Friday, August 24, 2012

Tulisan terbuka buat Si Tukang Kipas


Ikhwaati jundullah...;

STAY FOCUSED...!

Ingatlah;

Skrip yg sama diulang2; 2008, 2004, 1999...

Sebab itulah para du'at memerlukan kita faham sejarah, dan tahu putarannya...!

Dah panjang pernah saya huraikan sblm ini, tapi saya akan ulangi lagi;

[1] Bahawa waqie' M'sia tak satu parti atau kaum yg mampu memerintah secara bersendirian. Sosio-politic M'sia memerlukan pemimpin yg sungguh berhikmah, himmah & faham fiqh perjuangan dan meletakkan agenda bersama sbg permulaan kepada sinar kebangkitan & keadilan.

[2] Konsep dwi-party adalah satu KEPERLUAN, sama berlaku di negara barat utk satu pihak merobah dasar yg sungguh memusnahkan sebelum itu. Baik UMNO, PAS, PKR, DAP, etc, tak ada satu yg mampu bersendirian memimpin [paling kurang buat masa ini], ketika ummat Melayu Islam sungguh lemah, lupa & leka.

Ia MUSTAHIL, walau UMNO bersama NGO Melayu Islam itu semakin lantang memaksa PAS bersama UMNO mempertahankan Melayu & Islam. Itulah manusia tersepit yg bersarang asobiyyah perkauman sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa, bukan dakwah.

[3] Al-Islamu huwal hal... Islam cukup sbg penyelesaian semuanya. Islam tak cukup hanya bijak berhukum-hakam, tetapi gagal menguasai siyasah syar'iyyah. Tidak cukup hanya berpolitik tapi hilang minda dakwah. 

Dakwahlah neraca sebenar utk penerimaan apa jua sistem kenegaraan sekalipun oleh Islam. Jika itu bukan untungnya; tak ada siapa berkehendakkan ke PutraJaya itu. Kerana amanah itu sungguh besar. Percayalah!

[4] Sebab itu Islam dtg bukan memaksa, tetapi mendidik. 55 tahun asobiyyah perkauman ditanam sebati memusnahkan ummah, maka kini Islam disebarkan utk jalan keluar. Kerja itu bukan mudah wahai ikhwah! Para du'at berhadapan satu millah yg sungguh mencengkam emosi ummah. Tapi kita tiada jalan lain. Amanah membawa jalan keluar itu WAJIB diteruskan, sekarang & selamanya!

Tuesday, August 21, 2012

Tulahan : Peluang cerah PR menang 14 kerusi DUN, 5 parlimen di Pahang


Salam,

http://ww2.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/pahang.jpgPahang adalah negeri kurang mendapat perhatian pemerhati politik semasa mereka membuat ramalan keputusan PRU 13. Setakat ini, tidak satu pun ramalan yang mengatakan Pahang akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Ramai yang menjangka perubahan akan berlaku di negeri-negeri Selatan Semenanjung dalam PRU 13. 

Kemungkinan disebabkan banyaknya kerusi campuran di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Walaupun ada kerusi campuran di Pahang , namun tidak sebanyak di negeri Selatan Semenanjung.

Seperti juga negeri Pantai Timur Semenanjung  iaiatu Kelantan dan Terengganu, kebanyakan kerusi di Pahang mempunyai majoriti pengundi Melayu lebih 70 peratus. Justeru itu, ramai yang menjangkakan BN akan mudah menawan negeri ini , tambahan pula hampir semua kawasan majoriti Melayu mempunyai kawasan kubu kuat UMNO iaitu Felda.

Selain felda , Orang Asli yang menjadi pengundi tetap BN dalam setiap pilihanraya mempunyai jumlah yang agak ramai di setiap dun di Pahang. Purata 5 – 10% daripada jumlah pengundi adalah pengundi Orang Asli.

Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa Pahang mempunyai kelebihan dari segi jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR yang lebih tinggi berbanding negeri Selatan Semenanjung. Sokongan pengundi Melayu kepada PR di Pahang menjangkau purata 30 hingga 55 peratus. 

PAS pernah menang 6 kerusi pada PRU 1999 di kawasan majoriti Melayu. Malah semasa PRU 12 , PAS menang 2 kerusi di Kuala Semantan yang mempunyai 77% jumlah pengundi Melayu dan Baserah yang mempunyai 72% jumlah pengundi Melayu.

Tidak seperti negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung , sokongan pengundi Cina kepada PAS dan PKR semasa PRU 12 puratanya kurang daripada 55% tidak seperti sokongan kepada DAP yang mencecah purata 70%. Pada PRU 12 , DAP kekal menang di Triang dan merampas Tras dari BN.

Wednesday, August 15, 2012

Kamus Ramadhan 7 : Ghaflah , Fithru , Qira’atul Qur’an

غ
غَفْلَةُ

Ghaflah (Lalai)

Fenomena yang kontras dari umat Islam sekarang ini, mereka lalai untuk berzikir kepada Allah, padahal Ramadhan musim kebaikan, ampunan dan pembebasan dari api neraka.

Di antara fenomena lalai tersebut ada yang berakibat pada kerasnya hati:

-        Melewati malam hari dengan berlalu tanpa dzikir dan tilawah qur’an dan tidur pada siang harinya, sehingga mengabaikan waktu solat dan tidak tepat waktu dalam menunaikannya.

-        Mengabaikan waktu-waktu penting dengan mengikuti program-program tidak bermanfaat, seperti menonton drama TV, malam dan siang hari, dan enggan mencari kerja yang bermanfaat dan amal yang baik.

-        Banyak melakukan pertemuan-pertemuan dan kunjungan-kunjungan ke tempat-tempat yang melalaikan, tempat senda gurau dan mungkar.

Syaikh Abdul Aziz bin Baz berkata: “Kewajiban bagi orang yang berpuasa dan yang lainnya adalah bertaqwa kepada Allah terhadap apa yang datang dan pergi dari seluruh waktu-waktunya, berhati-hati terhadap perbuatan yang diharamkan Allah, seperti menyaksikan filem-filem lucah yang menampakkan sesuatu yang diharamkan untuk dilihat, nyanyian-nyanyian, alat-alat pembuat lalai, seruan atau ajakan-ajakan yang menyesatkan… Kerana perbuatan itu sebahagian dari yang mungkar dan perbuatan mungkar, menyebabkan keras dan sakitnya hati, menganggap remeh syariat Allah, dan merasa berat terhadap kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan oleh Allah.” (Majmu fatawa Abdul Aziz bin Baz; 4/158)

ف

فِطْرُ

Fithru (Berbuka)

