
Gurun pasir tidak semuanya pasir. Di beberapa lokasinya terdapat tasik-tasik alam yang airnya berasal dari sumber air tempatan ataupun yang berasal dari curahan hujan tahunan.
Di sini juga biasanya dijumpai pokok-pokok palem malah terdapat juga tanaman buah-buahan dan taman yang subur. Di lokasi oasis seperti inilah biasanya populasi terbentuk. Sayangnya banyak yang lenyap kerana pelbagai sebab.
1. Tasik-tasik Ubari, Oasis Erg Awbari, Sahara
Lokasinya berhampiran Fezzan dan 30 km di sebelah utara Germa, Libya. Tasik berair masin ini merupakan suatu lokasi pusat perdagangan bagi warga tempatan yang kebanyakan menjual cenderamata dan barang-barang lainnya di pinggir tasik.
Umm Al-Maa, yang bererti Ibu Air, merupakan salah satu tasik terbesar di oasis ini. Sayangnya, seperti danau-danau lainnya, lapisan air di kawasan ini sangat kurang sehingga tasik-tasik ini mulai mengering.
Dengan airnya yang mulai kotor, kandungan garamnya pun pada masa ini sama dengan di Laut Mati. Tingginya garam di tasik Umm Al-Maa menjadikan anda mudah terapung jika mandi di sini.








