Friday, March 25, 2011

Kelahiran anak singa putih pertama di Argentina

 
Pemilik zoo di Buenos Aires, Argentina mengumumkan kelahiran tiga anak singa putih yang unik dan lucu. Ketiganya merupakan hasil daripada sepasang induk singa asal Afrika Selatan.

Ketiga-tiga anak singa tersebut dilahirkan pada 16 November 2010, terdiri dari dua betina dan satu jantan. Pemilik zoo mengatakan, ketiganya merupakan bayi singa putih pertama yang dilahirkan di wilayah Amerika Selatan.

"Kami sangat bangga. Tidak banyak anak singa putih yang berhasil dilahirkan di zoo," ungkap Miguel Rivolta, ahli veteriner zoo tersebut. Semasa anak singa itu pertama dipersembahkan kepada umum, pengunjung zoo sangat teruja.

Thursday, March 24, 2011

Kisah kejam tentera Amerika membunuh kanak-kanak Afganistan


21 Mac 2011, adalah Tahun Baru Afghanistan. Tahun baru membawa harapan baru untuk masa depan. Namun, setiap prospek harapan bagi awal yang baru nampaknya jauh dari fikiran tiga anak perempuan kecil Afghanistan, yang kini menjadi yatim setelah tentera Amerika menyerang rumah mereka.
 
Peristiwa ini berlaku sebulan yang lalu, ketika pasukan kafir Amerika dipercayai telah mengejar Mujahidin Afghanistan. Ini adalah retorik khas pasukan AS setiap kali mereka memberikan alasan atas kematian orang awam.

Tragedi ini terjadi di Timur Afghanistan di Kaikawoo, daerah Wazir Khoogiani.

Ketika roket AS mendarat di rumah ini, orang tua, dua anak lelaki dan dua anak perempuan kehilangan nyawa mereka. Baki tiga anak perempuan menangis tak dapat mengawal perasaan atas kehilangan orang tua dan saudara kandungnya.

Kini anak perempuan berusia 7 sampai 11 tahun, tinggal bersama bapa saudara mereka. Setiap malam mereka bangun menangis teringatkan kisah duka kehilangan seluruh keluarga mereka.

Wednesday, March 23, 2011

9 binatang kecil berbahaya kepada manusia

9. Kutu


Kutu menghisap darah dan menghuni badan binatang lain (termasuk manusia). Kutu sukar untuk dihapus dan penghapusan harus dilakukan dengan hati-hati kerana kutu akan meninggalkan bahagian kepala yang kemudian dapat menyebabkan infeksi serius.

Menurut Wikipedia, kutu keras (hard ticks) dapat menyebarkan penyakit kepada manusia seperti penyakit Lyme, demam Rocky Mountain , tularemia, equine ensefalitis, demam kutu Colorado, African Tick Bite Fever, dan beberapa bentuk ehrlichiosis.

8
. Tarantula Hawk


Tarantula Hawk diberi nama sesuai fakta bahawa binatang ini membunuh tarantula sebagai makanan larva mereka. Sengatan binantang ini dinilai sebagai salah satu sengatan yang paling menyakitkan di dunia (walaupun tidak sesakit seperti semut api ).

Salah seorang pengkaji menggambarkan “[...] sengatan sebagai penyebab langsung, rasa sakit yang menyiksa dan menghilangkan kemampuan seseorang untuk melakukan apa pun, kecuali, mungkin, menjerit. Keadaan mental tidak berfungsi dalam situasi ini.” Tarantula Hawk adalah ‘serangga rasmi’ negara New Mexico.

Fitnah haram, tukang fitnah berdosa besar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgXH56u6dUMqBQRgTUmYyPiQnlxjnwsRFqW57n_NPPlcXichyriBBaH2TdewTbCBdFgm471tIZ14clbbMyDo4Nf5RcD00YHFjAdvg8LjaWVzxtNJrYkCRU3_DCukBQS9KGq2bi6OmqaHU/s400/fitnah+akhir+zaman.jpg

MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana telah melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya kepada kita. Di antara nikmat yang utama yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata'ala kepada hamba-Nya ialah lidah.