Ketika mendengar azan Maghrib, maka ingatlah wahai saudaraku beberapa sunah berbuka;
  1. Menyegerakan berbuka.
لاَ يَزَالُ الدِّينُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ. إِنَّ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُونَ
“Agama ini akan terus tampak di muka bumi selama manusia menyegerakan berbuka puasa, kerana Yahudi dan Nasrani selalu mengakhirkannya.” (Abu Daud, dan Al-Albani berkata; Isnadnya shahih)
  1. Berbuka dengan ruthab (kurma basah) atau tamar (kurma kering).
 كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ الرُّطَبُ لَمْ يُفْطِرْ إِلاَّ عَلَى الرُّطَبِ، وَإِذَا لَمْ يَكُنْ الرَّطَبُ لَمْ يُفْطِرْ إِلاَّ عَلَى التَّمْرِ
“Bahawa Nabi saw. jika ada ruthab maka beliau tidak berbuka kecuali dengan ruthab, dan jika tidak ada ruthab beliau tidak berbuka kecuali dengan tamar.” (Shahih al-jami’ as-shagir lil Albani).
  1. 3.     Berdoa semasa berbuka dengan doa yang ma’tsur,
 ذَهَبَ الظَّمأُ ، وابْتَلَّتِ العُرُوقُ ، وثَبَتَ الأجرُ إِن شاءَ اللهُ
“Telah pergi rasa haus dan basah kerongkong serta telah ditetapkan ganjarannya insya Allah.” (Abu Daud dan dihasankan oleh Al-Albani).
  1. Mendoakan orang yang berbuka bersamanya
أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلائِكَةُ
“Telah berbuka di sisi kalian orang-orang yang berpuasa, sedangkan Malaikat bershalawat atas kalian.” (Thabrani dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Tuesday, August 14, 2012

Tulahan : Berjuang bukan hanya kerana pilihanraya

Salam,

Malam ini baru ada masa untuk menulis , ada banyak yang nak ditulis tapi selalu terbantut dek masa terluang yang pendek. Hidup di negara orang putih ini, siang pendek malamnya panjang. 

Sesetengah orang suka sebab puasa pun pendek. Tak sempat buat apa-apa dah nak buka puasa.

Masa yang pendek ini menghadkan aktiviti penulis. Malam kerja, siang kena tidur jadi masa siang tak banyak yang boleh dibuat. Masa cuti diisi dengan aktiviti jamaah dan persatuan.

Setiap minggu ada iftar jamaei di rumah anak-anak usrah. Aktiviti yang berkesan untuk kuatkan ukhuwwah dan tautan hati sayangkan jamaah. Anak usrah bersaing menyediakan makanan Melayu yang biasa sangat di dalam negara tapi payah nak dapat di luar negara. Selepas tarawih ada tazkirah untuk anak-anak usrah.

Teringat semasa dalam negara, masa Ramadhan banyak diisi dengan aktiviti mencari dana Ramadhan untuk jamaah kawasan sumbangkan kepada fakir miskin, anak yatim, pesakit hospital, surau dan masjid serta guru al Quran.

Penulis dapat berita, jamaah kawasan dapat kumpul dana Ramadhan lebih RM 100 K lebih cepat dari tahun sebelumnya. Seperti tahun sebelumnya Ahli Parlimen, jawatankuasa kawasan, pemuda, muslimat , Unit Amal dan Nisa' adalah tenaga penting yang bergerak mengumpul dana.

Dana cepat dikumpul bila calon Dun yang juga Pesuruhjaya Negeri juga turut menjadi tenaga penting mengumpul dana Ramadhan. Sebelum ini, hanya Ahli Parlimen yang turun ke masjid dan surau di luar kawasan terutama di kawasan kota mengumpul dana. Kali ini, calon Dun turut lakukan aktiviti yang sama.

Tuesday, August 7, 2012

Kamus Ramadhan 6 : Thuhru , Zhama’ Hakiki , ‘Umrah


http://al-ikhwan.net/wp-content/uploads/2012/07/mursi-umrah.jpgط
طُهْرٌ

Thuhru  (Bersuci)

Khusus bagi muslimah, di antara permasalahan yang harus diperhatikan dengan baik dalam bulan Ramadhan adalah suci dari haid atau nifas. Inti permasalahan tersebut adalah:
  1. Jika wanita melihat dirinya sudah bersih namun masih terdapat tanda keruh atau kekuning-kuningan, ia masih haid, kerana tanda kesucian bagi wanita yang disebut dengan “putih bersih”. (fawaid fatawa tahummu al-mar’ah al-muslimah, syaikh ibnu Jibrin, hal 59, ringkasan)
Hal tersebut seperti yang diungkapkan oleh Ummu Athiyah, beliau berkata: “Kami tidak menganggap warna keruh dan kekuning-kuningan sebagai suci sedikitpun.” (Abu Daud dan dishahihkan oleh Al-Albani)
  1. Jika wanita mendapatkan kesucian pada waktu siang hari di bulan Ramadhan, maka pendapat yang benar, tetap berbuka dan wajib mengqadha’ pada hari lain. (Majmu fatawa bin Baz; 4/213)
  2. Jika wanita mendapatkan kesuciannya sebelum fajar; maka diharuskan atasnya berpuasa dan tidak terhalang dirinya dari mengakhirkan mandi hingga terbit fajar, namun tidak boleh mengakhirkannya hingga terbit matahari bahkan wajib atasnya bersuci dan menunaikan solat Subuh sebelum terbit matahari, begitu pula bagi yang junub. (fatawa syaikh bin Baz, dalam fatawa Islamiyah; 2/147)
  3. Jika wanita dibolehkan menggunakan ubat pencegah haid semasa haji kerana khawatir datang bulan, namun harus melalui konsultasi doktor spesialis terlebih dahulu demi keselamatan jiwanya, begitu pula pada bulan Ramadhan jika dirinya selesa berpuasa bersama-sama umat Islam lainnya. (Fatawa Lajnah Daimah, Fatawa Islamiyah; 1/241)

ظ

ظَّمَأُ ْحَقِيْقِيُّ

Zhama’ Hakiki (Rasa Haus Yang Sebenarnya)

Dalam berpuasa hendaknya kita selalu merenungkan hadits Nabi saw.:

 كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلاَّ الظَّمَأُ ، وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلاَّ السَّهَر
“Betapa banyak orang yang berpuasa, tidak mendapatkan pahala dari puasa kecuali hanya dahaga, dan betapa banyak orang yang melakukan qiyam (solat tarawih) tidak mendapatkan pahala qiyam kecuali letih saja.” (Ad-Darimi, dan Al-Albani berkata: Isnadnya Jayyid)

Sedarilah, bahawa kerugian besar bagi orang yang tidak mampu membawa jiwanya berpuasa dari dosa-dosa. Ingatlah jika kita merasa haus semasa berpuasa, maka haus yang sebenarnya adalah rasa haus pada hari kiamat, pada masa itu orang merasa rugi dan menyesal. 

Sungguh, keselamatan bagi orang yang berpegang teguh  dengan sunnah Rasulullah saw., iaitu menahan rasa haus dari dosa. Nabi saw bersabda:

 “Sesungguhnya saya akan memberi kalian suatu lembah, bagi siapa yang melalui dihadapanku maka akan meminumnya, dan barangsiapa yang minum maka tidak akan merasa haus selamanya, dan akan diperlihatkan kepadaku suatu kaum, aku mengenal mereka dan mereka mengenalku, namun terhalang antaraku dengan mereka, maka aku sampaikan bahawa mereka merupakan umatku, maka dikatakan sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang terjadi setelahmu. Maka akupun berkata: celaka, celaka, bagi siapa yang berganti (agama) setelahku.” (Syaikhani)

Thursday, August 2, 2012

Kamus Ramadhan 5 : Syukru , Shiamus Shagir , Dha’fu


http://al-ikhwan.net/wp-content/uploads/2012/08/sujud-1.jpgش
شُّكْرُ

Syukru (Bersyukur)

Tidak berlebih-lebihan adalah salah satu bentuk rasa syukur.

