Saturday, September 17, 2011

Kebenaran al-Quran : Gunung berjalan seperti jalannya awan


Dalam satu ayat al-Quran, kita diberitahu bahawa gunung-gunung tidaklah tetap sebagaimana yang nampak, akan tetapi terus-menerus bergerak.

"Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan seperti jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al Qur'an, 27:88)

Gerakan gunung-gunung ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi tempat gunung-gunung berada. Kerak bumi ini seperti mengapung di atas lapisan magma yang lebih rapat. 
 
Pada awal abad ke-20, untuk pertama kalinya dalam sejarah, seorang ilmuwan Jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua pada permukaan bumi menyatu pada masa-masa awal bumi, namun kemudian bergeser ke arah yang berbeza-beza sehingga terpisah ketika bergerak saling menjauhi.

Para ahli geologi memahami kebenaran pernyataan Wegener baru hanya pada tahun 1980, iaitu 50 tahun setelah kematiannya. Sebagaimana pernah dikemukakan oleh Wegener dalam sebuah tulisan yang terbit tahun 1915, sekitar 500 juta tahun lalu seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi awalnya adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan.
 

Teknologi ketenteraan zaman khalifah yang hebat

 Semasa awal pemerintahan Islam, jihad sebagai kaedah dasar penyebaran dakwah Islam telah menjadi bahagian penting dari usaha membangun kekuatan Daulah Islam. 
Jihad adalah perang di jalan Allah untuk meninggikan kalimat Allah. Oleh sebab itu diperlukan persiapan baik logistik, formasi perang, strategi, komandan dan pasukan tentera serta persenjataan. Persenjataan memerlukan adanya industri.

Kewajiban ini difahami menurut dalâlah iltizâm atau kaidah mâ lâ yatimmu al-wâjib illâ bihi fahuwa wâjib (suatu kewajiban yang tidak akan sempurna kecuali dengan adanya sesuatu maka sesuatu itu menjadi wajib hukumya). Jadi, membina industri ketenteraan/perang wajib hukumnya berdasarkan mafhum dari dalil tersebut.

Manjaniq (Swing-beam)
Manjaniq pertama kali digunakan oleh kaum Muslim pada peristiwa pengepungan Bani Thaif. Adalah Salman Al-Farisi -seorang Parsi yang masuk Islam di masa Rasulullah Saw- orang pertama yang memperkenalkan senjata ini atas perintah Nabi Saw.
Manjaniq merupakan mesin balok pengayun yang dioperasikan oleh orang-orang yang menarik tali pada satu sisi balok sehingga hujung yang lain akan berayun sangat kuat dan menembakkan peluru dari tali yang melekat pada hujungnya.[1]

Manjaniq sebenarnya telah dikenali sebelum masa penaklukan Islam. 
Bangsa Avar pernah menggunakannya semasa penyerbuan Thessalonica di tahun 597 M. Malah mesin pelontar ini dipercayai dicipta pertama kali oleh China antara abad ke-5 dan ke-3 SM, dan sampai ke Eropah sekitar 500 M[2]. 
Lalu pada masa pemerintahan Islam, Salman mengusulkannya kepada Nabi Saw sebagai senjata perang, seperti yang diriwayatkan dalam Sirah al-Halabiyah.

“Hingga pada hari pecahnya dinding benteng Thaif,” demikian Ibnu Hisyam meriwayatkan dalam kitab Sirah-nya, “Sekumpulan sahabat Rasulullah Saw masuk ke dalam bawah dababah[3], lalu mereka berusaha masuk ke dalam dinding benteng Thaif agar mereka boleh membakar pintu benteng. Bani Tsaqif lalu melemparkan potongan-potongan besi yag telah dipanaskan dengan api sehingga membakar dababah yang ada dibawahnya, kemudian Bani Tsaqif melempar mereka dengan anak panah sehingga beberapa orang gugur.” [4]

Atas cadangan Salman ini, Nabi Saw terus mengangkatnya sebagai mudir[5] untuk mengelola industri ketenteraan dan membuat manjaniq untuk memperkukuh kekuatan pasukan artileri yang dipersiapkan untuk terjun ke medan tempur.

Pedang Damaskus (Sword of Damascus)
Dihiasi dengan ornamen garis bergelombang, berkeluk, ringan, dan mampu menembusi baju besi, menjadikan pedang damaskus salah satu senjata perang paling bersejarah.
Pedang ini diperkenalkan di Damaskus pada abad ke-12 M.[6] Eropah lalu cuba menghasilkan yang serupa dengannya, namun hingga masa ini masih belum mampu meniru 100%. Malah dengan teknologi metalurgi/logam sekalipun belum dapat membuat tandingan yang memiliki ketajaman yang sama dengan Pedang Damaskus ini.

Pedang yang pernah mengentarkan Pasukan Salib ini, memiliki seperti lapisan kaca di permukaannya. Sutera akan terbelah bila jatuh di atasnya. Pedang lain pun akan menemui nasib yang sama jika beradu dengannya. Tidak ada yang menyangka, bahawa ilmuwan Muslim telah menerapkan teknologi nano sejak seribu tahun yang lalu.
Selama ratusan tahun, tidak ada yang mengetahui rahsia kehebatan pedang tanpa tandingan ini. John D. Verhoeven -seorang profesor metalurgi modern dari Iowa State University- yang berkerjasama dengan Alfred H. Pendray, seorang tukang besi dari Florida, yang telah cuba membuat pedang ini selama bertahun-tahun. 

