1 Four Eyes Fish (Ikan bermata empat)
Ikan ini termasuk dalam genius anablepidae  iaitu ikan yang hidup  di muara sungai  bahagian selatan Mexico hingga    bahagian selatan Amerika  Selatan. Ikan ini hanya dapat hidup di air  tawar   dan air payau. 
Ikan  ini memiliki mata yang terletak di bahagian atas   kepala dan terbahagi  dalam dua  bahagian yang berbeza, sehingga ikan ini dapat   melihat  bahagian permukaan air  dan bawah air dalam waktu yang sama .
   Ikan ini sebenarnya hanya  mempunyai 2 mata, namun kedua  matanya   yang terletak di bahagian aras  kepala terbahagi menjadi 2 bahagian,   yakni  bagian atas dan bawah yang  dipisahkan oleh lapisan jaringan yang   tipis. 
Setiap  bahagian mata mempunyai tugasnya sendiri. Bahagian mata atas  untuk   melihat di udara (atas  permukaan air) dan bawah untuk melihat  ke dalam   air. ketebalan lensa  mata bahagian atas dan bawah pun berbeza,   semakin ke  bawah semakin tipis.
2 Ikan kelawar berbibir merah (Red Lipped Batfish)
2 Ikan kelawar berbibir merah (Red Lipped Batfish)
Ikan    ini kelihatan seperti memakai lipstik. Ikan ini hidup di perairan     Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan perenang yang buruk,     sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut.     Ketika mulai membesar dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu  dengan    tulang belakangnya sehingga akan kelihatan menarik bagi  mangsanya.
3 Spookfish (ikan hantu)
3 Spookfish (ikan hantu)
Ikan ini mempunyai wajah yang cukup menyeramkan .. Cuma belum ada penjelasan lebih lanjut. hanya menjelaskan tentang barreleye
4 Barreleye Fish - genus Macropinna microstoma (Ikan kepala transparan)
Tergolong dalam keluarga ikan hantu, ikan ini mempunyai kepala transparan yang cembung dan berisi cairan bening. Bahagian pangkal mata dan organ dalam kepalanya kelihatan jelas dari luar.
Terdapat  dua titik warna   kuning kehijauan seperti setengah kuning telur di   belakang pangkal   mata. Kedua benda itu diyakini berfungsi sebagai  mata.  Di belakang dua   “benda kuning” itu kelihatan hampir-hampir  berwarna krim  seperti jaringan   daging yang sudah pucat. 
Dengan  ukuran siripnya yang  besar, membuat ikan ini  tetap seimbang. Dia  hidup tepat di batas terbawah  kemampuan sinar   matahari menembusi  kedalaman laut. Pada posisi tersebut  membuat ikan ini tidak akan ikan  dengan jelas oleh haiwan-haiwan di sekitarnya. 
Haiwan  pemangsa   maupun mangsanya sendiri yang bersembunyi di atas tidak   boleh melihatnya. Namun ikan ini mampu melihat ke atas kerana matanya   dapat   diputar lurus ke depan ataupun ke atas. . Ini sangat  menakjubkan. 
Para    pengkaji percaya, matanya yang berwarna hijau kekuningan itu telah     berkembang membentuk saringan cahaya yang membolehkan untuk mengabaikan     sinar matahari dan dapat melihat cahaya yang beredar dari ikan kecil     dan ubur-ubur yang merupakan makanan kegemarannya. 
Lantas,  apa fungsi    kedua ‘matanya’ yang terdapat di depan? Menurut para  pengkaji, kedua mata ikan itu adalah nales, deria bau seperti lubang   hidung   manusia. Barrelfish mempunyai kristal cair pada matanya, yang   terletak   pada suatu tempat pada selaput kecil. 
Apabila  kristal  cair itu   rosak, matanya akan mendapat tekanan sangat kuat  dan keadaan  itu akan   membunuhnya. Sebab, kita tahu bahawa tekanan  dalam laut pada  kedalaman   600 meter ke bawah memang sangat kuat .
5 Flying Fish (Ikan terbang)
5 Flying Fish (Ikan terbang)
Exocoetidae    atau ikan terbang adalah dari keluarga ikan laut yang terdiri atas   sekitar   50 spesies yang dikelompokkan dalam 7 hingga 9 genus. Ikan   terbang   ditemui di semua laut utama, terutama di perairan tropika dan    subtropika di lautan Atlantik, Pasifik dan Hindia. 
Ciri  utamanya  yang   paling menonjol adalah sirip dadanya yang besar,  membolehkan ikan  ini   meluncur terbang secara singkat di udara, di  atas permukaan air,   untuk  lari dari pemangsa.
  Peluncuran ikan ini biasanya sejauh sekitar 50   meter,  namun mereka  dapat menggunakan dorongan pada tepi gelombang   hingga  dapat mencapai  jarak setidaknya 400m.
6 Ikan bergigi dan lidah manusia
6 Ikan bergigi dan lidah manusia
Seorang  pemancing di Amerika Serikat terkejut  bukan   kepalang melihat ikan  yang  ditangkap itu, malah  mengigitnya   kuat. Dia menjerit dan setelah  diperiksa gigi  ikan ini   mirip gigitan manusia. 
Seperti  dibaca dalam web.orange.co.uk edisi 24    September 2010, Frank  Yarborough sedang memancing di Danau Wylie, South    Carolina. Belum pun  lama melempar kail, seekor ikan mengigit umpan lalu    tersangkut.  Frank  gembira bukan kepalang kerana ikan yang terjerat itu    sungguh  besar. 
Warnanya  gelap dan memiliki berat kira-kira 5 kilogram    dengan panjang hampir  setengah meter. Yarborough menjangka itu adalah ikan    lele. Dia pun  memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan    tadi. Tetapi,  dia merasa terkejut dan menjerit kerana  didigit kencang    seperti  digigit manusia. 
Setelah  diperiksa ikan itu memang sangat menakjubkan. Ikan ini mempunyai gigi  seperti gigi seri, geraham, dan taring seperti yang    dimiliki manusia.  Tidak seperti ikan di tasik itu pada umumnya. Ikan ajaib ini ditangkap  dan dibawa pulang. Yarborough tidak  terfikir untuk    menggorengnya.  Hingga kini masih tersimpan di dalam peti sejuk. 
Para    ahli  biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan dalam sebuah kolam    yang  eksotik. Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar  Jabatan Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, telah mengesahkan     adanya sampel ikan itu. Sampel ikan itu telah dikirim untuk menentukan     apa jenis spesies ikan misteri itu.
7 Handfish (Ikan bertangan)
Kelihatan ikan ini terlihat sekitar tahun 1990-an dan ikan ini merupakan salah satu jenis terbaru dari ikan bertentangan lainnya. Ikan ini nampak ganjil kerana tidak berenang dan itu menjelaskan kalau kenapa lokasi ikan ini adanya di dasar lautan.
Yang  anehnya ikan ini menggunakan  "tangannya"   yang seharusnya menjadi  sirip untuk berjalan. Lokasi ditemui  ikan   tersebut terdapat di daerah  Tasmania,Pulau Australia. Kulitnya dilapisi    denticle (semacam sisik  yang kasar/bergigi-gigi) sehinga ia dipanggil    warty anglers (wart =  kutil). ukurannya sekitar 15cm. 











 
1 comment:
terimakasih atas infonya sangat membantu, jangan lupa kunjungi website kami http://bit.ly/2KQ1J6n
Post a Comment