Kebanyakan kita menyiapkan diri menyambut Ramadhan dengan membeli pelbagai makanan dan minuman yang tidak diperolehi di luar bulan Ramadhan.

Bagitu juga kaum ibu, sibuk mempersiapkan bulan Ramadhan dengan berbagai macam makanan untuk berbuka yang melebihi keperluan keluarga sehingga terjadi tabzhir atau berlebihan. Berlebihan adalah saudara syaitan.
Yang sepatutnya dilakukan adalah sederhana.

“Makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (Al-A’raf: 31)

Ingat, bersyukur akan menambah kenikmatan lainnya.

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim:7)
ص
صِيَامُ الصَّغِيْرِ

Shiamus Shagir (Biasakan Si Kecil Berpuasa)

Berusahalah memotivasi anak-anak untuk berpuasa, dan berikan  teladan kepada mereka untuk solat. Kelak jika mereka sudah baligh, mereka tidak merasa mendapatkan beban yang berat.

Bahawa para sahabat seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim- mengajarkan anak-anak mereka yang masih kecil untuk berpuasa, dan membuatkan mereka permainan dari kulit, jika mereka bertanya tentang makanan, merengek  meminta makanan, maka diberikan permainan sehingga membuat mereka lupa dan dapat menyempurnakan puasanya.

Al-hafizh Ibnu Hajar menyebutkan bahawa dalam hal tersebut ada alasan syar’i, iaitu melatih anak-anak kecil untuk berpuasa.

Tuesday, July 31, 2012

Kamus Ramadhan 4 : Rukhsah Al-Fitri , Zakat Al-Fitri , Sahur

http://al-ikhwan.net/wp-content/uploads/2012/07/sahur.jpgرُّخْصَةُ الْفِطْرِ

Rukhsah Al-Fitri (Dispensasi/Berbuka)

Di antara kemudahan ajaran Islam adalah Allah swt. memberi dispensasi bagi  musafir untuk berbuka pada siang hari di bulan Ramadhan, baginya berat berpuasa atau tidak.

Dari Hamzah bin Amru Al-Aslami ra, berkata: “Wahai Rasulullah saw: Saya mendapati bapa saya kuat untuk berpuasa semasa musafir, maka apakah itu dosa? Nabi bersabda: “Itu merupakan keringanan dari Allah, maka bagi siapa yang mengambil maka baik baginya dan bagi siapa yang suka untuk berpuasa maka tidak ada dosa atasnya.” (Muslim)

“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang mengambil rukhsah yang diberikan, sebagaimana Allah membenci orang yang melakukan maksiat.” (Muslim)

Syaikh Abdul Aziz bin Baz berkata: “Bahawa yang utama bagi orang yang berpuasa adalah berbuka secara mutlak jika dalam perjalanan, namun bagi yang ingin berpuasa dipersilakan dan tidak ada dosa atasnya. Tidak ada perbezaan antara orang yang musafir dengan menggunakan kereta, unta,  perahu  kapal laut, atau pesawat terbang, kerana semuanya mencakupi bahagian dari musafir yang boleh mengambil rukhsahnya.” (Majmu’ fatawa, syikh bin Baz, 4/178, ringkasan)
ز
زَّكَاةُ الْفِطْرِ

Zakat Al-Fitri (Menunaikan Zakat Fitrah)

Allah swt. mensyariatkan zakat fitrah sebelum ditunaikan solat Eidulfitri.

 “Zakat fitrah untuk membersihkan jiwa orang yang berpuasa dari laghwu (senda gurau) dan rafats (perkataan kotor), sekaligus memberikan makan kepada orang-orang miskin. Bagi siapa yang menunaikannya sebelum solat maka ia merupakan zakat fitrah yang makbul dan barangsiapa yang menunaikannya setelah solat Eidulfitri, maka ia merupakan sedekah biasa.” (Baihaqi dan ditashih oleh Al-Albani).

Di antara hukum-hukumnya adalah:
  1. Wajib atas setiap jiwa seorang muslim untuk mengeluarkannya, dan juga anggota keluarganya iaitu anak-anaknya, isteri-isterinya dan pembantunya (atau orang yang berada dibawah tanggungannya).
  2. Pembantu yang memiliki kewajiban berzakat atas dirinya, maka disunnahkan bagi orang yang  mengambilnya sebagai pembantu untuk membayarkan zakatnya.
  3. Besarnya zakat adalah satu sha’, berupa makanan pokok suatu negeri; seperti tamr, sya’ir, bur (gandum), dzurrah (jagung) atau aruz (beras). Satu sha’ sama dengan 3 kg.
  4. Orang yang yang berada dalam kandungan tidak diwajibkan untuk dikeluarkan zakatnya, namun disunnahkan.
  5. Sunnahnya diserah terus kepada orang-orang miskin di daerah tempat muzakki tinggal dan tidak memindahkannya ke daerah lain.
  6. Boleh mengeluarkannya satu atau dua hari sebelum idul fitri, atau pada malam ke 28 dan ke 29.

Monday, July 30, 2012

Kamus Ramadhan 3 : Khuruj Minal Manzil , Do’a , Dzikir


http://al-ikhwan.net/wp-content/uploads/2012/07/ramadhan-doa.jpgخ
 خُرُوْجُ مِنَ الْمَنْزِلِ

Khuruj Minal Manzil (Keluar Dari Rumah)

Pada bulan Ramadhan umat Islam lelaki dan perempuan sangat dianjurkan untuk keluar dari rumah mereka untuk menunaikan solat tarawih dan mendengarkan ta’lim di masjid.

“Janganlah kalian melarang isteri-isteri kalian ke masjid, namun di rumah lebih baik bagi mereka.” (Abu Daud ditashih oleh Al-Albani)

Muslimah keluar rumah dengan tetap melaksanakan hijab syar’i, sebagaimana yang disebutkan para ulama; menutupi seluruh badan, tidak menampakkan perhiasan, tidak nipis sehingga tembus padang, tidak ketat sehingga menampakkan lekuk tubuh, tidak semerbak wangi-wangian serta tidak menyerupai lelaki dan lelaki tidak menyerupai perempuan, tidak menyerupai orang-orang kafir, dan juga tidak berpakaian yang menaikkan syahwat.”
Jangan sia-siakan malam-malam yang agung di tempat-tempat membeli-belah dan tempat-tempat tiada guna lainnya.

د
دُّعَاءُ

Do’a (Berdoa)

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina.”
“Doa adalah otak ibadah.” (Ahmad dan yang lainnya, dan ditashih oleh Al-Albani)

Oleh itu jangan lewatkan masa berharga pada bulan yang dimuliakan ini dengan bersungguh-sungguh bersimpuh dihadapan Allah swt., meminta dua kebaikan; dunia dan akhirat. Memperbanyak doa pada saat-saat mustajabah (doa-doa dikabulkan) seperti yang disampaikan oleh Rasulullah saw:

“Orang yang berpuasa hingga berbuka, orang yang sedang dalam perjalanan, orang tua terhadap anaknya, muslim kepada sesama muslim dari kejauhan, antara azan dan iqomat, pada sepertiga malam terakhir, pada waktu bersujud, pada masa turun hujan, dan pada akhir waktu hari jum’at.”

