Salam,
Penulis  membaca kisah ini dalam buku anak  penulis, pernah juga penulis dengar  kisah ini. Kisah ini patut dibaca  oleh mereka yang memegang amanah  rakyat , para yang berhormat dan  sesiapa sahaja yang terlibat  menguruskan kewangan untuk orang miskin.
Inggatlah,  amanah ini akan dipersoal oleh  Allah. Jika ada sumber kewangan tapi tak  diberi kepada orang yang  memerlukan , bimbang kita tak dapat menjawab  di hadapan Allah di akhirat  kelak. Bacalah kisah ini. Insaflah.
Saidina umar  al-khattab r.a adalah khalifah  Islam kedua selepas saidina  Abu  Bakar.Beliau adalah seorang khalifah  yang sangat mengambil berat   tentang kehidupan hamba rakyat di bawah  pemerintahannya.
Biasanya pada   sebelah malam, beliau akan  menyamar sebagai rakyat biasa untuk  meninjau  keadaan hidup rakyatnya. 
Pada suatu  malam, Saidina Umar mengajak Ibnu   Abbas untuk menemaninya bagi  meninjau keadaan rakyatnya malam itu. 
Ketika mereka  tiba di pinggir kota Madinah,  tiba-tiba mereka terdengar  suara  kanak-kanak menangis sayup-sayup dari  jauh.
'Mengapakah kanak-kanak itu menangis?' , soal saidina Umar.
'Entahlah wahai Amirul Mukminin. Mari kita dekati rumah itu' , cadang Ibnu Abbas.
Lalu mereka berdua pun mendekati rumah tersebut. Dari celah-celah dinding rumah yang usang itu, mereka dapat melihat seorang ibu sedang memasak sesuatu di atas dapur sedang anak-anaknya pula riuh rendah menangis meminta sesuatu.
'Diamlah wahai anak-anakku! Sabarlah,sekejap lagi makanan akan masak!' , pujuk si ibu tadi.
Kanak-kanak itu terus menangis. Setelah lama menunggu, Saidina Umar dan Ibnu Abbas merasa hairan kerana makanan yang dimasak di atas dapur tidak juga masak.
Untuk  mengetahui keadaan sebenarnya,lantas  Saidina Umar pun  menghampiri  pintu rumah dan memberi salam.
Si ibu tadi menjawab salam dan membuka pintu.Lalu Saidina Umar dan Ibnu Abbas masuk dan bertanya
Si ibu tadi menjawab salam dan membuka pintu.Lalu Saidina Umar dan Ibnu Abbas masuk dan bertanya
'Wahai ibu,kenapa anak-anak ini menangis?'
'Anak-anak saya sebenarnya lapar, tuan!'
'Apa yang  telah ibu  masak? ', tanya Saidina Umar lagi.
 
'Saya masak  air dan  batu! ' , jelas si ibu tadi.
 
'Air dan  batu?  Mengapa? ' tanya Saidina Umar penuh kehairanan.
 
'Di rumah  saya ini  sudah tiada apa-apa lagi makanan yang boleh dimasak,  tuan.  Sedangkan  anak-anak saya lapar dan meminta-minta makanan. Saya   terpaksa  berpura-pura merebus ubi agar anak-anak saya merasa gembira  dan   berharap masakan itu akan masak. Nanti apabila mereka penat  menangis,   mereka akan tertidur.' , jelas si ibu sambil menitis air  mata menanggung   derita kemiskinan.
'Mana ayah mereka?'
'Ayah mereka sudah lama meninggal dunia. Kami orang miskin.'
'Inilah kerja Umar Al-Khattab , Dia sesungguhnya tidak melihat ke bawah, apakah keperluan rakyatnya sudah terlaksana atau belum'
Saidina Umar amat terharu sekali mendengar penjelasan dari ibu tua itu. Tanpa berlengah-lengah lagi Saidina Umar memohon kebenaran untuk pulang sebentar dan berjanji akan datang semula.
Sampai sahaja  di Madinah,  Saidina Umar pun  terus mengambil tepung dan minyak sapi  di Baitulmal.
Ibnu Abbas bertanya, " tidak bolehkah kita tunggu esok sahaja untuk serahkan barang makanan itu"
Ibnu Abbas bertanya, " tidak bolehkah kita tunggu esok sahaja untuk serahkan barang makanan itu"
Saidina Umar  menjawab, ' Engkau pastikah usia  ku akan panjang sampai esok pagi. Jika  aku mati malam ini sudah tentu  aku akan dipersoalkan oleh Allah kerana  tidak menjalankan amanah yang  diberikan kepadaku' 
Dipikulnya  sendiri tepung yang berat itu.  Ibnu abbas merasakan  sepatutnya dialah  yang memikul tepung gandum yang  berat itu. Lalu  berkata:
'Wahai Amirul Mukminin! Biar saya sahaja yang membawa tepung gandum yang berat ini?' pinta Ibnu Abbas.
'Biar aku sahaja yang membawanya' , jawab saidina umar ringkas
'Benarkanlah saya yang mengangkatnya saja wahai Amirul Mukminin !' , mohon Ibnu Abbas sekali lagi.
'Apakah kau sanggup memikul dosa-dosaku di akhirat nanti?' tanya Saidina Umar kepada Ibnu Abbas.
Ibnu Abbas terdiam. Dia tidak berani membantah lagi.
Kemudian  mereka  terus menuju rumah  kanak-kanak tadi. Apabila sampai, tanpa  membuang masa  Saidina Umar  menghidupkan api dan memasak makanan untuk  kanak-kanak  itu. 
Setelah  masak, disenduknya makanan itu ke  dalam mangkuk dan  menyuapkan sendiri  ke mulut kanak-kanak itu sehingga  mereka kenyang. 
Setelah  kenyang, mereka pun tidur. melihat  kepada kesungguhan dan  tingginya  budi dua orang tetamu yang tidak  dikenalinya pada malam itu,  si ibu  pun bersuara:
'Mudah-mudahan Allah SWT akan membalas budi baik tuan. Sepatutnya tuanlah menjadi Amirul Mukminin,bukannya Saidina Umar al-khattab!'
Saidina Umar dan Ibnu Abbas tersenyum mendengar kata-kata itu.
'Sudahlah ibu, janganlah bersedih lagi. Nanti saya akan sampaikan perkara ini kepada khalifah.'
Lantas  Saidina Umar dan Ibnu Abbas mohon   untuk pulang ke rumah. Malam itu,  mereka berasa puas dan gembira kerana   dapat menunaikan tanggungjawab  kepada rakyat yang sangat-sangat   memerlukan pertolongan.
Penulis berharap kisah ini menjadi teladan yang baik kepada pemegang amanah rakyat. Lihatlah betapa takutnya Saidina Umar kepada amanah yang akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak.
Wassalam.
Penulis berharap kisah ini menjadi teladan yang baik kepada pemegang amanah rakyat. Lihatlah betapa takutnya Saidina Umar kepada amanah yang akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak.
Wassalam.
 
No comments:
Post a Comment