Saturday, March 10, 2012

Kisah debat Imam Abu Hanifah dengan seorang atheis

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUbXDASCIDhOnqQkOKza9IWio_R4UIG1s_hN_tfg7bk4EupV9sMFrig3QpYd0gpxGdHZtcY77RTY2l69gQIV2VNvinAiCoqBaVrRv130E-7MLXRrxW04bLg_osq0onWMfEbt92ZYdadoUQ/s1600/imamali06.jpg
Pada suatu pagi, Imam Abu Hanifah yang ketika itu masih kanak-kanak telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya. Guru: Aku bermimpi melihat sebuah kebun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. 

Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan menyondol serta memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya. 

Imam Abu Hanifah: Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta’bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta’birkannya. 

Guru: Ta’birkanlah .Imam Abu Hanifah: Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Atheis itu, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri. 

Tuan Guru: Bagaimana pula kalau orang tanya siapa kamu? Imam Abu Hanifah: Katakan saja saya ini budak pembawa kasut tuan.

Tuesday, March 6, 2012

Pencerahan : Kenapa PAS bekerjasama dengan DAP , bukan UMNO

 http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs771.ash1/166119_483229922838_177809712838_5828679_1263644_n.jpg
Masih ramai di kalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP,  yang dituduh setengah pihak sebagai  fanatik atau chauvinis.

Seterusnya mereka ini bertanya: Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS? Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR?

Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat!

Persoalan di atas boleh difahami jawapannya dengan mempunyai fikiran yang tenang dan terbuka dalam menekuni tulisan ringkas ini.

Syarat pertamanya ialah kita mestilah memahami kaedah ajaran Islam dalam menangani masyarakat majmuk bersama pendekatannya. Perlu difahami juga bahawa Islam pula bukannya agama yang terikat dan terbelenggu dengan semangat kebangsaan,  walau pun peranan bangsa tidak boleh dinafikan wujudnya.

Dalam amalan politik Islam pula terdapat ajaran dan hukum yang berkait dengan pendekatan yang adil terhadap masyarakat majmuk termasuklah layanan Islam dalam aspek kepelbagaian agama.

Risalah atau mesej Islam adalah bersifat sejagat, kerana kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dan makhluk yang lain. Kerasulannya adalah kepada seluruh rumpun manusia, tidak terikat dengan bangsanya sendiri, tanahair dan zaman. Maka yang dikira termasuk dalam kerasulannya juga adalah dalam aspek politik menegakkan dan mentadbir sesebuah negara.

Islam tetap didahulukan, manakala fahaman kebangsaan pula hanyalah satu perasaan yang tidak boleh menjadi akidah. Peranan kebangsaan menjadi baik apabila Islam menjadi akidah dan petunjuknya. Hanya Islam menjadi petunjuk kepada bangsa, hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja boleh menunaikan amanahnya.

Adalah menjadi  hikmah terbesar, bahawa musuh pertama Islam di kalangan Nabi Muhammad SAW di Semananjung Tanah Arab ialah dari kalangan bangsa Arab Makkah dan yang awal menerima Islam dan memperjuangkannya pula adalah mereka juga. Rasulullah SAW memulakan kemerdekaan bangsanya dengan menentang kongkongan jahiliyah daripada bangsanya  sendiri, walaupun di masa itu ramai kabilah Arab dan wilayahnya dijajah oleh kuasa besar Rom dan Parsi.

Friday, March 2, 2012

10 golongan yang diusir dari Padang Mahsyar

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4apihCybtgz-TiYAp2aTF9CF0iBomTDW0vASDg-63P0GThihuqQPavL5Ah-YttRZoi72A1YaGNWTwfu1GXp3b3DtPAOVOyZQlYeb1R9Lrsb1rtsh1GTW8ZNBrkvAZS2TFNz5jJu3YtWg/s1600/padang+mahsyar.png
1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

Monday, February 27, 2012

Zaid bin Sanah, Pendita Yahudi yang memeluk Islam

gambar hiasan
Diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Abdullah bin Salam r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w keluar bersama sahabat-sahabat baginda, di antaranya Ali bin Abi Thalib r.a.

