Saturday, January 8, 2011

Kisah dukacita seorang Melayu miskin, bahasa dukanya menitis air mata

Salam,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyPhLmeEPJNhQRlmJFuL67S1T-gjICuRr9Kqio7P52er-NwEaf5-uEsIXqDqTp_1LT5lY_HHExrWYQjRVYBRrHuKKGZp1J0y8A_YiWN7SjRjChcokqKraX2M6Vj8rhRGDIOYjspiyFVEo/s400/Sardine.jpg

Gambar hiasan

Penulis ambil kisah ini dari blog Singalautmetro, memang sedih bila kenangkan nasib yang menimpa orang miskin yang terpaksa ikat perut demi meneruskan kehidupan dan masa depan anak-anak.

Kos persekolahan anak-anak bertambah setiap tahun, harga barang yang tak pernah turun sedangkan gaji kekal tak bertambah. Inilah kesan slogan 'rakyat didahulukan' yang dimainkan setiap hari di media massa pemerintah. Bacalah......

"Bang...sardin tin besar ni minggu dulu harganya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.

Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!" Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:"

Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya. "Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu.

Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu.

Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya.

Makhluk aneh dijumpai di China

Image and video hosting by TinyPic
Makhluk separuh dinosaurus separuh kura- kura dijjumpai di China

Sun Yongcheng sedang menangkap ikan di tasik Weishan Propinsi Anhui, ketika dikejutkan oleh hasil tangkapan yang luar biasa.

Penduduk menamakannya sebagai buaya penyu seekor makhluk aneh misteri ditemui oleh seorang nelayan China.

Makhluk tersebut sangat aneh dan wujud seperti gabungan antara dinosaurus dan kura- kura.
Sun Yongcheng sedang menangkap ikan di tasik Weishan Propinsi Anhui, ketika dikejutkan oleh hasil tangkapan yang luar biasa.

Penduduk menamakannya sebagai buaya penyu. Melihat dari bentuknya, diyakini bahawa haiwan itu bukan merupakan haiwan asli dari daerah tersebut.

Menurut petugas pusat perikanan tempatan, spesies aneh itu berasal dari Amerika Utara, dan mungkin juga merupakan binatang peliharaan seseorang yang kemudian terdampar di tasik.

Friday, January 7, 2011

Mereka hanya mampu membunuh jiwanya bukan pemikirannya




Hassan Al Banna : Semarak Perjuangannya Masih Terasa

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna.

Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya.


Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.

Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir.


Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.

Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir.

Kisah seorang buta dan seorang lumpuh

Salam,
http://islamfeminis.files.wordpress.com/2007/04/desa-iran.thumbnail.jpg?w=500
Gambar hiasan

Ini bukan kisah benar tapi kisah teladan untuk sama-sama kita memikirkannya kerana berkait dalam kehidupan manusia.

Pada suatu hari seorang lumpuh pergi ke sebuah warung dan duduk di sebelah seseorang yang sudah sejak tadi di warung.

” saya tidak boleh datang ke pesta keramaian, ” keluhnya, ” Sebab kakiku yang lumpuh sebelah ini aku tidak boleh berjalan cepat.”

Orang yang di sebelahnya itu mengangkat kepalanya. ” saya pun diundang,” katanya,”tetapi keadaanku lebih buruk dari saudara. saya buta, dan tidak boleh melihat jalan, meskipun saya juga diundang.”

Thursday, January 6, 2011

Kisah tujuh kali menunaikan haji, tujuh kali tidak nampak kaabah

Salam,

http://dnexusholidays.com/e107_images/custom/kaabah.jpg

Kisah ini berlaku bukan di Malaysia, namun boleh menjadi iktibar kepada kita sebagai umat Islam. Bacalah.......

Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenar), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.Ibunya gembira dengan ajakan anaknya itu.

Sebagai seorang Islam yang berkemampuan, mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Setelah segala persiapan dilakukan, mereka akhirnya berangkat ke tanah suci.

Keadaan kesihatan mereka baik dan tidak ada tanda-tanda akan sakit. Tiba harinya mereka melakukan tawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. “Labaik allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah”.

Hasan mendekati ibunya dan berbisik, “Ummi undzur ila Ka’bah (Bu, lihatlah Ka’bah).” Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu.

Ibunya yang berjalan di sisi Hasan tidak menunjukkan reaksi, ia terdiam. Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya.

