Wednesday, February 10, 2021

Tulahan : Idea ‘grand coalition’ tiada keputusan

Assalam


 

Dua perkara yang penulis sarankan supaya PH segera lakukan untuk memperkukuhkan pakatan politik ini tetapi masih tidak dilakukan.  Pertama, melantik Pengerusi PH di negeri-negeri dan kedua, mengarahkan PH negeri membuat pembahagian kerusi antara ketiga-tiga parti dalam PH.

Apa fokus PH sekarang ini pun kabur kerana masih keluar berita , kenyataan bersama sekelompok ahli-ahli Parlimen tertentu dari PKR, AMANAH dan DAP menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu.

Mereka bukan dari ahli parlimen PH yang biasa tapi memegang jawatan tinggi dalam parti. Mengapa mereka tidak mengambil inisiatif memastikan pendirian yang dibuat adalah dari PH bukan sekelompok ahli parlimen PH.

Mungkin kerana kelompok ahli Parlimen ini juga mengandungi ahli parlimen dari Warisan, Pejuang, Muda dan Bebas. Maka, mereka terpaksa membuat pendirian berasingan daripada pendirian PH.

Atau pun , inilah kelompok yang mahu idea ‘grand coalition’ dilaksanakan tapi masih tercari-cari jalan untuk menjayakan idea ini. Jika benar, mereka hanya membenarkan dakwaan bahawa dalam ketiga-tiga parti dalam PH , terdapat dua kelompok pimpinan yang berbeza pandangan tentang idea ‘grand coalition’

Mengapa Majlis Presiden PH tidak membuat keputusan segera mengenai idea ini? Jika bersetuju, laksanakan segera idea ini. Jika tidak setuju, tinggalkan terus idea berkenaan. Jangan kerana idea ini, PH nampak tidak bersama, hilang arah, tidak konsisten dan berpecah.

Penulis juga tidak bersetuju dengan beberapa pimpinan PH yang berlebih-lebihan mempertahankan Tun M hanya kerana mereka penyokong idea ‘grand coalition’ .

Hakikat bahawa kejatuhan kerajaan PH adalah kerana Tun M harus diakui. Tun M meletak jawatan bukan kerana dia hilang majoriti kerana pada masa itu masih ada 114 ahli parlimen yang mempertahankan kerajaan PH.

Sekiranya, Tun M berbincang dengan pimpinan PH sebelum meletak jawatan. Perletakan jawatan ini akan berlaku sama seperti perletakan jawatan beberapa  PM yang lepas kerana PH masih ada majoriti 114 ahli parlimen.

Tidak timbul dakwaan bahawa jika Tun M tidak meletak jawatan maka sama macam Muhyiddin yang tidak meletak jawatan walaupun hilang majoriti. Ini kerana , semasa Tun M meletak jawatan , walaupun ada ahli parlimen PPBM dan kumpulan Azmin yang lari. Masih ada 114 ahli parlimen yang menyokong kerajaan PH.

Apabila Tun M meletak jawatan tanpa berbincang dengan pimpinan PH , itulah bukti Tun M yang mahu menjatuhkan kerajaan PH untuk menubuhkan kerajaan perpaduan yang dilhamkannya tanpa berbincang dengan pimpinan PH.

Apa lagi yang hendak dipertahankan? Jika hendak sokong idea ‘grand coalition’ sokonglah tapi janganlah hendak menafikan hakikat bahawa Tun M meletak jawatan kerana mahu menjatuhkan kerajaan PH.

Bagi penentang idea ‘grand coalition’, mereka juga perlu menerima hakikat bahawa gabungan besar PH bersama Warisan , Pejuang dan Muda akan menambah keyakinan rakyat kepada pembangkang.

Idea ‘grand coalition’ bukan untuk mengangkat semula Tun M sebagai PM. Calon PM tetap DSAI. Idea ini adalah untuk menghalang berlakunya pecahan undi untuk parti-parti pembangkang jika bertembung sesama sendiri.

Ini akan menguntungkan pihak lawan , sama seperti yang berlaku kepada BN dan Pas semasa PRU 14 , di mana kedua parti ini hilang banyak kerusi kepada PH kerana undi mereka berpecah.

Sekiranya, Tun M tidak mahu calon PM adalah DSAI. Tinggalah Pejuang, teruskan dengan Warisan dan Muda jika bersedia calon PM adalah DSAI.

