Wanita Sweden, Meryem Connie, menjadi 
penganut Islam sejak beberapa tahun ini. Ia semula seorang ateis. 
Perkenalannya dengan pemuda Turki, yang kemudian menjadi suaminya, 
mengenalkannya juga pada Islam.
 Meskipun suaminya tak pernah memaksanya bertukar agama, namun kesedaran muncul 
belakangan, bahawa Islamlah agama yang dicarinya. Berikut ini jawaban 
Meryem berkaitan keislamannya, seperti dimuat di media tempatan, Afton Bladet:
Meskipun suaminya tak pernah memaksanya bertukar agama, namun kesedaran muncul 
belakangan, bahawa Islamlah agama yang dicarinya. Berikut ini jawaban 
Meryem berkaitan keislamannya, seperti dimuat di media tempatan, Afton Bladet:
Bila anda mulai mengenal  Islam?
Suami saya yang mengenalkannya. Dia berasal dari Turki dan Muslim. Saya kemudian mencari pengetahuan sendiri tentang agama ini.
Mengapa kemudian tertarik menganut Islam?
Islam
 adalah agama yang paling logik dan realistik. Logis, kerana konsep 
ketuhanan agama ini boleh diterima akal. Kitab sucinya penuh dengan sains 
dan pengetahuan.
Islam
 juga sangat menghargai perempuan. Malah dalam perkahwinanpun, perempuan
 masih boleh memilih. Ketika kita merasa tak mungkin lagi serasi dengan
 pasangan kita, kita boleh menuntut hak kita: bercerai. Sangat realistik.
 Hal ini jelas dalam Al-quran bahawa pemaksaan tidak akan muncul dengan cara apapun.
Memakai tudung, apakah anda tak merasa kepanasan? 
Semua orang berfikir bahawa memakai pakaian menutup aurat tersebut sangat panas dengan memakai tudung sepanjang hari semasa berada di luar rumah. Yang saya rasakan,adalah sebaliknya. 
Matahari tidak membakar kulit pada masa panas terik. Ketika hawa sejuk, tidak 
terlalu merasa kesejukan.
Di Swedin,tudung bukan hal biasa. Anda tidak merasa kesukaran dengan ini, terutama di tempat kerja? 
Saya sedang cuti hamil sekarang (wawancara dilakukan beberapa bulan lalu, 
red). Saya fikir tidak ada masalah, setelah saya masuk nanti.
Mengapa anda menggunakan nama Muslim? 
Ketika anda memulai sesuatu dengan cara apapun, pasti akan dilakukan dengan 
sungguh-sungguh? Apa lagi memulai hidup baru dengan keyakinan baru.
 
Apakah anda akan membawa anak-anak anda menjadi Muslim? 
Saya
 akan mengajarnya dalam Islam. Tapi tidak dengan paksaan. Saya ingin 
puteri saya mengenakan tudung semasa dia besar nanti, misalnya, tapi saya 
tidak boleh memaksa dia untuk melakukan itu. Saya hanya ingin anak saya 
tampil percaya diri, gembira, dan mampu menimbang perkara baik dan 
buruk. (republika.co.id)
 
No comments:
Post a Comment