Wednesday, July 28, 2010

Tulahan : Imam tua dan rostrum serong ( 1 )

Salam,



Program TV Imam Muda mendapat perhatian penonton di Malaysia, malah negara Eropah juga menunjukkan minat terhadap program ini. Program Imam Muda yang sudah hampir kemuncaknya ini sememangnya program yang berfaedah untuk ditonton.

Melalui program ini peserta Imam Muda bukan sahaja diuji kemampuan menjadi imam solat , malah kemampuan mereka menguruskan jenazah, menjadi penguatkuasa maksiat, melakukan sembelihan dan pelbagai lagi.

Bagi penulis, peserta yang terpilih ini semuanya sudah menepati ciri-ciri Imam Muda kerana mereka adalah lulusan sekolah agama, lulusan agama dalam dan luar negeri. Program Imam Muda ini hanya akan memilih Imam Muda terbaik antara mereka.


Sebenarnya dalam kita menonton program TV ini , persoalan yang perlu ditimbulkan wujudkah Imam Muda di tempat kita, di kampung kita, di bandar kita atau di mana2.

Sebenarnya , negara perlu melahirkan ramai Imam Muda bukan sahaja di kalangan lulusan agama tetapi juga lulusan bukan agama. Namun, itu bukanlah matlamat Ubn kerana Ubn tahu lebih ramai Imam Muda maka lebih ramai yang akan lawan Ubn.

Kita perlu ketahui bahawa berlaku masalah yang besar di kampung2 yang tidak mempunyai pelapis kepada Imam Tua di kampung. Ada kampung yang menghadapi masalah di surau tidak ada yang boleh jadi Imam, di kampung tidak ada yang boleh ketuai bacaan tahlil, di kampung tiada yang boleh urus jenazah.

Mengapa berlaku masalah ini? kerana yang boleh jadi Imam Muda tidak tinggal di kampung, bekerja di tempat lain. Sebab itu, tidak kedengaran masalah siapa yang akan menjadi pemimpin agama di bandar. Ramai ustaz2 yang tinggal di kawasan perumahan.

Sedarkah kita, masalah kekurangan Imam Muda di kampung banyak berlaku di kampung2 yang kuat birunya. Kenapa begitu? kerana halangan Ubn kampung terhadap kehadiran Imam Muda. 

Selalunya kampung2 yang ramai orang jamaah masalah ketiadaan pemimpin agama tidak wujud. Ramai ahli jamaah yang hantar anak mereka ke sekolah agama rakyat dan pondok. Walaupun anak mereka mungkin tidak ke universiti, sekurang2nya anak mereka boleh jadi Imam Muda kampung mewarisi Imam Tua.

Manakala di kampung2 kuat Ubn, tak ramai yang hantar anak ke sekolah agama rakyat dan pondok kerana takut anak mereka terpengaruh dengan jamaah. Bila Imam Tua dah tak mampu, tiada pengantinya. Maka Imam Tua yang sedia ada diguna sepenuhnya oleh Ubn bagi mengelak penyokong mereka dipimpin orang jamaah.

Ubn seboleh-bolehnya akan mengekalkan Imam Tua yang menjadi penyokongnya. Sebab itulah Ubn tukar kaedah pilih jawatankuasa masjid dari pilih angkat tangan kepada kaedah perlantikan terus dari pejabat agama yang dibelakangnya ketua bahagian Ubn.

Walaupun Imam Tua Ubn sudah tua, uzur , nak berjalan dipimpin tetap dilantik sebagai Imam jika tidak ada pengantinya di kalangan Ubn. Imam Tua Ubn akan menjadi tempat bergantung orang2 kampung penyokong Ubn untuk ketuai bacaan tahlil kenduri arwah, ketuai bacaan Yaasin malam Jumaat , sembelih lembu korban dan lain2.

Jika ada Imam Muda di kampung , mereka akan diketepikan kerana Ubn tahu ramai Imam Muda menyokong jamaah dan sedikit sangat yang sokong Ubn..

Penulis kemukakan masalah kekurangan Imam Tua di kampung Ubn ini kerana penulis mempunyai pengalaman untuk diceritakan dalam penulisan ini. Penulis bagi tajuknya dahulu " Imam Tua dan Rostrum Serong". Tunggu cerita penulis nanti............bersambung.........

Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...