Tuesday, January 25, 2011

Tulahan : Benarkah tuduhan blogger Umno terhadap PAS Parit Buntar ?

Salam,
Semalam penulis baca dalam Cenangau ada blogger Umno yang kritik PAS Parit Buntar. Penulis selidik blog ini rupanya dah banyak kali dia hentam tapi sebelum ini banyak dia serang Adun Titi Serong. Mungkin Adun Titi Serong pun tak tahu jadi dia tak jawab, mungkin juga dia malas nak layan.

Tapi bila dia sentuh PAS Parit Buntar, mungkin ada yang bagi tahu Cenangau maka dah dijawabpun dalam blognya. Blogger Luncai Umno ini banyak membuat serangan tanpa bukti, yang selalu dia tulis dengar dari orang Parit Buntar.

Bolehlah kita andaikan bahawa dia hanya main tulis ikut sedap hati dia, kemudian cakap orang Parit Buntar bagi tahu dia. Dia sebenarnya tak tahu pun apa yang berlaku di Parit Buntar.

Penulis cadang kepada blogger ini, turun la ke Parit Buntar buat siasatan dan dapatkan bukti. Pi jumpa orang kampung , pi warong kopi dengar apa yang mereka sembang. Jangan jumpa orang Umno sahaja, begitu juga jangan jumpa orang PAS sahaja. Sebab jawapannya kita dah tahu.

Pi jumpa orang atas pagar, jumpa anak muda yang kurang ambil hal politik, jumpa pekerja kilang. Lebih mudah penulis syor dia buat soal selidik dan bagi soal selidik tu kepada orang Parit Buntar sebagai responden secara random.

Hasil soal selidik tu bentang dalam blog, boleh juga PAS Parit Buntar guna, sebab blogger Umno ini pun tak percaya kepada Umno Parit Buntar.

Boleh kot blogger Umno ni buat, kalau tidak tuduh atas angin macam selalu dia buat sapa nak percaya. Macam Cenangau kata kat dia, terjun dengan labu-labunya. Ikut kau lah Luncai.

Tuduhan Luncai Si Blogger Umno ini tersasar jauh berkenaan program kebajikan di Parit Buntar. Cenangau dah jawab, penulis tambah dan paparkan Wawancara Khas antara Wartawan Sinar Harian dengan Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar yang diadakan pada tahun 2010. Bacalah wawancara ini........
DSCF6616.jpg picture by paspbMenyedari peranan PAS sebagai parti yang mengutamakan kebajikan, Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar mengorak langkah memperjuangkan kebajikan demi kesejahteraan rakyat di Parit Buntar.

Lujnah ini tidak menjadikan alasan PAS sebagai parti pembangkang untuk tidak membantu rakyat. Malah selepas pilihanraya umum ke 11 (2004), Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Parit Buntar telah menetapkan agenda kebajikan untuk bergerak dalam masyarakat.

Penerusan program ‘ Kami Prihatin’, penubuhan Dana Kebajikan Parit Buntar dan Skim Penyayang telah mencetuskan gerakan kebajikan yang bersistematik, teratur dan terancang.

Bagi mendapat penjelasan lanjut berkaitan program kebajikan yang dilaksanakan di Parit Buntar. Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian dengan Ahmad Azhar Haji Sharin Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Parit Buntar.

Ahmad Azhar seorang peguam adalah juga Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan pernah menjadi ADUN Titi Serong sekitar tahun 1999 hingga 2004.

SH : Selaku Pengerusi Lujnah Kebajikan, Bagaimana saudara mengerakkan Lujnah ini sehingga aktif mengadakan program kebajikan kepada penduduk di Parit Buntar

AA : Sebenarnya, Lujnah ini digerakkan oleh satu jawatankuasa yang mengabungkan beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS Parit Buntar, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar.

Jawatankuasa ini bermesyuarat setiap bulan bagi merancang program-program kebajikan disamping berbincang untuk menambah dana kebajikan.

Setiap Ahli Jawatankuasa Lujnah memainkan peranan mengaktifkan Lujnah. Contohnya, ada Ahli Jawatankuasa yang ditugaskan menguruskan program Khidmat kesihatan, ada yang menguruskan Skim Penyayang dan tugas-tugas lain.

Kita juga mendapat kerjasama yang baik daripada PAS Cawangan yang bertindak memberikan maklumat tentang musibah yang menimpa penduduk . PAS Cawangan juga menjadi wakil Lujnah mengumpulkan dana kebajikan daripada ahli PAS di Cawangan.

SH : Dalam banyak bantuan yang diberikan, golongan manakah yang menjadi tumpuan Lujnah Kebajikan

CIMG3524.jpg picture by paspbAA : Lujnah Kebajikan memberikan perhatian yang serius terhadap dua kelompok manusia dalam masyarakat, iaitu anak-anak yatim dan kaum perempuan yang tidak mempunyai suami, yang dipanggil armalah.

