Salam,
Muktamar  PAS Pusat sudah berakhir , kepimpinan PAS yang baru juga sudah  diketahui. Perwakilan telah mengunakan hak memilih dengan sebaiknya.
Jangkaan penulis bahawa Ust. Tuan akan menang tersasar sebaliknya Abang Mat Sabu  calon yang penulis harapkan menang berjaya menarik hati 420 perwakilan.  Kemenangan Abang Mat Sabu dengan majoriti 21 undi menunjukkan saingan  yang hebat dari Ust. Tuan. 
Jelas,  peratus yang tinggi perwakilan yang memilih Husam untuk pemilihan yang  lalu memberi undi kepada Abang Mat kali ini. Ada juga yang memberi undi  kepada Ust. Tuan namun gagal membantu memberi kemenangan kepada Ust.  Tuan. Undi yang diterima Ust. Tuan juga tinggi apabila separuh yang  mengundi Ust. Nasha pada pemilihan lepas mengundi Ust. Tuan kali ini.
 Bagi jawatan Naib Presiden , jangkaan penulis Husam, Nizar dan Salehuddin  akan menang. Perwakilan nampaknya memberi undi kepada calon yang sudah  dikenali dan lama bergiat dalam parti. Husam, Salehudin menepati ciri  ini, tapi Nizar tidak menepati ciri ini kerana masih baru untuk dipilih  sebagai Naib Presiden.
Perwakilan memilih Mahfuz  yang lebih menepati ciri ini. Abang Mat Sabu, Salehudin, Husam , Mahfuz  adalah aktivis yang sudah lama bergiat dalam parti sejak berpuluh  tahun. Sejak mereka berada di kampus, keluar kampus terus bergiat  sepenuh masa dengan parti. 
Mahfuz  pula sejak dari muda menjadi pejuang yang setia, tak pernah mengaku  kalah dengan kepayahan bersama PAS. Semasa penulis di kampus, penulis  selalu ke Markas Pongsu Seribu ikut program Jamaah Kampus. Pernah  sekali, penulis lihat seorang yang tidur berlapitkan tikar markas di  satu sudut markas. Itulah , Mahfuz yang pertama kali penulis bertemu  muka dengannya.
Syukurlah  , semua calon Naib Presiden yang penulis harapkan menang telah menang.  Seperti yang penulis beritahu di N3 lepas , perwakilan akan memilih  calon dikenali sudah  lama,  kuat bekerja, dari  negeri yang sama, ramah atau mesra bukan hanya   semasa muktamar tetapi  juga di waktu-waktu lain. 
Seperti  yang  penulis jangkakan bahawa 13 AJK yang mempertahankan jawatan akan  kekal menang. Hanya seorang yang tercicir iaitu Dr. Lolo' , dan penulis  yakin perwakilan mahu beliau berehat kerana mendengar bahawa beliau  masih kurang sihat sepenuhnya dari penyakit yang beliau hadapi.
Penyandang sesi lepas yang menang :
1- Dato’ Kamaruddin Jaaffar
2- Dato’ Seri Azizan Abdul Razak
3- Dato’ Hassan Mohd Ali
4- Dr Hatta Mohd Ramli
5- Ustaz Ghani Samsudin
6- Dato’ Abu Bakar Chik
7- Saudara Hanipa Maidin
8- Dato’ Ir Amirudin Hamzah
2- Dato’ Seri Azizan Abdul Razak
3- Dato’ Hassan Mohd Ali
4- Dr Hatta Mohd Ramli
5- Ustaz Ghani Samsudin
6- Dato’ Abu Bakar Chik
7- Saudara Hanipa Maidin
8- Dato’ Ir Amirudin Hamzah
9- Ustaz Ghani Abdul Rahman
10- Dr Dzulkefly Ahmad
11- Saudara Mazlan Aliman
12- Dr Mujahid Yusof Rawa
10- Dr Dzulkefly Ahmad
11- Saudara Mazlan Aliman
12- Dr Mujahid Yusof Rawa
Lima calon yang penulis jangkakan menang atau memberi saingan kuat untuk menang terbukti dipilih perwakilan. Haji Wahid Endut  memang sudah dikenali peringkat nasional sejak menang PRK Kuala  Terengganu. Kemenangannya juga mengisi kekosongan wakil Terengganu yang  ditinggalkan oleh Dr. Syed Azman.