Ikhlas dalam berdoa, bersuara lembut dan tidak tergesa-gesa serta yakin dengan pengkabulan do’a, ingatlah hadits nabi saw:

“Sesungguhnya Tuhan kalian selalu hidup dan Maha dermawan, akan malu dari hamba-Nya jika mengangkat kedua tangannya, memohon kepada-Nya, kemudian Allah tidak mengkabulkannya.” (Abu Daud dan ditashihkan oleh Al-Albani)

Begitu pula jangan terlalu lemah dalam berdoa. Rasulullah saw. bersabda:
“Orang yang paling lemah adalah yang lemah semasa berdoa dan orang yang bakhil adalah orang yang tidak mahu mengucapkan salam.” (Baihaqi dan ditashih oleh Al-Albani)

Sunday, July 29, 2012

Kamus Ramadhan 2 : Tsubut Syahr , Juud , Hifzhul Jawarih

http://al-ikhwan.net/wp-content/uploads/2012/07/ramadhan2.jpgث
ثُبُوْتُ الشَّهْرِ
Tsubut Syahr (Ketetapan Bulan)

Bulan Ramadhan ditetapkan masuk dan keluarnya melalui rukyah atau melihat hilal (anak bulan).

“Janganlah kalian berpuasa sehingga kalian melihat hilal dan jangan berbuka sehingga kalian melihat hilal, dan jika terjadi kesamar-samaran maka hitunglah baginya (hingga hari 30). Dalam riwayat lain: “Lengkapilah hingga 30 hari.” (Muttafaq alaih).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyebutkan ijma Ulama bahawa tidak boleh bergantung pada hisab saja dalam menentukan hilal. (Majmu fatawa syaikh bin Baz, 4/174)

Seorang muslim hendaknya berpuasa mengikuti negara di mana dia tinggal, begitu pun dengan berbuka, sebagaimana sabda Rasulullah saw.:  

“Puasa pada hari kalian berpuasa dan berbuka pada hari kalian berbuka, sementara Idul Adha pada masa kalian berkorban.” (Tirmidzi dan ditashih oleh Al-Albani)

ج
جُوْدُ

Juud (Berderma)

Ramadhan sebagai titik tolak munculnya sifat prihatin dan solidariti.  Setiap orang yang berpuasa, pasti merasakan lapar, haus, letih. Dengan merasakan ini, akan melahirkan sikap solidariti kaum lemah.

“Bahawa Rasulullah saw. merupakan manusia paling dermawan terhadap kebaikan, dan kedermawanannya meningkat saat masuk bulan Ramadhan, ketika Jibril mentalaqqi nabi, dan Jibril selalu mentalaqqinya setiap malam bulan Ramadhan hingga selesai membaca Al-Qur’an, dan ketika dijumpainya, nabi paling dermawan dalam kebaikan dibanding angin yang bertiup.” (Bukhari)

Saturday, July 28, 2012

Kamus Ramadhan 1 : Ihtisab, Basyarah, Tarawih

http://al-ikhwan.net/wp-content/uploads/2012/07/ramadhan-4.jpgSubhanallah, ternyata huruf-huruf hijaiyah dua puluh lapan dalam konteks Ramadhan sangat syarat pengetahuan dan nilai. Berikut ini kami hadirkan secara bersambung pengetahuan dan nilai itu, mulai huruf Alif sampai huruf Ya’ :

أ
إِحْتِسَاب
Ihtisab (Mengharap Pahala Allah)
Maksudnya adalah berharap dan memohon pahala dan redha Allah swt. dalam melaksanakan aktiviti Ramadhan. 

Rasulullah saw. bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِه
 “Barangsiapa berpuasa kerana iman dan berhadap ganjaran dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Muttafaqun alaih)

 مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْء
“Barangsiapa  memberi buka orang yang berpuasa maka baginya –pahala- seperti orang yang berpuasa, tanpa dikurangi sedikitpun ganjaran orang yang berpuasa.” (Ahmad dan ditashih oleh Al-Albani)

ب
بَشَاَرَةُ
Basyarah (Khabar Gembira)
Kita bersyukur kepada Allah swt kerana kita bertemu bulan Ramadhan, bulan penuh khabar gembira. Rasulullah saw. bersabda: 

“Jika pada malam pertama bulan Ramadhan maka syaitan-syaitan diikat, jin-jin diusir, pintu-pintu neraka ditutup, pintu-pintu syurga dibuka, dan tidak akan ditutup selamanya. Pada setiap malamnya ada yang menyeru: wahai pelaku kebajikan datanglah. Wahai pelaku kejahatan kurangilah. Allah akan melepaskan hamba-Nya dari neraka, dan hal itu dilakukan setiap malam Ramadhan.” (HR. Ibnu Majah dan dihasankan oleh Albani)

“Sesungguhnya didalam syurga ada pintu bernama Royyan, tidak ada yang memasukinya kecuali mereka yang shaum Ramadhan.” (Muttafaq alaih)

Para salafus shalih jika memasuki bulan Ramadhan mereka berdoa: “Ya Allah, Dzat yang telah menaungi kami di bulan Ramadhan, jadikan kami untuknya, anugerahkan kepada kami puasanya dan qiyamnya, anugerahkan pula kepada kami kesungguhan, kekuatan, kegairahan,  keseriusan, dan jauhkan kami dari fitnah-fitnah di bulan Ramadhan ini.”

Friday, July 20, 2012

11 amalan sunat bulan Ramadan


Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar


Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)


2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka


Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)


3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.


Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”


4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)


Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

Saturday, July 7, 2012

Doa restu seorang ibu


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgarQQUAn15vQPArD6E1bY0D885wtDOJMWWDATdpM6nFZE0RU_WLqal39qnFxLFz-ynPUqTDOQQzPbbz2RR7nXxodOs375J_ajs4PX6XUa6dquktZEON9B4D1JFLUA2r5tLm20f5d9TsQk/s1600/doahar5.gifSejak kecil, Imam Syafie telah hafal al-Quran dan banyak hadis. Jika mendengar ada guru datang mengajar, dia segera pergi bagi menimba ilmu. Ketika berusia 14 tahun, Imam Syafie menyatakan hasrat kepada ibunya tentang keinginannya untuk merantau bagi menambahkan ilmu.

Pada mulanya, ibunya merasa berat untuk melepaskan kerana Syafie adalah satu-satunya harapan ibunya untuk menjaganya di hari tua. Demi ketaatan dan kasih sayang Syafi'e kepada ibunya, dia membatalkan keinginannya itu. Akhirnya ibunya mengizinkan Syafi’e merantau bagi menambah ilmu pengetahuan.