Bantuan secara wang tunai dan berupa barangan keperluan telah diberi kepada golongan armalah dan anak-anak yatim ini. Misalnya, sebelum musim persekolahan tahun 2010 dibuka, PAS Parit Buntar telah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 225 pelajar yang kebanyakannya anak-anak yatim di Parit Buntar


Melalui program ‘ Kami Prihatin’ , kami akan turun menziarahi dan memberi bantuan kepada armalah melalui maklumat yang diberikan oleh PAS Cawangan

SH : Terdapat ramai orang miskin di Parit Buntar, bagaimanakah lujnah ini mengenalpasti golongan ini dan apakah bantuk bantuan yang diberikan kepada mereka

Image029-3.jpg picture by paspbAA : Kami bukan sahaja bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh PAS Cawangan, malah kami mendapat maklumat orang miskin ini melalui data yang diperolehi oleh Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar hasil aduan warga miskin sendiri.

Sejak tahun 2004, Lujnah Kebajikan telah memperuntukkan RM 25 000.00 setiap tahun untuk bantuan kepada orang fakir dan miskin. Peruntukan ini adalah hasil sumbangan derma orang ramai dan ahli PAS.

Lazimnya bantuan ini disampaikan pada bulan Ramadhan, menjelang Hari Raya.


Bagaimanapun sejak Dr. Mujahid menjadi Ahli Parlimen Parit Buntar, dana untuk bantuan kepada orang fakir dan miskin telah diusahakan Jawatankuasa Infaq Ramadhan.PAS Parit Buntar. Kebanyakan Dana Ramadhan tahun lepas diusahakan oleh Dr. Mujahid sendiri yang membuat kutipan derma dari orang ramai dan orang perseorangan.

Pada Ramadhan tahun lepas sebanyak RM 29 000.00 telah diagihkan kepada golongan fakir dan miskin tanpa mengira fahaman politik. Bantuan juga diberi kepada pesakit di Hospital Parit Buntar semasa bulan Ramadhan.

DSCF6781.jpg picture by paspbPihak Lujnah juga akan membantu keluarga miskin yang tidak mampu membelikan pakaian sekolah. Kami akan bawa pelajar ini membeli pakaian sekolah mereka.

Mulai Januari tahun 2007, Lujnah Kebajikan telah melaksanakan program 'Kami Prihatin' secara turun ke Cawangan menyampaikan bantuan barangan keperluan kepada tiga keluarga miskin setiap bulan.

Program kebajikan terkini Lujnah Kebajikan ialah melaksanakan Skim Penyayang untuk warga miskin bermula Julai tahun 2009. Melalui skim ini, PAS Cawangan diminta menyenaraikan empat orang warga miskin di cawangan masing-masing.

IMG_1218.jpg picture by paspbApabila berlaku kematian warga miskin yang dipilih PAS Cawangan ini, Lujnah Kebajikan akan memberikan sumbangan wang tunai kepada waris beliau untuk urusan pengebumian.

Mulai Julai sehingga Disember 2009 telah berlaku enam kematian warga miskin yang dipilih dan pihak Lujnah telah menyampaikan sumbangan kepada waris pada hari kematian.

SH : Sinar Harian pernah menyiarkan berita mengenai bantuan membina rumah secara gotong royong yang diusahakan oleh Lujnah Kebajikan. Boleh saudara terangkan mengenai bantuan rumah ini



AA : Bukan membina keseluruhan rumah tetapi sebahagian rumah orang miskin dan ibu tunggal yang rosak. Kami menyediakan kos bahan binaan dan Ahli PAS cawangan akan bergotong royong membina rumah berkenaan.

Sepanjang tahun 2009, sebanyak enam buah rumah telah dibantu di Parit Mat Ali, Jalan Pantai dan Parit Tanjung Piandang Darat. Ada rumah yang ditukar bumbung dan ada yang ditukar lantai.

SH : Parit Buntar sering dilanda ribut sehingga menyebabkan banyak rumah yang rosak teruk. Adakah Lujnah Kebajikan memberikan bantuan kepada mangsa rumah dilanda ribut ini



AA : Kami juga menyediakan bantuan kepada mangsa bencana meliputi mangsa bencana seperti kebakaran, banjir, ribut, kemalangan dan kecemasan. Peruntukan untuk mangsa bencana ini diberi pada kadar RM 50.00 hingga RM 500.00 mengikut keadaan musibah yang di tanggung mangsa.

Namun, ada ketika Lujnah Kebajikan tidak mampu memberikan sumbangan kepada semua mangsa kerana kekurangan dana. Terakhir pada bulan lepas, Lujnah telah menghulurkan bantuan segera RM 200.00 sejurus selepas kebakaran dua buah rumah di Sungai Labu Atas dan Sungai Labu Bawah .