Tiba-tiba datang menemui beliau seorang Badwi dengan berkenderaan, lalu berkata; "Ya Rasulullah. di kampung itu ada sekumpulan manusia yang sudah memeluk Agama Islam dengan mengatakan bahawa jika memeluk Islam, mereka akan mendapat rahmat dan rezeki dari Allah. Tetapi sesudah mereka semua peluk Islam, terjadilah musim kering dan panas yang bersangatan sehingga mereka ditimpa bahaya kelaparan.

Saya khuatir ya Rasulullah jika mereka kembali kufur meninggalkan Islam kerana soal perut, kerana mereka memeluk Islam juga adalah kerana soal perut. Saya ingin agar kepada mereka engkau kirimkan bantuan untuk mengatasi bahaya kelaparan yang menimpa mereka itu."

Mendengar keterangan itu. Rasulullah s.a.w lalu memandang Ali bin Abu Thalib. Ali mengerti maksud pandangan itu sambil berkata, "Ya Rasulullah, tidak ada lagi bahan makanan pada kita."

Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi yang turut mendengarkan laporan orang Badwi dan jawapan Ali bin Abu Thalib lalu mendekatkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau suka, akan saya belikan kurma yang baik lalu kurma itu dapat engkau beli padaku dengan hutang dan dengan perjanjian begitu, begini."

Berkata Rasulullah s.a.w, "Jangan dibeli kurma itu sekiranya kau berharap aku berhutang kepadamu tetapi belilah kurma itu dan berilah kami pinjam dari engkau."

"Baiklah." jawab Zaid bin Sanah.

Tuesday, February 21, 2012

10 sifat peribadi seorang muslim

1. SALIMUL AQIDAH: Bersih Akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.

2. SHAHIHUL IBADAH: Benar Ibadahnya menurut AlQur'an dan Assunnah serta jauh dari segala Bid'ah yang dapat menyesatkannya.


3. MATINUL KHULUQ: Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).

4. QOWIYUL JISMI: Kuat Fizikalnya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah dari Allah SWT.

5. MUTSAQOFUL FIKRI: Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menangkap berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.

Saturday, February 18, 2012

Wasiat Rasulullah kepada Saidina Ali

altAli bin Abi Thalib r.a. berkata, "Rasulullah saw berwasiat kepadaku dengan sabda Baginda":
 
"Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara' yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur."
 
"Ya Ali! Segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit berkata-kata adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu."
"Ya Ali! Perbanyakkanlah membaca Surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tidak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali hilang hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Di penjarakan melainkan ia akan keluar dari penjara. Bujang melainkan ia akan berkahwin. Sewaktu musafir matanya menjadi terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan ia ke atas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sehingga petang, dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada di dalam keadaan aman sehinggalah waktu pagi."
 
"Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhaan pada malam Jumaat, nescaya Tuhan memberikan keampunan kepadamu."
 
"Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu."
 
"Ya Ali! Bacalah Surah Tabaraka dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Tuhan daripada bahaya hari kiamat."
 

Wednesday, February 15, 2012

Kisah Nabi Sulaiman dan pemuda yang berbakti kepada ibu bapa


Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal. 

Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya. 

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.

Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”. 

Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.

Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian. 

Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni orang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”. 

Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.

Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman. 

Sunday, February 12, 2012

Pengurus harta wakaf, takutlah akan azab Allah jika tidak amanah

Salam,

http://isdevlibrary.files.wordpress.com/2010/01/img171.jpg

Apabila penulis dengar cerita ada menguruskan harta wakaf tidak amanah, muncul rasa kasihan penulis kepada pengurus harta wakaf ini.

Kenapa kasihan kepada pengurus harta wakaf bukan orang yang memberi wakaf? kerana orang yang memberi wakaf akan mendapat pahalanya, tapi orang menguruskan harta wakaf tetapi tidak amanah akan mendapat dosa.