Dari penerapan nanoteknologi bahan impurities (non-besi dan non-carbon) dalam adunan keluli yang membentuk pola mirip aliran air yang dikenali dengan Multi Walled Carbon Nano Tube[7], barulah diketahui rahsia di balik kehebatan pedang damaskus ini.

Friday, September 16, 2011

Mulut Firaun disumbat Malaikat sebelum tenggelam


Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah”[1]

Hadits di atas umumnya dapat kita temui pada perbahasan ayat tenggelamnya Fir’aun, surah Yunus ayat 90, di mana Allah berfirman: “Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” (Qs. 10:90) .

Pada detik-detik naza‘nya, malaikat Jibril melihat gelagat Fir’aun akan mempergunakan kesempatan dalam kesempitan. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat Jibril untuk mengambil nyawa Fir’aun dengan cara menyumbat mulutnya dengan pasir, supaya tidak boleh mengucapkan keimanan dan pertaubatannya. Akhirnya Fir’aun mati dengan mulut disumbat dan jauh dari rahmat Allah s.w.t.(Tafsir Al-Kasyaf, 21 202). Kerana iman dan taubat pada pada masa ini, tiada guna sama sekali.

Thursday, September 15, 2011

Joseph Cohen memeluk Islam setelah berpindah ke Israel

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXZ54lvEY0CtSrEug_ar1TndyfTIYi2r-hwuU8S_YJsIxNIkjBUdPu_HbC7JfGepBmgaMEiiRPV3LEajRXPOt-mbsJ8gHwzp1MSX6HX8er9B-EGl8T6k759pstsFphtp42KeOcqqiQlvI/s1600/khattab.png

Ketika memutuskan berpindah ke Israel kira-kira sepuluh tahun lalu, Joseph Cohen, seorang Yahudi berasal dari Amerika Syarikat, hanya berkeinginan untuk menerapkan ajaran Judaisme yang lebih baik. Dia sangat yakin, hijrah dirinya itu akan membuat keyakinan agamanya kian tebal.

Berpindah dari Amerika, Cohen kemudian menetap di daerah Yahudi di Gush Qatif di Gaza, sebelum wilayah itu ditinggal pergi oleh tentera Israel pada 2005. Setelah tiga tahun menetap di rumah barunya, tanpa diduga, Cohen bertemu dengan seorang Syaikh berasal dari Emeriah Arab Bersatu. Pertemuan itu ternyata membuka pintu dialog antara dirinya dengan tokoh Muslim tersebut.

Keduanya lantas asyik terlibat dalam dialog teologi walaupun dijalin secara berjauhan melalui internet. Rupanya, dialog itu secara perlahan membawa Cohen pada cahaya Islam. Hatinya seperti mulai terbuka untuk menerima hidayah. 
Hingga kemudian, dia benar-benar memutuskan untuk mengucap dua kalimat syahadat setelah yakin akan kebenaran Islam yang disampaikan oleh Syaikh itu melalui proses dialog. Malah tanpa ragu, dia kemudian mengganti namanya dengan Yousef al-Khattab.

Tulahan : Dana halal jadi haram


Salam,

http://www.promosipercuma.com/wp-content/uploads/classipress/jom-buat-duit-intern-158759466.jpg
Penulis terpanggil untuk memaparkan semula tulisan penulis bertajuk Duit Orang Duit Aku di sini semasa mula-mula penulis tulis blog. Ramai yang tak baca lagi sebab masa tu pengunjung blog ini tak seramai sekarang.

Kenapa penulis paparkan semula? Kerana nak bagi peringatan kepada mereka-mereka yang memegang amanah menjaga wang orang ramai tapi diselewengkan untuk kepentingan peribadi.

Ramai yang diamanahkan mengutip dana kebajikan, derma orang ramai, wakaf, zakat , sedekah dan lain-lain sumbangan. Sama ada diamanahkan oleh jamaah atau sesuatu organisasi.

Bagi yang berada di bawah jamaah atau organisasi, masalah tidak amanah dapat dibendung kerana jamaah atau organisasi akan memantau keluar masuk wang.

Pembentangan dibuat semasa mesyuarat. Walaupun , ada juga yang tidak amanah menggunakan wang orang ramai untuk tujuan peribadi tapi jumlahnya terlalu kecil.

Menyingkap kewujudan Dajjal

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiT5kS0OqmaTmA_4LF94CzTwIy8MkfVcmiHb762RZv_5HoJR-sRj3AH_d96OEogyRiJVSUo9uBLciGpoh9OGXWT8GdpDgsktOVeJd7Bud3IUIDT6s3Ynh90mLwT4wjlq8lcWXSoEft6ENQ/s1600/dajjal.jpg
 
Gambar hiasan
Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin”.

Seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.

Ayah Dajjal seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. 
 
Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang di kenali dengan “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. 
 
Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.

Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka" (Hadis Sahih Muslim)
 
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.

