hidupnya seperti membina rumah besar , memiliki kenderaan baru dan mahal .

9. Bukanlah salah memiliki rumah luas dan kenderaan yang baik , tetapi bersederhanalah . Jika tidak , pemimpin PAS akan kehilangan haibah [ kehebatan ] dan quwwah [ kredebiliti ]. Sifat dan amalan sederhana mendekatkan pemimpin PAS dengan rakyat marhain. Mudahnya amalan bersederhana ini ialah mengambil sesuatu seperlunya . Jika ia perlukan rumah 5 bilik dengan jumlah keluarganya yang ramai maka milikilah , ia menepati keperluan . Demikianlah kenderaan , jika perlukan kenderaan yang baik kerana keperluannya berjalan jauh saban hari mengambil undangan amal islami yang diperjuangkan , maka ambillah justeru ia menepati keperluan . Apa yang tidak disenangi ialah berlebih - lebihan dari had keperluan dan bermewah - mewah .

10. Kita tidak mahu menjadi pemimpin parti yang petah mengungkap serta meriwayat contoh zuhud dan wara'nya Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz , Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Ust Azizan Razak , walau mereka dipuncak kuasa tetapi tetap :
  • tinggal di kediaman asal yang serba sederhana ,
  • nilai pakaian mereka seperti rakyat awam ,
  • mereka mengamalkan jimat cermat dalam kehidupan sehariannya ,
  • keraian mereka tidak mewah
  • elaun mereka dikembalikan kekantung pembendaharaan negeri
tetapi malang , jika kita sendiri gagal untuk mencontohinya .
Pemimpin jamaah yang sudah mula menyerupai pemimpin Ubn kena segera ubah gaya hidup mereka. Kena sedar ahli jamaah dan rakyat sedang memerhatikan anda.
Wassalam. 

Saturday, July 10, 2010

Tulahan : Pejuang yang kekal dan gugur

Salam,


Penulis ambil satu artikel masuk dalam blog ini kerana melihat kepada realiti yang berlaku dalam jamaah. Hakikat ini tidak boleh dinafikan berlaku di semua kawasan. Ramai penulis blog yang tidak berada di medan mungkin tidak merasai hakikat ini, jadi tulisan mereka tidak berada di lapangan sebenar.

Mereka yang berada di medan perjuangan merasai mehnah ini dan ramai antara mereka berjuang bukan untuk menjadi wakil rakyat tapi ikhlas kerana Allah.

Jika mereka dipilih oleh jamaah bukanlah kerana mereka minta tetapi jamaah perlukan kepimpinan mereka. Justeru , kita boleh mengenali mereka dipilih menjadi wakil rakyat jamaah sebelumnya adalah pejuang yang sudah merasai jerih perih dalam perjuangan.

Malah apabila mereka bergelar YB, mereka tetap kekal kehidupan seperti sebelumnya. Mereka guna elaun YB cukup2 untuk keperluan diri dan keluarga, sebahagian besar yang lain untuk jamaah dan rakyat.

Mereka tidak guna peluang sebagai YB untuk tukar kereta mewah, tukar perabut rumah, beli rumah baru dan jika menjadi pemerintah tidak sibuk buru projek untuk diri sendiri.

Mereka tidak lupa kepada sahabat seperjuangan dan ahli-ahli jamaah. Tidak lupa diri , tidak sombong, tidak ego , tidak besar diri dan disayangi ahli jamaah.

Tulisan sunsnake ini memang ada kebenarannya kerana ada yang gugur kerana bebanan dan tekanan semasa berjuang. Namun, sebenarnya ada yang kekal dan terus berjuang di medan.

Mereka yang kekal kerana memahami ujian Allah kepada pejuang Islam. Memang sedih melihat mereka yang gugur kerana tidak tahan menerima ujian malah mereka belum memahami hidup dalam perjuangan akan berhadapan dengan ujian Allah.

Benar, pejuang yang betul-betul berjuang tidak ramai, tapi yang tidak ramai itulah berjaya menumbangkan Ubn di banyak kerusi. Jika lebih ramai pejuang sebenar ini, penulis yakin matlamat untuk tawan Putrajaya akan tercapai.

Bacalah tulisan sunsnake di bawah untuk renungan.

Tanpa menafikan akan sokongan rakyat yang semakin baik terhadap PR, teman merasakan perlunya aktiviti menambah keahlian dan pendokong untuk parti-parti didalam PR.

Seperti contoh PAS, parti ini mempunyai penyokong yang agak ramai! Keahlian pun sudah melebihi 1juta ahli tetapi malangnya dikebanyakkan tempat, jumpah penyokong yang berani kedepan sebagai pendokong sangat sedikit!


Didalam pelbagai aktiviti, muka-muka itu sahajalah yang kelihatan!

Baik didalam merencana aktiviti, menjayakan aktiviti sampai la menutup aktiviti!

Apabila berlaku bebanan kerja dalam urusan parti, akan menyebabkan kemungkinan untuk berlaku kelemahan agak tinggi dan hasil yang kurang memuaskan!


Haaa.. dikala itu akan muncullah pengomen-pengomen yang sejak sebelum aktiviti dirancang sampai la aktiviti berakhir meluahkan pelbagai teori dan sebab mengapa aktiviti tersebut gagal ataupun kurang cemerlang!


Aduyaii!! disinilah sebenarnya golongan pendokong tadi diuji kesabarannya.


Kesan buruk daripada hal sebegini ialah apabila golongan pendokong tadi jadi berputus asa @ kecewa. Teman sendiri pernah dan sedang menyaksikan ramai pendokong aktiviti parti yang kini telah bergelar 'bekas' pendokong!


Dia yang dulunya hebat! berada dibarisan hadapan.. menyertai pelbagai aktiviti parti baik sebagai perencana dan juga sebagai pelaksana.
Akhirnya lenyap@pupus secara perlahan-lahan.. kerana apa?
kerana apabila dia menonjolkan diri..
dialah yang akan menjadi 'mangsa' arahan pimpinan..
dialah yang kena ke sana-sini..
dialah yang kena mengadap pimpinan balik..
dan sekiranya gagal aktiviti tersebut atau kurang memuaskan.
dia jugaklah yang akan di'tembak' didalam mesyuarat mahupun muktamar!

Alasan mudah ialah, inilah dia perjuangan..

Benar.. inilah dia perjuangan.. tetapi itu hanya alasan mereka yang malas nak memikirkan bagaimana mahu membantu golongan pendokong itu tadi!

Gejala membiarkan mereka yang aktif didalam Parti menjadi 'superman' yang diharapkan untuk banyak aktiviti,lajnah WAJIB ditangani segera sebelum parti kehilangan sekian ramai ahli-ahli yang sangat berbakat dan berpotensi!

Penulis berharap pimpinan jamaah di kawasan membaca tulisan sunsnake ini dan berusaha mengelak kehilangan pendokong perjuangan. 
 
Wassalam.

Wednesday, July 7, 2010

Tulahan : Ada peluang tak guna, dah tak ada nak marah pula

Salam,



Apabila pemuda Umno buat kenyataan bahawa orang bukan Melayu lebih banyak mendaftar sebagai pengundi berbanding orang Melayu dengan nisbah 40 : 1. Maka bisinglah akhbar2 perkauman Ubn membesarkan kenyataan ini.

Kemudiannya diberitakan juga bahawa DAP paling banyak mendaftar pengundi Cina , sebab tu orang bukan Melayu lebih ramai mendaftar.

Muncul pula kenyataan pemimpin2 Umno yang mengambarkan bahawa kuasa orang Melayu akan semakin terhakis kerana orang bukan Melayu lebih banyak mendaftar.

Media perkauman canang hari2 , seolah2 orang Melayu dalam bahaya. Kenyataan pemuda Umno ini pula disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR , nampak macam betul la.