Penulis tetap berharap PH segera mengarahkan PH negeri membuat pembahagian kerusi antara ketiga-tiga parti dalam PH. Pastikan akar umbi parti-parti dalam PH di setiap kerusi Dun dan parlimen sudah tahu kerusi yang akan ditandingi.

Pastikan akar umbi PH tidak terawang-awang seperti sekarang. Fokus tidak jelas, tiada hala tuju kerana pimpinan tertinggi PH masih memburu mandat yang tidak kesampaian. Masih berkhayal dengan idea ‘grand coalition’,yang tiada keputusan.

Akhirnya, akar umbi menyerang sesama sendiri. Cyber-cyber berlaga sesama sendiri. Sedihnya , ada cyber yang kerjanya menyerang parti-parti dalam PH . Mereka tidak ditegur, walaupun mereka dikenali pimpinan tertinggi PH.

Jika sebelum ini , penulis membuat analisa tiga negeri di Selatan tanahair iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Kali ini penulis, membuat analisa di Selangor untuk melihat potensi PH dan kesan gabungan BN dan Pas dalam Maufakat Nasional.

Ternyata sama seperti negeri-negeri di Selatan tanahair, Pengaruh Maufakat Nasional sebenarnya tidak kuat di Selangor.  Peratus pengundi Melayu bandar yang besar, menyebabkan gabungan undi Umno-Pas masih tidak dapat menyaingi undi PH.

Undi Melayu yang diterima PH di Selangor pada PRU 14 ialah 38.9%, undi Cina melebihi 95% dan undi India mencapai 75.2% .

Merujuk kepada jadual di bawah, pada PRU 14 PH Selangor menang 51 kerusi berbanding BN menang 4 kerusi dan 1 kerusi dimenangi PAS (Parlimen 20 PH, 2 BN). Walaupun dibuat gabungan undi Umno-Pas, PH masih selesa memerintah Selangor dengan 40 kerusi berbanding 16 kerusi BN (Parlimen 15 PH, 7 BN)

Sekiranya undi kepada PH bertambah 5% , PH akan menambah lebih kerusi untuk terus memerintah Selangor pada PRU 15. Perkembangan politik dan keadaan ekonomi yang makin menekan semasa pemerintahan PN akan memudahkan tambahan 5 % ini dicapai .

Analisa Kerusi Parlimen Selangor

BIL

PARLIMEN

% M

MAJORITI

MAJORITI (MN)

+ 5% PH

P92

SABAK BERNAM - PPBM

83.05%

BN - 1,674

BN - 10,974

BN

P93

SUNGAI BESAR – PPBM

68.71%

PPBM -  714

BN -  6,506

BN

P94

HULU SELANGOR - PKR

60.39%

PKR - 13,391

BN - 3,229

PH

P95

TANJONG KARANG – PPBM

74.67%

BN - 1.970

BN - 9,246

BN

P96

KUALA SELANGOR - AMANAH

65.43%

AMANAH - 8,498

BN - 37

PH

P97

SELAYANG - PKR

51.79%

PKR – 40,657

PH -  22,314

PH

P98

GOMBAK - PKR

75.8%

PKR = 48,721

PH – 31,184

PH

P99

AMPANG - PKR

54.79%

PKR – 41.956

PH – 32,358

PH

P100

PANDAN - PKR

45.58%

PKR – 52,543

PH – 44,207

PH

P101

HULU LANGAT - AMANAH

64.98%

AMANAH – 25,424

PH – 9,761

PH

P102

BANGI - DAP

48.48%

DAP – 68,768

PH – 49.022

PH

P103

PUCHONG - DAP

36.86%

DAP – 47,635

PH – 37,380

PH

P104

SUBANG - PKR

26.62%

PKR – 92,353

PH – 83,328

PH

P105

PETALING JAYA - PKR

46.57%

PKR – 57,137

PH – 42,689

PH

P106

DAMANSARA - DAP

19.67%

DAP – 106.903

PH – 106,903

PH

P107

SUNGAI BULOH - PKR

65.33%

PKR – 26,634

PH – 9,953

PH

P108

SHAH ALAM - AMANAH

75.26%

AMANAH – 33,849

PH – 18,655

PH

P109

KAPAR - PKR

70.72%

PKR – 16,306

BN – 10,106

BN

P110

KLANG - DAP

26.44%

DAP – 78,773

PH – 69,604

PH

P111

KOTA RAJA - AMANAH

43.15%

AMANAH – 71,142

PH – 53,268

PH

P112

KUALA LANGAT - PKR

57.17%

PKR – 17,112

BN – 1,619

PH

P113

SEPANG - AMANAH

62.33%

AMANAH – 18.705

PH – 2,823

PH

 

