Friday, August 24, 2012

Tulisan terbuka buat Si Tukang Kipas


Ikhwaati jundullah...;

STAY FOCUSED...!

Ingatlah;

Skrip yg sama diulang2; 2008, 2004, 1999...

Sebab itulah para du'at memerlukan kita faham sejarah, dan tahu putarannya...!

Dah panjang pernah saya huraikan sblm ini, tapi saya akan ulangi lagi;

[1] Bahawa waqie' M'sia tak satu parti atau kaum yg mampu memerintah secara bersendirian. Sosio-politic M'sia memerlukan pemimpin yg sungguh berhikmah, himmah & faham fiqh perjuangan dan meletakkan agenda bersama sbg permulaan kepada sinar kebangkitan & keadilan.

[2] Konsep dwi-party adalah satu KEPERLUAN, sama berlaku di negara barat utk satu pihak merobah dasar yg sungguh memusnahkan sebelum itu. Baik UMNO, PAS, PKR, DAP, etc, tak ada satu yg mampu bersendirian memimpin [paling kurang buat masa ini], ketika ummat Melayu Islam sungguh lemah, lupa & leka.

Ia MUSTAHIL, walau UMNO bersama NGO Melayu Islam itu semakin lantang memaksa PAS bersama UMNO mempertahankan Melayu & Islam. Itulah manusia tersepit yg bersarang asobiyyah perkauman sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa, bukan dakwah.

[3] Al-Islamu huwal hal... Islam cukup sbg penyelesaian semuanya. Islam tak cukup hanya bijak berhukum-hakam, tetapi gagal menguasai siyasah syar'iyyah. Tidak cukup hanya berpolitik tapi hilang minda dakwah. 

Dakwahlah neraca sebenar utk penerimaan apa jua sistem kenegaraan sekalipun oleh Islam. Jika itu bukan untungnya; tak ada siapa berkehendakkan ke PutraJaya itu. Kerana amanah itu sungguh besar. Percayalah!

[4] Sebab itu Islam dtg bukan memaksa, tetapi mendidik. 55 tahun asobiyyah perkauman ditanam sebati memusnahkan ummah, maka kini Islam disebarkan utk jalan keluar. Kerja itu bukan mudah wahai ikhwah! Para du'at berhadapan satu millah yg sungguh mencengkam emosi ummah. Tapi kita tiada jalan lain. Amanah membawa jalan keluar itu WAJIB diteruskan, sekarang & selamanya!

[5] Tugas pertama adalah memusnahkan apa jua kezaliman, penindasan, tirani & rasuah yg sungguh bermaharajalela atas nama asobiyyah perkauman itu. Mahu tak mahu, itulah pra-syarat pertama utk Islam atau hudud bertapak sekalipun.

 Nabi tak terburu2 menyerang Makkah walau telah kuat, tapi nabi gantikan dahulu kezaliman itu dgn sistem Islam sbg jalan keluarnya. Tak disangka oleh sahabat2, berbondong2 manusia di Makkah menerima Islam bila kuasanya datang, walhal mereka itulah yg selama itu seolahnya sungguh membenci Islam.

# ITULAH PENTINGNYA KUASA dlm dakwah Islam, terutama tugas "nahi munkar". Itulah yg sedang PAS usahakan bersungguh dlm laluan ke PutraJaya itu...

[6] Bayarannya terpaksa dikorbankan si zalim Melayu Islam yg selama ini merosakkan Islam, demi utk jalan Islam itu melebar utk dilalui bersama termasuk semua bangsa & agama. Sedikit kuasa yg dah ada di beberapa wilayah cukup memberikan betapa ruang Islam itu disyiarkan, maka apatah lagi dgn PutraJaya impaknya sungguh dinantikan oleh Islam, dan tidak lain utk bangsa Melayuku sbg untung pertamanya.

So, ikhwah, STAY FOCUSED...;

[7] Jalan ini dah terlalu jauh. Memenatkan dgn keringat, airmata bahkan darah dah dipertaruhkan. Sinar sudah pasti. Maka tsabatlah, istiqamahlah, dan ikutlah marhalah serta perancangan yg telah dijanjikan bersama.

