Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita 
biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan 
mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau
 sebagai fahaman Islam yang betul. 
Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada 
tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab 
dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. 
Ayah beliau juga merupakan lulusan 
al-Azhar. Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam 
daripada seorang yang ulama’. 
Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam 
pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian 
Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. 
Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju 
dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. 
Pada umur
 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk 
menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran 
Islam dan tujuan ke arah Islam.
Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin.

Beliau dan 
persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk 
memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 
1948, Zaynab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 
1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. 
Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu. 
Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, 
Hari-hari Dalam Hidupku. 
Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan 
baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan 
al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. 
Beliau menyertai dan bersama dengan 
ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan 
mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul
 Naser sekitar tahun 1950-1960an.
Dalam satu temuramah dirumahnya di 
Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata:
“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”
Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar.

Perkara 
utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi 
kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang 
hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina 
sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah 
saw.
Zainab al-Ghazali menyakini bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal sosial, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat.
Zainab al-Ghazali menyakini bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal sosial, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat.
Beliau percaya Islam membenarkan wanita 
memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu 
dalam perkhidmatan masyarakat Islam. 
Beliau berpendapat tugas utama 
wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada 
tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. 
Jika wanita 
itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah
 tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat 
demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.
Zainab al-Ghazali sangat meyakini tanggungjawab agama dan sosial apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam.

Dengan sebab itu, beliau telah meminta cerai daripada suaminya kerana 
pra-syarat yang diletakkan oleh beliau sebelum berkahwin adalah 
membenarkan beliau memperjuangkan Islam. 
Suami beliau yang kedua 
memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau dan melibatkan diri 
dalam penulisan untuk menyokong beliau dan sama sekali tidak menghalang 
beliau dari perjuangan. 
Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam 
min Hayati) beliau mengisahkan bagaimana suami beliau walaupun sangat 
bimbang akan diri beliau tetapi terus menerus menyokong perjuangan suci 
beliau. 
Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak akan mengabaikan 
tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau Amirah 
sayap wanita Ikhwan Muslimin. 
Tanggungjawab beliau yang berat itu 
menyebabkan beliau perlu bekerja pada waktu yang panjang di pejabat 
beliau dan aktiviti bersama Ikhwan Muslimin. 
Setelah kematian suaminya 
yang kedua, beliau masih di dalam penjara. Beliau merasakan 
tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas 
untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.
Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal Abdul Naser.
Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal Abdul Naser.
Zainab al-Ghazali menyatakan 
bahawa regim Jamal Abdul Naser adalah musuh kepada Islam. Setelah 
beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai 
dipenjara, beliau mendahului pergerakan untuk menolong isteri, janda dan
 keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan. 
Walaupun 
dipenjara, beliau meningkatkan usaha tarbiyyah secara rahsia diketuai 
oleh pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung 
dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima 
tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith
 serta syariah Islam. 
Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang 
dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan
 judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).
 
Tulisan dan
 petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat 
al-Quran akan dipelajari dalam satu kumpulan terdiri daripada lima 
hingga sepuluh pemuda yang berjumpa pada waktu malam di rumah Zainab 
ataupun tempat lain. 
Perbincangan, pandangan dan pendapat diutarakan di 
dalam pertemuan tersebut. Dengan persetujuan Sayyid Qutb dan pimpinan 
Ikhwan Muslimin, keputusan untuk menjalankan program tarbiyyah selama 13
 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah. 
Apabila tempoh ini
 berakhir, maka studi dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% 
daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam 
dan membangunkannya. 
Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan 
daulah Islam akan dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut,
 program pentarbiyahan akan dilakukan semula selama 13 tahun lagi 
sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina daulah Islam, menerima 
pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum Islam berpandukan
 al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka ini, Ikhwan Muslimin diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan Muslimin semuanya ditangkap dan dipenjarakan.

Zainab al-Ghazali adalah 
salah seorang daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan.
 Beliau dibicarakan bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan 
dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. 
Satu hukuman yang tidak
 masuk akal bagi seorang wanita. Namun pada tahun 1971 beliau telah 
dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil 
alih tampuk pemerintahan. 
Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan 
perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam 
dibumi Mesir.
Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam.
Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam.
Beliau juga 
menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di seluruh 
dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh 
tokoh-tokoh ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.
Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun. Ternyata umur yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah digunakan tanpa sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama Allah yang mulia.

Beliau terus menjadi
 idola dakwah kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Beliau juga
 menjadi bukti kukuh bahawa sebenarnya Islam mampu membina wanita yang 
berjuang untuk Islam. 
Sejarah hidup beliau persis hidup srikandi di 
teratak Rasulullah saw. Jadi tidaklah salah jika kita menggelarnya 
sebagai Ummul Mujahidah pada masa kini. 
Moga Allah mencucuri rahmat yang
 melimpah ruah kepada beliau dan menjadikan beliau di kalangan para 
siddiqin,amilin dan mujahidin.Dakwah.Info

1 comment:
zainab al ghazali mmg ptot di jdikn idola pde mse kini!!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment