Tuesday, August 10, 2010

Tulahan : Imam tua dan rostrum serong ( 3 )

Salam,

Apabila penulis masuk ‘U’ dan terlibat aktif dengan jamaah kampus, penulis jarang balik kampung. Tapi penulis tak tinggal terus surau, bila balik penulis akan ke surau berjemaah. Surau seperti biasa, kadang2 ada jemaah kadang2 tak ada.

Imam tua seperti biasa masih jadi ikutan dan harapan orang2 Ubn kampung kerana mereka tidak ada orang lain yang mampu. Imam tua pun tahu tidak ada siapa yang berkemampuan seperti dia, jadi apa sahaja yang dibuat walau tidak betul , tiada siapa berani tegur.

Surau hanya ramai pada malam Jumaat apabila budak2, orang perempuan dan beberapa orang Ubn datang untuk baca Yaasin. Malam lain sunyi, Imam tua bukan hari2 datang surau , tapi malam Jumaat pasti datang sebab masa inilah nak tunjuk kehebatannya ketuai bacaan Yaasin dan tahlil.

Apabila habis ‘U’ , penulis rasa masanya sudah tiba untuk betulkan keadaan di kampung. Sebelum ni bukan tak mahu terlibat tapi tumpuan banyak kepada jamaah kampus. Lagi pun rasa diri masih muda untuk betulkan keadaan di kampung.

Pada masa itu, sudah ada banyak kedengaran tak puas hati orang2 jamaah dan atas pagar di kampung terhadap Imam tua yang menguruskan surau. Masalah pingan mangkuk, bil air dan letrik dan macam2 lagi.

Penulis ajak orang jamaah dan atas pagar pergi surau, ada di kalangan orang atas pagar yang boleh jadi imam dan ketuai bacaan tahlil tapi tak berani dengan Imam tua.

Tok Ketua kampung pun dah bertukar tetapi masih orang kuat Ubn, penulis buat baik dengan Tok Ketua dan minta kebenaran tubuh jawatankuasa surau supaya masalah di surau selesai dan dia setuju. Penulis buat kertas kerja penubuhan jawatankuasa surau.

Akhirnya, jawatankuasa surau dibentuk dengan Pengerusinya JKKK agama kampung dan Ajk surau campur2 ada atas pagar, orang jamaah dan orang Ubn. Perlantikan imam , bilal dan siak juga dibuat. Imam tua juga dilantik bersama dua orang Imam orang atas pagar.

Surau dah mula ramai kerana masalah pinggan mangkuk dah selesai kerana pengurusan sudah diserah kepada Ajk Surau. Bila dah ada jawatankuasa surau, penulis buat kertas kerja mohon dari Baitulmal nak besarkan surau.

Penulis ambil gambar surau dan panggil kawan di ‘U’ yang ambil senibina untuk lukis pelan surau . Surat permohonan lengkap dengan gambar dan pelan surau dihantar ke Baitulmal. Sebulan kemudian Baitulmal luluskan peruntukan RM 15 ribu untuk besarkan surau.

Penulis kemudiannya , kumpul ahli dan tubuh cawangan jamaah di kampung . Abang penulis pun terlibat membantu mengerakkan cawangan jamaah. Pada masa yang sama, penulis sambung belajar setahun dekat ‘U’ , berkahwin dan mula aktif dengan pemuda jamaah Jelutung PP.

Ramai ustaz2 yang penulis panggil buat ceramah dan kuliah di surau. Orang kampung ramai yang hadir termasuk orang2 Ubn.

Apabila hampir Ramadhan , penulis buat mesyuarat cawangan jamaah untuk bincang bantuan kepada orang susah kampung. Dalam mesyuarat tu, orang jamaah kampung minta orang jamaah ambil alih jadi imam dan baca khutbah raya.

Sudah keluar usul bahawa Imam tua dah tak layak jadi imam kerana sifat riak dan suka menunjuk2 . Masa tu orang atas pagar ramai yang bagi sokongan.

Apabila tiba Ramadhan penulis balik dan jadi imam apabila sembahyang terawih. Apabila penulis tak ada, abang penulis yang duduk di bandar dekat kampung balik untuk jadi imam. Imam tua rasa tergugat dan mula mencari jalan untuk jadi imam kembali.

Imam tua tak boleh senang2 nak buat fitnah kepada penulis dan abang kerana orang kampung pun kenal akhlak kami. Imam tua pun tak boleh nak fitnah berkaitan sembahyang kerana bacaan kami lebih elok dan kami pun boleh ketuai bacaan tahlil selepas terawih.

Akhirnya, Imam tua dapat jalan mula berbaik2 dengan Tok Ketua yang sebelum ini dia tak berapa baik. Imam tua sebar fitnah kata penulis dan abang orang luar yang kacau kampung.

Imam tua buat cerita kepada orang2 Ubn kampung bahawa orang jamaah dah kuasai surau. Walaupun begitu , Tok Ketua dan orang kuat Ubn kampung tak boleh larang kami jadi imam terawih kerana tidak berani berhujah dengan penulis dan abang. Lagipun, Imam tua yang mereka harap untuk jadi imam pun tak boleh jadi imam sebab kami ada.

Namun Ubn tetap Ubn , mereka tak kan senang duduk . Tigahari sebelum Syawal , selepas terawih Tok Ketua buat mesyuarat tergesa2 kononnya nak bagi tahu yang Baitulmal luluskan peruntukan besarkan surau. Kemudian dia umum Imam tua akan jadi imam Raya dan baca khutbah..........bersambung..................

Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...