Orang yang mengurus harta wakaf tidak amanah sekiranya menggunakan harta wakaf untuk kegunaan peribadi atau dijadikan harta wakaf sebagai harta peribadi.

Tidak takutkah orang yang tidak amanah ini dengan azab Allah , tidak takutkah harta yang digunakan, diberikan kepada anak isteri adalah harta haram.

Tidak rasa bersalahkah kepada orang yang memberi wakaf , mereka ikhlas tetapi orang yang menguruskan harta wakaf mereka khianat.

Penyelewengan harta wakaf kerap terjadi kepada harta wakaf yang diurus oleh seorang individu sahaja. Tidak ada pemantauan , tidak ada orang lain yang tahu bagaimana harta wakaf ini diuruskan.

Berbeza sekiranya , harta wakaf ini diurus oleh satu jawatankuasa yang melibatkan beberapa orang. Pemantauan terhadap pengurusan harta wakaf dibuat, penyelewengan sukar dilakukan.

Sekiranya seorang individu sahaja yang menguruskan harta wakaf,apa sahaja boleh berlaku tanpa pengetahuan orang lain. 

Kerap terjadi , pengurus harta wakaf ini menggunakan harta wakaf untuk kegunaan peribadi dengan berniat akan mengantikan semula harta wakaf berkenaan.

Amanahkah pengurus harta wakaf ini? Tidak amanah, kerana tidak ada sesiapa tahu beliau meminjam harta wakaf ini. 

Perkara seperti ini tidak akan berlaku sekiranya, ada jawatankuasa yang menguruskan harta wakaf berkenaan.

Justeru itu, kepada orang yang menguruskan harta wakaf. Berlaku amanahlah, takutlah pada azab Allah yang pedih jika tidak menguruskan harta wakaf dengan amanah.

Penulis paparkan tulisan yang diambil dari isi khutbah Jumaat berkaitan harta wakaf untuk tatapan bersama. Bacalah.....

Wakaf ialah menyerahkan harta yang dimiliki kepada Allah untuk dimanfaatkan oleh masyarakat umum, seperti mewakafkan tanah, bangunan, kenderaan, wang ringgit termasuk juga harta-harta yang ada di dalam masjid ini dan sebagainya.

Kita perlu sedar bahawasanya harta yang telah diwakafkan adalah milik Allah SWT. dan penerima harta wakaf tersebut adalah sebagai pengurusnya. Ini tidak bererti penerima atau pengurus harta wakaf mempunyai hak sepenuhnya dengan memperlakukan sesuka hati terhadap harta yang diwakafkan seperti menjual, memberinya kepada orang lain atau pun mewariskan harta yang diwakafkan itu. Ini bertepatan dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ;

"Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Umar bin Al-Khattab telah mendapat habuan sebidang tanah daripada ghanimah (harta rampasan) Perang Khaibar, lalu datang meminta perintah daripada Rasulullah s.a.w. tentang tanah tersebut, dia berkata:

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah mendapat habuan tanah daripada ghanimah Perang Khaibar yang paling saya sayangi daripada harta lain yang ada pada saya selama ini, maka apa perintahmu kepadaku dengan tanah itu".

Sabda Rasulullah s.a.w:-

"Kalau kamu mahu, kamu tahanlah (wakafkanlah) tanah itu dan sedekahkanlah hasilnya".
Bermaksud:-

Saturday, February 11, 2012

PR berpotensi menang banyak kerusi di Melaka

Salam,
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/4/42/Melaka.gif

Semasa PRU 12, Melaka adalah sebuah negeri yang kelihatannya tidak diserang tsunami apabila keputusan pilihanraya tidak banyak berbeza berbanding pilihanraya lalu. BN tetap menang banyak kerusi  untuk memerintah.

DAP tetap menang kerusi dun dalam parlimen Kota Melaka, dan mendapat tambahan kerusi dun dalam parlimen Bukit Katil. Adakah PAS dan PKR tiada sokongan?

