
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila  mayat itu dikafankan, orang itu  datang mendiami antara dadanya dan  kain kafan itu.Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah  ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah  dua malaikat
Munkar  dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka  dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu  tanpa sebarang gangguan.
Tetapi  orang yang kacak itu akan berkata: "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan  meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa  sekalipun.Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya  sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas  itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah  Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara  perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat." "Janganlah engkau  bimbang. Selepas pertanyaanMunkar dan Nakir ini, engkau tidak akan  berasa dukacita lagi"
Bila  pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu  hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari  syurga.
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Cuba  kita renungkan sejenak diri kita sendiri.Ajal dan maut adalah ketentuan  Allah. Bila ia telahdatang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau  mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.
Dan apabila berada di alam kubur  siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan  kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.Allah telah menjanjikan  Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah  benar. bersihjiwahati
 
No comments:
Post a Comment