Isu yang dicipta oleh pemuda Umno sebenarnya lebih bertujuan meningkatkan motivasi petugas pemuda Umno yang sangat lesu mendaftar pemilih baru.

Pemuda Umno juga gunakan isu ini untuk membangkitkan sentimen perkauman bahawa orang Melayu semakin kecil kuasa politik, jadi kena bangkit sokong parti Melayu.

Bagaimanapun isu ciptaan pemuda Umno ini membuka peluang kepada pemimpin PR menyerang SPR yang gagal bertindak mendaftar pengundi baru.

Pemimpin PR bijak guna peluang melalui isu ini untuk desak kerajaan Ubn supaya membuat pendaftaran pemilih secara outomatik. Desakan yang semakin kuat dari pelbagai pihak supaya kerajaan membuat pendaftaran secara outomatik menyebabkan SPR bagai cacing kepanasan .

Kerajaan Ubn tidak akan bersetuju dengan pendaftaran secara outomatik kerana senjata untuk manipulasi undi akan tertutup.

Akhirnya, muncullah Pengerusi SPR untuk redakan isu ini . Pengerusi SPR memberi data sebenar bahawa orang Melayu lebih banyak mendaftar daripada orang bukan Melayu dengan nisbah 2 : 1.

Kenyataan Pengerusi SPR ini sebenarnya tidak lain bertujuan untuk mengurangkan desakan pendaftaran secara outomatik. Namun , kenyataan ini telah membuktikan penipuan pemuda Umno yang sengaja mencipta isu dan mendedahkan tembelang Timbalan Pengerusi SPR yang mengesahkan kenyataan pemuda Umno.

Walaupun ada kenyataan Pengerusi SPR untuk kurangkan desakan, tapi desakan pendaftaran secara outomatik tetap kuat. SPR buat kenyataan terbaru bahawa pendaftaran secara outomatik akan menyebabkan huru hara semasa hari mengundi. Alasan paling bodoh yang dapat diberi setakat ini.

Ada juga pemimpin PR yang guna peluang isu ciptaan pemuda Umno dengan menyalahkan Ubn kerana melekakan anak muda Melayu dengan hiburan sehingga kesedaran politik orang muda Melayu kurang.

Janganlah berharap pendaftaran secara outomatik ini akan dilaksanakan selagi Ubn berkuasa. Walaupun begitu PR sebenarnya ada peluang melalui Pendaftar Pemilih Sementara (PPS) yang mewakili parti politik untuk mendaftar pemilih baru. Gunalah peluang itu untuk mendaftar seramai mungkin pemilih baru.

Bagi jamaah, Pengarah pilihanraya pusat dah bagi amaran bahawa Kedah dan Selangor akan jatuh ke tangan Ubn dalam PRU 13, jika pemilih baru tidak ditambah. Bila Kedah dan Selangor boleh jatuh, negeri lain jangan beranganlah.

Penulis dah banyak ulas berkaitan pendaftaran pemilih baru, bacalah di sini . Peluang melalui PPS ini sepatutnya digunakan sepenuhnya. Sebelum ini, SPR tak bagi peluang ini dan ramai yang marah kepada SPR kerana lantik orang Ubn sahaja jadi PPS.

Tapi bila peluang sudah ada, tak digunakan. Hakikat yang perlu diakui semua bahawa ramai pemimpin jamaah yang tak ambil hirau bab daftar pemilih baru. Anggapan mereka kerja daftar pemilih ini kerja PPS yang dilantik, serah bulat2 kepada PPS. Jadi buatlah kerja PPS ini sendiri, akhirnya PPS lemah semangat langsung tak buat daftar pemilih.

Memang pemimpin jamaah nampak bersemangat dalam muktamar, tapi bila balik kawasan arahan pimpinan tertinggi tidak dilaksanakan.

Sebenarnya , ramai yang boleh bantu PPS daftar pemilih baru. Semua yang berada dalam organisasi jamaah ada peranan bantu PPS. Sementara peluang daftar pemilih melalui PPS masih ada, bantulah PSS daftar pengundi muda seramai mungkin.