Jika diteliti, memang PAS dan PKR tidak menang tapi mengurangkan majoriti hampir di semua kerusi ditandingi. Undi Melayu kepada PAS dan PKR tidak banyak berubah, namun undi bukan Melayu bertambah tapi tidak tinggi, hanya mencapai purata 50 - 55 %. 

Berbeza dengan undi bukan Melayu yang diterima DAP melebihi 60 % malah ada kerusi lebih 70%. Ini menyebabkan DAP boleh menang walaupun bertanding di kerusi Bachang yang mempunyai hampir 50% pengundi Melayu.

Bagi PRU 13, PAS Melaka optimis boleh menang 9 kerusi yang ditandingi. Bolehkah PAS Melaka menang ? boleh sekiranya undi bukan Melayu melonjak mencapai lebih 60% . 

Perkara ini tidak mustahil kerana ‘mood’ orang Cina untuk memberi undi kepada PR berlaku di seluruh negara.  Malah undi orang Cina pada PRU 13 tidak lagi hanya kepada DAP tapi parti-parti dalam PR. Walaupun tidak dijangkakan setinggi undi yang bakal diterima DAP, namun tetap tinggi berbanding PRU 12.

Undi Melayu kepada PR pada PRU 13 dijangka tidak berubah banyak berbanding PRU 12. Ada kerusi akan meningkat, ada juga yang akan menurun. Bergantung kepada gerak kerja parti yang bertanding memberi khidmat kepada rakyat.

Friday, February 10, 2012

15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak


"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )


1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)


1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib
(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif
seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

Thursday, February 9, 2012

11 orang yang mendapat doa malaikat

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

Tuesday, February 7, 2012

Tuan Guru Haji Yusuf Rawa : Musyidul Am PAS yang pertama

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTTJBJbBdubeOxFLXi_vKG7xlXas8IxLvBxnS9tIe7_tTVW_vAuPBcqEdV6DnKexRvdwm6HLHpczDhGRh3u5590YIw6_sF-Rfc5Qi8nAzT3Nh3qSjqawFH0uwG8A2e2hQKz1PS17CjajBZ/s200/yusof+rawa.jpg
Latar Belakang
 
Yusof bin Haji Abdullah dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang pada 8 Mei 1922.

Bapanya adalah seorang pedagang yang merantau dari Sumatera berdagang Al-Quran, kitab-kitab dan alat-alat kegunaan untuk ibadat seperti tasbih, sejadah dan lain-lain.

Pendidikan awal Tuan Guru Yusof Rawa bermula di Sekolah Melayu Jalan Carnavon dan kemudiannya di Sekolah Charausta. 

Pendidikan menengah beliau ialah di Government English School dan kemudiannya di Penang Free School sehingga lulus peringkat Junior Cambridge.

Selepas itu bapanya menghantar beliau ke Makkah untuk menuntut dalam bidang agama. Semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua, Tuan Guru Yusof Rawa terus menetap di Makkah untuk mendalami pengetahuan agama. Beliau menetap di sana selama 12 tahun.

Menghadapi Ujian

Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, kawasan tempat tinggal keluarga Tuan Guru Yusof Rawa dihujani dengan bom dari pesawat udara Jepun. Bapanya, Hj Abdullah Hj Nordin sempat menyelamatkan anak-anak dan isterinya. 

Walau bagaimanapun, tatkala keluar sekali lagi untuk mengambil sesuatu yang masih tertinggal di kedainya, sebutir bom gugur dekat dengannya.

Hj Abdullah terkorban dan tubuhnya berkecai. Peristiwa itu berlaku semasa Tuan Guru Yusof Rawa berada di Makkah.

Semasa di Makkah di zaman remajanya, Tuan Guru Yusof Rawa juga pernah diburu oleh pihak polis Masjidil Haram. Beliau terpaksa bersembunyi beberapa hari untuk mengelakkan daripada ditangkap polis. 

Peristiwa ini berlaku ekoran perkelahian di antara anak-anak Jawi dengan remaja Arab Makkah.