Sebelumnya melepaskan anaknya, maka ibunya berdoa, “Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh Alam! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keredhaanMu. Aku rela melepaskannya untuk menuntut pengetahuan peninggalan PesuruhMu. Oleh kerana itu aku bermohon kepadaMu, ya Allah agar dipermudahkan urusannya. Peliharakanlah keselamatannya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat kepulangannya nanti dengan dada yang penuh dengan ilmu yang berguna. Amin!”

Selesainya berdoa ibunya memeluk Syafie yang kecil dengan penuh kasih sayang dan dengan linangan air mata kerana sedih untuk berpisah.

“Pergilah anakku. Allah bersamamu! Insya-Allah engkau akan menjadi bintang ilmu yang paling gemerlapan dikemudian hari. Pergilah sekarang kerana ibu telah redha melepaskanmu. Ingatlah bahwa Allah itulah sebaik-baik tempat untuk memohon perlindungan.”

Thursday, July 5, 2012

Tulahan : Semakin hari Najib tangguh, semakin kuat gelombang rakyat mahukan pilihanraya


Salam,

http://greencastle.files.wordpress.com/2012/06/hijau1jun.jpgBahang pilihanraya makin panas malah makin lama Najib menangguhkan pembubaran parlimen, semangat rakyat semakin membuak-buak marahkan Umno/Bn. 

Sahabat jamaah dari kawasan bagi tahu penulis, setiap aktiviti yang jamaah kawasan anjur mendapat sambutan luar biasa. Jika dulu ceramah yang menarik kehadiran ramai hanya jika penceramah popular PR yang datang ceramah.

Namun sekarang, letaklah siapa pun penceramahnya. Rakyat akan keluar untuk memenuhi kawasan ceramah. Bukan hanya ceramah perdana, ceramah kelompok pun boleh capai kehadiran lebih 500 orang. 

Baru ini, jamaah kawasan ada buat program tarbiyaah Solat Hajat dan Tahlil Perdana. Dulu program tarbiyah begini kurang sangat sambutannya, tapi baru-baru ini belum pun sampai tarikh program dah penuh penyertaannya. Inilah gelombang kebangkitan rakyat menolak Umno/bn.

Bukan hanya di kawasan penulis, malah di seluruh negara. Dari utara Perlis sehingga selatan Johor, himpunan hijau catat kehadiran luar dugaan. Tak pernah kehadiran sebegitu ramai sebelum ini di Johor, tak pernah seramai itu di Pahang. 

Itu di negeri kubu Umno, jangan cakap la di negeri kubu jamaah  seperti  Kelantan , Kedah, Terengganu . Terengganu antara yang nampak jelas lonjakan rakyat menolak Umno/bn, hanya tunggu bubar parlimen sahaja untuk jamaah kuasai Terengganu.

Maknanya, selagi Najib tangguh bubar parlimen, semakin kuat gelombang rakyat bersama PR. Rakyat sudah tidak sabar menunggu tarikh mengundi untuk jatuhkan Umno/bn. 

Ini semua dalam pengetahuan Najib. Maklumat perisikan yang Najib terima mengerunkannya, sebab itulah tarikh pembubaran parlimen sentiasa ditangguh bagi mencari jalan menghalang gelombang rakyat atau sekurang-kurangnya meredakannya.

Wednesday, July 4, 2012

Kisah pemerintah umat Islam menjadi kuli di pasar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFmebh7NWETL_xJGUqxs9wIke1yFu7DEQV4vZMYpSnSZ2Jhy2fYkrBgPw_Pt821SkGon33NIvsGkWUqSurcH9anp3oBBpTT1wCBveQv1buX0cfFiDLMmFv5YL5Ii7Su1-8vNZSUwDYtYg/s1600/umar-2.jpgDi antara banyak peperangan yang paling dahsyat adalah Perang Khandaq. Semasa itu kaum Yahudi Madinah melakukan pengkhianatan dengan musyrikin Mekah yang terdiri atas berbagai golongan, dan bergabung menjadi satu untuk menghancurkan umat Islam di Madinah.

Halangan dilakukan oleh tentara gabungan itu, didukung dengan sabotaj dari dalam oleh orang-orang Yahudi. Umat Madinah sudah mulai dihinggapi kelemahanan dan putus asa, kelaparan dan kehilangan semangat, sementara setiap masa tentera musuh bakal menyerbu dengan sengit.


Dalam kekalutan itulah muncul satu nama ke permukaan, nama yang tadinya tidak terlalu diperhitungkan milik seorang mualaf muda kelahiran negeri Parsi. Ia adalah Salman yang dikenali al Farisi sesuai tanah tumpah darahnya. Pemuda ini menyarankan agar digali parit panjang dan dalam mengelilingi kota Madinah.


Rasulullah menyambut cadangan itu dengan gembira. Dan itulah awal kebangkitan semangat umat Islam untuk mempertahankan kedaulatannya dan awal kehancuran musuh-musuh umat Islam.


Sejak itu nama Salman al Farisi meningkat naik. Di zaman pemerintahan Umar bin Khattab, Salman mendaftarkan diri untuk ikut dalam ekspedisi ketenteraan ke Parsi. Ia ingin membebaskan bangsanya dari genggaman kezaliman Kisra Empayar Parsi yang mencekik rakyatnya dengan penindasan dan kekejaman. Untuk membina istana Iwan Kisra sahaja, ribuan rakyat jelata terpaksa dikorbankan, tidak setitik pun rasa kasihan terselit di hati sang raja.


Di bawah pimpinan Panglima Sa’ad bin Abi Waqash, tentera muslim akhirnya berhasil menduduki Parsi, dan membawa rakyatnya dengan bijaksana menuju kedamaian Islam. Di Qadisiyah, keberanian dan keperwiraan Salman al Farisi sungguh mengagumkan sehingga kawan dan lawan menaruh menaruh hormat padanya.


Tapi bukan itu yang membuat Salman menitiskan air mata keharuan pada waktu ia menerima kedatangan utusan Khalifah dari Madinah. Ia merasa jasanya belum sebesar mana, namun Khalifah telah dengan teguh hati mengeluarkan keputusan bahawa Salman diangkat menjadi amir negeri Madain.

Saturday, June 30, 2012

Tulahan : Hargai kehendak anak muda, jangan sekat

Salam,
 
Ada beberapa orang pengunjung Facebook jamaah yang meminta penulis sebagai admin menegur pemuda jamaah yang menganjurkan konvoi motorsikal sempena Xpresi Himpunan Anak Muda ke Putrajaya .

Mereka mungkin tak tahu penulis di luar negara.Walaupun di luar negara penulis ikuti perkembangan himpunan ini. Tahu betapa bersungguhnya kerja kuat pemuda jamaah kawasan untuk jayakan aktiviti ini.

Hujah mereka konvoi itu adalah cara Umno, konvoi itu akan menakutkan pengundi kepada jamaah, konvoi itu melalaikan anak muda.

Silaplah mereka berhujah dengan penulis. Penulis tanya mereka , bagi bukti konvoi itu cara Umno . Mereka tak dapat bagi bukti, hanya bagi tahu Umno suka buat.

Penulis bagi tahu mereka, jiwa anak muda bukan sama macam orang tua. Jika mereka suka kepada konvoi , hargailah kehendak mereka selagi mereka dapat berkonvoi dengan berhemah tanpa memudaratkan orang lain.

