Thursday, December 2, 2010

Tak mengaku kedekut tapi memang kedekut

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfKhJjkGAXf2lQtUE8dM0GojuVGuyAzEviQ5iwuZ5ueDpfDD3maFXNlQwE3Pq4BVLF2p_wpeYV8BLLgF1TBDMOMBp7XumwKldfOjz8rDhZsLVKCy7tQ9BTjt7y6R-Nl9eUhfYzmHdWMA0/s1600/jering.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfKhJjkGAXf2lQtUE8dM0GojuVGuyAzEviQ5iwuZ5ueDpfDD3maFXNlQwE3Pq4BVLF2p_wpeYV8BLLgF1TBDMOMBp7XumwKldfOjz8rDhZsLVKCy7tQ9BTjt7y6R-Nl9eUhfYzmHdWMA0/s1600/jering.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfKhJjkGAXf2lQtUE8dM0GojuVGuyAzEviQ5iwuZ5ueDpfDD3maFXNlQwE3Pq4BVLF2p_wpeYV8BLLgF1TBDMOMBp7XumwKldfOjz8rDhZsLVKCy7tQ9BTjt7y6R-Nl9eUhfYzmHdWMA0/s1600/jering.jpg

Manusia mana yang tidak marah jika dipanggil kedekut. Namun, kedekut inilah yang menguasai sifat hidup manusia termasuk ahli-ahli jamaah.

Penulis juga banyak kali berhadapan dengan manusia yang seperti ini. Memang susah hati melihat perangai mereka yang kedekut tapi marah bila dipanggil kedekut.

Bagi penulis senang saja kalau kita nak tahu kita kedekut atau tidak. Macam mana nak tahu? Bila ramai yang dok kata kita kedekut sahla kita kedekut, nak marah apa lagi. Terimalah kenyataan dan berubah la.

Penulis paparkan satu kisah teladan mengenai orang kedekut dan harap mereka yang pernah dipanggil kedekut membacanya :

Alkisah disebutkan bahwa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah.

Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."

Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"

Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar.

Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa.

Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.

Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya.
Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?"

Wednesday, December 1, 2010

Tulahan : Projek kos rendah tapi banyak untung untuk kebajikan

Salam,
























Satu projek yang penulis tak sempat buat sebab terpaksa ke luar negara adalah projek barangan terpakai.

Penulis ada idea untuk buat projek ini dan dah bincang pun dalam mesyuarat dengan Unit Amal kawasan penulis.

Idea ini penulis dapat apabila melihat Yayasan Amal di Kuantan buka dua buah kedai untuk terima barangan terpakai dan kemudian jual balik dengan harga berpatutan untuk tambah dana kebajikan.

Barangan elektrik, buku, permainan kanak2, perabut dan segala macam yang boleh diguna semula diterima dari orang ramai.

Masyarakat ramai yang nak sumbang barangan terpakai tetapi tak tahu nak hantar kat mana?. Jika ada satu pusat operasi macam Yayasan Amal buat tentu banyak barangan yang disumbangkan.

Jika di Kuantan, penulis tengok barangan yang diterima banyak yang elok2 lagi. Ada la yang rosak sikit tapi boleh diperbaiki dan dijual kepada umum. Barangan tak boleh guna semula macam surat khabar boleh jual di kedai kitar semula.

Unit Amal perlu diberi projek macam ini untuk mengaktifkan mereka, bukan setakat jaga parking program jamaah. Penulis yakin akan dapat sambutan dan payah nak gagal sebab tak perlu kos sangat. Hanya cari tempat untuk simpan dan buat jualan terbuka.

Bila penulis berada di luar negara ni, ada satu trend orang sini buat jualan garaj atau jual barangan terpakai di rumah mereka. Mereka bukan jenis pakai lama barangan ni, lepas satu perayaan mereka buat jualan murah barangan terpakai.

Setiap minggu mesti ada yang buat, malah setiap pekan akan ada jualan di pusat jualan barangan terpakai sehari dalam seminggu . Suasana macam pasar pagi kat Malaysia, tapi di sini jual barangan terpakai. Memang penuh dengan orang ramai , nak masuk pun kena 3 dolar.

Monday, November 29, 2010

Tutup aurat pun boleh menang pingat

Salam,
Penulis ucap tahniah kepada atlet sukan Malaysia yang mampu capai target sembilan pingat emas. Bukan senang nak bersaing dengan kuasa Asia yang lain, jadi memang layak diberi ucapan tahniah.