Peristiwa di sebalik tangisan dan tertawa Umar al-Khatab

Kita tentu tidak asing dengan Umar bin Khatab salah seorang dari empat khalifah ternama masa sepeninggalan Rasulullah SAW. Umar pun terkenal dengan ketegasan dan kelembutan hatinya. 
 
Malah Rasulullah SAW bersabda, “Seandainya ada nabi sesudahku maka ia adalah Umar bin Khatab”. (H.R Tirmidzi dan Ahmad)

Dikisahkan pernah suatu ketika Rasulullah SAW mendapati Umar bin Khatab sedang menangis kemudian tertawa hampir bersamaan. Ketika ditanya apa sebabnya yang menyebabkannya demikian. 
 
Umar bin Khatab menjelaskan bahawa ia teringat keadaan dirinya di masa jahiliyah dulu. Kenapa ia menangis, ia teringat ketika masa jahiliyah ia menanam anak perempuannya hidup-hidup.

Terbayang olehnya sekiranya anak perempuannya masih hidup. Ia akan boleh bersama mereka. Dan akan mendapatkan cucu yang banyak dari mereka.

Wednesday, September 14, 2011

Misteri hancurnya kota Sadom dan Gamora

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0M7UU33w9iWRoNUoR1jKdn_2a-pCIR_UXGHjrBnruPDGIjb5yngEcigXj3EKEvulzSdvNxbdq5k4uDwmO91AiHE8bZ7iuCGiPionP1bU-vXtFO6U_eL1wvQblspJf1tA2CQVImXbfd7x2/s1600/end.jpg
Kisah ini merupakan salah satu cerita tertua di dunia. Kisah dua kota yang namanya tidak lari dengan dosa, Sodom dan Gomora. Selama bertahun-tahun, cerita tentang apa yang menimpa dua kota ini menjadi perumpamaan tentang rosaknya moral yang harus dibayar dengan harga yang mahal.

Gambaran kehidupan manusia di dua kota ini benar-benar hampir sama relevan dewasa ini, dimana berbagai tindakan yang sangat jauh dengan hakikat mereka sebagai makhluk ciptaan, teruknya moral, seakan-akan tidak ada batasan. 
 
Dimana perintah-perintah dari Pencipta dan norma-norma dalam kehidupan bermasyarakat sudah seakan-akan menjadi dongeng turun temurun yang hanya terhad mereka dengar.
 
Sekitar 4000 tahun yang lalu, Sodom dan Gomora mempunyai reputasi tersebut. Walau Kitab suci tak pernah menyebutkan apa perbuatan mereka secara terperinci sehingga boleh ditimpa nasib seperti itu. 
 
Walaupun demikian, Kitab suci sangat jelas memberikan gambaran mengenai hukuman yang mereka terima dari Pencipta.

“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu (tungging-terbalik sehingga) yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertalu-talu.” (QS Huud ayat 82)

Jika cerita mengenai Sodom dan Gomora memang terjadi seperti apa yang dikisahkan di dalam Al-Quran mahu pun Injil, maka sangat mungkin terjadi di suatu tanah kosong terpencil di sebelah lautan tanpa kehidupan. Tapi, dimanakah tempat itu?

Sejarah Panglima Awang atau Henry The Black atau Enrique

http://resam-melayu.com/wp-content/uploads/2010/06/Panglima_Awang.JPG 
Tiada satu pun yang mustahil dalam dunia ini. Itu semua adalah atas kekuasaan dan kehendak Allah s.w.t jua. Dialah yang Maha Berkuasa. 

Apa tidaknya,selama ini kita didendangkan dengan lagu dan irama sejarah barat yang kononnya mengiktiraf bahawa Ferdinand Magellan yang berbangsa Portugis, adalah merupakan manusia pertama dalam sejarah berjaya mengelilingi dunia ini dan membuktikan bahawa dunia ini bulat. Peristiwa ini berlaku di abad ke 14 lagi. 

Kita pun melopong, menghafal dan seterusnya menelan fakta sejarah yang telah didendangkan menerusi para guru sejarah (dikenali sebagai "Tawarikh") masa itu. Kita juga tidak percaya bahawa di zaman itu 'mana ada orang Melayu yang boleh belayar beribu batu di lautan berbulan-bulan lamanya?' Memang tidak terfikir dek kepala kita masa itu ada orang Melayu boleh berbuat demikian.

Tetapi sesungguhnya, itu semua bukan mustahil malahan bolej berlaku bertepatan dengan cogankata ".....Kita Boleh....". Ianya bermula pada tahun 1509 apabila Portugis datang menjelajah ke timur dan seterusnya menguasai Kerajaan Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511. 
 
Dalam angkatan laut Portugis yang datang menyerang dan menakluk Melaka terdapat seorang pegawai tentera yang dikenali sebagai Ferdinand Magellan.

Panglima Awang atau Henry The Black atau Enrique di Malacca merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia. 
 
Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan. Beliau disebut sebagai Henrich dalam bahasa Sepanyol.

Asal usul Enrique diperdebatkan oleh ramai sejarahwan. Ada yang menyatakan beliau dari Melaka, Sumatera, Maluku dan dari Sibu, Filipina. Kisah pelayaran Ferdinand Magellan dicatat dalam diari Antinio Pigafetta, seorang sukarelawan Itali yang turut serta bersama Ferdinand Magellan. 
 