Sekembalinya Tuan Guru Yusof Rawa dari Makkah, beliau menerbitkan majalah Al-Islah. Di atas kegiatannya ini beliau ditahan oleh penjajah Inggeris yang mengesyaki beliau terbabit dengan gerakan Islah di Mesir.

Penglibatan dalam PAS
Tuan Guru Yusof Rawa mendaftar menjadi ahli seumur hidup pada awal penubuhan PAS iaitu pada tahun 1951. Pada tahun 1959 beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. 

Beliau kemudian dipilih untuk menduduki Jawatankuasa Pusat yang ketika itu didominasi oleh pemimpin-pemimpin dari Pantai Timur dan Kedah.

Sejak dari zaman Dr. Burhanuddin Al-Helmy lagi, Tuan Guru Yusof Rawa sudah pun dianggap sebagai salah seorang pemimpin kanan PAS. 

Menjelang penghujung tahun 1970an, Tuan Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang Dipertua pertama dan Naib Yang Dipertua kedua adalah Ustaz Fadzil Noor.

Krisis kepimpinan dalam PAS menyaksikan Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Hassan Adli mengosongkan jawatannya. Tuan Guru Yusof Rawa mencabar Dato’ Abu Bakar Omar untuk jawatan tersebut tetapi kalah. 

Pada tahun 1981, Tuan Guru Yusof Rawa bertanding sekali lagi untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS dan menang.

Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

http://www.abdulhanan.com/wp-content/uploads/2012/02/maulud3.jpg
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.


Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.


Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

  1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
  2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
  3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.


Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.


Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Saturday, February 4, 2012

Jumlah pengundi kecil di Perlis, peluang terbuka bagi PR dan BN

Salam,

http://ww2.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/perlis.jpg

Jika Johor menjadi kubu UMNO di selatan tanah air, Perlis pula menjadi  negeri kubu kuat UMNO di utara. Bagaimanapun seperti juga Johor, BN juga berdepan  masalah besar untuk mengekalkan Perlis dalam gengaman BN.

Faktor utama yang menjadi ketakutan BN mengekalkan sokongan dikalangan orang Melayu adalah perbalahan berterusan antara pemimpin utama UMNO Perlis iaitu bekas MB Sahidan Kasim dengan MB sekarang Mat Isa  Sabu yang disokong Radzi Sheikh Ahmad.

Ada pendapat yang berpendapat perbalahan tersebut tidak memberi kesan kerana hanya melibatkan perubahan undi 5 – 10% sahaja. Benar tiada masalah jika di negeri lain, tapi 5-10% itu akan mempengaruhi kemenangan sesorang calon kerana jumlah pengundi untuk setiap DUN di Perlis adalah kecil. 

Jumlah pengundi untuk satu-satu DUN di Perlis hanya 6 ke 10 ribu sahaja.  Jika perubahan undi sedikit sahaja akan menyebabkan calon BN bloeh tersungkur. Contohnya, DUN Baseri  yang mempunyai lebih 7000 pengundi. Majoriti BN adalah 1111 pada PRU 12. Jika 10 % undi beralih kepada PR akan menyebab calon BN akan tumbang.

Inilah sebabnya, Presiden UMNO semasa kePerlis baru-baru ini telah menasihatkan semua pemimpin UMNO ini berhenti bertelagah . Beliau tentunya sudah mempunyai maklumat risikan berkenaan seriusnya masalah kepimpinan UMNO di Perlis.

Friday, February 3, 2012

Rahsia penting di sebalik sujud dalam solat

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang doktor di Amerika telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan pengubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Pengubatan Melalui Al-Quran".

Kajian pengubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya bersesuaian apa yang terdapat di dalam Al-quran. Diantara cara-cara yang digunakan adalah berpuasa, mengunakan madu, biji hitam (blackseed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan waktu cukup lama, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada masa seseorang itu sedang sujud ketika mengerjakan Solat. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa saat saja. Yakni, darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar Solat waktu yang diwajibkan oleh Islam.