Pengisian program Xpresi anak muda bukan hanya konvoi, tapi ada aktiviti lain yang bermanfaat . Ada demontrasi silat, taekwando, ceramah dari pimpinan yang banyak beri nasihat yang berguna kepada anak muda.

Bukan senang anak muda boleh berkumpul untuk dengar pimpinan bagi pengisian. Inilah ruangnya, disamping mereka gembira berkonvoi, mereka juga dapat input-input nasihat dan motivasi yang diterapkan pimpinan jamaah.

Berbeza dengan Umno. Selepas berkonvoi mereka dihiburkan dengan artis dengan nyanyian melalaikan.

Jika , jamaah suka mengongkong kehendak anak muda . Mereka akan memberontak, tidak puas hati. Lama kelamaan mereka akan lari aktiviti jamaah.

Penulis ada pengalaman semasa PRU 2004. Pemuda jamaah adakan himpunan 1000 pemuda, memang yang datang lebih 1000 pemuda . Datang dengan motorsikal, berhimpun, baca ikrar dan selepas itu mereka mahu konvoi pusing kawasan.

Saturday, June 23, 2012

Tulahan : Najib punya pasal, tak balik - balik Malaysia


Salam,

http://www.fuhsantai.com/wp-content/uploads/2012/04/Pilihan-Raya-Umum-13.jpgSejak balik Malaysia bulan September  tahun lepas, penulis menunggu-nunggu Najib bubar parlimen sebab nak balik Malaysia. Ingat Najib nak bubar bulan Mac, tak bubar. Tunggu bulan Mei, tak juga bubar. Tunggu pula bulan Jun tak juga bubar.

Sekarang dah lebih 6 bulan penulis tak balik. Memang penulis bercadang setiap 6 bulan nak balik Malaysia bantu kerja jamaah kawasan. Najib punya pasal segalanya dah berterabur.

Jika penulis balik , risau pula Najib bubar kena balik lagi. Penulis bukan kerja part time macam dulu, senang nak bercuti. Sekarang, jika nak cuti bukan boleh sekejap-sekejap cuti. Jadi terpaksa tunggu Najib bubar parlimen.

Rasa nak balik, bila tengok program-program jamaah kawasan yang banyak memang hati tergerak nak balik. Terbaru ceramah Abang Mat kat markas baru Kuala Kurau, tengok kat internet ramai yang datang.

Bukan sebab nak tengok orang ramai datang, tapi nak tengok tapak markas kat Kuala Kurau. Sebelum penulis ke luar negara, penulis ada bagitau beberapa orang kuat jamaah kat Kuala Kurau supaya tinjau-tinjau jika ada tanah nak jual untuk buat markas.

Syukurlah, Allah mempermudahkan perjuangan . Ada hamba Allah , tokoh pejuang muslimat yang wakafkan rumahnya untuk dijadikan markas apabila beliau meninggal dunia.

Penulis dapat tahu, tokoh ini telah dipilih untuk menerima anugerah tokoh muslimat kawasan dalam mesyuarat agung jamaah kawasan tahun ini. Namun , beberapa hari sebelum tarikh mesyuarat agung, beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Tak sempat terima anugerah berkenaan.

Memang menyedihkan, menitis air mata terutama muslimat yang bersama -sama berjuang sejak sekian lama dengannya. Bila beliau meninggal dunia, diberitahu tentang wasiat beliau mewakafkan rumahnya untuk perjuangan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh tokoh pejuang ini.

Walaupun tak boleh balik, penulis tidak risau sangat tentang gerak kerja jamaah di kawasan sebab ramai yang boleh jadi pengerak.  Program terus bergerak, sambutan rakyat bertambah kuat hanya menanti parlimen dibubarkan.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor : Pilu mengingati dirimu

Hari Hari Terakhir Ustaz Fadzil Noor
Esoknya ustaz masih belum sedarkan diri. Orang semakin ramai datang ke ICU untuk menziarahi ustaz, tetapi hampa apabila peraturan tidak membenarkan mereka masuk. Ada yang datang dari jauh – Kelantan, Kedah, Johor . Ada yang datang dengan bas rombongan.

Antara yang paling awal bunga kepada Ustaz ialah , DYMM Sultan kedah. Ketika itu saya sedang menunggu di luar wad ICU. Saya menerima bagi pihak keluarga dan parti , dari penghantar bunga. Pada jambangan bunga tersebvut, terselit sekeping kad yang tertera kata – kata : BETA DAN SULTANAH MENDOAKAN, AGAR YB DATUK SEGERA SEMBUH,”.

Ustaz terus tidak sedarkan diri beberapa hari selepas itu. Ada sedikit tanda – tanda positif seperti beliau mula mengerakkan jari dan membuka mata seketika apabila dipanggil. Ada tanda- tanda positif ,tetapi terlalu perlahan

Semakin hari dan setiap masa tanpa mengira masa waktu lawatan , semakin ramai yang datang untuk menziarah dan memberi sokongan moral.Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,Menteri – Menteri dan Ahli Parlimen turut menziarah. Jambangan bunga pun semakin banyak diterima dari pelbagai pihak termasuk kedutaan asing.

Saya,Dr Hatta, Dr Wahab dan beberapa rakan menunggu dan membantu mengendalikan pelawat dan keluarga hampir setiap hari , sehingga jam 2 atau 3 pagi. Pelbagai pihak termasuk media massa cuba mendapatkan maklumat terkini. 

Pelbagai rumours disebarkan tentang ustaz .kami yang sentiasa berada di HUKM enggan mengulas, kerana untuk mengetahui keadaan Ustaz selayaknya diperolehi daripada HUKM.

Kami memantau keadaan Ustaz dari semasa ke semasa,selagi beliau belum sedar,keadaannya amat membimbangkan.Tetapi tidaklah wajar kami melahirkan kebimbangan ini kepada sesiapa yang datang .

Tuesday, June 19, 2012

Melayu Sepakat Islam Berdaulat : 7 kenyataan pimpinan ISMA yang celaru lagi keliru



Photo: Saya mulakan dgn ARAHAN ALLAH ini;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Wahai orang beriman! Apabila kamu bertemu dengan pasukan musuh [serta tipu daya mereka] maka hendaklah kamu teguhkan pendirian kamu, dan sebut serta ingatilah Allah sebanyaknya supaya kamu berjaya mencapai kemenangan".
[Al-Anfal: 45]

ARAHAN ALLAH utk mereka yg ceburi 'amal dakwah ini utk pegang kuat [tsabat] apabila suatu pendirian dah dibuat, atau disyurakan! Kenali "musuh" dlm muwajjahah silmiyyah [politik pilihanraya] adalah KEWAJIPAN utk du'at, dan istiqamahlah. Musuh itu adalah dasar [millah] dan manusia itu menjadi mad'u.

Oleh itu;

1- Seorg da'ie diharuskan menggunakan apa jua tool, atau platform utk kerja dakwah disampaikan. Selagi tidak diharamkan, maka pelbagai tool yg ada di pasaran itu diharuskan. Malah jadi wajib bila tiada tool lain. Tidak timbul istilah: "ini kerja Islam, itu bukan kerja Islam" dlm 'amal dakwah.