Laurence Brown : Dari atheis kepada Islam

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAIk-GAFHxB2gTtcHD9NUimCK8nMe53w5IU76s3zwOUUGcSjY8WE7Y2BhyphenhyphenJy2UQUkHjimax8914Nq7XthFtQeS6vx0O7yueLXDGencu3Z2ulgjHJPZrxphxjI3B3o6s4F2eWZaLPgoV78/s1600/laurence_2.jpg
Ketika konsultan ahli bedah kardio-toraks yang akan menangani anak perempuannya datang, perasaan Brown campur aduk antara sedih dan takut. 
"Tidak ada teman kecuali rasa takut, dan tidak ada tempat untuk berbahagi kesedihan sementara saya menunggu hasil pemeriksaan konsultan itu. Saya lalu pergi ke ruangan tempat berdoa di rumah sakit dan duduk bersimpuh," ujar Brown menceritakan kekalutan hatinya pada masa itu.

Ia mengakui, itulah kali pertama dalam hidupnya ia berdoa dengan tulus dan sungguh-sungguh. 
"Sebagai seorang atheis, pada masa itulah pertama kalinya saya, dengan setengah hati, mengakui Tuhan. Saya katakan setengah hati, malah dalam situasi panik itu, saya tidak sepenuhnya meyakini Tuhan. Saya cuma berdoa dengan sikap skeptis. Tuhan, jika Tuhan itu memang ada, Tuhan akan menyelamatkan anak perempuan saya, saya berjanji akan mencari dan mengikuti agama yang paling menyenangkan hati-Nya," kata Brown.

Sekitar 10 sampai 15 minit kemudian, Brown kembali ke ruang perawatan intensif anak perempuannya dan sangat terkejut mendengar penjelasan konsultan bedah yang mengatakan bahawa anak perempuannya akan baik-baik saja. 
Perkataan konsultan itu terbukti, dalam waktu dua hari, keadaan bayi perempuan Brown menunjukkan kemajuan tanpa perlu diberi ubat-ubatan dan menjalani pembedahan. Bayi perempuan Brown yang diberi nama Hannah itu selanjutnya membesar dengan normal seperti anak-anak lainnya.

Monday, September 12, 2011

Kempen 'KeluargaKu Ahli PAS'

 
PAS memerlukan penggerak bukan sekadar penyokong sebagai penerusan kerja perjuangan. Macam mana kita mahu perjuangan PAS ada penerusan? Adakah dengan "Kun Fayakun", tanpa apa-apa perancangan.

Dengan alasan PAS jamaah Islam, tidak payah berbuat sesuatu, serahkan kepada takdir sahaja. Adakah ini menepati dengan sunnah perjuangan Islam yang diajar oleh Nabi kita Muhammad SAW. Sedangkan baginda sendiri memberi keutamaan kepada proses perkaderan sebagai usaha dakwah baginda.

Usamah bin Zaid  dalam usia muda sudah diberi amanah yang besar, walau pun ada di kalangan pembesar sahabat yang lain untuk mengepalai peperangan untuk melawan Rom. Umurnya baru mencecah 18 tahun. Semuanya hasil tarbiah Rasulullah SAW sejak daripada kecil.

Amat malang kepada PAS sekiranya proses ini tidak diberi keutamaan. Proses perkaderan yang paling mudah sekali ialah dari kalangan orang yang paling rapat sekali dengan kita, iaitu ahli keluarga kita. Allah SWT telah memerintahkan kepada baginda supaya menyeru kepada ahli keluarga yang terdekat untuk menerima Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Berilah peringatan kepada mereka (ahli keluarga) yang hampir dengan kamu".

Apa makna kita berjuang siang malam, tiba-tiba anak kita sendiri yang tercicir di dalam perjuangan. Lebih parah lagi ada yang menentang perjuangan PAS. Semua gara-gara kecuaian ibu bapanya mentarbiah anaknya untuk bersama dengan perjuangan Islam.

Panglima besar Rom yang syahid di medan Yarmuk

http://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2010/11/5098_large-300x225.jpg
Kehebatan tentera Islam pada zaman Rasulullah dicatatkan dalam Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam. Peperangan itu membuktikan jumlah tentera yang banyak bukanlah senjata terkuat untuk mengalahkan musuh.

Peperangan Yarmuk tercatat sebagai peristiwa gilang gemilang dalam sejarah Islam. Dalam peperangan pada Jamadilakhir itu, 100,000 tentara Rom kalah kepada tentara Islam yang hanya 30,000 orang.

Keluarbiasaan Khalid bin Walid rupanya telah mengagumkan para Panglima Rom dan komandan pasukannya, inilah yang mendorong salah satu panglima besar Rom Georgius mengundang Khalid Al-Walid dalam masa perang berhenti agar bertemu denganya.

Ketika kedua panglima besar itu saling berdekatan hingga kepala kuda mereka bersentuhan.  
 
George bertanya:
“Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikit pun kerana orang yang merdeka tidak pernah berdusta. Jangan pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.”

Khalid menjawab: “Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan.”