Wednesday, February 1, 2012

10 jenis ulat bulu beracun

Berikut ini menunjukan jenis ulat bulu yang sangat berbahaya bagi manusia yang disebabkan oleh racun yang sangat berbahaya.

1. The Saddleback Caterpillar
 


2. The Cinnabar Moth Caterpillar
 


3. The Monarch Caterpillar
 
http://www.richard-seaman.com/Arthropods/Usa/Caterpillars/NorthernIllinois/MonarchCaterpillarWithFrass.jpg

4. The Gypsy Moth Caterpillar
 


5. The Bag Shelter Caterpillar
 

Monday, January 30, 2012

Kisah syaitan kalah kepada orang yang ikhlas


Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" 
Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" 
Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Syaitan kalah dengan orang yang ikhlas.

Iblis menjawab, demi kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." (Shaad: 82-83)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". (Al Hijr: 39–40)

Di dalam Mikhtashar Minhaj al Qosidhin disebut satu riwayat sebuah kisah, ada satu pokok yang sering disembah oleh penduduk kampung. Maka ada seorang lelaki mengatakan,”Aku akan tebang pokok itu yang telah menyebabkan ramai manusia menjadi syirik”. 
Lelaki itu pun mengambil kapak dan pergi ke pokok tersebut untuk menebangnya.

Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata,”Apa yang kau ingin lakukan ?" Lelaki itu menjawab,’Aku ingin tebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembah pokok ini". 
Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini". 
Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu berjaya mencekik syaitan yang menyerupai manusia itu. Syaitan berkata, "Aku mengaku kalah dan kau boleh tebang pokok ini.

Tetapi dengar dulu cadangan aku. Kau tidak akan dapat apa-apa faedah pun jika kau tebang pokok ini. Orang kampung akan cari pokok lain untuk mereka sembah. 
Jika kau setuju untuk tidak tebang pokok ini, aku akan berikan dua dinar di bawah bantal kau pada setiap pagi." Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut.

Pada keesokan harinya dia mendapati ada dua dinar dari bawah bantalnya. Kemudian pada esok harinya lagi dia tengok tidak ada dua dinar seperti yang dijanjikan. 

Sunday, January 29, 2012

Sa’ad bin Abi Waqqash , lelaki penghuni syurga

http://static.republika.co.id/uploads/images/headline/ilustrasi-_120117215738-776.jpg

Malam telah larut, ketika seorang pemuda bernama Sa’ad bin Abi Waqqash terbangun dari tidurnya. Baru saja ia bermimpi yang sangat mencemaskan. Ia merasa terbenam dalam kegelapan, kerongkongnya terasa sesak, nafasnya tersekat-sekat, peluhnya bercucuran, keadaan sekelilingnya gelap-gelita. 

Dalam keadaan yang demikian dahsyat itu, tiba-tiba dia melihat pancaran cahaya dari langit yang terang-benderang. Maka dalam sekejap, berubahlah dunia yang gelap-gelita menjadi terang benderang dengan cahaya tadi. 

Cahaya itu menyinari seluruh rumah penjuru bumi. Bersama dengan sinar yang cemerlang itu, Sa’ad bin Abi Waqqash melihat tiga orang lelaki, yang setelah diamati tidak lain adalah Ali bin Abi Thalib r.a., Abu Bakar bin Abi Quhafah dan Zaid bin Haritsh. 

Sejak ia bermimpi yang demikian itu, mata Sa'ad bin Abi Waqqash tidak mahu terpejam lagi. Kini Sa’ad bin Abi Waqqash duduk merenung untuk memikirkan erti mimpi yang baginya sangat aneh. 

Sehingga sinar matahari mulai meninggi, rahsia mimpi yang aneh tersebut masih belum terjawab. Hatinya kini bertanya-tanya, berita apakah gerangan yang hendak saya peroleh. 

Seperti biasa, di waktu pagi, Sa’ad dan ibunya selalu makan bersama-sama. Dalam menghadapi hidangan pagi ini, Sa’ad lebih banyak berdiam diri. Sa’ad adalah seorang pemuda yang sangat patuh dan taat kepada ibunya. 