Lidah mempunyai kebaikan dan manfaat yang amat banyak, bagi mereka yang menjaga dan menggunakannya ke arah tujuan yang sebenar seperti berzikir kepada Allah Subhanahu Wata'ala, membaca Al-Qur'an, berdakwah menyeru manusia ke arah mentaati perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan memberi nasihat serta teguran yang berguna kepada sesama manusia.

Sesungguhnya lidah itu merupakan nikmat yang amat berharga kerana itu kita hendaklah menjaga dengan sebaik-baiknya, jangan sampai disalahgunakan seperti membuat fitnah.

Namun dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja menyebar fitnah menggunakan lisan, tetapi juga melalui kecanggihan teknologi maklumat, sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik.

Tuesday, March 22, 2011

10 sungai terpanjang di dunia

10. Sungai Lena berada di Benua Eropah (Rusia) mempunyai panjang 4400 km


9. Sungai Amur berada di Eropah dan Asia mempunyai panjang 4444 kilometer



“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?”

ulama

“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul.

“Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan.

Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria seperti yang dinukilkan.

Kesulitan itu bertambah lagi apabila Ulama mahu diangkat sebagai pemimpin. Timbul pula persoalan berkaitan kesarjanaan, apakah ia sinonim dengan kepimpinan?

12 mesin raksasa ciptaan manusia


1. Liebherr T 282B: Truck terbesar di dunia

Mesin raksasa Liebherr T 282B adalah dumptruck terbesar yang dibina tahun 2004 oleh syarikat Jerman. Truck seberat 203 Tan ini dapat mengangkut muatan sebanyak 365 tan, dan menghasilkan tenaga kira-kira 3650 Tenaga Kuda.

Features:
  • Weight: empty – 203 tons; maximum capacity – 365 tons; maximum operating weight – 592 tons
  • Length: 14.5 m long
  • Height: 7.4 m tall
  • Wheelbase: 6.6 m
  • Top Speed: 40 mph or 65 kph
  • Costs: US$3.5 M

2. Bagger 288: Mesin penggali terbesar di dunia


Mesin ini adalah mesin penggali terbesar di dunia. Excavator Berroda bernama Bagger 288 dibina oleh perusahaan Krupp Jerman.
Mesin seberat 13.500 Tan ini terdiri dari 2 bahagian, iaitu “bucket-wheeler excavator” sebagai alat penggalinya dan Crawler-Transporter sebagai kenderaan penumpang yang membolehkan alat tersebut bergerak.

Features:
  • Height: 95 m tall
  • Length: 215 m long
  • Weight: 13,500 tons 

Monday, March 21, 2011

7 manusia pencipta mati akibat ciptaan sendiri

Teknologi memang boleh memberikan kemudahan. Namun bila tak berhati-hati, ia juga boleh membahayakan penggunanya. Bak 'pagar makan pagi ', inovasi dan teknologi ternyata juga boleh memudaratkan, malah meragut nyawa tuannya.

Akhir September lalu, Jimi Heselden, pemilik industri yang mencipta Segway, sebuah kenderaan seperti scooter yang popular di AS, mati semasa menaiki kenderaan beroda dua itu.

Discovery mengumpulkan kisah-kisah para pencipta atau pemilik inovasi, yang mati secara tragis oleh produk ciptaan mereka sendiri. Berikut ini para pencipta atau pemilik inovasi yang mati oleh inovasinya sendiri.

1. James Heselden

Pada 26 September 2010, James Heselden, pemilik perusahaan England Hesco Bastion, industri yang mencipta Segway, meninggal akibat menaiki kenderaan roda dua itu.