Hasan sekali lagi berbisik kepada ibunya. Ia hairan melihat raut wajah ibunya. Wajah ibunya seperti kebingungan.

Ibunya sendiri tak tahu mengapa ia tak boleh melihat apapun selain kegelapan. beberapa kali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang ada hanyalah kegelapan.

Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Sebelum itu ia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gelita.
Setiap kali menunaikan haji, Hasan bersimpuh di hadapan Allah. Ia solat memohon keampunan-Nya. Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitullah, mengharap rahmatNya.

Wednesday, January 5, 2011

Manusia bertubuh kecil berjiwa besar




Dr. Burhanuddin Al-Helmy Tokoh Ulung Pejuang Kemerdekaan
Latar Belakang

Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak.

Burhanuddin Al-Helmy mendapat pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama dan sekolah Melayu. Dia dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatra Barat pada tahun 1924 hingga 1926.

Pada tahun 1926, Burhanuddin Al-Helmy meneruskan pelajarannya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seterusnya dari situ ke Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang hingga tamat kelas senawi pada tahun 1934.

Burhanuddin Al-Helmy telah mendapat biasiswa seorang hartawan India muslim dari Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Aligarh. Di universiti tersebut Burhanuddin Al-Helmy mengambil bidang sastera dan falsafah.

Beliau dianugerahkan PhD daripada Universiti Aligarh, India.

Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Arab Al-Juned Singapura.

Kisah bunga muncul dalam liang lahad

Salam,

http://i.ehow.com/images/a04/jp/uh/prepare-soil-flower-garden-200X200.jpg
Selalunya, manusia menanam bunga di kawasan perkuburan. Namun kisah ini, bunga muncul secara tiba-tiba dalam lihang lahad apabila jenazah diturunkan ke dalamnya. Ambillah iktibar dari kisah ini.

Kisah ini berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari Jumaat. Solat Jumaat sudah dimulakan apabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini. Imam ini memulakan khutbahnya.
Sampai pada perkataan, “Uusikum Bitaqawallah, Waiyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam…. Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam.
Semua mata tertumpu kepadanya. Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah.

Tuesday, January 4, 2011

Adakah kita lupa kepada tokoh terbilang ini?





Salahuddin al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tikrit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad.

Beliau adalah anak gabenor yang bernama Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zinki, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan.

Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.


Monday, January 3, 2011

Kisah sedih anak Melayu berkongsi baju sekolah

Salam,
 http://pkrlabuan.files.wordpress.com/2010/10/lukarakyat1.jpg
 Gambar hiasan

Setiap kali bermulanya musim persekolahan , Pak Menteri di Malaysia akan bersuara “ Jangan bebankan ibu bapa dengan bayaran yang tinggi” memberi ingatan kepada pentadbir sekolah.

Esoknya , keluarlah berita berkenaan dalam media massa utama. Rakyat terutama yang berfahaman Umno totok pun mendabik dada berlejeh air liur berkata “ baguihnya , kerajaan kita”

Hakikatnya, Pak Menteri bercakap hanya untuk melepaskan diri kerana ibu bapa yang anaknya bersekolah pasti kena membayar yuran naik setiap tahun. Mana ada yuran, kan kerajaan dah hapuskan yuran? Bukan hapus sebenarnya tapi tukar nama jadi bayaran tambahan.

Ibu bapa berfahaman Umno totok selalu akan marah kepada guru kelas  yang kutip bayaran tambahan di sekolah. Kononnya, menteri dah arah jangan bebankan ibu bapa. Tahukah mereka, guru kelas kalau bukan arahan pentadbir sekolah tak ada yang saja-saja nak kutip duit dari pelajar.

Sekolah pun tak boleh nak salahkan juga, sebab kalau tak kutip bayaran tambahan mana nak cari duit untuk laksana aktiviti kepada pelajar di sekolah. Kerajaan mana ada bagi peruntukan untuk semua aktiviti, potong peruntukan lagi ada. 

Mesyuarat agung PIBG pula jadi  tempat meluluskan berapa bayaran tambahan, ibu bapa ramai yang tak pergi mesyuarat agung. Kalau pergi pun malu nak bercakap,  jadi kenalah bayar bayaran tambahan.