Namun, mimpi semalam dirahsiakannya, tidak diceritakan kepada ibu yang sangat dicintai dan dihormatinya. Sedemikian dalam sayangnya Sa’ad pada ibunya, sehingga seolah-olah cinta Sa’ad hanya untuk ibunya yang telah memelihara dirinya sejak kecil hingga dewasa dengan penuh kelembutan dan berbagai pengorbanan. 

Pekerjan Sa’ad adalah membuat tombak dan lembing yang diruncingkan untuk dijual kepada pemuda-pemuda Mekah yang senang berburu, meskipun ibunya kadang-kadang melarangnya melakukan usaha ini. 

Ibu Sa’ad yang bernama Hamnah binti Suyan bin Abu Umayyah adalah seorang wanita hartawan keturunan bangsawan Quraisy, yang memiliki wajah cantik dan anggun. 

Disamping itu, Hamnah juga seorang wanita yang terkenal cerdik dan memiliki pandangan yang jauh. Hamnah sangat setia kepada agama nenek moyangnya, iaitu penyembah berhala. 

Saturday, January 28, 2012

19 golongan yang akan mati dalam Husnul Khatimah


http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos/wafat2.jpg&h=235&w=355&zc=1

Syaikh Albani rahimahullah telah mengumpulkan dalam kitabnya ( Ahkamul Janaiz) tanda-tanda ini dari Al Qur’an dan Sunah shahihah, beliau mendapatinya ada 19 tanda, berikut ini ringkasannya:

Sesungghnya Dzat Yang Mensyariatkan telah menjadikan beberapa tanda yang jelas untuk menunjukkan husnul khatimah – Allah Ta’alaa telah menetapkannya dengan kurnia dan kenikmatanNya – maka siapa sahaja yang meninggal dengan memiliki salah satu tandanya maka itu merupakan berita gembira:

Pertama:Mereka yang dapat mengucapkan syahadat menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadits yang shahih diantaranya:

قوله: صلى الله عليه وسلم : ( من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة ) .( حسن )

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk surga ) ( hadits hasan).

Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh  berdasarkan hadits Buraidah bin Hushaib radhiallahu anhu:

عن بريدة بن الخصيب رضي الله عنه :  ( صحيح ) ( أنه كان بخراسان فعاد أخا له وهو مريض فوجده بالموت وإذا هو يعرق جبينه فقال : الله أكبر سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( موت المؤمن بعرق الجبين ) .

Dari Buraidah bin Khusaib radhiallahu anhu: ( bahwa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendngar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( kematian seorang mukmin disertai keringat dikeningnya ) ( hadits shahih ).

Ketiga: Mereka yang meninggal pada malam jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ( hadits dengan seluruh jalurnya hasan atau shahih )

لقوله صلى الله عليه وسلم :  ( ما من مسلم يموت الجمعة أو ليلة الجمعة إلا وقاه الله فتنة القبر ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( tidaklah seorang muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah Melindunginya dari siksa kubur ).

Keempat: meninggal dalam keadaan syahid dimedan perang sebagaimana firman Allah Ta’alaa :

قال الله تعالى : “وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (170) يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ [آل عمران : 169 - 171].

Artinya: ( dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang terbunuh dijalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rizki disisi Tuhan mereka (169) Mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepada mereka, dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum mengikuti mereka dibelakang janganlah mereka takut dan sedih (170) Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan karuniaNya dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan balasan bagi orang-orang beriman) (QS Ali Imran :169-171).

( صحيح ) وقال صلى الله عليه وسلم : ( للشهيد عند الله ست خصال :” يغفر له في أول دفعة من دمه، ويرى مقعده من الجنة، ويجار من عذاب القبر، ويأمن الفزع الأكبر، ويحلى حلية الإيمان، ويزوج من الحور العين، ويشفع في سبعين إنسانا من أقاربه )

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( orang yang syahid mendapatkan enam perkara: diampuni dosanya sejak tetesan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam surga, dijauhkan dari siksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat dihari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari surga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya) (hadits shahih).

Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:

لقوله صلى الله عليه وسلم : ( ما تعدون الشهيد فيكم ؟ ) قالوا : يا رسول الله من قتل في سبيل الله فهو شهيد قال : ( إن شهداء أمتي إذا لقليل ) . قالو : فمن هم يا رسول الله قال : ( من قتل في سبيل الله فهو شهيد ومن مات في سبيل الله فهو شهيد ومن مات في الطاعون فهو شهيد ومن مات في البطن ( 1 ) فهو شهيد والغريق شهيد ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( apa yang kalian nilai sebagai syahid diantara kalian ?) mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh dijalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: ( jadi sesungguhnya para syuhada umatku sedikit ). Mereka berkata: lalu siapa mereka Ya Rasulullah ? Beliau berkata: ( barang siapa yang terbunuh dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati karena wabah taun syahid, barangsiapa yang  mati karena penyakit perut  syahid, dan orang yang tenggelam syahid).

Keenam: mati kerana satu wabak penyakit tha’un, berdasarkan beberapa hadits diantaranya:

( صحيح )ا قوله صلى الله عليه وسلم : ( الطاعون شهادة لكل مسلم ) .

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( wabah tha’un merupakan kesyahidan bagi setiap muslim).( hadits shahih)

Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadits diatas.

Wednesday, January 25, 2012

PRU 13 : Johor dalam bahaya bagi BN


Salam,

 http://www.umnojb.com.my/johor.gif
Ketika BN berangan-angan ingin merampas kembali negeri –negeri yang ditadbir oleh PR , tiba - tiba seorang pensyarah universiti membayangkan bahawa Johor berada dalam keadaan bahaya bagi BN.

Johor sebenarnya bukan lagi kubu kuat UMNO selepas pilihanraya 2008 apabila dua kerusi UMNO telah ditawan oleh PAS . Dua orang professional PAS telah berjaya memenangi kerusi Sungai Abong dan Maharani.

Walaupun begitu , pilihanraya 2008 masih menyaksikan pengaruh UMNO masih kuat di kebanyakan kerusi lain. Manakala undi orang Cina dan India walaupun berubah ke PR , tapi masih kecil hanya menjangkau purata 55 % sahaja. 

Inilah yang menyebabkan UMNO masih memenangi majoriti kerusi di Johor walaupun jumlah pengundi bukan Melayu besar di kebanyakan kerusi di Johor.

Perubahan undi Cina yang tidak cukup besar ini juga menyebabkan DAP cuma mampu menawan 1 kerusi Parlimen iaitu Bakri dan 4 kerusi DUN iaitu Bentayan,Mengkibol, Skudai, Senai. MCA dan Gerakan masih mampu bertahan di Johor walaupun tsunami melanda negeri-negeri lain.

Bagi pilihanraya umum ke 13, mood pengundi Cina di Johor tidak lagi sama seperti pilihanraya 2008. Akibat rasisnya kempen UMNO dibantu oleh PERKASA dan NGO ciptaan UMNO. 

Kemarahan orang Cina terhadap UMNO ini disedari oleh PR . Oleh kerana itulah , PR melalui DAP terutamanya begitu aktif mendaftar pengundi bukan Melayu.

Naib Presiden UMNO Shafie Afdal pernah memberi amaran bahaya pertambahan pengundi bukan Melayu di Johor.

Sombong bukan akhlak pemimpin dan ahli jamaah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrWnuIYYJjqiGiaVqF9pnqTCCyi2RA9IFBrKO3Vb1Vxgq-oy6evAmne8I5an_-9H6A8Dvlq52auur9rfSABhQTXqfiTAe2eUvhS4D-gtwcQDFzmQZZ-8roRM504XVGovGzf4kbXUXFmop9/s1600/Sombong1.jpg

Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). 

Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga. 

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” – (Al-Mukmin: 60). 

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. 

Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat. 

Imam Al-Ghazali berkata: “Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”

Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.

Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...