Menurut saksi , lelaki berusia 62 tahun itu terjatuh dari Segway dan tergelincir ke dalam jurang sedalam 30 kaki, hingga akhirnya mayat dan Segway-nya ditemui di sungai, berhampiran kediamannya di West Yorkshire, England.


Ironinya, kemalangan tragis ini cuma selang sehari sebelum pengumuman sebuah kajian yang menyatakan peningkatan angka kecederaan akibat kemalangan Segway, yang kebanyakan korbannya adalah mereka yang baru menaiki Segway dan belum berpengalaman.

10 kejadian misteri yang gagal dijelaskan FBI

Ada banyak kejadian aneh dan misteri yang tak dapat dijelaskan dengan akal normal. Secara ilmiah sukar dihuraikan, mungkin melalui kejadian supranatural.

Artikel ini bukan dimaksud membahaskan kejadian aneh tersebut, tapi kejadian-kejadian ini benar-benar terjadi dan sampai sekarang tak mampu dijelaskan sebab musababnya.

Bahkan FBI juga telah angkat tangan atau ‘menyerah’ dan masuk dalam ‘X Files’.

Berikut 10 kejadian aneh dan misteri dari berbagai pelusuk dunia, perkara aneh yang terjadi di dunia :

1. Rumah Hantu The Amityville


Anda pernah menonton filem horror Amityville House? Tahukah Filem yang diangkat dari novel horror karangan George dan Kathy Lutz, begitu menyeramkan ketika ditayangkan di pawagam.

Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya semua kejadian horror itu adalah kisah benar. George dan Kathy menulisnya dalam novel berdasarkan kejadian sebenarnya yang kemudian diangkat ke pawagam.

Orang percaya apenulis sebenarnya adalah orang yang mengalami kejadian tersebut.

Kisah rumah berhantu itu berlaku pada tahun 1975 ketika pasangan suami isteri pindah ke sebuah rumah di Amityville, New York. Pasangan baru pindah ini tidak tahu bahawa rumah itu pada 13 tahun sebelumnya pernah terjadi peristiwa mengerikan.

Anak lelaki pemilik rumah telah menembak mati semua keluarganya yang berjumlah enam orang. Semasa ditangkap, dia mengaku, membunuh kerana arahan suara yang bermain-main di kepalanya.

Tapi anehnya, keenam korban di temui tertelungkup di tempat tidur mereka. Mereka nampak tidur seperti biasa, tidak ada tanda bahawa mereka sebelumnya minum ubat penenang.

Ini memang menjadi misteri yang aneh. Sementara pelaku Ronald DeFeo disumbatkan ke penjara di New York dan terpenjara di sana sehingga mati.

Berbalik kepada keluarga baru pindah ke rumah horror itu. Selama 28 hari di sana, banyak kejadian misteri dan mengerikan dialami pasangan ini.

Bukan hanya bau busuk yg tiba-tiba datang, atau suara ketukan yang bising, tapi juga serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya.

Sunday, March 20, 2011

Buku ' Menerjang Badai ' tulisan Ust. Ridhwan Mohd Nor difensif , tidak menjawab persoalan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKuou2bHhCTe4CMYKAAxF408Y-hULql3SeAjC3yx1xEwf-OOUdn_fKmLviIwLp3gkT1FjgrrGhjoAkjkOZSxCKt0CixRtjmCpakE0cfFyAog-uo9xEeJnVgw_V63qFEFEAaz2ve_E9JgRG/s1600/menerjang+badai-rasmi2.JPG

Buku ‘Menerjang Badai’ yang diforumkan di Kelantan dilihat seakan difensif ketika menjawab beberapa persoalan mengenai buku kontroversi Dr Mujahid Yusof Rawa, iaitu ‘Menuju PAS Baru’.
Wakil Jabatan Urusetia Penerangan PAS Kelantan memberitahu, Ustaz Ridhwan Mohd Nor dilaporkan langsung tidak menjawab soalan moderator mengenai ‘Teori Lekuk’ yang dikemukakan oleh Dr Mujahid.

