Siapa dia Muhammad?
 Itulah pertanyaan singkat Octhavio kepada bapa saudaranya yang bernama, Luqman
 Likur. Pertanyaan itu muncul ketika terbangun di siang hari, setelah bermimpi dibangunkan dari tidur. 
Kemudian,
 kisahnya, terdengar suara orang tua, yang mengatakan  “Apa yang kamu lihat 
di atas kuburan kamu itu. Kamu ini suatu masa nanti kalau mati tidak 
akan masuk syurga. Kerana bukan umat Nabi Muhammad,” kenang dia.
Ia segera menghampiri bapa saudaranya, yang kebetulan seorang Muslim. Bapa saudaranya mengatakan Muhammad adalah pemimpin umat Islam. 
Bapa saudaranya lantas mengatakan kepada Thayyib apa yang dimimpikannya merupakan
 berkah. Namun,bapa saudaranya belum mengatakan bahawa mimpi itu merupakan 
tanda-tanda hidayah. “Pada masa itu, saya tidak terlalu hiraukan mimpi itu, “
 katanya.
Tidak lama kemudian, mimpi itu kembali berrulang. Tepat dua minggu dari masa mimpi yang pertama, pada masa itu hari Jumaat, Thayyib kembali tertidur. Lalu dia kembali bermimpi. 
Dalam
 mimpi itu, ia melihat kumpulan oarang tua berjanggut. Salah seorang dari
 mereka kemudian mengtuk-getuk pintu rumahnya.  “Hei bangun, 
orang-orang pada solat kamu masih tidur. Ayuh bangun solat,” 
ungkapnya. 
Pada masa Maghrib di hari
 yang sama, ia membuat keputusan mengejutkan. “Saya mahu masuk Islam,” kata
 Octhavio. Bapa saudaranya yang terkejut bertanya kepada anak saudaranya itu 
tentang keseriusannya. Keputusan memeluk Islam, kata bapa saudara, bukan 
keputusan main-main.
Ia
 menjawab, urusan memeluk sebuah agama merupakan hal peribadi. Tepat 31 
April 2004, dengan disaksikan oleh seorang tua, ia mengucapkan dua 
kalimat syahadat. Kepada para saksi, ia mengaku dirinya memutuskan 
memeluk Islam tanpa paksaan. "Wapaupun saya tinggal bersama bapa saudara saya yang
 Muslim, saya tidak pernah dipaksa beliau untuk memeluk Islam,” 
kenangnya. 
“Pada masa memutuskan memeluk Islam, saya belum tekun mempelajari Islam. Masih 
banyak perkara yang sepatutnya tidak saya lakukan namun saya langgar,” akui lelaki yang bernama Muslim Muhammad Thayyib Gushah itu. 
Berita keislamannya sampai ke telinga ibunya. "Dua tahun saya tidak disapa beliau, tapi
 saya terus menjelaskan alasan saya memilih Islam," katanya. Ia tetap 
menghormati ibunya, malah makin menunjukkan rasa hormat dan kasih 
sayangnya. 
Pintu
 dialog pun terbuka. "Kenapa kau tiba-tiba memperhatikanku," kata 
ibunya. ”Inilah Islam. Inilah ajaran Islam,” jawab dia. Akhirnya, ibunya 
menerima keputusan anaknya untuk memeluk Islam. Malah seorang adiknya 
mengikuti jejak Octhavio memeluk Islam. 
Kini ia mendalami agama di Pesantren  Annaba Center.
 “Saya selalu mendapat godaan terutama semasa melihat kaum hawa. Kedua,
 saya juga mudah tergoda dengan minuman arak dan merokok. Alhamdulilah, sepanjang  di Pesantren, saya sudah mengetahui tentang bagaimana menghindari dari 
larangan oleh Allah,” ujarnya. Dia pun serius mendalami Islam. Sedikit 
demi sedikit, ia mulai menghafal Al-quran dan rajin solat.
Pada masa depan, Thayyib yang sedang menuntut di Fakulti Sastera Inggeris ini bercita-cita ingin menjadi seorang guru. (republika.co.id)
 
No comments:
Post a Comment