Penulis dapat tengok live Sukan Asia TV1 melalui blog lagi berita.blogspot,walaupun dok jauh di luar negara, dulu masa kat Malaysia tak tengok sangat blog ni. Terima kasih blogger lagi berita.

Bila tengok Sukan Asia, memang Malaysialah tumpuan kita tapi penulis rasa kagum dengan penampilan atlet beberapa buah negara Islam terutama wanita yang menutup aurat. Malaysia pun ada atlet wanita menutup aurat tapi tak ramai. Pemain hoki lelaki Malaysia ada yang tutup aurat sejak dulu lagi.

Alasan ahli sukan terutama wanita bahawa menutup boleh sebabkan kekalahan dah tak boleh diterima kerana wanita Islam Iran misalnya menang banyak pingat walaupun menutup aurat.

Pemakaian pakaian mentup aurat sebenarnya boleh dididik sejak di sekolah. Namun tak banyak sekolah yang menekankan perkara ini. Pentadbir sekolah terutama GPK Kokurikulum, SU Sukan dan guru sukan bertanggungjawanb terhadap perkara ini kerana mereka boleh mengarahkan pelajar mereka menutup aurat.

Cumanya, ramai guru yang tak mampu berkata 'tidak 'kepada pelajar wanita yang berseluar pendek dan membuka tudung semasa mengambil bahagian dalam acara sukan. Ingatlah , guru-guru Islam akan dipersoal oleh Allah di akhirat kelak.

Penulis ada menulis mengenai perkara ini di Sini . Harap guru-guru Islam yang membaca tulisan ini dapat melaksanakan amanah Allah kepada mereka. Jangan biarkan pelajar sedar sendiri kewajipan menutup aurat, gurulah yang patut menyedarkan mereka.

Penulis ambil artikel dari blog Faisal Tehrani mengenai atlet wanita Islam Iran di Sukan Asia, bacalah :

Saya percaya ramai wanita di luar sana berminat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan, dan menyimpan angan-angan untuk mewakili Malaysia dalam bidang sukan yang diminati. Mungkin, meraih pingat untuk negara tercinta.

Masalah mereka hanya satu: mereka perlu buka-buka. Hasrat untuk bersukan demi nusa pun terpaksa ditelan dan dilupakan. Sayang, bakat yang ada terbuang begitu sahaja.

Akan tetapi, Iran, satu-satunya negara syiah di dunia Islam menunjukkan jalan alternatif. Beragama tidak menghalang wanita bersukan. Sesat-sesat mereka pun tetap akur dengan tuntutan syariat.

















Atlet wanita Iran mewakili 25% dari jumlah 373 keseluruhan atlet Iran yang dihantar ke Sukan Asia di Guangzhou baru-baru ini. Dan mereka menyumbang 25% pingat yang dikutip Iran.

Atlet wanita Iran mengutip pingat dalam acara wushu, menembak, taekwondo, kabaddi, karate, dan mendayung.


Iran menyerlah dengan 59 pingat (20 emas, 14 perak dan 25 gangsa) di Guangzhou, China, ia adalah pencapaian terbaik Iran sejak 1974 iaitu Sukan Asia di Tehran.

Empat tahun lalu di Doha, Iran hanya beroleh 12 pingat emas dan menduduki tempat keenam. Kali ini, mereka di tempat keempat.

Wassalam.

Saturday, November 27, 2010

Kisah lima sen

Salam,


Marilah sama-sama membaca dan ambil iktibar pada kisah benar ini.

Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap tidur kerana mimpi tersebut.

Dia bermimpi datang seorang lelaki yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan berkata " tolong bebas kan aku".

Setelah bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya.

Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita.

Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu.

Setelah berlalu beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan mimpinya.

Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi tersebut ialah roh ayahnya.

Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut lagi.

Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu.

Maklumat yang diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam.

Setelah terpisah ketika perang Jepun, aruah ayahnya telah berikthiar mencari isterinya namun tidak berjumpa.

Ayahnya mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang anak perempuan.

Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai.

Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada simati.

Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta simati. Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun yang tinggal.

Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan aruah bapanya dan memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap diampunkan.

Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu.

Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya. Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya.

Ibu tirinya merasakan tidak mungkin sebab aruah ayanya adalah seorang yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah.

Tidak pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan aruah suaminya. Mungkin orang lain.

Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki.

Lelaki tua tersebut bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya lelaki tua tersebut.

Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut ke kubur aruah ayahnya.

Di dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan.

Beberapa minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL untuk berjumpa dengannya.

Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut.

Pernahkan pakcik berselisih paham dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut, tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala dosanya.

Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang. Orang tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya.

Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun.

Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu.