Sebaliknya, jawapan Ridhwan hanya berkisar mengenai sejarah am pergerakan PAS sahaja.

Justeru wacana tersebut gagal menolak cadangan Dr Mujahid supaya kepemimpinan PAS perlu berubah sekarang selari dengan zaman sekarang tanpa perlu regid pada kepemimpinan ulama mahupun profesional.

Saturday, March 19, 2011

Ikan yang boleh mengecil dan membesar


Binatang dan manusia boleh bertambah besar dan lebih gemuk serta menjadi kurus bergantung kepada makanan yang dikonsumsi. Namun, apa yang terfikir di kepala anda jika ada binatang yang tubuhnya memendek dan memanjang sesuai dengan musim.

Fenomena menarik itu menjadi topik pengkaji dari Finland dan Norway yang hasil pengkajiannya disebarkan dalam jurnal Functional Ecology. Ini merupakan pengkaji dari dua negara tersebut, juga merupakan fenomena pengecilan tubuh pertama yang ditemui pada ikan.

7 binatang albino yang unik dan menakjubkan

Albino, keadaan yang menyebabkan suatu makhluk hidup menjadi putih adalah kerana terjadinya genetik yang diterima dari kedua orang tuanya.

Hampir semua jenis dari binatang dapat lahir dalam keadaan albino, malah makhluk invertebrata sekalipun seperti ketam atau ikan. Berikut ini adalah 7 binatang albino yang sangat luar biasa :

1. Albino Alligator


Hanya terdapat sedikit sekali malah dapat dihitung dengan jari jumlah alligator/buaya putih yang ada di dunia. Namun tidak semuanya benar-benar menyerupai sebagai albino.

Gambar di atas adalah Bouya Blan, buaya albino berusia 22 tahun yang terdapat di Florida. Binatang albino ini memiliki pigmentasi yang sangat sedikit, malah matanyapun hampir tak berwarna.


Seterusnya adalah White Diamond yang lahir di Louisiana namun dibesarkan di Germany’s Serengeti Safari Park. Buaya berusia 15 tahun tersebut merupakan variasi buaya Mississppiensis albino satu-satunya terdapat di Eropah

2. Albino Snake


Ular dapat menunjukkan beberapa variasi dari pola abino, dan kulit mereka akan berpola mulai dari warna putih salji hingga warna yang nampak seperti cetakan yang fotocopy yang kering.

Friday, March 18, 2011

15 Masjid terbesar dan termegah di dunia

Masjid merupakan tempat ibadah bagi umat Islam. Kewujudannya sangat penting sekali. Malah di beberapa tempat, masjid dibangun dengan cukup besar, harapannya adalah agar mampu menampung jamaah yang ramai semasa beribadah. Ini adalah 15 masjid terbesar di dunia diambil dari dunia kita .

15. Masjid Al-Aqsha di Palestin


Masjid Al-Aqsa awalnya masjid kecil yang dibangun oleh Khulafa ar- Rasyidin, khalifah Umar Bin Khattab, tapi dibangunkan dan diperluaskan kembali oleh Khalifah Bani Umayyah Abdul-Malik Bin Marwan dan diselesaikan oleh puteranya al-Walid Bin Abdul Malik pada tahun 705 Masehi.

Setelah gempa bumi di tahun 746, masjid tersebut benar-benar hancur dan dibangun kembali oleh khalifah Abbasiyah al-Mansur pada tahun 754.

14. Masjid Al-Fath di Bahrain


Masjid Al-Fath, juga disebut sebagai Islamic Center Al-Fath dan Masjid Raya Al Fath, merupakan salah satu daripada masjid terbesar di dunia yang mampu manampung lebih dari 7000 orang jamaah solat dalam waktu yang sama.