 

 

PH 20 - BN 2

PH 15 - BN 7

PH 18 - BN 4


Analisa Kerusi DUN Selangor

BIL

DUN

% M

MAJORITI (PRU14)

MAJORITI (MN)

+ 5% PH

N1

SUNGAI AIR TAWAR - PPBM

86.11%

BN - 1,440

BN – 5,437

BN

N2

SABAK - AMANAH

81.02%

AMANAH - 130

BN – 6,053

BN

N3

SUNGAI PANJANG - AMANAH

83.44%

BN – 2,084

BN – 9,083

BN

N4

SEKINCHAN - DAP

43.79%

DAP – 2,844

PH - 493

PH

N5

HULU BERNAM - AMANAH

69.97%

BN - 20

BN - 2574

BN

N6

KUALA KUBU BAHARU - DAP

43.5%

DAP -  7,134

PH – 3,828

PH

N7

BATANG KALI - PPBM

65.96%

PPBM – 8,315

PH - 907

PH

N8

SUNGAI BURONG - PPBM

85.3%

BN – 2,330

BN – 9,829

BN

N9

PERMATANG - PKR

63.62%

PKR -  1,158

BN – 1,588

PH

N10

BUKIT MELAWATI - PKR

62.01%

PKR – 2.695

BN - 566

PH

N11

IJOK - PKR

60.1%

PKR - 2,114

BN – 1,832

BN

N12

JERAM - PPBM

76.25%

PPBM – 1.191

BN – 3,135

BN

N13

KUANG - PPBM

75.93%

PPBM – 2,860

BN – 2,812

BN

N14

RAWANG - PKR

26.98%

PKR – 23,860

PH – 21,601

PH

N15

TAMAN TEMPLER - AMANAH

63.4%

AMANAH – 7,903

PH - 323

PH

N16

SUNGAI TUA - PKR

59.92%

PKR – 11,374

PH - 6844

PH

N17

GOMBAK SETIA - PKR

75.83%

PKR – 12,399

PH – 1,286

PH

N18

HULU KELANG - AMANAH

86.32%

AMANAH – 15,349

PH – 7,776

PH

N19

BUKIT ANTARABANGSA - PKR

45.76%

PKR – 25,512

PH- 23,201

PH

N20

LEMBAH JAYA - PKR

64.09%

PKR – 14,790

PH- 7,432

PH

N21

PANDAN INDAH - AMANAH

62.69%

AMANAH – 16,386

PH – 8,869

PH

N22

TERATAI - DAP

29.51%

DAP – 29,425

PH – 24,641

PH

N23

DUSUN TUA - DAP

62.02%

DAP – 10,422

PH – 2,651

PH

N24

SEMENYIH - PPBM

67.71%

PPBM – 8,964

PH – 1,998

PH

N25

KAJANG - PKR

40.71%

PKR -  30,755

PH – 23,658

PH

N26

SUNGAI RAMAL - AMANAH

78.84%

AMANAH – 10,630

PH – 1,258

PH

N27

BALAKONG - DAP

29.25%

DAP – 35,538

PH – 29,664

PH

N28

SERI KEMBANGAN - DAP

9.15%

DAP – 31,145 

PH  - 31,145 

PH

N29

SERI SERDANG - AMANAH

59.74%

AMANAH – 14,363

PH – 8,811

PH

N30

KINRARA - PKR

25.01%

PKR – 45,212

PH – 41,480

PH

N31

SUBANG JAYA - DAP

28.18%

DAP - 48,272

PH - 48,272

PH

N32

SERI SETIA - PKR

54.13%

PKR – 19,372

PH – 14,809

PH

N33

TAMAN MEDAN - PKR

67.38%

PKR – 10,940

PH – 5,850

PH

N34

BUKIT GASING - DAP

16.06%

DAP – 25,835

PH – 24,945

PH

N35

KAMPUNG TUNKU - DAP

14.48%

DAP – 30,444

PH – 30,444

PH

N36

BANDAR UTAMA - DAP

15.66%

DAP – 34,769

PH – 34,769

PH

N37

BUKIT LANJAN - PKR

26.81%

PKR – 40,233

PH – 40,233

PH

N38

PAYA JARAS - PKR

73.11%

PKR – 12,072

PH – 6,030

PH

N39

KOTA DAMANSARA - PKR

59.11%

PKR – 15,703

PH – 10,070

PH

N40

KOTA ANGGERIK - PKR

75.54%

PKR – 17,004

PH – 8,080

PH

N41

BATU TIGA - PKR

75.0%

PKR – 15,616

PH – 7,823

PH

N42

MERU - AMANAH

60.21%