Memang la tak wajib bayar, tapi pentadbir sekolah dok suruh guru kelas minta hari-hari. Kalau kelas mereka ramai tak bayar , guru besar atau pengetua pandang semacam ja. Jadi terpaksalah minta pelajar bayar. Pelajar pun ada sifat malunya, dah hari-hari cikgu minta bayar yuran nak pi sekolah pun malu.

Pelajar pun hari-hari peringat ibu bapa suruh cari duit bayar yuran. Akhirnya, terpaksalah bayar yuran walaupun ada bayaran lain yang lebih penting patut didahulukan. 

Bukan bayaran tambahan sahaja kena bayar, yuran PIBG, buku nota dan latihan, alat tulis, beg sekolah, pakaian sekolah , bas sekolah. Paling rendah untuk seorang anak ibu bapa kena keluar RM 300. Bayangkan jika ada 3 hingga 5 anak bersekolah.

Inilah yang berlaku setiap tahun, ibu bapa terpaksa hadapinya semata-mata kerana nak sekolahkan anak-anak. Ibu bapa yang senang tak ada masalah, tapi ibu bapa yang pendapatannya kecil akan rasai  peritnya.

Penulis akan paparkan kisah benar seorang guru yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Beliau menyaksikan sendiri kesusahan sebuah keluarga. Bacalah….. 

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah.

Ramai yang belum tahu tentang kisah ini




Al Marhum Ust. Fadhil Noor : Kehilangan Tiada Pengganti


Saat pilihanraya sedang rancak dipalu dan dicanang, mungkin juga kerana sudah tidak lama lagi. Saat ini terkenang aku pada perjuang bernama Fadhil Noor. Seorang tokoh yang pada aku benar-benar berani.
Anak kelahiran kedah yang dilahirkan pada 12 Mac 1937 ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya di sekolah agama, Maktab Mahmud di Kedah.
Pada tahun 1963, Fadzil menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti al-Azhar di Mesir, dan lulus dalam pengajian Undang-undang Syariah.

Cerita dua 'permainan' guru di dalam kelas

Salam,
http://www.mshalim.com/english.jpg
Gambar hiasan

Hari persekolahan tahun 2011 sudah bermula di Malaysia. Guru-guru mula bertugas bukan sahaja melaksanakan tugas mengajar tapi tugas-tugas lain yang kadang-kadang tiada kaitan dengan tugas guru.

Guru-guru di Malaysia mempunyai banyak beban tugas yang terpaksa digalas. Jika sekolah satu sesi normalnya masuk 7.30 pagi balik 3.00 petang. Paling banyak tugas-tugas pengkeranian. Ambil kedatangan pelajar, kutip yuran, isi kad 001, kad kemajuan, laporan disiplin dan macam-macam lagi la.

Rakan penulis beritahu, banyaknya kerja guru sehingga tak sempat nak buat rancangan mengajar. Buku Rekod Mengajar bukan jadi rancangan mengajar tapi laporan mengajar. Hari Jumaat , baru buat laporan dalam buku rancangan tak kah bebankan guru sahaja.

Bukan salah guru, tapi salah kerajaan yang tak nak kaji berkesankah tidak Buku Rekod Mengajar pada masa sekarang. Atau hanya jadi bebanan kepada guru-guru. Bukankah lebih baik kaji satu kaedah lain untuk ganti Buku Rekod Mengajar, yang tidak bebankan guru. Belajarlah dari negara lain.

Tidak seperti di kebanyakan negara luar, tugas pengkeranian itu dilakukan oleh pejabat sekolah.Pelajar negara luar jika nak bayar yuran pi bayar ke pejabat , ada kerani yang kutip yuran pelajar. Guru tak perlu pening kepala diarah guru besar kutip dan peringat pelajar bayar yuran.

Kedatangan pelajar diambil oleh seorang kerani yang dilantik untuk pergi kelas ke kelas ambil kedatangan pelajar. Guru tak buang masa kira pelajar dalam kelas setiap hari , tak perlu isi buku kedatangan pelajar dan tak perlu susah hati buat surat peringatan kepada pelajar kerap tak hadir.

Beban tugas guru ini tidak akan selesai selagi pemerintah yang sama memerintah, dah lama guru merungut tapi tak dilayan pun. Sebab itu, patut sungguh Pakatan Rakyat janji nak bagi RM 500 sebulan kepada guru kerana memang patut guru dapat. Guru fahaman Umno pun kalau bagi depa sapu, la memang ada yang cakap tak percaya janji PR.