Bila dah ditarik balik, janganlah dok marah SPR. Dengar cerita, SPR dah mula kurangkan PPS parti politik. Dulu seorang PPS ikut DUN, sekarang seorang PPS untuk satu Parlimen. Tak lama lagi, tak dak langsung.

Cerita pasal peluang, penulis hairan dengan pemimpin jamaah di kawasan yang tak mahu guna peluang hebahkan aktiviti jamaah terutama aktiviti kebajikan dalam akhbar harian RM 1.
Nak kata tidak ada yang pandai tulis berita, tidak juga sebab ramai pemimpin jamaah yang keluar U, yang kerja kerajaan, yang jadi cikgu.

Penulis pernah beri cadangan dalam muktamar pemuda negeri kepada pemimpin pemuda jamaah yang bagi tahu tak boleh nak ke depan kerana akujanji . Penulis saran kepada mereka tak perlulah ke depan, tak perlu tonjol diri sebaliknya bantu jamaah dengan kerja-kerja yang tak nampak tapi beri kesan kepada masyarakat.

Penulis minta mereka bantu lujnah penerangan buat berita aktiviti jamaah untuk sebaran umum atau melalui akhbar harian RM 1. Bukan payah pun, nak tolong atau tidak sahaja.

Banyak berita terutama tentang program kebajikan kepada masyarakat yang boleh dihebah kepada umum. Berita ini akan menaikkan imej jamaah dan Ubn tak boleh tuduh jamaah tak bantu rakyat kerana rakyat tahu melalui berita yang tersebar.

Dulu tak da ruang langsung berita aktiviti jamaah dalam akhbar harian. Berita kebajikan jamaah kepada rakyat tak ramai yang tahu. Ubn guna peluang tuduh jamaah hanya pandai ceramah tapi tak buat aktiviti untuk bantu rakyat.

Masa tu pemimpin jamaah bagi alasan rakyat tak sokong jamaah kerana tak tahu kerja kebajikan jamaah sebab tak masuk berita dalam akhbar harian. Semua akhbar harian hanya keluar berita Ubn tolong rakyat.

Sekarang dah ada peluang, gunalah peluang berbaik2 dengan pemberita . Mereka mencari berita, berilah berita kepada mereka.

Lujnah penerangan tak perlu keluar kos nak cetak risalah berita, tak perlu rumah ke rumah untuk hebahkan berita kebajikan jamaah. Hanya ambil gambar dan tulis berita. Hari ini tulis, esok keluar berita.

Pernah perwakilan jamaah kawasan marah kepada harakah kerana tidak keluar berita aktiviti kawasan mereka. Bila ada peluang masuk akhbar harian RM1 tak da pun berita aktiviti kawasan keluar.

Harakah hanya dibaca ahli dan penyokong jamaah. Tapi akhbar harian RM 1, masuk ke semua rumah termasuk rumah penyokong kuat Ubn seluruh negeri.

Peluang ini masih tak digunakan oeh pemimpin jamaah kawasan. Di Perak, hanya pemuda negeri dan beberapa jamaah kawasan yang ambil peluang ini. Ada kawasan yang langsung tak da berita, sedangkan banyak aktiviti. Di negeri2 lain , lebih kurang begitulah juga.

Bukan tidak ada yang boleh bantu lujnah penerangan buat berita, tapi ada satu sifat yang menyebabkan mereka tak mahu tolong iaitu sifat tak mahu orang lain dapat nama , popular, dapat perhatian kerana keluar berita dalam akhbar harian.

Ada terdetik di hati mereka “ aku yang susah2, depa yang dapat nama. Mana boleh”

Kepada mereka penulis nak pesan. Walaupun orang tak tahu siapa yang buat berita , biarkanlah tapi inggatlah ganjaran pahala yang diperoleh kerana berita yang ditulis menaikkan imej jamaah Islam, mengubah manusia daripada tidak menyokong kepada menyokong perjuangan Islam.