AMANAH – 9,608

PH – 1,804

PH

N43

SEMENTA - PKR

75.49%

PKR – 5,370

BN – 2,326

BN

N44

SELAT KLANG - PPBM

75.51%

PPBM - 500

BN – 9,449

BN

N45

BANDAR BARU KLANG - DAP

15.39%

DAP – 39,828

PH – 39,828

PH

N46

PELABUHAN KLANG - PKR

65.43%

PKR – 6,422

PH – 3,497

PH

N47

PANDAMARAN - DAP

14.67%

DAP – 35,863

PH – 34,404

PH

N48

SENTOSA - PKR

17.01%

PKR – 33,600

PH – 31,878

PH

N49

SUNGAI KANDIS - PKR

71.54%

PKR – 12,480

PH – 4,907

PH

N50

KOTA KEMUNING - DAP

41.08%

DAP – 21,639

PH – 17.038

PH

N51

SIJANGKANG - PPBM

73.69%

PAS – 1,677

BN – 12,097

BN

N52

BANTING - DAP

18.23%

DAP – 17,299

PH – 17,299

PH

N53

MORIB - AMANAH

74.57%

AMANAH – 2,117

BN – 5,212

BN

N54

TANJONG SEPAT - PKR

57.19%

PKR – 2,704

BN – 1, 569

PH

N55

DENGKIL - PPBM

71.34%

PPBM – 6,934

BN – 1,488

PH

N56

SUNGAI PELEK - PKR

51.25%

PKR – 6,586

PH – 1, 386

PH

 

 

 

PH 51 BN/PAS 5

PH 40 BN 16

PH 44 BN 12

Terdapat 3 kerusi Parlimen dan 9 kerusi DUN yang ditandingi PPBM pada PRU 14 boleh dibahagikan antara PKR dan AMANAH. 1 kerusi Parlimen dan 6 kerusi DUN dimenangi PPBM pada PRU 14.

PRU 14 : Kerusi Parlimen Selangor ditandingi PPBM

BIL

PARLIMEN

% M

MAJORITI

MAJORITI (MN)

+ 5% PH

P92

SABAK BERNAM - PPBM

83.05%

BN - 1,674

BN - 10,974

BN

P93

SUNGAI BESAR – PPBM

68.71%

PPBM -  714

BN -  6,506

BN

P95

TANJONG KARANG – PPBM

74.67%

BN - 1.970

BN - 9,246

BN


PRU 14 : Kerusi DUN Selangor ditandingi PPBM

BIL

DUN

% M

MAJORITI (PRU14)

MAJORITI (MN)

+ 5% PH

N1

SUNGAI AIR TAWAR - PPBM

86.11%

BN - 1,440

BN – 5,437

BN

N7

BATANG KALI - PPBM

65.96%

PPBM – 8,315

PH - 907

PH

N8

SUNGAI BURONG - PPBM

85.3%

BN – 2,330

BN – 9,829

BN

N12

JERAM - PPBM

76.25%

PPBM – 1.191

BN – 3,135

BN

N13

KUANG - PPBM

75.93%

PPBM – 2,860

BN – 2,812

BN

N24

SEMENYIH - PPBM

67.71%

PPBM – 8,964

PH – 1,998

PH

N44

SELAT KLANG - PPBM

75.51%

PPBM - 500

BN – 9,449

BN

N51

SIJANGKANG - PPBM

73.69%

PAS – 1,677

BN – 12,097

BN

N55

DENGKIL - PPBM

71.34%

PPBM – 6,934

BN – 1,488

PH

Berdasarkan analisa ini, PH mampu mengekalkan kerajaan di Selangor walaupun berlaku pertandingan 2 penjuru dengan Maufakat Nasional.  Pengundi Melayu di bandar adalah faktor utama kekuatan PH.

PH akan lebih mudah mencapai kemenangan jika rakyat yakin dengan keutuhan PH. Pergelutan Umno, PPBM serta Pas telah mengubah persepsi orang Melayu terhadap ketiga-tiga parti ini. Kini peluang besar di hadapan PH menambah sokongan pengundi Melayu.

Syaratnya, PH perlu selesaikan pembahagian kerusi untuk PRU 15. Seterusnya analisa kerusi-kerusi di bandar, semi bandar dan luar bandar , tunggu ……..

Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...