Masjid tersebut merupakan tempat ibadah terbesar di Bahrain. Masjid ini terletak di jalan raya Raja Faisal di Juffair, sebuah bandar kecil yang berlokasi di ibu kota Manama.

Thursday, March 17, 2011

7 binatang bersuara kuat

Binatang menghantar maklumat untuk alasan-alasan yang sangat spesifik, seperti untuk tanda bahaya atau untuk mengawan.

Beberapa panggilan tersebut begitu keras dapat melalui air atau melalui pokok-pokok dalam jarak yang jauh untuk sampai ke penerima mereka, seperti binatang berikut.

1. Paus Biru


Suara paus biru adalah yang paling kuat di bumi, dengan kekuatan 188 desibel, jika kita bandingkan dengan konsert rock yang rata-rata hanya mencapai 100 desibel, maka ini hampir dua kali ganda.

Paus biru jantan biasa menggunakan suara kuatnya untuk menarik pasangan yang jaraknya ratusan mil jauhnya.

2. Howler Monkey


Binatang ini ditemui di hutan Hujan Amerika. Boleh membesar sehingga mencapai tinggi 4 kaki dan biasa hidup berkumpulan.

Lolongan monyet ini boleh didengari sehingga 10 mil, dan masuk rekod guinness sebagai the loudest land animal.

Arak menjadi madu

Sujud

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi.

Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"

Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu.

Wednesday, March 16, 2011

Tikus dalam lubang dubur pemuda tetapi bukan Si Saifool


Dua tiga hari ini puak-puak Umno, Perkasa, GAPS dan beberapa NGO Melayu ciptaan Umno mengadakan demo menuntut DSAI menyerahkan DNAnya.

Walaupun hanya beberapa orang yang berdemo tetapi mendapat liputan meluas dari media massa arus perdana. Malah tidak ada seorang pun antara mereka ditahan polis. Berlainan jika demo anjuran PR pasti ada yang ditangkapnya.

Entah apa yang merasuk Umno bersungguh hendak dapatkan DNA DSAI sedangkan semua itu masih dalam proses perbicaraan mahkamah. Mereka melolong, memaki, menjerit hanya kerana lubang dubur Si Saifool.

Apa yang menariknya lubang dubur Si Saifool sehingga menjadi peransang kegilaan Umno untuk berdemo kerana lubang dubur itu?

Rupanya, ada istimewanya lubang dubur sehingga Umno bersemangat terhadapnya. Bukan sahaja Umno tikus juga minat dengan lubang dubur seorang pemuda. Ini terbukti dalam berita yang tersiar dalam akhbar di Amerika Syarikat. Bacalah.........

Seorang pemuda mabuk yang menceroboh masuk ke sebuah rumah di South Carolina, Amerika Syarikat (AS), ditemui dengan seekor tikus tepat di dalam lubang duburnya.

Polis sebelumnya berusaha keras untuk menangkap pemuda itu kerana memikirkan beliau sering mengamuk pada masa polis hendak mententeramkannya.

Kisah wanita kafir dan limau

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgT0fHTv17yN7D1Bc8cVSvWVEDEDGxehq2wcqqmKynfipfpuIviVjJUcytzQqaDbfPz7klwL6hz7z5EbvTUieMr18OMN5BoYLPcKbLoYyqWAgSKZJHnYY7BsBdu7FX-YBYMG9ERoCOT3KA/s1600/limau.jpg

Gambar hiasan

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.

Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Tuesday, March 15, 2011

Ariel Sharon : Dulu zalimi rakyat Palestin kini menjadi bangkai bernyawa

http://buletinonline.net/images/stories/berita43/ariel.jpgKaum yang keji dan ganas serta zalim. Kaum pembunuh dan penumpah darah manusia. Kalau nabi disembelih, digergaji disula dan dibakar... apalah sangat manusia lain.