 Jangan lari dan mungkiri apa yg telah dimaktubkan dlm "Hudhaiboyyah itu" walau kelihatannya merugikan utk jangka pendek ini. Walau nama Rasul & Islam itu perlu utk tidak disebut sekalipun oleh kita...!

[8] Dan yakinlah Islam bukan hudud, dan hudud semata bukan Islam. Hudud itu hanya satu keadilan yg mahu Islam bawa. Namun tatkala sistem2 asas ke arah hudud terlaksana masih belum diletakkan, maka tak ruginya utk PAS tak bercakap ttg hudud itu.

 Sama tak ruginya jika si polan yg bukan Islam itu mempertikaikan hudud dlm keadaan kita sendiri gagal menunjukkan keadilan sistem Islam itu pada manusia.

[9] TAPI marilah kita takut dan berwaspada penuh tatkala musuh yg selama ini konsisten memperbodohkan manusia Islam utk menolak Islam & hudud itu; tiba2 bangkit mengisytihar & mengajak manusia Islam utk memerangi golongan bukan Islam yg menolak hudud itu, dan menggelar mereka "kafir harbi". Itulah; betapa sesatnya definasi politik asobiyyah perkauman yg telah menodai kita selama 55 tahun lepas! Menghalalkan segalanya...

FAHAMILAH SEBENARNYA...;

[10] Apa yg "musuh" mahu, adalah merosakkan perancangan & persefahaman yg dah disepakati itu. Mereka berjaya memecahkan kesepakatan 1999 atas nama Barisan Alternatif [BA] dgn terpecah pada 2004 atas serangan terma "negara Islam". 

Sama seperti mereka mahukan putus kerjasama DAP, PKR & PAS dlm PR kini atas nama hudud itu... Lagi sekali, jangan melatah sahabatku. Itulah perancangan mereka...!

[11] Dan tak lain, tukang cakap dan tukang kipas mereka adalah tetap manusia yg sama; termasuk Hasan Ali, ZulNordin, Aminuddin, ISMA [khusus qiyadahnya] & Perkasa, bahkan sekarang bertambah sahabat & guruku Al-Fadhil Nasharudin Mat Isa [moga Allah memelihara kesemua nama2 yg aku sebutkan itu...]. Semakin lantang mereka bersuara, walhal memejamkan kezaliman berleluasa!

[12] Khas buat Ustaz Nasha; saya ulangi kalimah yg kerap Ustaz lafadzkan pada kami dari kalam Rasul "jika tak malu, kamu lakukanlah apa sahaja...". Maka, "malulah Ustaz" atas tindakan itu. 

Saya bermuhasabah pada Ustaz kini dgn membawa kisah yg pernah Ustaz bawakan; tentang cubaan mensabotaj kemaraan Islam oleh Hathib bin Abi Balta’ah tatkala Rasulullah mahu lakukan fathul Makkah menerusi surat yg cuba menguntungkan musuh. Maka saya memberi amaran itu buat Ustaz, marilah kita ambil iktibar kisah yg telah kami teladani itu.

[13] Kami tak sebut bahawa Ustaz mahu bersama musuh itu, kerana Ustaz sendiri terikat dgn sumpah bai'ah dan lafadz talak yg memustahilkan Ustaz bersama mereka. 

Tapi kami sesekali tak rela utk Ustaz menjerumuskan diri Ustaz pada pengkhianatan sama spt kisah sahabat yg sayangkan ahli keluarganya di Makkah di atas hingga melupakan perancangan Rasulullah. Bezanya, sahabat itu beruntung kerana dia adalah ahli Badar yg dijanjikan Allah dan terselamat dari pancungan Umar. 

Walhal Ustaz hanyalah seorg bekas qiyadah yg ditolak oleh ahli PAS dlm muktamar lepas tatkala usaha perpaduan dgn musuh cuba Ustaz lakukan... Ingatlah sesungguhnya 'amal Islam ini memerlukan kita ikuti tanzim & walaknya, bukan kita berbangga meletakkan kepala & ilmu kita melangkaui qarar jama'ah...

Ittaqullah ikhwahku...

STOP IT...! Stay focused.
Janji Allah itu semakin hampir, teruskan kerja kalian.

Wallahu'alam.
Taqabbalallahu minna wa minkum...

Ahmad Sayuti Bashiron

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...