Ir. Khalid Samad yang  mencuba banyak kali pemilihan terpilih kali ini seperti yang penulis  jangka. Beliau mendapat tempat dihati perwakilan selain sebagai aktivis  lama PAS, banyak dibantu oleh kerja kuatnya berhujah dengan UMNO setiap  kali timbul isu yang berkait dengan agama. Perwakilan melihat beliau ke  hadapan pada ketika pemimpin lain masih belum menjawab.
Dato' Nik Amar  penulis jangka menang kerana tahu beliau kurang berpeluang menang Naib  Presiden. Perwakilan akan memberi undi simpati kepada beliau dan  terbukti benar. Kenapa dapat diagak ? kerana Dr. Mujahid pernah  bertanding jawatan Naib Presiden pemilihan lepas telah tewas tetapi  menang jawatan AJK.
Nizar  yang bertanding Naib Presiden , sekiranya bertanding AJK juga boleh  menang tetapi beliau tidak bertanding AJK. Mungkin kerana yakin menang  Naib Presiden dan hendak memberi peluang calon lain dari Perak menang  jawatan AJK.
Walaupun  Nizar tidak bertanding AJK, seorang pun calon dari Perak tidak menang.  Penulis sudah jangka kerana perwakilan dari Perak pun terpecah undi  kepada 6 calon dari Perak yang bertanding. Sepatutnya , hanya seorang  atau dua orang calon sahaja yang bertanding seperti negeri lain yang  bersepakat sebelum muktamar.
Blogger  Al- Banjari dan Perakite yang berkempen untuk seorang calon dari Perak  dah luah rasa kecewa mereka. Blogger Cenangau pernah bagi tahu penulis  bahawa calon ini ada harapan untuk menang, tapi apabila penulis tengok 6  orang calon dari Perak yang bertanding. Harapan yang besar itu jadi  tipis. 
 Kemenangan Dato' Dr. Mahfuz  disebabkan kekosongan yang ditinggalkan Ust. Hashim Jasin dan Ust. Taib  Azamuddin yang tidak bertanding kali ini. Perwakilan memilih beliau  bagi mewakili Dewan Ulama menjadi AJK PAS Pusat. Undi perwakilan dari  Johor juga besar memandangkan beliau adalah Pesuruhjaya PAS Johor. 
Seorang  lagi wakil Dewan Ulama yang penulis jangka menang iaitu Ust. Nik Zawawi  tidak berjaya kali ini.Mungkin beliau masih belum dikenali di peringkat  nasional walaupun ada ketokohan. Ust. Nik Zawawi perlu diberi peranan  lebih besar dalam Dewan Ulama dan PAS Terengganu supaya ketokohannya  lebih terserlah.
Perwakilan memilih Dr. Mariah kali  ini bagi mengantikan Dr. Lolo' sebagai wakil Dewan Muslimat dalam AJK  PAS Pusat. Perlantikan Dr. Mariah sebagai AJK PAS Pusat pada sesi lepas  juga membuka peluang kepada beliau mendapat undi perwakilan. Dr. Mariah  juga mendapat perhatian setelah menang jawatan Timbalan Ketua Muslimat 
Jangkaan  penulis Suhaizan Kayat akan menang AJKnampaknya tidak tepat. Tidak ada  seorang pun wakil Dewan Pemuda yang menang. Suhaizan baru sahaja tewas  Timbalan Ketua Pemuda gagal mendapat undi simpat dari perwakilan.  Suhaizan juga tidak dapat dibantu melalui undi dari perwakilan Johor  mungkin kerana perwakilan Johor sudah berpuas hati dengan Mazlan Aliman  dan Dato' Dr. Mahfuz berada sebagai AJK PAS Pusat.
Hanya seorang sahaja yang bukan penulis jangka menang AJK PAS Pusat telah menang kali ini. Ustazah Nuridah Saleh mantan  Ketua Muslimat PAS Pusat telah menduduki kedudukan terakhir AJK PAS  Pusat. Perwakilan telah memberi undi simpati kepada beliau berikutan  kekalahan beliau kepada Ustazah Zailah dalam pertandingan Ketua  Muslimat.
Perwakilan  jelas mengundi calon yang diyakini mampu mengerakkan PAS menghadapi PRU  13. Aktivis yang lama bergiat dalam parti, aktivis yang bersama semasa  susah senang PAS, aktivis yang berani melawan UMNO, aktivis yang setia  dan kuat bekerja menjadi pilihan perwakilan. Tahniah perwakilan.......
 
No comments:
Post a Comment