Kini penerus kezaliman itu akan terus muncul. Terbaru, Anak sulung bekas Perdana Menteri Rejim Zionis Israel Ariel Sharon mengusulkan untuk membakar bangsa Arab.

Laman al-Islam al-Youm melaporkan, Gilad Sharon putra sulung pembunuh kem Pelarian Palestine Sabra dan Shatila dalam sebuah wawancara dengan akhbar Yediot Aharonot mengatakan, orang-orang Arab harus dibakar.

Dia menyatakan, pengepungan atas orang-orang Arab dan Palestin harus diperketat. Gilad Sharon adalah putra Ariel Sharon yang melakukan kejahatan kemanusiaan dengan membunuh 3500 orang di kem pelarian Palestine Sabra dan Shatila tahun 1982. Beliau merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006.

Monday, March 14, 2011

Kisah aneh semasa menguruskan jenazah

http://pakarhowto.com/wp-content/uploads/2010/05/jenazah.jpg
Gambar Hiasan

Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput.

Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini :


Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.

10 binatang yang pernah ke luar angkasa

Sebelum Yuri Gagarin mencipta sejarah dengan menjadi orang pertama di luar angkasa pada 12 april 196, suatu percubaan yang panjang astronot non-manusia sudah diluncurkan ke atmosfera untuk menentukan apakah bentuk kehidupan boleh bertahan hidup di luar angkasa.

 
Bahkan setelah misi luar angkasa berawak menjadi prosedur biasa, pelbagai binatang terus digunakan untuk eksperimen ruang angkasa. Para astronot binatang telah berperanan dalam membantu manusia berhasil dalam perjalanan antariksa, inilah 10 binatang berjasa tersebut.

10. Tikus


Tikus pertama di ruang angkasa, pada bulan februari tahun 1961,Perancis mengirimkan tikus bernama hector ke ruang angkasa. Setelah terbang ke ketinggian 93 mil, hector dapat kembali dengan selamat.

9. Marmut


Marmut yang pertama kali ke luar angkasa terbang dengan pesawat ruang angkasa sputnik 9 soviet pada tanggal 9 mac 1961, bersama dengan seekor anjing bernama chernushka, seorang kosmonot bernama ivan ivanovich dummy, dan berbagai jenis tikus dan reptila. 
 
Ivan dapat kembali ke bumi dengan selamat dan begitu juga dengan binatang lain. Pada tanggal 5 oktober 1990, China meluncurkan biosatellite fsw-1 3 berisi koleksi dari 60 tanaman dan binatang termasuk marmut. Setelah lapan hari, biosatellite telah berjaya ditemui dengan selamat.

Sunday, March 13, 2011

Kisah lelaki menghukum bayang-bayang

http://1.bp.blogspot.com/_NtiPnFxaCAo/TGQQ67AbLDI/AAAAAAAAAZ8/-ye_kZA5T_4/s640/bayang1.jpg

Seorang lelaki telah bermimpi menggauli seorang perempuan di dalam tidurnya sehingga junub. Dia merasa puas dan bangga walaupun hanya bermimpi.

Kebetulan pula perempuan yang dimimpikan itu sudah punya anak lelaki yang sudah dewasa. Maka pergilah dia kepada anak lelaki itu dan memberitahukan mimpinya.

"Aku bermimpi telah berjunub bersama ibumu." kata lelaki yang bermimpi.

Anak lelaki itu marah-marah kerana merasa lelaki yang bermimpi itu telah mencabuli ibunya.

"Kalau begitu engkau telah berbuat jahat, engkau mesti dihukum." kata anak lelaki itu membela ibunya.

"Aku kan hanya bermimpi....."

Kedua-dua lelaki itu bertengkar yang berkepanjangan. Yang bermimpi mengatakan tidak bersalah, sedang anak kepada perempuan yang dimimpikan menganggapnya salah.

Akhirnya mereka membawa masaalahnya kepada Ali bin Abi Talib untuk mencari keadilan.