Wassalam.

Monday, June 21, 2010

Tulahan : Katak lompat , nasihat yahudi APCO dan jamaah

Salam,

Minggu lepas heboh tentang cerita lompat Adun Malim Nawar jadi katak bebas sokong Ubn. Ramai yang bagi pandangan dan hujah sebab apa Adun ni lompat. Penulis rasa nak ulas juga tapi masa tu balik Pb tak sempat nak ulas banyak kerja lain lebih penting.

Ada yang salahkan DAP sebab tak bantu selesaikan masalah kewangan Adun ini. Macam juga mereka salahkan PKR tak selesaikan masalah Adun dan AP PKR yang lompat. Ada yang bagi hujah syarat jadi wakil rakyat mesti kaya supaya tak timbul masalah kewangan bila jadi wakil rakyat.

Tak payah nafilah bahawa lompat yang berlaku sekarang adalah kerana umpan wang dari Ubn. Katak lompat suruh buktikan mereka terima wang. Memanglah payah nak dibuktikan sebab berlaku cara tersembunyi. Katak lompat pun tak akan mengaku.

Kalaupun ada bukti, SPRM nak siasatka. Tengok apa SPRM buat kepada bukti Adun Kulim, siap dengan video tapi SPRM hilang bersama video tu.

Dulu pun berlaku lompat di Terengganu, di Sabah sebab nak tukar kerajaan dari PBS kepada Ubn dan dari PAS kepada Ubn. Sekarang pun benda yang sama juga berlaku tapi sekarang katak yang lompat tak isytihar jadi Ubn sebaliknya jadi katak bebas.

Dulu mungkin belum terima nasihat yahudi APCO. Sekarang dah ada penasihat yahudi yang dok rancang strategi. Sejak kes lompat di Sabah, lama juga tak berlaku lompat. Tapi sejak yahudi APCO ada , lompat ni dah mula jadi habit pula.

Dulu Ubn nak tekan pemimpin pembangkang mereka guna kekerasan ISA. Ramai yang dah merasa duduk dalam kamar besi ni. Tapi pemimpin pembangkang tak berganjak memegang prinsip bila keluar ISA. Ada la yang tak tahan bila keluar masuk Ubn, tapi tak ramai dan bukan pemimpin hairaki tinggi.

Sejak yahudi APCO bertapak Ubn dah tak guna kekerasan ISA , ISA hanya untuk kumpulan yang dituduh pengganas dan militan. Sebaliknya, Ubn guna cara lembut dan tawaran lumayan sehingga ramai yang tergoda dan tertawan.

Penulis beri contoh, katak Ezam. Ezam dah kena ISA, dah kena penjara 2 tahun tetapi Ezam tak berganjak dari perjuangan menuntut keadilan. Bila ezam berubah jadi katak, bila yahudi APCO menjadi penasihat Ubn. Maksudnya, semua kes lompat ini berlaku setelah Ubn mendapat nasihat yahudi APCO.

Ubn akan cari kelemahan pemimpin PR terutamanya wakil rakyat PR. Semuanya akan disiasat melalui maklumat bank, mahkamah, pinjaman dan semua berkaitan termasuk yang melibatkan keluarga pemimpin PR.

Jika dijumpai satu kelemahan atau masalah pemimpin PR, maka mereka akan guna sesungguhnya memerangkap dan memberi penyelesaian masalah dengan syarat kena lompat jadi katak bebas. Inilah yang berlaku sekarang.

Pemimpin PR dan wakil rakyat PR memang mempunyai masalah dan kadang2 masalah itu mereka yang cari sendiri. Ada wakil rakyat PR bila jadi naik jadi YB buat perangai macam wakil rakyat Ubn. Mula tukar kereta mewah , pakai Camry, CRV, mata belalang yang semuanya kena bayar ansuran bulanan yang tinggi.