George berkata: “Apakah Allah menurunkan kepada Rasulnya, Muhammad SAW satu pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu hingga jika kamu gunakan pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”
 
Jawab Khalid: “Tidak!”
 
George bertanya lagi: “Apakah sebabnya kamu digelar Saifullah (Pedang Allah)?”

Sunday, September 11, 2011

Lianus memeluk Islam setelah menonton filem Jesus disalib

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2ejXitiMXYC5FOtG40agrHhi7xHGHuG_qBqcDGGSHRuFXL43gq8V8Iwc69PDuMioq42HzNTp4OTQe4Gme9GKsumlYJBcmyBOXgo7xibVZQb6ItqcVYupd68iaQI4Lza_4V90IPBK173s/s1600/lianus-alias-abdul-aziz.jpg
Lianus membesar di daerah dimana Muslim hanya sedikit jumlahnya. Inilah yang membuat Lianus tidak pernah mengenal Islam. Malah bila bertemu dengan simbol-simbol Islam seperti pakaian Muslim, maka tidak ragu-ragu akan dia bakar.

Suatu hari, ia menonton filem penyaliban Jesus Kristus. Pada masa menonton filem itu, Lianus melihat adegan Jesus semasa memasuki gereja, secara spontan Jesus mengangkat kedua tangannya sambil memberikan ceramah kepada murid-muridnya. Pertanyaan segera timbul dalam diri Lianus.

“Mengapa agama saya dalam kehidupan sehari-hari tidak sama dengan apa yang dilakukan Jesus, Contohnya, dalam gereja, Jesus berdoa sambil menadah kedua tangan, bukan bernyanyi,” tanya Lianus dalam hati.

Rasa gusar ia semakin bertambah ketika Jesus hendak ditangkap. Dalam filem itu, cerita Lianus, Jesus mengatakan akan datang yang menggantikannya. Pernyataan Jesus difikir semula oleh Lianus. Lalu dia secara spontan bertanya kepada paderinya. “ Siapa yang akan menggantikan Jesus?” Lalu seketika paderi menjawab “Messiah”. “Siapa, Jesus kan Messias juga?” tanyanya kembali.

“Saya pun tidak pernah mendapatkan jawaban yang pasti, setelah itu," ujarnya.

Tamat sekolah SMP, Lianus dibawa bapa saudaranya ke Medan, Sumatera Utara. Perpindahannya dari Nias ke Medan, Lianus membawa dirinya bersama 3  pertanyaan dalam hati.
Pertama, mengapa cara beribadah agamanya tidak sama dengan Jesus. 
Kedua, mengapa Tuhan boleh ada anak, lalu anak itu menjadi Tuhan dan kemudian meninggal. 
Ketiga, sepanjang di Medan, Dia sering mendengar rakaman pendakwah terkenal yang menceritakan kisah para Nabi mulai dari Nabi Adam hingga ke Muhammad SAW. “Bagaimana Islam boleh mempunyai cerita seperti itu. Saya tidak tahu,”katanya.

Octhavio memeluk Islam setelah bermimpi

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKepsD12Gr-yp-DYkppUZzd95w_9xS6w2Hz0x63jhgpDmwN-wPkjZ0UeUCcxEeZt3T-MpPFDUhH-VTGHGDf5F3BTUvOF8wfnEtJfh75a1-u2QEyV6l0cGeaeJ1JNsMxNbPq-yKPPCHLsw/s1600/octhavio.JPG
Siapa dia Muhammad? Itulah pertanyaan singkat Octhavio kepada bapa saudaranya yang bernama, Luqman Likur. Pertanyaan itu muncul ketika terbangun di siang hari, setelah bermimpi dibangunkan dari tidur.

Kemudian, kisahnya, terdengar suara orang tua, yang mengatakan “Apa yang kamu lihat di atas kuburan kamu itu. Kamu ini suatu masa nanti kalau mati tidak akan masuk syurga. Kerana bukan umat Nabi Muhammad,” kenang dia.

Ia segera menghampiri bapa saudaranya, yang kebetulan seorang Muslim. Bapa saudaranya mengatakan Muhammad adalah pemimpin umat Islam.

Bapa saudaranya lantas mengatakan kepada Thayyib apa yang dimimpikannya merupakan berkah. Namun,bapa saudaranya belum mengatakan bahawa mimpi itu merupakan tanda-tanda hidayah. “Pada masa itu, saya tidak terlalu hiraukan mimpi itu, “ katanya.

Tidak lama kemudian, mimpi itu kembali berrulang. Tepat dua minggu dari masa mimpi yang pertama, pada masa itu hari Jumaat, Thayyib kembali tertidur. Lalu dia kembali bermimpi.

Saturday, September 10, 2011

Huraian terperinci Puasa Sunat Enam Syawal


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7YqJ0gdID9jd7oFPg4Z65N3lTb5PdIFjNoaUENFEV_DBExOf7TDKJr0_1Ej-lxwJNZBohAWeluw4yuRG0sdes5P1wmLtaA5i6QdiNOKxctdRTOCTbOzMdSmAUOSLZviBtAZQ-9VE8FB8M/s1600/PUASA6.gif 

Persoalan Sunat Sebelum Qadha & Qadha campur Sunat


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.


Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan.


Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).


Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):


(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ… وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم.


Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151]


Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.


Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:


(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.


Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]

Friday, September 9, 2011

6 jawapan Meryem Connie tentang Islam dan tudung

Wanita Sweden, Meryem Connie, menjadi penganut Islam sejak beberapa tahun ini. Ia semula seorang ateis. Perkenalannya dengan pemuda Turki, yang kemudian menjadi suaminya, mengenalkannya juga pada Islam.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_iYbRW-ChU9NztXnVwgXq78rGAIwYCw-rOxAW7EfeegNtxUR2BofGsve3-EKXpQOsHD1-XCIAKUUACr4mWEP_SrWyS0xu_Dj-LiFdllXRpSy0IWYxqAzJgZqcmTQSRsfm0kvrq1KeiMM/s1600/jilid+52l-Meryem+Connie.jpgMeskipun suaminya tak pernah memaksanya bertukar agama, namun kesedaran muncul belakangan, bahawa Islamlah agama yang dicarinya. Berikut ini jawaban Meryem berkaitan keislamannya, seperti dimuat di media tempatan, Afton Bladet:

Bila anda mulai mengenal Islam?
Suami saya yang mengenalkannya. Dia berasal dari Turki dan Muslim. Saya kemudian mencari pengetahuan sendiri tentang agama ini.

Mengapa kemudian tertarik menganut Islam?
Islam adalah agama yang paling logik dan realistik. Logis, kerana konsep ketuhanan agama ini boleh diterima akal. Kitab sucinya penuh dengan sains dan pengetahuan.

Islam juga sangat menghargai perempuan. Malah dalam perkahwinanpun, perempuan masih boleh memilih. Ketika kita merasa tak mungkin lagi serasi dengan pasangan kita, kita boleh menuntut hak kita: bercerai. Sangat realistik. Hal ini jelas dalam Al-quran bahawa pemaksaan tidak akan muncul dengan cara apapun.

Thursday, September 8, 2011

7 rombongan iblis di saat sakaratul maut

http://keperawatanreligionmentariwardhani.files.wordpress.com/2010/12/sakratul-maut.jpg?w=200&h=161
Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, mulai dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hingga ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. 
 
Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah S.A.W. menerangkan:
"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari tipuan syaitan diwaktu sakaratul maut. "

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan berbagai rupa aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barang-barang Iblis itu, pada waktu itu nyawanya putus dari tubuh. 
 
Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular yang berbisa. Yang apabila orang yang sedang sakaratul maut itu memandang ke binatang itu, maka dia pun menjerit dan melompat sekuat hati. 
 
Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Ricky tidak menemui tuhan dalam nyanyian


 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQXPDzzQlAWMy9cyceplC_-xLreMFzriijujrjpz7_6B6hNseqzNUl0bPxgJf0Vge8aty7DsgBe_q8TSd3cCNTVWKbcFl_tF5C-qiCmzeZbKqXx56CMNNMQlRwsp3iHKRraEUpE-4Pf9s/s1600/ricky.jpgNAMAKU Ricky. Aku lahir di Jakarta tahun 1981 lalu. Sejak setelah di baptis namaku berubah menjadi Erick Median. Itulah nama baptisku. Ayah dan ibuku asli Batak. Ibu bermarga Sihombing dan ayahku Hutabarat. Keduanya adalah penganut Kristian yang taat.

 Aku terlahir dari keluarga yang taat beragama. Walaupun ayahku kadang suka bergaya hidup bebas. Sedangkan keluarga dari ibu kebanyakan adalah aktivis gereja dan pendeta. Sejak kecil aku sudah dikenalkan dengan Tuhan Yesus. Ibukulah yang banyak memberikan pendidikan agama padaku.

Namun sejak kecil ibu sudah meninggalkanku. Ia meninggal dunia dalam keadaan masih memeluk agama Kristian. Sebelum meninggal, ibu sempat masuk ke hospital jiwa beberapa hari. Ibu diserang penyakit paru paru berair dan komplikasi. Ibu pun meninggal. Peristiwa menyedihkan itu terjadi di tahun 1985.

Sepeninggalan ibu, ayahku berkahwin lagi. Sebetulnya, isteri ayahku yang kedua ini adalah seorang wanita Islam. Tapi berkat pujuk rayu dan tekanan ayahku yang Kristian fanatik walaupun jarang ibadah, ibu tiriku yang Islam itu pun masuk ke agama yang kami anuti. 
 
Pernikahan mereka pun sebenarnya tidak direstui oleh orang tua keluarga wanita. Akhirnya mereka kahwin lari.

Musibah kembali menimpa keluarga kami. Tidak lama, ayahku menyusul meninggal kerana sakit. Aku sempat kalut dan stress berpanjangan. Aku tidak tahu harus bagaimana waktu itu. Akhirnya, oleh keluarga dari pihak ibu kandung, aku dibawa pulang ke Medan. Di sana aku dan saudara saudaraku tinggal di rumah nenek dan diasuh olehnya.
 
Tidak berapa lama di Medan, aku kembali lagi ke Jakarta. Aku ikut dengan ibu tiriku yang dinikahi ayahku itu. Di kota metropolitan inilah aku berada pada titik kehidupan yang menggila. Di sini pula aku mulai mengenali kekasih dan pergaulan bebas. Tapi saya tidak merokok dan juga minum arak. Entah, aku sangat benci dengan asap.

