Tembok ini memang bukan tembok tertua, tapi tembok ini selalu dikunjungi ramai orang setiap tahun. Tembok ini siap dibina pada tahun 1982 dan ditorehkan lebih dari 58.000 nama tentera Amerika yang mati atau hilang semasa perang di Vietnam pada tahun 1959 sampai 1975. Beberapa bahagian tembok ini nampak cantik , beberapa bahagian yang lain mempesonakan.
2. Tembok Monster Hijau – Boston

Para peminat sukan olahraga tidak akan melupakan tembok setinggi 37 kaki (10 meter) yang dinamakan Green Monster di Fenway Park, Boston. Tembok yang pernah hancur pada tahun 1934 kerana kebakaran, kembali dibina dan terus diperbaharui. Tembok ini sekarang dibina dengan dilapisi plastik keras dengan dihiasi papan angka model kuno, sebagai kenangan atas masa lalu,
3. Tembok Santa Maria delle Grazie – Itali

Mungkin anda tidak pernah mendengar namanya. Tapi anda pasti tahu mengenai lukisan “Makan Malam Terakhir” karya Leonardo Da Vinci. Lukisan dinding (mural) buatan Leonardo ini dibuat di tembok ini. Lukisan “Makan Malam Terakhir” ini diselesaikan pada tahun 1498. Walaupun sebahagian besar tembok biara ini hancur pada tahun 1943, tapi tembok ini masih utuh tidak hancur.

