2- Juga dlm politik. Du'at harus keluar dari definasi politik kebencian yg menjadi persepsi manusia. Du'at wajib warnakan politik itu dgn cahaya Islam. belajarlah dari 'ibrah lampau bagaimana utk mewarnakan poltik itu.

3- Mukmin hanya terlibat dlm politik utk amar makruf nahi munkar. Tiada matlamat lain. Tapi seorang fajir muslim atau bukan Islam masuk politik utk kuasa, harta & wanita. Semua itu mampu dibezakan. Keikhlasan diterbitkan oleh Allah tatkala kita bersungguh dlm dakwah itu. Sebaliknya kehinaan ditimpakan buat mereka yg bersama kefasadatan. Itulah fitrah alam. Dah banyak dibentang depan mata kita.

4- Mesir melalui zaman fitrahNya. Bumi anbiyak itu juga adalah rumah fir'aun. Pelbagai tamadun silih ganti. Lama bagaimanapun kuasa, Allah akan jatuhkan. Tuhan pinjamkan kuasa pada sahabat kita Ikhwanul Muslimin utk mereka bebaskan kezaliman & penghambaan makhluq itu secara 'amali, bukan lagi kata-kata. Susah sebenarnya mahu keluarkan si arab itu dari penghambaan fir'aun utk kembali pada risalah nubuwwah. Sasarannya utk manusia Islam & bukan Islam. Selebihnya tunggulah hidayah Allah yg bakal tiba...


BESAR SUNGGUH AMANAH kamu wahai Mursi & ikhwah di sana!
Kami menjejakimu sekarang ini di bumi Malaysia...!
Du'akan kami!

=================

Teka-teki di tanahair makin dekat. Kita dah tak ada masa. Peperangan ini memerlukan FOKUS dan ambillah posisi & peranan masing2. Buatlah sekecil mana sekalipun dlm jihad ini, walau utk bancuh kopi, pasang bendera, kerja cula, Unit 'Amal atau kawal pondok panas sekalipun. Atau tidak mampu juga; cukuplah utk tebarkan du'a buat mereka yg di medan ini.

JANGANLAH GANGGU FOKUS MEREKA!
Saya ajak semua rakan dakwah utk bantu, bukan berseteru! Saya kecewa sejak tahun kebelakangan ini, ketika PAS & Gerakan Islam ber-muwajjahah silimiyyah, sekelompok manusia dari ISMA sanggup tak berpendirian melontarkan tembakan "PAS hilang identiti", "PAS dlm kecelaruan", "PAS diperalat", "PAS tak mahu negara Islam", kaji semula tahaaluf siyasi, etc... Semua ditujukan buat PAS yg sdg berjuanga, bukan pada musuh. 

Semakin parah dua minggu ini, tatkala mereka terpaksa cari redho musuh yg "dikatakan fasik" itu utk kuatkan keris perkauman mereka.

Siapa sebenarnya yg CELARU & KELIRU? Slogan perkauman ISMA itu disambut gembira [dalam photo] oleh mereka. Beratnya slogan perkauman itu, sampai ISMA menggelupur lebih 7 kecelaruan mempertahankan kecelaruan itu;


[1] PERTAMA - Sebaik Mac 2008, serangan pertama utk PAS+UMNO bersatu penuh, bermula di Perak, dan merebak ke tempat2 lain demi melawan DAP dan non-muslim lain yg kafir dan anti Islam.

[2] KEDUA - Selepas tidak popular, datang seruan PAS & UMNO tak perlu bersatu sbg parti, cukuplah berpakat dlm perkara yg menguntungkan Melayu & Islam. Masa itu keluarlah slogan perkauman Melayu Sepakat Islam Berdaulat sbg dasar perkauman mereka.

[3] KETIGA - Bagi yg dah keliru, mereka datangkan pendirian masing-masing; kami setuju dgn tahaaluf itu, cuma kami mahukan PAS lebih menonjol dan jangan diperkudakan oleh DAP atau Anwar. Nampak menarik!

[4] KEEMPAT - Tidak lama keluar pula kenyataan "BN itupun pun adalah tahaaluf siyasi juga". [Masya Allah!] Berdegar PutraJaya dgn ucapan itu. Hudhaibiyyah disamakan dgn BN! Kezaliman disandarkan pada sirah nabi? Atas dasar BN itu tahaaluf siyasi; berkatalah qiyadah lain mengguna usul fiqh "mudhorat yg lebih kecil" maka Pakatan Rakyat itu lebih bahaya jika menang dlm PRU13 kelak.

[5] KELIMA -  Keputusan rasmi syura diumumkan oleh Ketuanya sendiri "tolak UMNO, tolak DAP, sokong penuh PAS, tapi hanya sokong PAS yg tulen sahaja". Akhirnya cuba disangkal dalam tulisan di facebook bila dikritik hebat. Syura boleh berubah2 ikut suka hati? Ahli masih bingong dgn pendirian PAS tulen jelmaan Hasan Ali itu.

[6] KEENAM - Tatkala marah bila ditegur terbuka; datang asatizah Negeri Sembilan mengeluarkan fatwa yg panjang bahasa Minang [https://www.facebook.com/mohdhazizi.abrahman/posts/424767477556731?comment_id=5090022&notif_t=comment_mention].
Faham dari fatwa itu maka yg plg layak utk dipilih hanyalah jika yg bertanding itu adalah JATi atau ISMA sahaja. Tidak ada mana-mana pemimpin parti politik sekarang jatuh dlm kriteria yg diberikan itu.

[7] KETUJUH - Pasca KOMPAS yg sungguh membanggakan UMNO yg dikatakan "fasik"itu, dan selepas bualbicara Kelantan minggu sudah; tampillah arahan tunggu & lihat hinggalah keluar manifesto utk buat pendirian politik.


p/s - 
Saya TEGASKAN dgn sungguh di sini, kenyataan Us Fauzi Asmuni di Kelantan di hadapan umum yg dia dah baca "Kertas Kerja Tahaaluf Siyasi" PAS adalah tidak benar [bohong]. Saya serahkan "Garis Panduan Tahaaluf Siyasi" pada beberapa pimpinan ISMA yg minta, bukan Kertas Kerja. Garis Panduan itu dijadikan sisipan utk perbahasan muktamar dan dipelbagai peringkat dahulu.

Itu bukan sesekali Kertas Kerja Dasar [strategy] yg ada di Ibu pejabat PAS, dan hingga kini ISMA belum mengotakan janji mereka utk jumpa & discuss dgn qiyadah PAS.


=================

SIAPA CELARU & KELIRU?
Saya geleng kepala dgn 7 pendirian oleh hampir 7 asatizah ISMA itu. Saya terpaksa pamerkan pendirian "merapu" ini disebabkan disiplin pemilihan ketua & khilafah bukan kecil dan dhowabitnya sungguh ketat. Saya benci pada mereka anggap PAS tak serious dlm tahaaluf ini, sampai melontar FITNAH tiada kertas kerja, tiada nas, berbohong pada ahli etc. Ada yg begitu 'ujub menunjukkan ilmu dari Mesir mereka.

