Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah 
saw yang memiliki keutamaan dalam hal hidup kesederhanaan dan ketaqwaan 
kepada Allah SWT. Beliau berasal dari negeri Parsi. 
Pernah di masa 
hidupnya, Salman telah diberi jabatan sebagai Gubernur daerah 
kelahirannya. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah
 keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap 
kemewahan dunia. 
Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa
 mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya 
melakukan suatu kerja yang berat. 
Orang itu menjumpai Salman ketika 
berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh 
Salman memikulnya sampai ke rumah.
Tanpa banyak tanya sahabat Nabi yang mulia ini terus memikulnya. Di 
pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. 
Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. 
Lalu berkata: “Wahai
 tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah 
Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini.” 
Terkejut lelaki itu 
mendengarnya, ternyata orang yang dikasarinya itu adalah Gubenurnya 
sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung 
yang sedang dipikulnya itu. 
Tetapi Salman menjawab: “Oh tidak mengapa 
tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan”. 
Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang 
sahabat Rasulullh saw. yang tidak mementingkan darajat dan kedudukan.Kisah Islami
 
No comments:
Post a Comment