Tugas guru sebenarnya adalah mengajar di kelas, mendidik anak murid menjadi insan berguna. Guru mana yang tak mahu anak muridnya berjaya. Namun , kesempatan mendidik anak murid sering terbatas dengan bebanan tugas yang banyak.

Pelajar perlu bimbingan, tunjuk ajar, kasih sayang dari guru . Pelajar banyak masa bersama guru, jadi guru adalah agen merubah kelakuan dan pemikiran pelajar ke arah yang positif. Penulis paparkan satu kisah yang mungkin boleh guru-guru laksanakan kepada pelajar di hari mula kelas. Bacalah....

Seorang guru perempuan sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pensil.

Sunday, January 2, 2011

Bolasepak : Indonesia kalah , tapi yang ini kena puji Indonesia



Bandingkan dengan Program Idola Kecil Malaysia? Anda boleh menjawabnya

Friday, December 31, 2010

Kisah benar azab Allah kerana menari di atas al-Quran di malam tahun baru

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxp_FRgOf39cd54kHOTeioikai1-nR50urHr6QmR7FDz5O94wY2gJ2xZb0kl2Zj44hNDr9cZVWjj_JNG7rNOsp62qNnBqBJb17_eGwjIBXrvmx1JuLcGXjiXx09UZDV322_ucNmJz5JA/s1600/babedhdhra_lokasi_ditemukannya_reruntuhan_kota_sodom_dan_gomoroh_100815214446.jpg
Gambar hiasan

Kebiasaan penulis tunaikan solat Jumaat di sebuah dewan berhampiran rumah. Memandangkan anak-anak masih cuti sekolah, penulis ambil peluang bersolat di masjid yang agak jauh dengan rumah.

Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.

Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.

Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu.

Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya.

Penceramah berkata, seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru.

Thursday, December 30, 2010

Kisah tukang gunting mendakwa Tuhan tidak ada

Salam,

Gambar hiasan

Bila musim persekolahan makin hampir, kedai pakaian sekolah sibuk dengan ibu bapa membeli pakaian sekolah anak. Selain kedai pakaian sekolah, kedai gunting pasti tak menang tangan sebab budak-budak sekolah masing-masing mahu memendekkan rambut.

Penulis ada cadang kepada Lujnah Kebajikan PAS kawasan penulis supaya menghargai pelajar sekolah yang hendak ke sekolah dengan membayar bayaran gunting rambut mereka di kedai gunting.

Kedai-kedai gunting kawasan luar bandar, bayaran untuk pelajar sekolah rendah paling tinggi RM 4 malah ada kedai gunting hanya kenakan bayaran RM 1 sahaja.

Seminggu sebelum buka sekolah ini, Lujnah Kebajikan terima cadangan penulis buat bayaran kepada pelajar yang gunting rambut sebab nak ke sekolah. Penulis cadang sebuah kedai, tapi Lujnah pilih lima kedai supaya adil kepada semua kawasan parlimen.

Kenapa tak buat program gunting rambut macam PAS kawasan lain buat? Sebab , mahu bantu tukang gunting luar bandar juga. Pendapatan mereka bukan tinggi, jika Lujnah buat program gunting percuma habislah pelangan mereka.

Apabila Lujnah buat kerjasama dengan tukang gunting, mereka pun rasa dihargai dan tumpang gembira. Tak kira la tukang gunting tu orang bulan atau biru , buat je kerjasama . Tak de yang tolak walaupun dia orang biru.

Penulis cerita mengenai aktiviti Lujnah Kebajikan hanya sebagai mukadimah sahaja. Penulis harap PAS Kawasan lain yang belum program ini buatlah, bukan susah pun. Walaupun kecil sumbangan PAS untuk bayaran gunting rambut ini, namun kesannya cukup bermakna.

Sebenarnya, penulis nak paparkan satu kisah tukang gunting dan seorang pelanggannya. Bacalah , ambillah iktibar dari kisah ini.

Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan (bukan nama sebenar) datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya.

Wednesday, December 29, 2010

Tulahan : 'Pertemuan gelap' mengapa berlaku setelah tahu PAS tidak tangguh pemilihan?

