Wednesday, March 30, 2011

7 sifat buruk watak-watak dalam kartun Sponge Bob

Dalam kartun Sponge Bob, setiap watak kartunnya memiliki beberapa karakter yang berbeza, dan setiap karakter itu terdapat beberapa sifat yang dianggap sebagai sifat buruk untuk kanak-kanak, ini adalah beberapa karakter dari semua watak kartun Sponge Bob tersebut.

1. Sloth/Kemalasan (Patrick)
http://hermawayne.blogspot.com

Kemalasan adalah suatu sifat yang dianggap tidak baik, termasuk malas untuk bertindak. Sifat ini adalah sifat Patrick. Dia tinggal di bawah batu sepanjang waktu dan tidak pernah melakukan apa-apa.

Malah dalam episode "Big Pink Loser", dia mendapatkan penghargaan kerana tidak melakukan apa-apa dalam jangka masa paling lama.


2. Wrath/Amarah (Squidward)
http://hermawayne.blogspot.com

Sifat amarah melibatkan perasaan kebencian dan kemarahan. Squidward membenci hidupnya dan juga membenci Sponge Bob, dan sebahagian besar waktunya dihabiskan untuk marah-marah.

3. Greed/tamak (Mr. Krabs)
http://hermawayne.blogspot.com
Jelas Mr. Krabs adalah tokoh yang sangat tamak terhadap wang. Bagaimana mungkin tidak? dia benar-benar berfikir bahawa wang adalah segalanya,

4. Envy/Iri hati (Plankton)
http://hermawayne.blogspot.com

Plankton iri hati kepada Mr. Krabs kerana The Krusty Krab sangat berjaya, sedangkan The Chum Bucket adalah sebuah kegagalan. Sifat iri hati membuatnya ingin cuba untuk mencuri formula rahsia Krabby Patty.


5. Gluttony/Kerakusan (Gary)
http://hermawayne.blogspot.com

Cuba anda perhatikan Sponge Bob dimana dia selalu mengatakan, "jangan lupa untuk memberi makan, Gary" atau mengatakan, "Saya harus pergi makan Gary". Gary sanggup lari jika Sponge Bob lupa untuk memberinya makan. Sifat rakusnya biasanya adalah berlebihan untuk makan.


6. Pride/Kebanggan (Sandy)
http://hermawayne.blogspot.com
Sandy mempunyai sifat bangga diri melampau. Sandy bangga terhadap siapa dirinya dan dari mana dia berasal. Dia bangga pada kenyataan bahawa dia dari Texas dan senang kalau semua orang tahu tentang itu.

Dia juga bangga pada kenyataan bahawa dia adalah mamalia dan makhluk darat, seperti dalam episode "Pressure", dimana dia cuba untuk membuktikan bahawa makhluk darat lebih baik daripada makhluk laut.


7. Lust/Nafsu (Sponge Bob)
http://hermawayne.blogspot.com
Sifat kasih sayang berlebihan terhadap orang lain jelas ada pada Sponge Bob. Dia menunjukkan cintanya yang berlebihan kepada orang lain dengan semangat untuk berbuat baik dan membantu orang serta berlebihan terhadap perkerjaannya.

Itulah beberapa definisi tentang beberapa sifat-sifat dari beberapa watak dari Sponge Bob yang mungkin saja termasuk dalam beberapa dosa , tapi di balik semua itu, kartun tersebut tetap lucu dan sebagai hiburan yang menarik untuk semua.Hermawayne

4 comments:

Tulahan said...

Komen terdahulu :

zalizalu said...

assalammualaikum bro.tulahan.. nak mintak copy... saye post dlu.. kalau tak setuju, bro bleh tinggalkan komen kat entry ini.. thanks :)

March 30, 2011 6:58 PM

Tulahan said...

You can copy

Penjejak Mimpi said...

as-salam

minte izin untuk copy.. :)

p/s sy tunggu green light dulu baru apdet kat blog sy tu.. :)

Tulahan said...

ok, you can copy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...