Kisah binatang menyelamatkan manusia

Kucing menyelamatkan rumah dari kebakaran


Dianne Busscher terbangun dari tidur pada jam 4:45 oleh jeritan kucing. Busscher terbangun untuk melihat apa yang menyebabkan kucingnya menjerit.
Apa yang dilihatnya adalah asap dan api, cepat-cepat ia menyambar kucing dan bergegas kembali ke dalam untuk membangunkan suami dan kelima anak mereka.
Ikan lumba-lumba menyelamatkan remaja yang tenggelam

Davide Ceci berumur 14 tahun dan tidak boleh berenang ketika ia jatuh dari perahu bapanya di selatan-timur Italia. Filippo telah menjadi daya tarikan pengunjung, popular dari Manfredonia di selatan-timur Itali selama dua tahun.
Sementara Ceci Emanuele telah menyedari anaknya telah jatuh ke dalam ombak, Filippo menarik dia keluar dari air untuk diselamatkan.
Davide Signora ibu Ceci berkata: “Sebuah pahlawan, nampaknya tidak mungkin binatang boleh melakukan sesuatu seperti itu,dan merasakan asing untuk menyelamatkan kehidupan manusia.”
Filippo telah hidup di perairan Manfredonia sejak ia terpisah dari pusat penjagaan ikan lumba-lumba.Jadi tidak hairan ia boleh melakukan hal yang luar biasa untuk menyelamatkan manusia.

‘Gugurnya’ penakluk gunung ( Zaidi Bidin )


Gunung terakhir yang dijejaki arwah sehingga ke puncak iaitu Gunung Lawu di Jawa Timur, Indonesia pada 12 - 13 Februari 2011.
Salam,

Penulis baru menerima berita sedih dari Malaysia, Abang Zaidi ( Zaidi Bidin) sahabat seperjuangan di kampus telah kembali ke Rahmatullah semasa mendaki sebuah gunung di Sabah.

Terlalu banyak kenangan bersama Abang Zaidi di kampus. Seorang pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam dan aktivis kampus yang gigih, abang Zaidi banyak mengajar penulis berjuang secara tersusun.

Penulis banyak memerhati cara abang Zaidi melaksanakan tugasnya sebagai Setiausaha PMI dan jamaah kampus .

Kerjanya tidak bertangguh, kemas, minit yang tersusun, perancangan yang berstrategi cukup mengajar penulis bekerja dengan cara yang sama sehingga sekarang.

Kerap penulis pergi ke biliknya di asrama Harapan untuk mendapat nasihat dari beliau, meluahkan perasaan dan bertukar pandangan.

Penulis juga selalu meminta tolong beliau menterjemah artikel berbahasa Inggeris kerana beliau berkebolehan dalam bahasa Inggeris.

Pernah penulis , tinggal sebilik dengannya di rumah sewa Taman Brown semasa beliau sudah bekerja dan penulis berada di tahun empat. Masih terbayang senyuman yang sentiasa terukir, masih terkenang pengalaman berjuang bersamanya.
Penulis tahu melalui facebooknya, mengenai hobinya mendaki gunung. Dah banyak gunung ditakluknya di serata dunia. Walaupun begitu, beliau tetap sokongan kepada perjuangan Islam.
Tetap menjaga solat walaupun sesukar mana dalam pendakian. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Ini adalah berita kematiannya yang terpapar dalam akhbar . Bacalah......

LALUAN ke puncak gunung Nambuyukong dekat Pondok Seraya berhampiran sub stesen Serinsim, Kota Marudu, Sabah sunyi sepi seketika. Masing-masing terkesima menyaksikan peristiwa yang telah dicatatkan di dalam Luh Mahfuz.

Tepat pukul 1.10 petang, 4 Mac 2011 lalu, Zaidi Bidin yang terkenal sebagai penakluk gunung pergi buat selama-lamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...