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHsMmoiDaPcWhEcwwIbE544f7sC_4OyNp3VI43r0UdvtRN5Ws-BcfKoHuBWf6huz4e67wxXPS5433eC2nXmwMKOEHazgtGV5SRqdCcYkGlEDyDsCzPjuSaf2TA46bJInuHzqLHACAvxds/s1600/gelap.jpg

Apabila baca artikel dalam blog ini , timbul rasa gelisah.Betulkah 'pertemuan gelap' masih berlaku sedangkan muktamar sudah memutuskan komitmen bersama Pakatan Rakyat dan tidak ada lagi idea 'kerajaan perpaduan'.

Jika benar berlaku 'pertemuan gelap' mungkin pimpinan ada jawapannya. Namun, penulis musykil kenapa 'pertemuan gelap' ini diatur setelah diumumkan PAS tidak akan menangguhkan muktamar pemilihan?.

Bukankah ini perangkap Umno, memecahbelahkan pimpinan PAS, memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Jika idea ini datang dari Umno, sah lah memang ini agendanya.

Tuesday, December 28, 2010

Kisah sedih Melayu : Susukan anak 4 tahun dengan susu F& N

Salam,

http://www.fn.com.my/images_user/dairies_new/KPM_(new)_GIF_rs.gif
Anda mungkin pernah berjumpa dengan orang yang meminta pertolongan kerana hidup susah. Pelbagai persepsi negatif yang diberikan kepada orang yang meminta pertolongan ini. Tipu lah, tak mahu kerja lah, suka meminta-minta lah dan macam-macam. Kenapa ada persepsi negatif ? sebab memang ada yang berbohong susah tetapi tidak susah.

Sebenarnya, bukan semua yang berbohong. Ramai yang benar-benar susah menjadi mangsa akibat mereka yang berbohong susah. Orang benar-benar susahpun dipandang serong sedang mereka amat memerlukan pertolongan.

Bacalah kisah benar dalam web ehoza.com. Kisah seorang yang pemurah bertemu dengan seorang muda yang benar-benar susah. Bayangkan , jika orang ini tidak diberi pertolongan disebabkan persepsi negatif. Justeru , janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bantulah mereka, terutama jika kita memegang amanah kebajikan.

Inilah realiti kehidupan di Malaysia. Masih ramai lagi orang yang susah dan miskin di Malaysia ni sebenarnya. Saya berasa sedih membaca kisah benar ini. Ia membuatkan saya insaf dan merasa sangat bersyukur dengan apa yang ada.

Bacalah kisah benar di bawah ini. Semoga anda juga berasa bersyukur dengan apa yang anda miliki sekarang.

Monday, December 27, 2010

Kisah azab mayat seorang polis Melayu

Salam,
gambar hiasan
Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.
Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.

Tulahan : Buku Jingga - Mengelabah sekarang lebih baik dari mengelabah bila parlimen bubar

Salam,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgmI6No5cXkq6sb-trEW-aZase-QFFXjU8nC1wyPoVrCibTUa4qBaI4wt2BrFCalqkclfC73GjKr8bcxPpqgr3qqXUAcn0Yxt9YrkqU2bhVVNmK16TOwchtDo91EQhRhwJ5stNXDjrQxE/s320/buku+jingga.jpg

Sejak berakhirnya Konvensyen PR ke-2 di Pulau Pinang, pemimpin Umno setiap hari memperlekehkan kemampuan Pakatan Rakyat merealisasikan janji 100 Hari Pemerintahan PR.

Sebaik berakhir sahaja konvensyen, Muhyiddin memulakan serangan terhadap janji imbuhan RM500 kepada guru. Kemudian diikuti serangan bertali arus oleh pemimpin BN terutamanya pemimpin Umno. 

Walaupun serangan pemimpin Umno kepada janji 100 Hari Pemerintahan PR tetapi sebenarnya mereka lebih tercabar dengan kandungan Buku Jingga yang menggariskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Memang pemimpin Umno mengelabah seperti yang digambarkan pemimpin PR. Memang pemimpin Umno tidak senang duduk sejak berakhirnya konvensyen PR ke-2 ini.

Mengapa mereka menggelabah? Kerana mereka bimbang rakyat akan meletakkan keyakinan kepada PR memerintah negara apabila membaca kandungan Buku Jingga ini.