Dia berjanji akan membayar balik. Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah.

Orang tua tersebut terus berdao Ya Allah aku halalkan hutang lima sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku.

Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi.

Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis).

Moral cerita:- Renungilah hadith nabi berikut:

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu"

Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat anak yang soleh (Ustaz Halim).

Dan dengan berkat anak yang soleh ini dia dapat mengadu kepada anaknya didalam mimpi kemudian terbebas ia dari hutang yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah dapat terbebas dari seksaan yang dahshat iaitu Roh teawang-awang diantara langit dan bumi.

Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati.

Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:

"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."

Wassalam.

Friday, November 26, 2010

Kisah siksa anak derhaka

Salam,


Penulis paparkan satu lagi kisah benar untuk sama-sama diambil iktibar daripada kisah ini.

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah manuju ke katilnya.

Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan bordoa semoga Jalal cepat sembuh.

Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bungsu mereka itu.

“Apa sakitnya ni?”, tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.”

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.

“Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.” Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak.

Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami.

Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

“Panggil ibunya segera,” kata saya.

Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa ni?” tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, “Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas.” “Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu,” kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat.

Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

“Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.” “Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,” jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya – kisah yang cukup menyayat hati saya.

Menurutnya, Jalal adalah anak bungsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan, dua lelaki dan dikalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya.

Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya.Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumah-tangga.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah.

Walau di syarikat mana pun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya.

Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumah-tangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank.

Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

“Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga,” katanya kasar. “Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik beradik kamu,” jawab si ibu. “Ahhh, saya tak kira.” “Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit ti nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang,” jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun.

Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan.

Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu.

Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai-rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya.

Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. bermulalah azab dalam hidup Jalal.

Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya.

Jalal sebaliknya maraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih.

Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apakecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

“Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain,” kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan.

Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. “Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak!

Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah.” Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘ke situ’? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa ‘ke situ’ dan apa yang dilihatnya di situ?

Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, “Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak…”.

Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi. Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. “Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak,” kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Sura al-Falaq, Surah an-Naas serta Asma ul Husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar.

Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal.

Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami.

Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak.

Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya.

Selepas ‘rentapan’ itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka.

Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas.

Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratul maut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.

Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai.

Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal.

Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan.

Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya.

Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di Pantai Barat Semenanjung.

Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak.

Van yang cuma membawa lima orang-mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu – boleh patah shock absorbernya? Kelendan van bergegas memanggil kami.

Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang.

Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul – tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya.

Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya.

Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham. “Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz.” “Apa masalahnya itu.” tanya saya. “Kubur adik saya berlubang ustaz.”

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan.

Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

” Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi,” kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan.

Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan.

Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham. “Begini sajalah,” kata saya. “Mulai malam ini buatlah majlis Yasin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali.”

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan.

Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya.

Setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya.

Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

Amin. ~~ilhamikhlas

OLEH: USTAZ NAHRAWI MARZOKI

Thursday, November 25, 2010

Cerita di bilik mayat

Salam,


Penulis paparkan satu kisah benar yang berlaku di sebuah milik mayat untuk sama2 diambil iktibar dari cerita ini.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.

Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Marilah kita mengambil ikhtibar dari kisah ini wahai sahabat pembaca sekalian.

Wallahhualam

Monday, November 22, 2010

Tulahan : Sebulan terakhir jika PAS nak menang PRU 13

Salam,

Ramai yang jangka PRU 13 akan berlaku antara April hingga Jun tahun depan. Jika Najib adakan PRU 13 tahun depan maknanya pilihanraya Sarawak akan dibuat serentak.

Sekiranya pilihanraya Sarawak tidak dibuat serentak dengan PRU 13 tahun depan . Penulis tak jangka Najib akan buat PRU 13 tahun depan.

Memandangkan keadaan politik dan ekonomi yang dikatakan memihak kepada BN, Najib tak akan buang masa untuk buat pilihanraya kerana jika ditunggu tidak akan ada peluang besar seperti ini.

Walaupun tidak dapat majoriti dua pertiga pun tak pa macam ramalan Tun M, kerana yang penting bagi Najib adalah kekal berkuasa sebagai PM. Lebih baik menang walau bukan dua pertiga daripada kalah terus tak dapat jadi PM.

Jika benar PRU 13 tahun depan , sudah bersiapkah Pakatan untuk menghadapinya?. Penulis tidak akan fokus kepada PKR dan DAP tetapi kepada persiapan PAS untuk hadapi PRU 13.

Presiden dah rumuskan tiga penekanan penting untuk PAS mengantikan Umno iaitu Tarbiyah, Organisasi dan Strategi.

