Kehebatan tentera Islam pada zaman Rasulullah dicatatkan dalam Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam. Peperangan itu membuktikan jumlah tentera yang banyak bukanlah senjata terkuat untuk mengalahkan musuh.
Peperangan Yarmuk tercatat sebagai peristiwa gilang gemilang dalam sejarah Islam. Dalam peperangan pada Jamadilakhir itu, 100,000 tentara Rom kalah kepada tentara Islam yang hanya 30,000 orang.
Keluarbiasaan Khalid bin Walid
rupanya telah mengagumkan para Panglima Rom dan komandan pasukannya,
inilah yang mendorong salah satu panglima besar Rom Georgius mengundang Khalid Al-Walid dalam masa perang berhenti agar bertemu denganya.
Ketika kedua panglima besar itu saling berdekatan hingga kepala kuda mereka bersentuhan.
George bertanya:
“Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikit pun kerana orang yang merdeka tidak pernah berdusta. Jangan pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.”
Khalid menjawab: “Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan.”
George berkata: “Apakah Allah menurunkan kepada Rasulnya, Muhammad
SAW satu pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu hingga jika
kamu gunakan pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”
Jawab Khalid: “Tidak!”
George bertanya lagi: “Apakah sebabnya kamu digelar Saifullah (Pedang Allah)?”












