Salam,
Takut,   malu, segan itulah yang terjadi jika berhadapan dengan stiuasi yang   memerlukan kita bersuara menyatakan kebenaran, kebaikan , hak kepada   orang lain. Ramai umat Islam mempunyai sifat ini sehingga menyebabkan   kegagalan menyatakan kebenaran dan kebaikan malah gagal mendapat hak   sebagai seorang Islam.
Penulis pernah menulis mengenai takut, malu , segan ini sebelum ini dalam tajuk ada kuasa tapi tak guna di sini.   Kali ini penulis ingin berkongsi tentang apa yang penulis lalui  apabila  berhadapan dengan stiuasi ini semasa berada di negara orang.
Apabila   penulis menghantar anak ke sekolah rendah di sini, dua perkara yang   melibatkan kewajipan sebagai seorang Islam yang anak2 penulis perlu   dapat. Solat dan menutup aurat.
Sekolah   rendah di sini, pelajar lelaki berseluar pendek, pelajar perempuan   memakai gaun singkat nampak betis. Oleh kerana takut, malu , segan ini   ramai anak-anak orang Islam yang bersekolah di sini mengikut sahaja apa yang anak orang putih pakai. 
Anak   yang bertudung di negara sendiri, buka tudung pergi ke sekolah. Anak   lelaki pakai seluar pendek sama macam anak orang putih. Malah, ada anak   perempuan orang Islam yang berseluar pendek. 
Bukan   tak da yang pakai tudung dan berseluar panjang. Penulis perhatikan ada   dua pelajar Islam yang bertudung dari Iran dan Indonesia. Ada pelajar   Islam yang berseluar panjang. Kenapa ramai anak orang Islam yang tidak   bertudung dan berseluar pendek? kerana ibu bapa mereka takut, malu ,   segan.
Mereka   tidak ada kekuatan, takut orang putih marah la, malu kepada anak orang   putih la, takut orang putih pandang serong dan segan nak bertanya hak   sendiri.
Bersyukurlah   Allah beri kekuatan kepada penulis sekeluarga untuk menyatakan hak   sebagai seorang Islam. Apabila berjumpa dengan guru besar dan guru   kelas, persoalan kebenaran menutup aurat dan bersolat dikemukakan. 
Anak perempuan mohon pakai tudung , seluar panjang dan baju lengan panjang. Anak lelaki mohon berseluar panjang.
Mohon   satu sudut dalam kelas untuk anak solat zohor dan minta bawa keluar   anak untuk solat Jumaat kemudian hantar balik ke sekolah.
Langsung   tidak ada bantahan dari guru besar dan guru kelas , semua yang diminta   diterima dengan baik. Masyarakat di sini menghormati kebebasan  individu  dan menghormati amalan agama. Malah selepas tiga hari  bersekolah, pihak  sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk  kegunaan pelbagai bangsa  melaksanakan amalan agama. Setiap hari anak  penulis bersolat di bilik  itu.
Menurut   guru besar dan guru kelas, itulah pertama kali ada orang Islam yang   minta solat zohor. Mereka gembira kerana berjaya menunaikan hak kepada   agama lain. Keluar dalam berita dan web sekolah bahawa sekolah ada   menyediakan bilik berkenaan untuk kegunaan pelbagai bangsa dan diberi   kepada semua ibu bapa. 
Perasaan   takut, malu , segan menyebabkan kita memandang serong kepada bangsa   lain, sedangkan mereka tidak pun menghalang kita melaksanakan hak kita.
Umat   Islam sepatutnya takut, malu , segan untuk melakukan perkara yang   dilarang oleh Allah bukannya takut, malu , segan melaksanakan perintah   Allah.
Ibu   bapa yang takut, malu, segan untuk menegur anak-anak akan menyebabkan   anak-anak berani melanggar perintah Allah. Sebab itulah, remaja kita   semakin rosak kerana ibu bapa takut, malu, segan kepada anak sendiri.
Penulis   tidak mahu takut , malu , segan ada pada diri ahli jamaah. Ahli jamaah   yang takut, malu, segan untuk menegur pemimpin yang melakukan  kesalahan  bukan membawa kebaikan kepada pemimpin itu, tetapi akan  merosakkan  pemimpin itu. Itulah yang terjadi kepada pemimpin Ubn.  Renungkanlah....
Wassalam.
 
1 comment:
kat msia , ada plak PBT kat melaka negeri maju yg arahkan papan tokong kecik kat tiang /dinding dirobohkan .. apa punya PBT ni , tak hormat agama orang lain.
Post a Comment