Penulis dah ada sentuh persoalan tarbiyah , organisasi dan Strategi dalam tulisan yang lalu. Namun mungkin itu untuk jangka masa panjang . Penulis akan sentuh lebih kepada tumpuan segera jamaah bagi menghadapi PRU 13 tahun depan.

Saturday, November 13, 2010

Tulahan : Peserta seminar ' PAS sedia ganti Umno ' harap baca

Salam,


Seminar ' PAS sedia ganti Umno' bakal diadakan oleh Lujnah Penerangan Pusat. Tahniah kepada Ust. Idris bersama jawatankuasanya menganjurkan seminar ini.

Penulis amat berharap seminar ini dapat merongkai persoalan yang ditimbulkan oleh Abang Mat Sabu dalam tulisan terbarunya PAS jangan jadi Umno di sini.

Penulis pernah menulis berkaitan tulisan Abang Mat Sabu yang hampir sama bertajuk 'Jangan pemerintah bertukar, amalan rasuah tetap sama'

Namun setakat ini belum ada kenyataan rasmi pimpinan berkaitan persoalan yang dikemukakan oleh Abang Mat Sabu. Abang Mat dalam tulisannya berkata,

"Saya harap PAS tidak mengganti Umno dalam membina kewangan seperti melalui tender runding untuk faedah kewangan individu atau kewangan parti (termasuk) untuk membina bangunan menjalankan perjalanan parti atau membiayai pilihan raya," katanya.

Penulis harap akan ada peserta seminar dapat mengemukakan persoalan ini kepada pembentang kertas kerja atau pimpinan utama jamaah yang hadir supaya pimpinan jamaah semua peringkat dapat menjawab persoalan ini apabila ditanya oleh ahli bawahan.

Lebih memahami baca tulisan lalu penulis di bawah ;

Membaca tulisan Abang Mat Sabu dalam Harakah memberi satu semangat kepada penulis untuk terus bekerja dalam jamaah. Kadang2 lemah semangat apabila mendengar cerita perangai segelintir pemimpin jamaah yang buruk dan tidak selari dengan kepimpinan Islam.

Abang Mat menulis dalam kolum Membedah Demokrasi dengan tajuk 'Jangan pemerintah bertukar, amalan rasuah tetap sama'

Antara tulisannya,

Apakah selepas ini ada pula pemberian tender tertentu sama ada balak, kelulusan tanah, premis perniagaan ada pula peruntukan pada PAS, KeADILan atau DAP untuk parti itu menjalankan kegiatan parti mereka. Apakah perlu ada imbuhan pada PAS sama ada atas meja atau bawah meja untuk bangunan dan pembangunan PAS itu sendiri. Kalau peristiwa rasuah yang berlaku dan amalan Umno-BN diulang semula oleh parti-parti Pakatan Rakyat yang memerintah, maka amalan rasuah akan menjadi routine (pusingan)

Jelas ketegasan Abang Mat menentang amalan rasuah yang menjadi barah kepada Umno-BN malah kalau tidak dibendung akan melanda parti-parti dalam Pakatan yang memerintah negeri.

Penulis harap kenyataan Abang Mat disokong oleh pimpinan jamaah yang lain dan penulis yakin ramai pemimpin jamaah yang mempunyai pandangan yang sama macam Abang Mat.

Namun, jika ada pemimpin jamaah yang ada pandangan lain atau mempunyai pandangan bahawa kenyataan Abang Mat tentang definasi rasuah ini salah. Penulis minta pemimpin jamaah menyanggah kenyataan Abang Mat dengan hujah yang mereka.

Penulis tidak mahu dikalangan pemimpin jamaah mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara ini. Kalau ada pandangan berbeza perlu diselesaikan supaya ahli di bawah tidak keliru.

Jika ikut kenyataan Abang Mat ini, imbuhan untuk parti tidak boleh maka tentulah untuk peribadi lagi tak boleh.

Jika ada pemimpin jamaah yang kata boleh ambil untuk peribadi sila sanggah juga kenyataan Abang Mat ini.

Kenapa penulis minta mereka sanggah? kerana dah ada pandangan bahawa duit komisyen tanah, balak, perniagaan untuk peribadi boleh jika digunakan untuk bagi kepada orang miskin, untuk bagi makan rakyat, untuk bantu anak yatim.

Namun, bagi penulis jika pandangan ini diterima. Maka tak salahlah Umno-BN guna cara yang sama semasa mereka memerintah. Maka tak perlulah jamaah berjuang menentang rasuah dalam Umno-BN kerana ada pandangan sebegini.