Sunday, December 26, 2010

Lima perkara aneh

Salam,
http://khalilullah.comze.com/wp-content/uploads/2009/09/untitled-1-berdoa.jpg

Bacalah dan ambil pengajaran daripada kisah ini.

"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. 

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, 

"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, 

"Aku  diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." 

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti.

Saturday, December 25, 2010

Kisah ular hitam menunggu mayat

Salam,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg03lmsBW-Xjau-PtFDRXnTOFMZetpGgVvZy4PyNL-hS0sGvlyBPFjQl5o8YoofvAzMUEYecyHx5jO03n7hrloZyXvNbM_ERzPNO2L5cC6nsErGiZtqUYhsQJ-bQ2rTtRJrp1BOk0vml4ga/s320/snake.jpeg 
gambar hiasan

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama  serta jadikan panduan  dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.  

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer  dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. 

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam  sebesar paha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).
 
Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain  yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .

Friday, December 24, 2010

Berita 40 orang buta kerana meroboh masjid

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6iZQI0DxLorn1oOuDoptFj0PUP6uXidRqcd516FsxIf7XGxOXl6TiWE211lz5Qg1eIYL3Hn69joyYHFj2nERNbLS25C2ls7bF0mh6FHx50OTB9IGSwcNLsAfsJoyP9U_w21_fUtOZGZTl/s400/2.jpg

Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah..

Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah mendapat buta setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.

Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Ahbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelosok India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.

Thursday, December 23, 2010

Kisah mayat duduk bersila

Salam,

http://www.simplyislam.com/images/products/53195.jpg

Sudah menjadi kebiasaan setiap malam Jumaat , akan diadakan bacaan surah Yasin di surau dan masjid di Malaysia. Ramai yang membaca tetapi tidak mengetahu kelebihan membaca Yasin. Penulis paparkan satu kisah bukan berkenaan orang membaca surah Yasin tetapi mayat yang membacanya.Ambillah pengajaran daripada kisah ini.

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia. Ceritanya begini..

Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji.

Makam tersebut terletak di Ma'la iaitu tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Wednesday, December 22, 2010

Tulahan : PAS kena jadi kekasih baru

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfXL7jbu4IYYY38K9-4PaUNbdyhCTHMtTTBUQYvttWlxbCkwfw4__Q-bjDCdSe0y3pqohsyOgv_ot7GlR8VQL4tAFjEqOdHPJRrPOr0Jb_Zvo8MOBsmvVHywKRR7orn4dLSPL37zuhlrY/s1600/rose7.jpg
Sebulan penting untuk daftar pengundi baru dah kira tamat, ada PAS kawasan yang buat dan banyak yang tak buat. Penulis dengar khabar dari kawan, di Perak banyak kawasan yang buat. Syukurlah, barulah boleh laungkan hasrat nak menang banyak kerusi.

Bagi negeri lain, tak tahu cerita lagi. Tunggu keluar daftar pemilih suku terakhir 2010 baru tahu. Nak tahu cepat kena tanya Pengarah JPN negeri masing2.

Boleh menang dengan cara daftar pengundi baru ? Nak bagi jaminan menang tak boleh, tapi orang cakap ‘sedap duduk’ la.

Sebenarnya PAS perlu mencari 15 peratus sokongan pengundi Melayu jika mahu mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecuali Kelantan, Terengganu, Kedah dan beberapa kawasan lubuk jamaah yang mempunyai sokongan lebih 50 peratus pengundi Melayu.

Kenapa hanya 15 peratus ? kerana kebanyakan kawasan sudah mempunyai sokongan 35 peratus pengundi Melayu. 15 peratus nampak kecil tapi bukan senang nak capai. Jika ada 10 ribu pengundi Melayu, jamaah kena cari 1500 pengundi lagi.

Macam mana nak menang jika hari2 media Umno dok fitnah Pakatan Rakyat macam2 dalam TV1 dan TV3. Media lain seperti akhbar, di kampung2 tak ramai yang baca. Yang ada pun di warong2 kopi dan kedai makan yang ramainya orang lelaki.

Orang lelaki yang pi warong kopi boleh dapat banyak maklumat bukan hanya dari Utusan Meloya dan Berita Hairan. Warong kopi sekarang banyak letak Harian Metro, Kosmo dan Sinar Harian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...