Wednesday, September 7, 2011

Kisah Nabi Isa dalam al-Quran buat pemuda Poland memeluk Islam

 http://osolihin.files.wordpress.com/2011/02/abdulhadi_110217215709.jpg
 
Abdulhadi, 23 tahun, dibesarkan dalam ajaran Katholik. Orang tuanya berdarah Poland, negara di mana, menurut penuturannya, Katholik adalah agama utama dan ajarannya dipraktikkan dalam kehidupan seharian penduduknya.

“Saya diajari berdoa sejak kecil dan dibaptis dalam gereja,” katanya. “Pada masa itu sangat menyenangkan,” akui Abdulhadi.

Namun ketika meningkat masa remaja, ia merasa agama tidak ada lagi bererti. “Kosong, saya juga meragui semua aliran fahaman,” kata Abdulhadi.

Ia gelisah. Banyak pertanyaan muncul di benaknya, seperti dari mana ia berasal dan mengapa ia hidup. “Tapi saya tidak menemui jawapan.” ujarnya.

Semasa pencarian itu ia mengaku mengalami keadaan sukar yang ia analogikan sebagai tamparan keras. “Tiga hingga empat kali saya ditampar dan itu sangat menyakitkan,” katanya tanpa mahu menceritakan detail kisah sukarnya.

Tuesday, September 6, 2011

Dialog Heraclius Raja Rom dengan Abu Sufian pemimpin Quraisy

Pada masa Perjanjian Hudaibiyah atau gencatan senjata antara kaum muslimin dan musyrikin Quraisy, Rasulullah saw mengutus beberapa sahabat. Mereka dikirim kepada raja-raja bangsa Arab dan non-Arab untuk menyeru Al-Islam. 
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghRPG4IineJwWAwGW9CEOK-XocJywG5snuTRnqvYjM1U116zvOR1G5_wbCyi3fq817KOsFpK6tLW04F7jPB2lyWAb1ImuvyMIjboFyxBIE2COHO62zyltelN3Vki8HstneUp1thdi2k2E/s1600/heraklius.jpg Salah seorang sahabat yang diutus adalah Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi. Ia ditugaskan untuk menyampaikan surat dakwah kepada Heraclius, Raja Rom.

Dihyah pun diterima oleh Heraclius dengan sangat baik. Kemudian ia menyampaikan surat dakwah dari Rasulullah saw kepada Raja Rom itu .

Setelah Heraclius membaca pesanan Rasulullah saw, ia segera menyuruh pengawalnya untuk mencari orang-orang yang mengenali Muhammad. Semasa itu Abu Sufyan berada di sana bersama serombongan kafilah dagang Quraisy.

Para pengawal kerajaan pun melaporkan keberadaan Abu Sufyan dan teman-temannya kepada Raja Rom. Kemudian dipanggillah Abu Sufyan yang masih membenci Islam bersama teman-temannya ke hadapan Raja Rom tersebut.

Abu Sufyan dan teman-temannya datang menghadap Heraclius. Dengan didampingi seorang penterjemah, Raja Rom memulakan pembicaraan dengan pertanyaan, "Siapa di antara kalian yang paling dekat garis keturunannya dengan orang yang mengaku sebagai nabi ini?"
Abu Sufyan menjawab, "Saya, Tuan!"

Kemudian terjadilah dialog di antara keduanya di hadapan para pembesar tertinggi istana kerajaan Rom. Berikut ini dialog yang diceritakan terus oleh Abu Sufyan dan diriwayatkan kembali oleh Bukhari.

Kecerdasan gagak menurut al-Quran dan sains

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEX6aLwmd1O01ONDj3TJQKiu04E70EFq1qIk4IANBNFZE7NQ5yj16YjxyyIYA-jEuU4vaHUpLIzV8_CVaVvWOFUwZdwbUEqC_yZaOEusJsGbH5QhLckJezL0RtpvTkLkWl_iPh0yts2rot/s1600/gagak.jpg
Burung umumnya tidak dianggap binatang cerdas, sehingga seseorang  merendahkan orang lain menyebutnya dengan "Otak Burung". Tetapi suatu hari, saya (Sahar El-Nadi) membaca sebuah ayat dari Quran yang melibatkan burung , yang membuat saya berhenti dan berfikir tentang makna dari sebuah ayat. Berikut adalah petikan ayat tersebut:

"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia orang-orang yang merugi. Kemudian Allah menyuruh seekor gagak menggali-gali bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil:'Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?' Kerana itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal." (Al Maidah : 30-31)

Ini memberi saya petunjuk agar melihat lebih dekat dan mempelajarinya lebih dalam. Jadi saya menganggap perkara ini berkaitan dengan burung gagak kerana ayat ini jelas menunjuk burung ini sebagai mentor bagi manusia, dan jelas menunjukkan bahawa manusia seperti "direndahkan" oleh penyelesaian yang ditunjukkan oleh gagak untuk beberapa masalah kritikal mereka.