Ada yang mula beli rumah baru, ada yang mula ambil pembantu rumah, ada yang tukar perabot rumah baru. Semuanya kena bayar ansuran bulanan. Sedangkan sebelum jadi YB, mereka boleh hidup dengan kereta dok ada, rumah dah sedia ada, isteri tak perlu pun pembantu rumah.

Bila dah tambah ansuran bulanan nak kena bayar, elaun wakil rakyat jadi tak cukup. Mula nak buat pinjaman peribadi jadi bertambah ansuran bulanan. Ini semua menjadi peluang kepada Ubn untuk masuk jarum.

Jadi YB negeri diperintah PR bolehlah bertahan sebab ada peruntukan kerajaan negeri kepada rakyat dalam kawasan diwakili. Yang dok banyak masalah YB di negeri Ubn, mana ada peruntukan. Kena guna elaun YB untuk rakyat, mana cukup.

YB Ubn pun ada masalah kewangan macam kat Kedah ?. Memang depa ada masalah tapi Ubn selesaikan dengan bagi projek tu, projek ni. Ubn bagi jadi Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat kerajaan pusat yang elaun puluh ribu. Sebab tu anak syarikat kerajaan pusat dan negeri di bawah Ubn rugi semacam.

YB Ubn di negeri Ubn, selain dapat projek, selain jadi Ahli Lembaga Pengarah, dapat pula komisyen balak untuk peribadi. Kalau macam tu bolehlah YB PR ambil komisyen balak. Bolehlah kalau nak ikut perangai Ubn yang tak kira halal haram.

Kalau macam tu , macam mana nak selesaikan masalah lompat?. Inilah kepentingan jamaah. Inilah sebab YB jamaah tak lompat walaupun ada masalah kewangan. Sebab tu penting berjamaah, ramai yang boleh tolong.

Jika YB jamaah hadapi masalah, jamaah akan cuba selesaikan. Program dibuat bersama, dana dicari bersama bukan letak di atas bahu YB sahaja. Jamaah kawasan, pemuda, muslimat, Unit Amal, Nisa’ semuanya boleh bantu YB jamaah.

YB jamaah tak akan lompat selagi beliau dapat bersama jamaah. Tapi kalau beliau tidak bersama jamaah, potensinya untuk lompat akan tinggi. Pada masa itu, jika dia lompat jangan salahkan jamaah sebaliknya salahkan diri sendiri kerana tak bersama jamaah.

Parti lain dalam PR pun boleh guna konsep tolong menolong dalam parti. Semua sayap parti kena bantu YB mereka. Jangan biarkan YB mereka hadapi masalah dan selesai sendiri2. Sebab, Ubn sentiasa mencari peluang dengan nasihat yahudi APCO.

Wassalam.

Tuesday, June 15, 2010

Tulahan : Sejenak berharga bersama Ust. Hasan Shukri

Salam,


DSCF6958.jpg picture by paspb












Balik dari stesen bas untuk beli tiket balik PB, penulis dapat satu mesej sedih Ust. Hasan Shukri telah pergi buat selama-lamanya. Penulis terus buka laptop untuk baca berita berkenaan. Penulis sms kepada semua cawangan di PB memaklumkan berita sedih ini.
Dua bulan lepas penulis ada telefon Ust. Hasan bertanya tentang satu kemusykilan berkaitan perlembagaan yang ditimbulkan dalam mesyuarat jamaah kawasan. Jawapan dari Ust. Hasan diperlukan kerana Ust. Hasan adalah pakar rujuk perlembagaan jamaah.
Penulis ambil kesempatan untuk jemput Ust. Hasan memberi taklimat pindaan perlembagaan kepada pimpinan jamaah di PB.Ust. Hasan setuju dan beliau cadang buat juga di kawasan Bagan Serai sebab dah dekat dengan PB. Beliau juga minta libatkan pimpinan cawangan, muslimat dan pemuda.
Apabila , SU jamaan Bagan Serai maklumkan setuju untuk buat program sama, penulis sekali lagi hubungi Ust. Hasan maklumkan tarikh dan masanya. Penulis tanya Ust. Hasan , beliau hendak bermalam di mana semasa datang ke PB untuk penulis buat persiapan.
Ust. Hasan jawab, tak payah susah2 tidur kata mana pun tak pa. Itulah Ust. Hasan seorang pimpinan yang mesra dan mudah berurusan dengannya.