Selain memberi bantuan kepada mangsa bencana tempatan, kami sentiasa bersama-sama badan-badan sukarela membantu mangsa-mangsa bencana di Malaysia dan dunia. Bantuan kewangan telah disalurkan kepada Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu mangsa bencana tsunami dan gempa bumi. Lujnah telah menyumbang RM 3000.00 kepada mangsa tsunami di Indonesia dan RM 2900.00 kepada mangsa gempa bumi di Pakistan.

Kami juga tidak melupakan badan sukarela tempatan dan pernah menyumbang RM 2000.00 kepada Pasukan Bomba Sukarela Kuala Kurau yang disampaikan oleh Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Perak . Pasukan Bomba Sukarela banyak membantu memadamkan kebakaran yang berlaku di Parit Buntar.

SH : Selain bantuan kepada orang miskin, ibu tungal dan anak yatim. Boleh saudara nyatakan bentuk-bentuk bantuan lain yang diberikan oleh Lujnah Kebajikan.

DSCF6857.jpg picture by paspbAA : Bantuan orang kelainan upaya (OKU) diberi mengikut keadaan kehidupan mereka. Kami telah menyediakan peruntukan segera berupa peralatan orang kelainan upaya seperti kerusi roda dan tongkat.

Sepanjang tahun 2009, kami telah meluluskan permohonan 12 buah kerusi roda untuk diberikan kepada pesakit yang memerlukan.

Kami juga menyediakan peruntukan untuk membantu pesakit kronik.Walaupun Kadarnya tidak tinggi antara RM 50.00 hingga RM 500.00, namun ia mampu meringgankan beban pesakit kronik yang menanggung kos pembedahan, ubatan dan perubatan.

Terbaru, Lujnah telah menyumbang RM 200.00 kepada seorang pesakit di Taman Kerian Tambahan bagi membantu membiayai kos pembedahan penyakit beliau.

Image018-3.jpg picture by paspbProgram pemeriksaan kesihatan percuma juga dianjurkan oleh Lujnah Kebajikan dengan bantuan doktor-doktor sukarela.

Program ini dijalankan bersama aktiviti yang dijalankan Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan PAS Parit Buntar.


Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan meliputi ujian tekanan darah, ujian glukosa,berat badan unggul dan tindik telingga kanak-kanak. Kos ubatan dan ujian yang dijalankan ditanggung sepenuhnya oleh Lujnah Kebajikan. Khidmat kesihatan ini sentiasa mendapat sambutan penduduk setempat.

SH : Berdasarkan bantuan kebajikan yang diberikan kepada penduduk di Parit Buntar tentunya dana yang besar telah digunakan. Minta, saudara terangkan bagaimana Lujnah Kebajikan mendapat dana ini

AA : Seperti yang maklumkan di awal wawancara ini, dana yang diperolehi adalah hasil sumbagan orang ramai dan ahli PAS sendiri. Sejak saya mempengerusikan Lujnah Kebajikan pada tahun 2004, kami menggunakan pelbagai cara untuk mencari dana.

Kami wujudkan tabung syiling yang dipegang oleh lima orang Ajk PAS setiap Cawangan, kami minta PAS Cawangan buat kutipan derma melalui kupun derma kebajikan, kami keluarkan brosur dana kebajikan , malah pernah kami kutip wang syling satu sen dari dari orang ramai semata-mata hendak menambah dana kebajikan.

Pada peringkat awal memang memeritkan, namun apabila ada keyakinan orang ramai bahawa program kebajikan yang kami jalankan sampai kepada sasaran.

Kami bersyukur sudah ramai yang memberi derma kepada Lujnah Kebajikan
Pernah ada pemberi sumbangan yang datang menyaksikan sendiri majlis penyampaian sumbangan kepada orang miskin yang dijalankan oleh pihak Lujnah.

Bagaimanapun, apabila semakin ramai yang menerima bantuan maka semakin susutlah dana Lujnah Kebajikan. Kami bukan sebuah kerajaan yang mempunyai banyak peruntukan dari pelbagai sumber.

SH : Sebagai akhirnya, apa harapan saudara kepada Lujnah Kebajikan dalam meneruskan agenda kebajikan di Parit Buntar

AA : Saya berharap Lujnah Kebajikan akan terus menabur bakti kepada penduduk di Parit Buntar. Lujnah Kebajikan perlu mendepani agenda kebajikan dan kesejahteraan rakyat di Parit Buntar

Lujnah Kebajikan masih memerlukan sumbangan dari penderma-penderma bagi meningkatkan lagi program kebajikan secara terus kepada rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma dan mengalu-alukan sumbangan penderma dari seluruh Perak dan seluruh negara.

Sumbangan derma kepada Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar boleh dibuat melalui akaun bernombor 08022010048488 Bank Islam Malaysia Berhad di atas nama ' Dana Kebajikan Parit Buntar'


Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...