Akibatnya, saya bertanya-tanya: Binatang apakah yang paling cerdas setelah manusia? Seperti banyak orang, saya teringat pada ikan lumba-lumba untuk kehormatan itu, tapi setelah pencarian online yang sangat menyenangkan, saya dapati satu kejutan besar.
 

Kelahiran Nabi Muhammad SAW menurut ramalan Yahudi


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0H_aJ5NAMgQ7xHRtBX5c9G8ITw9q-2jItw0zd7JubqiawXVqpFk0ZkDuCrDYRR4DVWWjNSaYk_yRExC7f6pAB5_aeRniOfUvJXrHL32o3q0jmmxsDefvj2JnfFjvOOn5FL1RaiQaukOEr/s1600/muhammad+%25281%2529.jpg
Sesungguhnya, kaum Yahudi mengetahui tentang kebenaran fakta sebagaimana digambarkan dalam ayat di atas, namun mereka menyembunyikannya, malam semakin melakukan kezaliman dan kebongkakan mereka pada setiap zaman.

Pengetahuan Yahudi tersebut sama dengan dahulu ketika mereka mengetahui dan mengimani kedatangan penutup para Nabi iaitu Muhammad bin Abdullah (saw). 
 
Mereka berbondong-bondong berhijrah menuju Jazirah Arab untuk menunggu kedatangan Nabi terakhir. Mereka pun tahu waktu dan tibanya kelahiran Rasulullah, sebahagian mereka mendiami kota Mekah dan berdagang di sana.

Dan ketika tiba malam dilahirkannya Rasulullah (saw), mereka mendatangi kaum Arab Quraisy dan berkata: ?Wahai Quraisy, apakah ada bayi dari kalian yang lahir pada malam ini? Kaum Quraisy menjawab? Demi Tuhan, kami tidak tahu?. 
 
Yahudi berkata,"Allah Maha Besar. Jika kalian memang tidak mengetahuinya, tidak menjadi soal. Tapi, tolong perhatikanlah dan jagalah dengan baik-baik apa yang kami katakan kepada kalian ini! Telah lahir pada malam ini Nabi terakhir untuk umat manusia yang di antara bahunya ada sebuah tanda kenabian.?

Monday, September 5, 2011

Dokumen Asli : Surat Rasulullah SAW kepada tiga raja dan reaksi berbeza mereka


Setelah Perjanjian Hudaibiyyah Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam memiliki kesempatan untuk berdakwah yang lebih luas. Beliau mengirimkan banyak surat kepada pembesar di berbagai negeri menyeru mereka kepada Islam. 
Berikut ini adalah kisah tiga orang raja yang berbeza reaksinya ketika menerima surat dari Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam. Perbezaan reaksi ini berakibat pada perbezaan nasib yang mereka alami.

1- Surat Nabi saw untuk Raja Negus (Penguasa Ethiopia)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiDSiMElzs2zBrG_cYW_lcNKJ7FBlsstdnhWRYKjsVjwMmcvd9s_lTbhryNrnjkcGZtAKE_rTqgt8MlEsYV9RN_-hpSPD8sddxKWtiqSPiOYubUikQezI1UM9CD8vlFcByXQDSfQqBp94/s1600/surat1.jpg

Isi surat:
Dari Muhammad utusan Allah untuk An-Najasyi, penguasa Abyssinia (Ethiopia).
Salam bagimu, sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, dan aku bersaksi bahawa Isa putra Maryam adalah ruh dari Allah yang diciptakan dengan kalimat Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam yang terpilih, baik dan terpelihara. Maka ia hamil kemudian diciptakan Isa dengan tiupan ruh dari-Nya sebagaimana diciptakan Adam dari tanah dengan tangan Nya. Sesungguhnya aku mengajakmu ke jalan Allah. Dan aku telah sampaikan dan menasihatimu maka terimalah nasihatku. Dan salam bagi yang mengikuti petunjuk.

Ketika Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam menulis surat kepada An-Najasyi yakni Ashhamah bin Al-Abjar dan menyerunya kepada Islam. Raja An-Najasyi mengambil surat itu, beliau lalu meletakkan ke wajahnya dan turun dari singgasana. Beliaupun masuk Islam melalui Ja’far bin Abi Tholib radiyallahu ‘anhu.

Beliau lalu mengirimkan surat kepada Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam dan menyebutkan tentang keislamannya.

Raja An-Najasyi akhirnya meninggal dunia pada bulan Rajab tahun ke-9 Hijriyyah. Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam memberitakan hal itu pada hari wafatnya lalu melakukan solat ghaib untuknya. Beliau juga menyatakan bahawa Raja An-Najasyi kelak akan masuk surga.

2- Surat Nabi saw untuk Raja Heraclius (Kaisar Romawi)
Isi surat:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Heraclius Kaisar Romawi yang agung.

Salam bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Salain dari pada itu, sesungguhnya aku mengajak kamu untuk memeluk Islam. Masuklah kamu ke agama Islam maka kamu akan selamat dan peluklah agama Islam maka Allah memberikan pahalah bagimu dua kali dan jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa orang orang Romawi. “Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. Al-Imron 64

Ketika Rasulullah sholallahu ‘alaihi wasallam mengirim surat kepada Kaisar Heraklius dan menyerukan kepada Islam. Pada waktu itu Kaisar sedang merayakan kemenangannya atas Negeri Persia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...