Penulis tahu Ust. Hasan tak kisah bila datang ke Perak banyak tempat beliau boleh tumpang tidur. Banyak sedara maranya di Perak.
Penulis juga tahu Ust. Hasan dah biasa tidur di markas dan pejabat jamaah, malah beliau tahu di mana markas jamaah kebanyakan kawasan di Malaysia.
Bila sampai tarikhnya Ust. Hasan sampai ke PB bersama temannya Haji Abdul Rahman seorang pesara yang selalu diajaknya bila pergi ke destinasi yang jauh. Penulis tanya kepadanya nak bermalam di mana? Jawapannya, nak tidur kat markas Titi Serong.
Ust. Hasan ingat markas Titi Serong sebab tujuh tahun lepas, Ust.Hasan meletakkan batu asas markas berkenaan.Walaupun hanya program meletakkan batu asas, tapi FRU datang satu trak untuk halang program berkenaan.
Penulis minta beliau tidur di pejabat sebab dah disiapkan tempat tidur di pejabat jamaah. Lagipun penulis pun tidur di pejabat, boleh sembang2 bila habis program.
Ust. Hasan hadir awal semasa kedua2 program di PB dan Bagan Serai. Penulis tanya beliau, kenapa nak pergi awal sebab tak berapa ramai orang lagi. Ust. Hasan bagi tahu, beliau nak berjumpa kawan2 lama jika masih ada dan nak tengok markas.
Penulis berkesempatan berbual panjang dan mendapat nasihat berguna dari Ust. Hasan di pejabat jamaah. Enam tahun lepas, penulis pernah pergi ke rumah Ust. Hasan temankan Ketua Pemuda jamaah kawasan temu bual Ust. Hasan untuk kajian tentang sejarah jamaah Parit Buntar.
Ust. Hasan ada sejarah di PB kerana pernah dilantik oleh jamaah pusat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tadbir PAS Parit Buntar semasa krisis tahun 1989.
Seperti biasa, nasihat yang Ust. Hasan selalu bagi tahu kepada pimpinan jamaah kawasan supaya menambah dan memperkemas cawangan. Itu juga nasihat kepada penulis, Ust. Hasan bagi tahu jamaah akan kuat jika banyak cawangan. Beliau beri contoh kawasan Pendang dan Pasir Puteh.
Satu soalan yang Ust. Hasan selalu tanya ialah berapa banyak cawangan di kawasan. Penulis pernah diberitahu petugas di Pejabat Agung, semasa Ust. Hasan menjadi Setiausaha Agung jamaah pertanyaan yang sama akan ditanya kepada Setiausaha jamaah di kawasan.
Setiausaha jamaah kawasan tak boleh nak temberang kepada Ust. Hasan kerana beliau tahu berapa cawangan kawasan2 di Malaysia. Berapa cawangan yang tak hantar laporan ke pejabat pendaftar pertubuhan dalam satu2 kawasan.
Itulah hebatnya Ust. Hasan semasa menjadi Setiausaha Agung jamaah. Beliau tidak serah bulat2 pengurusan cawangan dan keahlian kepada petugas di Pejabat Agung.

Malah, beliau kerap kali turun ke kawasan2 di Malaysia memberi taklimat pengurusan keahlian, organisasi dan cawangan.
Sukar di cari penganti sehebat Ust. Hasan, beliau arif dalam banyak perkara tentang jamaah. Perlembagaan jamaah, sejarah panjang jamaah, pengurusan cawangan dan keahlian jamaah, pengurusan organisasi jamaah, pengurusan markas jamaah. Benarlah, Ust. Hasan Syukri adalah kutubkhanah organisasi dan perlembagaan jamaah.
Semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, Insya Allah. Al-Fatihah
Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...