Saturday, February 4, 2012

Jumlah pengundi kecil di Perlis, peluang terbuka bagi PR dan BN

Salam,

http://ww2.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/perlis.jpg

Jika Johor menjadi kubu UMNO di selatan tanah air, Perlis pula menjadi  negeri kubu kuat UMNO di utara. Bagaimanapun seperti juga Johor, BN juga berdepan  masalah besar untuk mengekalkan Perlis dalam gengaman BN.

Faktor utama yang menjadi ketakutan BN mengekalkan sokongan dikalangan orang Melayu adalah perbalahan berterusan antara pemimpin utama UMNO Perlis iaitu bekas MB Sahidan Kasim dengan MB sekarang Mat Isa  Sabu yang disokong Radzi Sheikh Ahmad.

Ada pendapat yang berpendapat perbalahan tersebut tidak memberi kesan kerana hanya melibatkan perubahan undi 5 – 10% sahaja. Benar tiada masalah jika di negeri lain, tapi 5-10% itu akan mempengaruhi kemenangan sesorang calon kerana jumlah pengundi untuk setiap DUN di Perlis adalah kecil. 

Jumlah pengundi untuk satu-satu DUN di Perlis hanya 6 ke 10 ribu sahaja.  Jika perubahan undi sedikit sahaja akan menyebabkan calon BN bloeh tersungkur. Contohnya, DUN Baseri  yang mempunyai lebih 7000 pengundi. Majoriti BN adalah 1111 pada PRU 12. Jika 10 % undi beralih kepada PR akan menyebab calon BN akan tumbang.

Inilah sebabnya, Presiden UMNO semasa kePerlis baru-baru ini telah menasihatkan semua pemimpin UMNO ini berhenti bertelagah . Beliau tentunya sudah mempunyai maklumat risikan berkenaan seriusnya masalah kepimpinan UMNO di Perlis.

Inilah juga sebabnya , MB Perlis mengeluarkan kenyataan supaya kakitangan kerajaan termasuk guru-guru tidak terpengaruh dengan kempen PR di Perlis. Kerana apa? Kerana jumlah pengundi yang kecil di Perlis. Undi kakitangan kerajaan juga boleh menentukan kemenangan.

Walaupun 11 kerusi DUN di Perlis mempunyai jumlah pengundi Melayu lebih 80% , namun tetap mengusarkan BN kerana PAS mempunyai purata sokongan 30 hingga 55 % pengundi di setiap DUN. 

PAS Perlis tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan DUN Sanglang yang merupakan kubu kuat PAS di Perlis. Malah , Simpang Empat juga boleh dipertahankan dalam PRU 13 akan datang.

Selain itu, PAS juga berpeluang menang di Guar Sanji, Kayang dan Santan. Perlu diingat PAS pernah menang di Guar Sanji dan Santan semasa PRU 1999. Memandang jumlah pengundi yang kecil untuk setiap DUN di Perlis, tidak mustahil sedikit sahaja undi beralih PAS akan menang di tiga kerusi ini.

Berita tentang Timbalan Mursyidul Am Dato’ Harun Din akan menyemarakkan semangat petugas PAS di Perlis. Ramai yang berpandangan jika UMNO Perlis terus bermasalah, Parlimen Arau akan dimenangi PAS pada PRU 13.

Faktor undi bukan Melayu di Perlis juga memainkan peranan agak penting  dalam menentukan kemenaangan.  Semasa PRU 12 , PKR mempunyai masalah mencari pemimpin berkaliber yang berani bertanding untuk PKR. Namun, kini masalah itu tidak timbul malah PKR Perlis sudah tersusun organisasinya untuk menghadapi PRU 13.

Semasa PRU 12, undi orang Cina meningkat tapi terlalu kecil , tidak lebih 50% . Inilah sebabnya, DUN Indera Kayangan masih dimenangi BN. Keadaaan berbeza kini apabila keyakinan pengundi bukan Melayu kepada PR meningkat sama seperti negeri lain. 

Pastinya memberi peluang PR amat cerah untuk merampas DUN Indera Kayangan yang menpunyai pengundi bukan Melayu lebih 50%.

Jika berlaku lonjakan undi bukan Melayu kepada PR lebih 65% , DUN  Titi Tinggi dan  Baseri yang pengundi Bukan Melayunya melebihi 20% juga akan jatuh ke tangan  PR. Kedua DUN ini mempunyai jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR antara 35 – 40 %. 

Bagi kerusi DUN Kuala Perlis , walaupun mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu melebihi 25%. Kemenangan PR sukar kerana sokongan pengundi Melayu kepada PR hanya sekitar 25 - 30% sahaja.

Justeru , BN berhadapan dengan bahaya tumbang di 8 kerusi  daripada 15 kerusi DUN dan 2 kerusi parlimen Arau dan Padang Besar.  DUN dalam bahaya ialah :

1.    Sanglang
2.    Simpang Empat
3.    Guar Sanji
4.    Santan
5.    Kayang
6.    Indera Kayangan
7.    Titi Tinggi
8.    Baseri

Bagaimanapun , PRU 13 sebenarnya terbuka kepada BN dan  PR berikutan jumlah pengundi yang kecil. Perubahan undi yang kecil sahaja mampu menumbangkan sama ada calon BN atau PR.  Peluang BN dan PR di Perlis , sekarang ini adalah 50 – 50.

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...