Wednesday, December 22, 2010

Tulahan : PAS kena jadi kekasih baru

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfXL7jbu4IYYY38K9-4PaUNbdyhCTHMtTTBUQYvttWlxbCkwfw4__Q-bjDCdSe0y3pqohsyOgv_ot7GlR8VQL4tAFjEqOdHPJRrPOr0Jb_Zvo8MOBsmvVHywKRR7orn4dLSPL37zuhlrY/s1600/rose7.jpg
Sebulan penting untuk daftar pengundi baru dah kira tamat, ada PAS kawasan yang buat dan banyak yang tak buat. Penulis dengar khabar dari kawan, di Perak banyak kawasan yang buat. Syukurlah, barulah boleh laungkan hasrat nak menang banyak kerusi.

Bagi negeri lain, tak tahu cerita lagi. Tunggu keluar daftar pemilih suku terakhir 2010 baru tahu. Nak tahu cepat kena tanya Pengarah JPN negeri masing2.

Boleh menang dengan cara daftar pengundi baru ? Nak bagi jaminan menang tak boleh, tapi orang cakap ‘sedap duduk’ la.

Sebenarnya PAS perlu mencari 15 peratus sokongan pengundi Melayu jika mahu mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecuali Kelantan, Terengganu, Kedah dan beberapa kawasan lubuk jamaah yang mempunyai sokongan lebih 50 peratus pengundi Melayu.

Kenapa hanya 15 peratus ? kerana kebanyakan kawasan sudah mempunyai sokongan 35 peratus pengundi Melayu. 15 peratus nampak kecil tapi bukan senang nak capai. Jika ada 10 ribu pengundi Melayu, jamaah kena cari 1500 pengundi lagi.

Macam mana nak menang jika hari2 media Umno dok fitnah Pakatan Rakyat macam2 dalam TV1 dan TV3. Media lain seperti akhbar, di kampung2 tak ramai yang baca. Yang ada pun di warong2 kopi dan kedai makan yang ramainya orang lelaki.

Orang lelaki yang pi warong kopi boleh dapat banyak maklumat bukan hanya dari Utusan Meloya dan Berita Hairan. Warong kopi sekarang banyak letak Harian Metro, Kosmo dan Sinar Harian.

 
Akhbar2 ini lebih murah dan tidak seperti dua akhbar utama Umno. Maklumat tentang PR pun ada sebab tu ramai yang bertukar selera kepada akhbar-akhbar ini. Ada warong kopi yang berani letak Harakah untuk dibaca pelangannya.

Pertukaran maklumat di warong kopi dari mulut ke mulut cepat berlaku di kalangan orang lelaki. Sebab itu, orang lelaki mudah berubah menyokong PR berbanding orang perempuan yang duduk di rumah nengok TV hari2. Jadi apa yang perlu dibuat ? orang perempuan bukan jenis pi dengar ceramah macam orang lelaki.

Sebelum pergi jauh, cuba tengok sebab apa orang kampung yang sokong Umno terikat dengan Umno. Kerana Umno melalui Kemas, JKKK, Belia kampung buat program untuk mereka. Bila ada program ada tautan hati, bila ada tautan hati payah nak tinggalkan ibarat kekasih la.

Selalunya kekasih berpisah bila ada kekasih baru yang lebih memikat. Jadi PAS kena jadi kekasih baru itu. Kena dekati mereka , kena buat program dengan mereka , kena tolong mereka yang mampu ditolong. Barulah ada tautan hati dan terhutang budi.

Kena dekati mereka : Payahkah pimpinan PAS Kawasan untuk turun ke kampung2 menziarahi orang sakit, orang tua2, orang yang berpengaruh. Hanya untuk bertanya khabar tapi kesannya cukup terasa oleh tuan rumah dan ahli keluarganya.

Kena buat program dengan mereka : Macam2 program boleh buat. Bukan nak suruh buat program besar2, buat yang kecil2, kos ciput pun tak pa. Baca yaasin anak2 periksa, demontrasi masakan, khidmat kesihatan Syifa’, gotong royong .

Jika ada dana buatlah program besar macam program cakna rakyat di Kelantan. Ada pertandingan mewarna, sukaneka kanak2 dan dewasa, Pertandingan untuk wanita, khidmat kesihatan. Kos tak tinggi mana pun.

Kena tolong mereka : Bagaimana pula nak tolong, PAS bukan kerajaan dana tak da. Inilah masalahnya, berapa lama dah PAS buat kebajikan tanpa kerajaan. Aktifkanlah Lujnah Kebajikan, carilah dana.

Jika dengar ada orang kampung perlu bantuan, pi tolong walaupun kadarnya kecil. Dengar ada orang kampung duit tak da nak sekolahkan anak, pi tolong beli pakaian sekolah anak dia.

Sekiranya dana kebajikan banyak , banyak bantuan lain boleh diberi. Jika ada orang kampung perlukan kerusi roda, pi beli kerusi roda . Jika ada rumah orang kampung bocor, bukan surah tukar satu rumah. Beli zink tukar bumbung yang bocor, buat gotong royong.

Akan ada yang kata, suruh PAS cawangan buat la. Kena tahu, bukan semua PAS Cawangan yang aktif jadi PAS Kawasanlah kena bergerak turun ke kampung2.

Akan ada pula yang kata, tak ramai orang PAS di kampung kuat biru. Mustahil tak ada langsung, tentu ada paling sikit pun sorang mesti ada. Buatla program rumah dia, jangan la tonjolkan bulan tu. Contohnya, buat program khidmat kesihatan Syifa’ di rumah dia, panggil ustaz2 Syifa’. Jangan takut orang tak mari , Umno piau pun mai nak berubat.

Pasti juga ada yang akan kata, sapa pun boleh tulis tak buat kerja. Senang la bagi cadangan, pi la buat tengok boleh tak. Kalau ada yang berkata begitu, suruh dia pi tanya macam mana PAS Kelantan boleh bertahan lama perintah Kelantan.

Jika kata Kelantan tak sama negeri lain. Penulis suruh dia pi tanya program kebajikan yang kawasan penulis buat. Bukan nak puji tapi nak bagi tahu jangan suka bagi alasan.

Kerja2 ini sepatutnya dah lama PAS kawasan2 buat kerana ini kerja kebajikan dan dakwah. Kerja2 ini juga sepatutnya bukan kerana nak menang pilihanraya, ini kerja jamaah yang wajib.

Bila kerja2 ini di buat, tidaklah terasa susah hati bila kalah pilihanraya kerana tak menang pun rakyat didekati, dibantu seperti biasa. Tambahan pula jika ada wakil rakyat yang menang tapi tak bantu rakyat dan menyusahkan jamaah. Masa tu ramai yang akan kata , tak menang pun tak pa kalau wakil rakyat perangai macam wakil rakyat Umno.

Penulis harap PAS kawasan2 dapat laksanakan tugas mendekati rakyat ini. Rebutlah peluang jadi kekasih baru untuk ganti kekasih lama rakyat.

Wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

bernas bro tapi perlaksanaannya mampu ke PAS kawasan nak buat?? harap yg pegang jawatab dan tidak terikat dgn apa2 dapat sumbangkan tenaga utk ke arah itu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...