Jika salah, apa nak jadi dengan pemimpin jamaah yang dah guna duit komisyen tanah, balak, perniagaan diperolehi secara haram untuk bagi kepada orang miskin, untuk bagi makan rakyat, untuk bantu anak yatim.

Penulis akan tunggu pemimpin jamaah sanggah kenyataan Abang Mat. Jika ada..


Wassalam

Tuesday, November 9, 2010

Tulahan : Takut , malu , segan

Salam,

untitled-1.jpg picture by paspb

Takut, malu, segan itulah yang terjadi jika berhadapan dengan stiuasi yang memerlukan kita bersuara menyatakan kebenaran, kebaikan , hak kepada orang lain. Ramai umat Islam mempunyai sifat ini sehingga menyebabkan kegagalan menyatakan kebenaran dan kebaikan malah gagal mendapat hak sebagai seorang Islam.

Penulis pernah menulis mengenai takut, malu , segan ini sebelum ini dalam tajuk ada kuasa tapi tak guna di sini. Kali ini penulis ingin berkongsi tentang apa yang penulis lalui apabila berhadapan dengan stiuasi ini semasa berada di negara orang.

Apabila penulis menghantar anak ke sekolah rendah di sini, dua perkara yang melibatkan kewajipan sebagai seorang Islam yang anak2 penulis perlu dapat. Solat dan menutup aurat.

Sekolah rendah di sini, pelajar lelaki berseluar pendek, pelajar perempuan memakai gaun singkat nampak betis. Oleh kerana takut, malu , segan ini ramai anak-anak orang Islam yang bersekolah di sini mengikut sahaja apa yang anak orang putih pakai.

Anak yang bertudung di negara sendiri, buka tudung pergi ke sekolah. Anak lelaki pakai seluar pendek sama macam anak orang putih. Malah, ada anak perempuan orang Islam yang berseluar pendek.

Bukan tak da yang pakai tudung dan berseluar panjang. Penulis perhatikan ada dua pelajar Islam yang bertudung dari Iran dan Indonesia. Ada pelajar Islam yang berseluar panjang. Kenapa ramai anak orang Islam yang tidak bertudung dan berseluar pendek? kerana ibu bapa mereka takut, malu , segan.

Mereka tidak ada kekuatan, takut orang putih marah la, malu kepada anak orang putih la, takut orang putih pandang serong dan segan nak bertanya hak sendiri.

Bersyukurlah Allah beri kekuatan kepada penulis sekeluarga untuk menyatakan hak sebagai seorang Islam. Apabila berjumpa dengan guru besar dan guru kelas, persoalan kebenaran menutup aurat dan bersolat dikemukakan.

Anak perempuan mohon pakai tudung , seluar panjang dan baju lengan panjang. Anak lelaki mohon berseluar panjang.

Mohon satu sudut dalam kelas untuk anak solat zohor dan minta bawa keluar anak untuk solat Jumaat kemudian hantar balik ke sekolah.

Langsung tidak ada bantahan dari guru besar dan guru kelas , semua yang diminta diterima dengan baik. Masyarakat di sini menghormati kebebasan individu dan menghormati amalan agama. Malah selepas tiga hari bersekolah, pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk kegunaan pelbagai bangsa melaksanakan amalan agama. Setiap hari anak penulis bersolat di bilik itu.

Menurut guru besar dan guru kelas, itulah pertama kali ada orang Islam yang minta solat zohor. Mereka gembira kerana berjaya menunaikan hak kepada agama lain. Keluar dalam berita dan web sekolah bahawa sekolah ada menyediakan bilik berkenaan untuk kegunaan pelbagai bangsa dan diberi kepada semua ibu bapa.

Perasaan takut, malu , segan menyebabkan kita memandang serong kepada bangsa lain, sedangkan mereka tidak pun menghalang kita melaksanakan hak kita.

Umat Islam sepatutnya takut, malu , segan untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Allah bukannya takut, malu , segan melaksanakan perintah Allah.

Ibu bapa yang takut, malu, segan untuk menegur anak-anak akan menyebabkan anak-anak berani melanggar perintah Allah. Sebab itulah, remaja kita semakin rosak kerana ibu bapa takut, malu, segan kepada anak sendiri.

Penulis tidak mahu takut , malu , segan ada pada diri ahli jamaah. Ahli jamaah yang takut, malu, segan untuk menegur pemimpin yang melakukan kesalahan bukan membawa kebaikan kepada pemimpin itu, tetapi akan merosakkan pemimpin itu. Itulah yang terjadi kepada pemimpin Ubn. Renungkanlah....

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...