JAWAPAN saya dari kecelaruan di atas saya nyatakan di sini
http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150949216144876


Mohon asatizah ISMA, ie; Abdullah Zaik, Aminuddin, Sharipudin, Hazizi, Fauzi dan lain2 mereka utk baca kecelaruan yg saya kongsikan ini.

Itu semua KALAM KAMU wahai asatizah atasan tatkala bercakap isu politik, tapi gagal berpijak pada realiti &  fitrah 'alam. Saya tidak berani menciptakan kata-kata sebegitu.

Ummah melihat, ahli2 jundiyyah ISMA melihat. Walau ada musuh2 Islam yg gembira & suka atas kecelaruan itu, TAPI kami sbg du'at dakwah & siyasah sungguh kecewa. Kami sgt sayangkan antum sebenar2nya kerana Allah, dan kami mahu kamu turut mengambil posisi dalam muwajjahah silmiyyah ini.


Bagi yg berjihad - TERUSKAN amanah kamu!

Jangan sesekali terpedaya atas apa jua helah mengangkat AlQuran ketika peperangan Shiffin ini. Kukuhkanlah pendirian kamu, Insya Allah janji Alaah itu adalah semakin pasti...!



Way forward! 
Irkam ma'ana ayyuhal ikhwatil kiram...!
Masanya belum terlambat...


_Saya mulakan dengan ARAHAN ALLAH ini;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Wahai orang beriman! Apabila kamu bertemu dengan pasukan musuh [serta tipu daya mereka] maka hendaklah kamu teguhkan pendirian kamu, dan sebut serta ingatilah Allah sebanyaknya supaya kamu berjaya mencapai kemenangan".
[Al-Anfal: 45]

ARAHAN ALLAH untuk mereka yang ceburi 'amal dakwah ini untuk pegang kuat [tsabat] apabila suatu pendirian dah dibuat, atau disyurakan! Kenali "musuh" dalam muwajjahah silmiyyah [politik pilihanraya] adalah KEWAJIPAN untuk du'at, dan istiqamahlah. Musuh itu adalah dasar [millah] dan manusia itu menjadi mad'u.

Oleh itu;

1- Seorang da'ie diharuskan menggunakan apa jua tool, atau platform untuk kerja dakwah disampaikan. Selagi tidak diharamkan, maka pelbagai tool yang ada di pasaran itu diharuskan. Malah jadi wajib bila tiada tool lain. Tidak timbul istilah: "ini kerja Islam, itu bukan kerja Islam" dalam 'amal dakwah.

2- Juga dalam politik. Du'at harus keluar dari definasi politik kebencian yg menjadi persepsi manusia. Du'at wajib warnakan politik itu dgn cahaya Islam. belajarlah dari 'ibrah lampau bagaimana untuk mewarnakan poltik itu.

3- Mukmin hanya terlibat dalam politik untuk amar makruf nahi munkar. Tiada matlamat lain. Tapi seorang fajir muslim atau bukan Islam masuk politik untuk kuasa, harta dan wanita. Semua itu mampu dibezakan. Keikhlasan diterbitkan oleh Allah tatkala kita bersungguh dalam dakwah itu. Sebaliknya kehinaan ditimpakan buat mereka yang bersama kefasadatan. Itulah fitrah alam. Dah banyak dibentang depan mata kita.

4- Mesir melalui zaman fitrahNya. Bumi anbiyak itu juga adalah rumah fir'aun. Pelbagai tamadun silih ganti. Lama bagaimanapun kuasa, Allah akan jatuhkan. Tuhan pinjamkan kuasa pada sahabat kita Ikhwanul Muslimin untuk mereka bebaskan kezaliman dan penghambaan makhluq itu secara 'amali, bukan lagi kata-kata. Susah sebenarnya mahu keluarkan si Arab itu dari penghambaan fir'aun untuk kembali pada risalah nubuwwah. Sasarannya untuk manusia Islam & bukan Islam. Selebihnya tunggulah hidayah Allah yg bakal tiba...

Friday, June 15, 2012

Makan daging babi : Jawapan Syeikh Muhammad Abduh yang mengejutkan


Pada suatu ketika, Syeikh Muhammad Abduh telah bersafari ke Eropah. Sesampai di Perancis beliau telah diundang kesuatu majlis forum yang dihadiri oleh ummat islam dan bukan islam di sebuah bandar.

Diantara perkara yang dibangkitkan oleh bukan islam kepada Tuan Syeikh Abduh dalam forum itu ialah tentang pengharaman mengkomsumsi daging babi dalam Islam.


Mereka mengatakan kepada Abduh, bahawa perusahaan pengeluaran daging babi di perancis melalui proses pemantauan, rawatan dan teknologi yang sangat moden, saintifik, hegenik dan teliti pada semua peringkat perladangan lagi, penyediaan bahan makanan babi, pemotongan daging, pembungkusan dan pemasakan di restoran. 
 
Semua proses rawatan dan pemantauan moden ini telah menyebabkan memakan daging babi menjadi selamat kerana semua bentuk cacing, mikrorgasma, ulat, kuman dan bakteria dalam daging babi telah musnah melalui teknologi ini. Pengharaman daging babi menjadi tidak berasas lagi.

Bagi menjawab tantangan ini, Abduh telah meminta disediakan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina serta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina.

Saturday, May 26, 2012

Rahsia solat berjemaah dirungkai melalui Teori Fizik



Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. 

Friday, May 25, 2012

Kisah Salman Al-Farisi melihat tanda kerasulan Nabi Muhammad

IslamRasulSalman al-Farisi adalah seorang hamba kepada tuannya seorang Yahudi Bani Quraizah di Kota Yatsrib. 

Ketika dia berada di atas pokok kurma, seseorang datang sambil marah-marah kepada tuannya yang berada di bawah pokok kurma.

“Celakalah Bani Qailah, sekarang mereka berkumpul di Quba’ menyambut kedatangan seorang lelaki  dari Mekah yang mendakwakan dirinya Nabi.”

Salman teringin mendengar berita tersebut dan tidak sabar menemui  nabi yang baru datang. Lalu dia turun dan bertanya kepada tetamu tadi,  ”Apa khabar anda? Cuba khabarkan kembali kepadaku!” 

Tuannya terus marah dan memukul Salman sambil marah, “Kerjakan tugasmu kembali! Ini bukan urusanmu!” Salman terus sedar, dia seorang hamba.

Anak kepada seorang petani kaya dan penganut agama Majusi yang taat, Salman berasal dari Jayyan, Kota Isfahan, Persia. Bapanya juga ingin menjadikan Salman penganut agama Majusi yang taat. Salman dihantar ke kuil supaya menjaga api agar tidak padam. 

Jalan hidupnya berubah setelah tertarik cara orang-orang Nasrani beribadah. Dia keluar dari rumah bapanya dan mengembara dari satu gereja ke gereja yang lain sambil berguru dengan pendeta-pendeta dan akhirnya bertemu dengan seorang pendeta di Amuria.

Setelah guru terakhirnya wafat, dia mengikut satu kabilah Arab yang berjanji akan membawanya ke Tanah Arab. Sebagai imbuhan, Salman menyerahkan semua ternakannya kepada kabilah tersebut. Namun dia ditipu dan kabilah tersebut juga menjualnya sebagai hamba di Yastrib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...